Powered by Blogger.

Penduduk: Janji air percuma sandiwara Khalid

Monday 3 September 2012

Post Pic

SHAH ALAM: Manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan hanya sandiwara demi meraih undi rakyat Selangor.

Justeru menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri PKNS Seksyen 7 Rahmat Mansor, rakyat digesa membuat memberi penilaian terhadap kerajaan yang memerintah agar tidak menjadi "mangsa" keadaan.

"Pada saya benda tu memang satu perjanjian, mereka memang mungkir janji. Orang politik ni tetap orang politik. Penuh dengan sandiwara hidup. Apa yang penting sekarang sebagai pengundi kita kena pandai (menilai) sebab kita tak perlu diperkotak-katikkan dengan janji-janji kosong mereka.

"Kesilapan pengundi adalah kerana tidak meneliti manifesto itu dengan sejelas-jelasnya," ujarnya.

Tegas beliau lagi, kerajaan negeri wajib bertanggungjawab terhadap janji-janji sebelum mengambil-alih Selangor daripada Barisan Nasional (BN).

"Manifesto ni sebenarnya kalau orang (politik) betul-betul faham, adalah satu perjanjian. Jika berjaya kita pasti laksanakannya. Jadi pada saya i tetap perjanjian cuma tiada hitam putih, tapi kita ada manifesto. Mereka kena ingat manifesto ini tetap satu perjanjian, kebanyakkannya rakyat terpengaruh."

Rahmat turut terkilan dengan kenyataan Menteri Besar sebelum ini yang enggan bertoleransi dengan rakyat berhubung tuntutan air percuma sedangkan terdapat perkara dalam manifesto yang telahpun ditunaikan, seperti memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin yang telah dilaksanakan.

Semalam Khalid memberitahu bahawa yang dikemukakan berkaitan isu air percuma ini adalah 'bukan satu perjanjian'.

Beliau mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan PKR Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.

Sumber - Antara Pos

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP