Kerajaan Selangor kelirukan rakyat dalam isu air?
Monday, 24 September 2012
Kerajaan negeri Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu
air di negeri ini demi memenuhi agenda politiknya, tanpa menghiraukan
kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis kepenggunaan
terkenal hari ini.
Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob
George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa
kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul
dalam isu berkenaan.
Katanya dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri
Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini - bahawa tarif
air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya
untuk membina loji rawatan air Langat 2.
Dr George berkata beliau kesal apabila mendapati beberapa anggota exco
dalam kerajaan Selangor yang sebelum ini merupakan aktivis dalam badan
bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif, walaupun
kerajaan persekutuan berniat baik dalam rancangannya untuk memperbaiki
keadaan di negara ini.
"Saya terlibat dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat
permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan
perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang
cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan," katanya dalam temu bual disini
hari ini.
Dr George mendakwa kerajaan negeri Selangor juga menyeret isu antara
pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri
ini, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.
Beliau berkata masa yang digunakan untuk melayan perkara yang tidak relevan itu sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kenapakah kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul. Ini tidak betul. Ia melibatkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana ia (krisis air) akan memberi kesan serius," kata Dr George.
Sementara itu Kerajaan Pahang batal bekalan air ke Selangor!
Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan negeri itu tidak membenarkan pembinaan projek Loji Bekalan Air Langat Dua diteruskan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus berdegil dengan tidak membenarkan pembinaan logi tersebut.
"Walaupun sudah bertukar kerajaan, Menteri Besar Selangor sekarang sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air mentah ke negeri itu dan juga Putrajaya serta Kuala Lumpur.
Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air mentah itu sebagai isu politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Daerah Bentong di Dataran Bentong di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment