Powered by Blogger.

Aduhhh...Aduhhhh...Duhhhh...Duhhhh..Pakatan Haram Selangor

Friday 4 January 2013




Kerajaan Negeri Selangor seharusnya mempunyai pelan jangka pendek jika tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Pusat berhubung jalan penyelesaian mengenai krisis air yang berlaku di negeri itu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri itu boleh disifatkan sebagai gagal dalam pengurusan keperluan asas penduduk berikutan krisis air yang melanda hampir 100, 000 penduduk di Lembah Klang.

“Kami kesal apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan kebenaran walaupun pakar-pakar, syarikat konsesi air dan pihak terlibat telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu ditangani degan segera dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat mengatasinya.

“Waktu sudah suntuk untuk pentingkan diri kerana beberapa loji di negeri ini berada pada tahap maksimum penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan krisis air seperti yang sedang  berlaku di beberapa kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keadaan kira-kira 100,000 penduduk di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang berkemungkinan terpaksa berhadapan masalah air untuk seminggu lagi berikutan kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.



Menurut Sohaimi, beliau tidak menolak kemungkinan jika penduduk mengalami kesengsaraan jika kerajaan negeri masih terus berdegil untuk menyelesaikan isu air.

“Kita sudah masak dengan taktik yang digunakan Kerajaan Negeri yang selalu mencari alasan ketika Kerajaan Pusat tampil dengan cadangan. Mahu guna air lombonglah, mahu guna teknologi membranlah dan macam-macam lagi.

“Tetapi hakikatnya krisis masih berlarutan dan mereka mula menyalahkan Kerajaan Pusat, syarikat konsesi air, peralatan, loji dan sebagainya sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk mitigasi air di Selangor mereka tidak gunakannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Kerajaan Negeri supaya membentangkan cadangan utama (Master Plan) mengatasi masalah air daripada terus berdolak dalik mengeluarkan kenyataan politik dengan menuding jari menyalahkan pihak lain.

"Rakyat negeri ini perlu membuka mata dalam menilai kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang yang ternyata gagal memberi khidmat terbaik lebih-lebih lagi dalam memastikan keperluan asas rakyat mencukupi," katanya.

Sumber

1 comments:

md saad ab aziz 4 January 2013 at 18:59  

hoi.....Khalid jangan lah air di jadi kan bahan politik.

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP