Powered by Blogger.

Khidmat bakti terbaik BN!

Tuesday 22 January 2013


Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Barisan Nasional (BN) akan memberi khidmat bakti yang jauh lebih baik berbanding pakatan pembangkang jika diberi mandat mentadbir semula Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, jaminan itu dibuat bukan kerana parti tersebut mahu kuasa semata-mata tetapi atas keyakinan dan kepercayaan BN memiliki segala keupayaan untuk memberi khidmat bakti terbaik, berbanding pembangkang yang menghidangkan pelbagai masalah kepada rakyat.

Menurutnya, pelbagai masalah dalam tempoh sepenggal Selangor ditadbir pakatan pembangkang yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk terbaru isu masalah air, sudah cukup untuk menyedarkan para pengundi bahawa hanya BN sahaja mampu memenuhi hasrat serta aspirasi mereka.

Pada masa sama, Najib berkata, selaku pemimpin nombor satu negara, beliau akan memastikan Selangor tidak ketinggalan dalam arus pembangunan pesat negara kerana negeri itu terlalu strategik dan bagi tujuan tersebut kepimpinan negeri mesti selari dengan pentadbiran Pusat.

"Kita merayu pengundi beri peluang kepada BN sebab negeri ini terlalu strategik untuk negara. Penting wujud keselarasan antara kerajaan negeri dan Pusat. Kalau tidak rakyat akan susah kerana pasti berlaku pelbagai masalah berbangkit yang akhirnya bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi merugikan negara.

"Kebelakangan ini terlalu banyak masalah terutama kegagalan pembangkang menunaikan janji. Mereka mungkir janji dan saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun sama," katanya ketika ditemu bual semasa merasmikan pelancaran radio SelangorBN.fm di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

SelangorBN.fm yang merupakan radio dalam talian dan mula beroperasi sejak November 2012 diwujudkan sebagai medium terbaru BN Selangor untuk mendekati rakyat negeri tersebut khususnya golongan muda selain menjadi platform bagi mendapat maklum balas daripada rakyat.

Mengulas mengenai pelancaran radio tersebut, Perdana Menteri berkata, perkara itu merupakan satu perkembangan sangat baik dan membuktikan kepada rakyat bahawa BN Selangor bukan sebuah parti yang statik, sebaliknya berjaya memikirkan banyak idea-idea baru dalam mendekati rakyat.

Najib yang gembira dengan langkah proaktif BN Selangor itu menambah, sejak dikejutkan tsunami politik pada 2008 sehingga menyaksikan Selangor terlepas ke tangan pembangkang, banyak perubahan komprehensif dilakukan parti tersebut dalam mendekati dan merasai sendiri denyut nadi rakyat.

"Radio ini merupakan medium yang sangat baik untuk kita menyampaikan mesej BN dan di samping itu mendapat maklum balas dari rakyat yang mana ia akan dijadikan landasan untuk BN memberi khidmat bakti lebih baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," katanya.

Sumber

3 comments:

assaad 22 January 2013 at 16:29  

Kalaulah saya jadi rakyat Selangor, kejam mata saya undi UMNO/BN. Sejarah telah mebuktikan keupayaannya.

Bagaimana PR. memerintah baru satu penggal, banyak masalah yang berlaku. Buka mata, buka minda dan fikir-fikirkanlah.

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com


King Jason Ori 22 January 2013 at 18:16  

SILA JAWAB!!! Andai Anda Semua Bukan Bacul!!!

1. PKFZ = RM12 billion
2. Submarine = RM500 million
3. Simedarby = RM964 million
4. Paya Indah Westland =RM88 million
5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
8. MRR2 repair cost = RM70 million
9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
14. MRR2 Repairs = RM70 million
15. MATRADE repairs = RM120 million
16. Cost of new plane used by PM = RM200 million
17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
20. Lost in selling Augusta = RM510 million
21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
29. RM207 BILLION HIJACKED BY DR M was to be distributed to families of about 30,000 Malayans who were recruited and forced to work on the Burmese-Thai "Death Railway" project during the World War II.

INGAT!!! Ini semua bukan duit mak bapak UMNO/BN punya tau..

King Jason Ori 22 January 2013 at 18:19  

"Kebelakangan ini terlalu banyak masalah terutama kegagalan PEMBANGKANG menunaikan janji. Mereka mungkir janji dan saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun sama," katanya ketika ditemu bual semasa merasmikan pelancaran radio SelangorBN.fm di sini.

WOIKK TOLOL.. PEMBANGKANG DI SELANGOR TU SAPA? PR KER UMNO? KAH KAH KAH PUIII!!!

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP