SAMBUTAN MERDEKA PAKATAN TAK JEMPUT SULTAN SELANGOR??
Saturday, 1 September 2012
DUA anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriksa peralatan pancaragam ketika keluar dari sebuah hotel selepas menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.
*dah dapat agak yang niat sebenar pakatan adalah untuk membina sebuah negara republik mengikut acuan negara Singapore. Bendera sudah siap direka khas dan calon perdana menteri bukan Melayu juga telah diumumkan kepada pucuk pimpinan DAP. Adakah kita hanya mahu memandang dgn bangga? Fikirkan.
Sumber - Jawa Bernam
1 comments:
ader bukti x sila kemukakan xkanla taipjer...nk tgk gak bukti bergambar yg bukan copy paste dri blog fitnah umno...atau seangkatannya..
Post a Comment