Powered by Blogger.

Pilihanraya Berasingan: Pakatan Selangor Dah Takut Hilang Kuasa – Noh Omar

Friday, 14 September 2012


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan, kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) takut kehilangan kuasa dan seperti langsung tidak mahu mengadakan Pilihan Raya. Ujarnya, mereka sudah tamak kuasa, sudah gila kuasa.

“Kalau boleh, tidak ada pilihanraya di negeri Selangor. Saya berkata demikian kerana sebab-sebab yang diberi mereka tidak konsisten. Tahun lepas, Menteri Besar buat kenyataan, kalau pilihanraya umum akan diadakan dalam bulan Jun (2012), beliau kata Selangor tidak akan turut serta, sampai ke hari ini, September tidak ada pilihanraya.

Perangai pembangkang ini, mereka hanya suka membuat persepsi negatif tentang apa sahaja yang kerajaan nak buat. Sekarang ini, mereka kata pula mereka tidak akan menyartai pilihanraya serentak. Saya nak Tanya Anwar Ibrahim ini, dia tahu ke bila pilihan raya umum ini?,” ujarnya mengulas kenyataan Anwar Ibrahim semalam bahawa Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum.

Tambahnya, andainya PRU13 diadakan sehingga cukup tempoh, adakah ketika itu Selangor berdegil tidak mahu membubarkan dewan (DUN Selangor) dan ketika itu, masalah pengundi yang mereka uar-uarkan ini belum selesai, adakah mereka tak mahu parlimen dibubarkan?

“Dia pula yang lebih tahu dari Perdana Menteri, bila PRU. Kita pun tak tahu bila, seolah-olah macam kita ini nak buat pilihanraya umum esok sahaja.

Sebab tu saya kata, PKR Selangor ini, kalau boleh dia tak mahu mengadakan pilihanraya ini. Mereka tak mahu balik kepada demokrasi, dia dah berkuasa sekali dia takut untuk menghadapi rakyat kerana dia tahu rakyat sudah tidak lagi memberikan sokongan kepada mereka. Agaknya kalau Perlembagaan boleh tangguh lagi lima (5) tahun, lagi lima tahunlah dia akan buat.

Sekarang ini dia kata senarai pengundi tak bersih. Saya nak cabar kerajaan negeri Selangor, jangan tengok yang telah daftar. Tolong istiharkan, ambil senarai di SPR, rakyat Selangor yang layak mengundi tetapi belum lagi mengundi. Dekat-dekat 600 ribu kalau tak silap,” ujarnya lagi.

Noh mempersoalkan, mengapa mereka yang berjumlah 600 ribu ini yang tidak diperjuangkan? Sepatutnya kerajaan negeri perlu mengeluarkan bajet, dia kena kempen habis-habis untuk menegakkan demokrasi di mana rakyat harus diberi peluang untuk mengundi, ini yang patut mereka fikirkan mereka yang layak mengundi ini.

“Saya dengar kerajaan negeri ada peruntukan khas nak semak balik yang dah daftar ini betul atau tidak betul. Apa kerja kerajaan negeri sebenarnya ini? Cakap soal demokrasi. Sepatutnya dia kena berterima kasih kepada usaha-usaha yang dibuat oleh rakyat, kempen yang dibuat oleh SPR, nak mengalakkan rakyat lebih ramai yang mengundi, tetapi hari ini kerja dia (Pakatan), betul atau tidak pendaftaran tersebut.

Ini menunjukkan mereka dah mula takut. Dia sengaja nak cari alasan, ini cara pihak pembankang, mereka cuba mereka isu dan akan jadi penyebab untuk mereka memberontak, untuk mereka protes keputusan pilihanraya. Jika mereka kalah dalam pilihanraya, mesti mereka akan kata ini pengundi hantu. Mana ada istilah pengundi hantu ini.

Sebab itu, pembangkang dah create suasana untuk mencari sebab. Mereka tahu meraka akan kalah, jadi jika mereka kalah, mereka tidak akan mengakui kelemahan mereka sebaliknya tuduh kita main kotor,” tambahnya.

Beliau turut yakin bahawa Bersih akan diteruskan, sebab pembangkang percaya budaya keganasan, dengan budaya reformasi, dengan budaya demostrasi, yang mampu menarik minat rakyat sebagaimana yang mereka buat sebelum ini.

“jangan buat macam-macam persepsi, ini persepsi untuk beritahu rakyat bahawa mereka sudah tidak berani untuk menyerahkan kuasa kepada rakyat. Itu sahaja tujuannya, dan kalau boleh tidak ada pilihanraya, mereka lebih suka. Itu yang selalu mereka buat kecoh tu,” tambahnya lagi.

Sumber - Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP