Baru Berkuasa Empat Tahun, Khalid Sudah Nak Singkirkan DYMM Sultan Selangor
Monday, 3 September 2012
Sememangnya amat menolok mata gelagat dan tindakan yang diambil oleh Khalid Ibrahim yang sudah tentu berada di bawah titah perintah dan pengaruh DAP. DAP yang diketahui selama ini amat membenci kesultanan Melayu di Malaysia sebagaimana kempen Malaysia Malaysian mereka yang tidak pernah berubah dari tahun 1965 sehingga sekarang telah berjaya menjadikan pentadbiran Khakid Ibrahim sebagai pelopor kepada kerajaan republik pertama di Malaysia.
Belum pernah dalam mana-mana sejarah sambutan tarikh kemerdekaan di negara ini, sultan-sultan diketepikan. Sultan-sultan Melayu yang berjumlah 9 orang itu merupakan simbol terpenting kewujudan negara ini selain bukti hidup tentang sejarah sebenar serta penduduk kaum imigran di negara ini. Kaum imigran yang sepatutnya mengikut tuan besar mereka iaitu British balik ke negara berkenaan atau pulang ke negara asal masing-masing, akhirnya diterima menjadi warganegara ini kerana persetujuan sultan-sultan Melayu bahkan tanah-tanah Sultan Melayu jugalah yang digunakan untuk menempatkan mereka pada zaman darurat dalam program yang diberi nama Rancangan Briggs iaitu penempatan semula orang Cina untuk mengurangkan sokongan kepada komunis.
Biarpun mungkin ada beberapa pihak yang mempersoalkan tentang perjalanan sejarah dan faktor sultan-sultan sehingga menyebabkan campurtangan British yang membawa kepada penjajahan ke atas negara ini, namun sultan-sultan jugalah yang menjadi lambang kepada penentangan terhadap British. Beberapa pihak seperti KMM, PKMM, AMCJA-PUTERA dan sebagainya kurang mendapat sambutan dari rakyat Tanah Melayu khususnya Melayu-Bumiputera kerana mereka memperjuangkan sebuah negara republik yang bercantum dengan Indonesia atau dipengaruhi oleh elemen komunis sepenuhnya.
Apabila UMNO membawa dan mengusahakan kemerdekaan, sultan-sultan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Dan apabila Tanah Melayu dimerdekakan dari genggaman British dengan kelonggaran pada keahlian Komanwel, sultan-sultan menjadi tonggak negara ini biarpun sistem feudalisme telah digantikan dengan demokrasi berparlimen. Sultan-sultan kekal sebagai lambang penyatuan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya.
Baca selanjutnya di selangordaily
0 comments:
Post a Comment