Powered by Blogger.

MB Khalid digesa mohon maaf kepada sultan?

Saturday, 8 September 2012


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjadi 'anak jantan' dan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengetepikan baginda dan institusi diraja semata-mata untuk melayani pemimpin politik pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri Selangor, Khamis lalu.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dan bukannya mencari jalan mudah dengan mengalihkan kesalahan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negerinya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai kerajaan negeri lain.

"Menteri Besar dan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin diminta berhenti menuding jari kepada orang lain dan mengaku kesilapan kerajaan negeri dalam isu mengetepi baginda semasa sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor itu.

"Abdul Khalid perlu menghadap baginda secepat mungkin dan memohon maaf atau beliau akan berisiko menghantar mesej salah kepada rakyat bahawa tiada masalah mengetepikan sultan," katanya.

Mohd. Zin mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengetepikan sultan pada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri yang dipetik dalam portal The Malaysian Times hari ini.

Beliau berkata, pakatan pembangkang mendakwa sambutan peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan pada malam 30 Ogos lalu hanya sebagai ambang merdeka yang mana sultan tidak perlu dijemput.

"Bagaimanapun, pada malam itu terdapatnya perbarisan oleh 56 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan negeri. Jika dikatakan sebagai sambutan ambang merdeka, hanya pertunjukan bunga api tanpa sebarang perbarisan.


"Sehubungan itu, pendirian pakatan pembangkang bahawa tidak menjemput sultan kerana bukan sambutan Hari Kemerdekaan itu adalah tidak relevan.

"Keputusan Abdul Khalid mengelakkan dirinya daripada isu ini mencerminkan kelemahan pentadbiran beliau," katanya.

Menurut sumber, keputusan menjemput Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sebagai tetamu terhormat pada sambutan itu adalah oleh Majlis Eksekutif negeri.

Sumber - Belantan

2 comments:

Global Products & Services Review 8 September 2012 at 13:03  

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyURL.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

nasirwise 8 September 2012 at 13:41  

Selangor
Selangor juga mengundang kemarahan rakyat dan telah memberi kemenangan percuma kepada BN. Sambutan Kemerdekaan tahun ini tidak menjemput Sultan Selangor. Ini mencatitkan sejarah negara juga. Menteri Besar melakukan banyak kesilapan dalam pentadbirannya. Beliau menjemput Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor untuk majlis berbentuk rasmi. Beliau kata SUK yang patut jemput. (sesuatu program diatur satu dua bulan sebelum hari sambutan. Ada jawatankuasa yang memantau. Tidak mungkin SUK nak tinggalkan Sultan melainkan diarah). Jikalau Sultan Selangor boleh mengundi, sdah tentu Tuanku akan mengundi BN (`obvious’ sangat kerana tindak tindak PKR sendiri) kerana BN amat menghormati istitusi Raja. Keadaan semakin teruk, apabila kelihatan Anwar tidak mengangkat tangan kanannya ketika membaca ikrar Rukun Negara. Mungkin beliau melihat yang beliau tetamu yang dijemput merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor..

PKR jelas sedang `berlatih’ atau `membiasakan’ rakyat Selangor dan Malaysia untuk tidak menghormati Sultan. Sebab itulah anak buah PKR mencadangkan bendera baru menggantikan jalur gembilang. Semasa perhimpunan haram di ambang merdeka. Bendera sang kala merah putih diperkenalkan. Ini tindakan `test water’ oleh PKR. Apabila ia mendapat bantahan rakyat, cepat cepat Lim Kit Sial dan Anwar Ibrahim mengatakan tukar bendera tidak termasuk di dalam agenda Pakatan Rakyat.

selanjutnya bacalah di http://nasirwise.blogspot.com/2012/09/catalyst-untuk-rakyat-yakin-terhadap.html

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP