Hina Islam...Dimana Pemimpin PKR???..Awat Senyap???
Sunday, 23 September 2012
Ketika umat Islam di Negara ini dan seluruh dunia berang dengan filem pendek, Innocence of Islam dan karikatur majalah Charlie Hebdo yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, pemimpin pembangkang khususnya PKR hanya berdiam diri.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan mempersoalkan ke mana perginya pemimpin-pemimpin PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan sebagainya yang sebelum ini dilihat lantang bersuara menghentam pemimpin Barisan Nasional (BN), langsung tidak kedengaran dalam mempertahankan Rasulullah yang dicerca oleh musuh agama.
“Sepatutnya mereka juga bangkit dengan mengutuk perbuatan penulis dan pengarah filem tersebut, Sam Bacile yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan menyebabkan Duta Amerika di Syria terbunuh.
Apakah sikap membisu pemimpin PKR ini kerana takut dengan tekanan Amerika
Syarikat dan sekutunya yang selama ini membiayai kewangan dan menyokong perjuangan politik mereka di negara ini?
Malah mereka juga langsung tidak memberi sebarang respons terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang mengganggap bantahan umat Islam terhadap filem tersebut sebagai membuang masa dan tenaga,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Tambahnya, kenyataan Ngeh Koo Ham itu yang dibuat melalui Twitter – walaupun sudah meminta maaf – menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati Islam. Lebih dikesali, beliau dengan mudah meminta maaf selepas menyinggung perasaan umat Islam.
“Sebagai pemimpin, Ngeh Koo Ham sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama berhubungan sensitif agama dan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.
Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa inilah kita perlu bersatu dan bersama-sama dalam mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW tanpa mengira fahaman politik kepartian.
Isu ini juga perlu menjadi pengajaran kepada semua ahli politik khususnya pembangkang dan pemimpin bukan kerajaan (NGO) agar saling hormat-menghormati adat dan agama kaum-kaum lain di negara ini. Hentikan sebarang provokasi melampau agar keharmonian negara dapat dikekalkan sampai bila-bila,” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS). - GPRS

1 comments:
Diam bererti setuju.
Post a Comment