Powered by Blogger.

Kemelut Datum Jelatek 2..Fakta Atau Auta???

Thursday, 28 February 2013


alt

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor terus membuat kejutan demi kejutan dengan pelbagai konflik dalaman yang melanda pertubuhan itu serta pengumuman projek tidak masuk akal sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan Selangor pada 2008.

Terdahulu pergolakan PKNS berlaku apabila buat kali pertama dalam 44 tahun penubuhan kesatuan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melantik dari kalangan bukan Melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar pertubuhan tersebut. Lantikan ini mendapat pelbagai bantahan dari ramai pihak terutama rakyat selangor.

Di tambah dengan pengumuman pelbagai pembangunan kondominium mewah seperti projek kondominium Dolomite Park Avenue yang berhampiran di Batu Caves dan Datum Jelatek di kawasan Melayu Lembah Keramat yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana yang turut mendapat bantahan berikutan tapak Datum Jelatek telah dijanjikan untuk tujuan pembangunan projek rumah mampu milik tetapi berlaku sebaliknya.

Selanjutnya 

Read more...

Khalid Gagap ini Satu Amaran Buat Anda..Mentadbir Sesebuah Negeri Bukannya Senang Ye!!!

Wednesday, 27 February 2013



Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid Gagap kini semakin gelisah kerana satu persatu helahnya akan pecah..Manifesto yang dibuat oleh PR pada PRU12 yang lalu kini dituntut oleh rakyat seperti mana yang dijanjikan 5 tahun yang lalu.

Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini sekali lagi berdepan dengan gerakan menuntut janji-janji yang telah ditaburkan lima tahun lalu sebelum mereka berkuasa di negeri Selangor ini.

Jika sebelum ini, kumpulan yang menuntut janji air percuma, elaun ibu tunggal, bantuan RM50 kepada anak-anak yang belajar di pra-sekolah, hari ini kumpulan warga emas yang dipimpin Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo menfailkan saman melalui Tetuan Kamaruddin & Partner di Mahkamah Tinggi Shah Alam menuntut caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Peguambela, Kamaruddin Ahmad berkata, plaintif-plaintif adalah penduduk negeri Selangor yang bertaraf warga emas yang sejak lima tahun ini tidak menerima dan gagal menerima caruman takaful sebanyak RM2,500 sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Defendan pertama adalah kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada parti-parti politik dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Tindakan Demoratik (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Defendan kedua adalah Menteri Besar Selangor dan Ketua Eksekutif Defendan Pertama.

Semasa tempoh berkempen untuk pilihanraya umum yang diadakan pada bulan Mac 2008, defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk membuat caruman takaful sebanyak RM2,500 kepada golongan warga emas di negeri Selangor sekiranya pakatan pembangkang ini memenangi pilihanraya tersebut,”ujarnya selepas menfailkan saman permulaan 1001 orang warga emas dari daerah Shah Alam, Ampang, Gombak, Hulu Langat dan Kuala Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Tambahnya, berdasarkan manifesto pakatan pembangkang, setiap warga emas di negeri Selangor layak menerima caruman takaful tersebut daripada defendan pertama.

Berdasarkan definisi yang digunapakai oleh pakatan pembangkang, golongan warga emas ini meliputi semua rakyat Selangor semua rakyat Selangor yang berusia 60 tahun ke atas.

“Manifesto defendan pertama yang telah dideklarasikan kepada penduduk negeri Selangor semasa berlangsungnya kempen pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 merupakan satu representasi oleh pakatan rakyat yang menjadi anggota defendan pertama.

Manifesto defendan pertama menjadi asas kepada kerajaan yang ditadbir defendan pertama dan defendan kedua.

Kini, warga emas yang merupakan plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup plaintif melalui caruman takaful yang dijanjikan kepada golongan warga emas ini,” tambahnya.

Kini, kerajaan negeri bukan sahaja gagal membuat apa-apa caruman takaful kepada warga emas ini malah telah menyalahgunakan kuasanya dengan tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan tanggungjawabnya membuat caruman takaful kepada warga emas di negeri Selangor ini.

Dalam masa yang sama, Datuk Ismail Kijo menyamakan pakatan PKR-DAP dan PAS  ini sebagai Pakatan Kasanova Rakyat  kerana menjanjikan manifesto yang hanya ingin menarik hati orang yang ingin mereka pengaruhi (kalau kasanova, dia nak menarik hati perempuan-perempuan yang mereka hendak miliki), tetapi apabila dah selesai, bila dia dah dapat semua, ia akan ditinggalkan begitu sahaja.

“Janji-janji manifesto dari pakatan PKR-DAP-PAS hanya bertujuan untuk menarik dan mempengaruhi pengundi-pengundi memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin dekat.

Untuk apa mereka membentangkan manifesto baru pakatan pembangkang sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara pemimpin kanan yang turut dipertanggungjawabkan menguruskan negeri Selangor mengatakan bahawa manifesto bukan janji.

Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau manifesto bukan janji, jadi nak buat apa buat manifesto? Kini dah buat janji baru,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang. 

Rakyat berhak menuntut apa yang kerajaan janjikan pada mereka..Jadi PR Tunaikanlah janjimu pada rakyat yang mengharapkan bantuan anda. Jangan hendak berdolak dalik..Sahabat Gunung

Hancur PR Sebelum PRU13

Read more...

DAP Kemukakan Laporan Polis!!!

Tuesday, 26 February 2013


alt

DAP menafikan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung umat Islam akan ditindas di bawah pemerintahan parti itu lantas mengemukakan satu laporan polis bagi menangkis segala dakwaan tersebut.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Yang Mulia Tengku Zulpuri Shah Raja Puji apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataannya semasa program Jelajah Janji DItepati peringkat Terengganu dan sisiarkan di laman web The Star bertarikh 24 Februari 2013.

"Dato’ Sri Najib dipetik sebagai berkata bahawa, undi untuk PKR akan merosakkan aqidah sementara undi untuk PAS akan memecah belahkan umat Islam.

"Kemudian, Dato’ Sri Najib menambah, untuk DAP pula, undi untuk mereka akan mengakibatkan penindasan Islam. (As for DAP, a vote for them will see Islam being oppressed.)," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Tun H. S Lee di sini, harini.

Read more...

Antara sebab mengapa wang kertas RM1000 diharamkan penggunaannya?



Gobala : Anwar Simpan Dana Peribadi Di Luar Negara!

Bekas aktivis PKR, YB N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1000 yang kesemuanya bernilai RM10 juta di luar negara.

“Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan bahawa Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Jadi bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.

“Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini”, katanya. Gobala mempercayai Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.

“Dengan bisnes di Amerika Syarikat (AS).. (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting..Azmin Ali juga simpan wang di luar negara..Singapura. “Dr Syed Husin Ali..secara peribadi memberitahu saya..Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura..Syed Husin adalah manusia yang berprinsip..dia menyatakan demikian”, katanya.

Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.

Sumber

Read more...

Suka MenCEKIK Rakyat...Itulah Kerajaan PR Selangor!!!!

Monday, 25 February 2013



Nampaknya Kerajaan PR Selangor Sudah Mula Mencekik Rakyatnya kerana kuasa Poltik mereka sanggup meluluskan projek yang berharga berbilion ringgit dimana ianya menyusahkan rakyat..


Bagaimana sebuah syarikat pemaju, Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd , yang hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 mampu untuk membiayai dan membangunkan Projek Megalomania Datum Jelatek.

Benarkah dakwaan Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek, Saleh Samad bahawa Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 ?

Mana mungkin sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar RM 2.00 mampu untuk membangunkan sebuah projek yang mempunyai GDV (Gross Development Value) atau Nilai Pembangunan Kasar berjumlah RM 1 Bilion ?

Jika benar, maka rakyat perlu menyaksikan bagaimana kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini cukup hebat merompak dan menggadaikan tanah orang Melayu kepada bangsa asing ... rasuah dan kronisme.

Pakatan Rakyat Sanggup Menggadai Maruah orang Melayu semata mata kerana wang yang tak seberapa..Kerajaan macamnikah yang hendak kita pilih untuk mentadbir kerajaan..alamatnya habislah tanah dan aset di Malaysia ini dijual kesemuanya..

Bersyukurlah dimana kerajaan sekarang cekap mentadbir Negara Malaysia yang tercinta ini...

Anda semua pembaca fikirkanlah..Mana yang elok dan yang buruk..

Untuk lagi pembongkaran klik saja di sini

Read more...

Pembangkang Janganlah Hina Rakyat Yang Dapat BR1M...Korang Boleh Bagi Ka???

Sunday, 24 February 2013


Rakyat perlu sedar dan menolak Parti Pembangkang yang jelas sanggup menghina rakyat hanya kerana menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha yang sedan dan telah dilakukan Kerajaan Pusat adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya ketika berucap di hadapan 20 Ribu masyarakat yang hadir pada Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu

Sumber

Read more...

Krisis Air Negara - Pembongkaran Yang Tidak Dapat Diselindungkan Lagi!!!



Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 2. Kisah Benar Episod 1 : Air Negara Bahagian 01. Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (MB Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH.

Selanjutnya

Read more...

Artikel Ini Khas Untuk Ahli PAS Tegar!!!!

Thursday, 21 February 2013



Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis daripada Saidina Ali karamallah huwajhah, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu:

"Nanti akan datang kepada manusia dalam waktu yang terdekat, suatu zaman dimana Islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja, dan tidak tinggal pada Al Quran kecuali huruf dan tulisannnya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah langit ini. Daripada mereka datangnya fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu!".

Rasulullah saw telah memberikan kita suatu gambaran dimana akan datang nanti satu masa, satu zaman dimana manusia yang paling buruk akhlak, yang paling rosak perangainya, yang menjadi punca dan penyebar fitnah ialah ulama'! Merekalah yang menjadi punca fitnah dan kekeliruan umat manusia termasuk Islam. Dan mereka kelak nanti akan ditimpa fitnah yang sama!

Semasa timbul isu kerajaan cauvinis biaDap Pulau Pinang berura-ura mahu membatalkan perarakan sambutan maulidurrosul peringkat negeri Pulau Pinang sekitar awal 2008, iaitu selepas PRU 12 yang menyaksikan Guaneng diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, umat Melayu-Islam bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan mereka.

Isu itu mendapat liputan meluas media. Kemarahan umat Melayu-Islam terhadap sikap yang dilihat sebagai anti-Islam kaum cauvinis biaDap makin meluap-luap.

Dalam keadaan itu, Datuk Nik Aziz, selaku Mursyidul Am PAS, rakan sekongkol parti cauvinis DAP membuat suatu kenyataan pada 28 Mac 2008 (bersamaan dengan Jumaat 20 Rabi'ul Awal 1429 iaitu bulan sambutan Maulidurrosul) dalam satu kuliah di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. Untuk lebih jelas, mike boleh klik sendiri rakaman kenyataan tersebut yang teman muat-turun diatas.

Secara verbatim, Datuk Nik Aziz menyatakan saperti berikut:

"Rasulullah adalah jawatan yang dilantik oleh ALLAH. ALLAH Ta'ala sendiri tengok, dalam ribu-ribu juta entah trillion manusia ni ada seorang atas dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah saw. Beliau telah dilantik jadi Nabi bila umor dia 40 tahun. Waktu dia beranak, jadi 40 tahun belum dia jadi Nabi ni dia beranak, bonda dia pun tak tahu anak dia akan jadi Nabi.

Klik Sini

Read more...

Jijah Oh Jijah!!!!...



ABIM hina isteri Nabi

Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan ‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, 2 Februari lalu.

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’.

Klik sini

Read more...

Home » Politik » Muhyiddin : Cubaan Pembangkang Pecah Belah BN Tidak Berhasil A+RA- Muhyiddin : Cubaan Pembangkang Pecah Belah BN Tidak Berhasil

Wednesday, 20 February 2013


alt

Tindakan Pakatan Pembangkang cuba untuk memecahbelahkan komponen Barisan Nasional dengan melemparkan pelbagai tomahan tidak berhasil berikutan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kini berada di puncak tertinggi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kononnya terdapat perebutan jawatan Menteri Besar antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

“Itu hanya bayangan mereka sahaja, padahal tiada pun masalah begitu timbul, pembangkang sebenarnya sudah tergugat, mereka berasa takut melihat gelombang sokongan (BN) yang naik mendadak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, dakwaan terhadap tiga Menteri Kabinet itu tidak benar sebaliknya ketiga-tiga menteri tersebut berkerjasama dengan baik.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berpuas hati dengan pencapaian pentadbiran Perak di bawah pemerintahan BN.

Ujarnya, Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kini berada dalam keadaan stabil dengan tumpuan terhadap usaha membangunkan negeri walaupun pada 2009 terdapat pergolakan politik antara Pakatan Rakyat dan BN.

“Situasi kerajaan negeri kini semakin stabil dan jauh lebih baik untuk meneruskan proses pembangunan, ini nyata dan bukan dibuat-buat kerana rakyat dapat melihatnya dengan jelas,” katanya.

Sumber

Read more...

BN Selangor Sasar 80,000 Hadir Pesta Chap Goh Mei Sayangi Selangor


Barisan Nasional (BN) Selangor menyasarkan kehadiran pengunjung seramai 80,000 orang menghadiri ke sambutan 'Pesta Chap Goh Mei Sayangi Selangor' di I-City pada 23 Feb ini.Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Dr. Ching Eu Boon berkata pesta itu diadakan bagi meraikan hari terakhir bagi menyambut tahun baru cina yang telah berlangsung pada 10 Feb lepas.Ching yang turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pemuda MCA Selangor berkata pesta itu bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Doland Lim Siang Chai dan Koordinator BN Selangor,Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.Katanya,BN Selangor telah mendapat kerjasama I-Berhad untuk menyediakan 1,000 tiket bernilai RM50 percuma taman tema air Waterworld@i-city kepada pengunjung degan melayari laman web www.i-city.my.

Sumber KLPOS

Read more...

DAP - PKR Berpecah Di Johor???

Tuesday, 19 February 2013



Hubungan DAP dan PKR di Johor semakin memburuk selepas Pengerusi DAP negeri itu Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Datuk Chua Jui Meng.

Beliau mendesak kepimpinan PKR mengambil alih jawatan pengerusi PKR negeri daripada Chua susulan pertelagahan yang berpanjangan mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke 13.

Boo menuduh Chua sebagai angkuh dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat dalam mencari kerusi selamat untuk dirinya bertanding pada PRU 13.

"Kebanyakan pemimpin DAP dan PKR dan golongan di akar umbi tiada masalah untuk bekerjasama, namun keangkuhan Chua adalah punca utama Pakatan Rakyat berpecah belah di Johor," katanya.

Beliau seterusnya menuntut agar jawatan Chua diambil alih oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim atau presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Boo membidas Chua kerana kerap kali mendakwa beliau akan bertanding di Gelang Patah walaupun Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Beliau juga menolak banyak cadangan DAP dan PAS Johor, seolah-olah dia memegang kuasa mutlak di negeri ini,” kata Boo.

Usaha untuk menghubungi Chua tidak berjaya kerana bekas Menteri Kesihatan itu dipercayai mematikan telefon.-BN4WangsaMaju

Read more...

Ronnie Liu, Apasal Ko Ni Bangang Sangat!!!!



BN Selangor hari ini menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim agar menasihatkan pula Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian  Dan penyelidikan, YB Ronnie Liu untuk meletakkan jawatan atau tidak lagi meneruskan sessi penipuan demi penipuan kepada rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Ching Eu Boon berkata, berdasarkan aduan dan laporan yang diterima oleh Pusat Khidmat Pakar BN Selangor, sebanyak 32.85% laporan yang diterima adalah aduan masalah jalan raya yang agak teruk di seluruh negara.

”Apa yang berlaku baru-baru ini, ada dua kes di Klang di mana terdapat dua kematian akibat jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik hinggakan wujud lubang besar yang menyebabkan kemalangan maut ini, yang sedihnya apabila EXCO Kerajaan Negeri, Ronnie Liu menyalahkan kerajaan pusat kerana kononnya jalanraya itu di bawah penyelenggaraan kerajaan pusat, malah langsung tidak memberikan sebarang peruntukan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan.

Dia kata, satu sen pun kerajaan pusat tak bagi, menyebabkan jalan-jalan ini tidak dapat diselenggara. Kita nak nasihatkan Ronnie yang menjaga hal-ehwal PBT di Selangor ini agar belajar dengan mantan EXCO yang lama kalau dia tidak tahu mentadbir kerana tindakannya menyalahkan kerajaan pusat jelas membuktikan bahawa dia dan kerajaan pakatan ini gagal mentadbir dengan baik,” ujarnya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Selanjutnya

Read more...

PAS Pandai Bermain Wayang...Syabas!!!..Raih Undi Sebelum PRU 13

Monday, 18 February 2013



Kenyataan Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya didapati gabungan itu merugikan Islam dan Melayu boleh dianggap sebagai satu kenyataan bahawa PAS seolah-olah baru sedar dari tidur nyenyak yang panjang.

Pertamanya, saya melihat kenyataan itu tidak lebih daripada usaha terdesak untuk menenangkan hati ahli dan penyokong PAS yang sebahagiannya mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti yang mereka telah mereka bersama-sama untuk mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kedua, kenyataan itu juga sebagai melunakkan komponen parti dalam Pakatan yang di asak bertubi-tubi oleh ahli dan penyokong PAS dalam berbagai isu. Sehingga kini pimpinan tertinggi parti-parti tersebut tidak mampu memberikan jawapan terhadap beberapa isu besar yang timbul seperti isu Kalimah Allah.

Ketiga, kenyataan tersebut mungkin didorong oleh kumpulan parasit yang kini tersepit dan mereka memerlukan tali hayat untuk menjadi terus relevan mewakili PAS dalam PRU ke 13 yang akan datang.

Selanjutnya

Read more...

Khalid Ibrahim Gantung Diri??!!!

Sunday, 17 February 2013



Datum Jelatek adalah antara projek mega Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang telah dirancang sejak tahun 2010.

Pembangunan itu akan melibatkan kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada 9 Februari 2010 , Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada ketika itu berkata pembangunan itu akan tetap menempatkan semula penghuni asal flat di samping para pembeli baru untuk mendiami apartment mewah.

Klik sini

Read more...

Kepong Jadi Sasaran Curi Meter Air



Kira-kira 600 pemilik dan penyewa bangunan Kepong Entrepreneurs Park di sini dalam kebimbangan apabila meter air di premis mereka hilang, dipercayai dicuri.

Mereka mendakwa, sehingga kini lebih 100 unit meter air yang dipasang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di kawasan itu telah dicuri sejak beberapa bulan lalu.

Malah, peniaga-peniaga tersebut tertanya-tanya mengapa meter yang diperbuat daripada plastik itu dicuri memandangkan ia bukannya meter tembaga yang pernah digunakan sebelum ini.

Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kejadian yang berlaku hampir di setiap lorong premis itu menganggu produktiviti peniaga kerana semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Kebanyakan mereka yang mengusahakan restoran, kedai runcit, pusat senggara kenderaan dan perkhidmatan lain berasa terganggu dengan kejadian ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selanjutnya

Read more...

PAS & DAP Sudah Tidak Bersefahaman

Saturday, 16 February 2013



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan kerjasama antara DAP dan Pas dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang umpama cuba mempertahankan perkahwinan yang sudah retak menanti belah.

Katanya, kedua-dua pihak bukan sahaja tidak mempunyai hala tuju sama tetapi mempunyai masalah mencapai kata sepakat dalam isu asas.

Malah, katanya, DAP dan Pas sering bertelagah dalam isu agama seperti kalimah Allah dan hukum hudud.

"Hubungan mereka tidak utuh sepenuhnya hanya perkahwinan sementara untuk menghadapai Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi hakikatnya hari-hari ada masalah.

"Kalau mereka hendak duduk rumah itu (kerjasama pakatan pembangkang) juga, itu bukan idea yang bagus kerana perkahwinan itu sudah gagal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Aktivis Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), di sini hari ini.

Yang hadir sama, Kordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Pengerusi GASSM, Dahalan Marsono.

Menurut Tunku Abdul Aziz, lebih parah, kedua-dua parti itu juga tidak sepakat dalam memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Selanjutnya

Read more...

Pandangan Dato' Fadzilah Kamsah Isu Doa KO UMNO!!!

Friday, 15 February 2013


Read more...

Sejarah Penyingkiran PAS Daripada Barisan Nasional



KENYATAAN DATUK DR. HASAN ALI MENGENAI SEJARAH PENYINGKIRAN PAS DARIPADA BARISAN NASIONAL

Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978.

Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.

Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah samada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.

Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa. Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu. Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.

Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.

Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing. Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingjkiran tersebut.

Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.

Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai unyuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, professional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.

Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.

Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam dinegara kita. Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri
yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.

Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS. Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.

Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung disebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya. Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombogan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apapun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksutujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.

Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua- dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.

Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
15 Februari 2013

Read more...

Nak Wujud Negara ISLAM, Langkah Mayat Karpal Dulu!!..adoii ini macam orang pun ada

Thursday, 14 February 2013



Apabila Pas ingin memperjuangkan Negara Islam dan hukum hudud, Karpal Singh menyatakan "langkah mayat saya dulu." Pas semacam akur dengannya dan bersetuju menukar hala tuju perjuangan kepada Negara Berkebajikan.

Bila berbangkit isu kalimah Allah sesuatu yang pokok bagi Islam, Majlis Syura Pas mengambil pendekatan berbeza dengan keputusan kepimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Karpal Singh menyanggah kenyataan Haji Abdul Hadi Awang, "Pas sepatutnya mempertimbangkan keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan bukan Majlis Syura. Saya kesal dengan kenyataan Haji Hadi. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya".

Klik sini

Read more...

PKR Goyah Kerana Konflik Dalaman?!!!




Pakatan pembangkang semakin bergolak menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 pada bila-bila masa sahaja.

Kerjasama sesama PKR, Pas dan DAP semakin rapuh dan goyah dengan pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan.

Antara lapisan kepimpinan parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah wujud benteng pemisahan menyebabkan anggota parti menjadi tidak keruan dan terumbang-ambing.

Ambil sahaja isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh parti perkauman Cina DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjadi juara untuk menjadikan kalimah suci Allah sebagai bahan politik untuk menjadi modal politik murahan.

Isu ini disokong pula oleh Ketua Umum PKR, seorang liberalis dan mendokong fahaman pluralisme dan gerakan LGBT.Klik Sini

Read more...

Jangan Taksub Dengan Janji Taksub PAKATAN!!!!



Generasi muda kini lebih taksub dengan janji pakatan pembangkang untuk mambawa perubahan dalam hidup mereka berbanding bersyukur dengan pembangunan dan kesejahteraan yang dikecapi negara setelah sekian lama.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, ketika negara berada dalam era pembangunan, pekerjaan, pelajaran dan peluang menjadi golongan professional adalah terhad dan generasi muda kini tidak merasai kesusahan yang di alami rakyat sebelum ini.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya.

“Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi merek, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya kepada pemberita disini hari ini.

Tambah beliau, apa sahaja yang dikatakan Barisan nasional (BN) tidak mendapat respon yang baik.

Selanjutnya

Read more...

Haram Undi PAS PRU 13???



Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

klik sini

Read more...

Karpal Mahu Jilat Bontot Anwar????

Wednesday, 13 February 2013


alt

Parti Demokratik Rakyat (DAP) tetap dengan pendiriannya untuk memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya ke – 13 (PRU 13)

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyifatkan khabar yang disiarkan di media dengan menyatakan Majlis Syura PAS tidak membenarkan Anwar menuduki jawatan tersebut hanyalah spekulasi semata-mata.

“Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak,” katanya pada pemberita disini hari ini.

Dalam pada itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan Majlis Syura PAS tidak sebulat suara untuk melantik Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri sekiranya PR menang PRU 13.

Laporan itu menjelaskan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa penolakan Majlis Syura untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri semakin kuat.

Sumber

Read more...

Kayo PR Selangor Dengan Pasir !!!Huhuhuhu



Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata antara faktor yang menyebabkan harga rumah di Selangor melambung tinggi ialah kenaikan harga pasir di negeri itu.

Beliau mendakwa sebelum pakatan pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan Selangor harga pasir satu lori 30 tan ialah RM300 tetapi sejak perniagaan pasir dimonopoli oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd harganya meningkat kepada RM800 satu lori 30 tan.

Apa yang dinyatakan oleh Timbalan pengerusi Barisan Nasional Selangor ada kebenarannya apabila hasil semakan mendapati harga pasir di Selangor merupakan harga yang paling tinggi berbanding negeri negeri lain. Harga pasir yang melambung ini juga turut dikaitkan dengan pendapatan kakitangan KSSB yang meningkat sejak berada dibawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Untuk rekod pada tahun 2009 pembahagian keuntungan bersih hasil jualan pasir diperolehi sebanyak RM 6.159 juta dan perbelanjaan pentadbiran sebanyak RM 4.677 juta. Pembagaian ini juga merangkumi pembayaran bonus kakitangan serta lembaga pengarah sebanyak RM 641,113.89 iaitu sebanyak 13.74% kenaikkan berbanding tahun sebelumnya.

Bayaran kepada lembaga pengarah pula sebanyak RM 527,398.00 diperuntukkan yang mana tidak termasuk bonus. Jumlah keseluruhan hasil jualan pasir di Selangor yang telah diberikan kepada lembaga pengarah adalah sebanyak RM 1,168511.89 yang merupakan rekod pembayaran paling tinggi berlaku didalam Malaysia.

Apa yang menjadi pertanyaan disini adalah pembayaran Gaji dan bonus kepada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang begitu banyak sedangkan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor adalah hanya sebanyak RM 1.39 juta sahaja. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seharusnya menjelaskan kepada rakyat akan kewajaran untuk KSSB menerima ganjaran gaji dan bonus sedangkan rakyat Selangor tidak mendapat manfaat hasil dari pasir yang dikorek oleh KSSB.

Sumber

Read more...

Bangsat Punya MP Kuala Langat..Ko Main Kotor Yeee?!!!


abdullah sani

Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi dan skandal rumahtangga, Abdullah Sani, cuba menonjolkan namanya semula setelah melihat penentangan penduduk kepada PKR dan Pakatan Rakyat di seluruh Kuala Langat. Abdullah Sani bagaimanapun, tidak melihat pengundi Melayu sebagai peluang untuknya mengekalkan kerusi yang sedang disandangnya, sebaliknya Abdullah Sani cuba mengambil hati pengundi-pengundi India yang dilihatnya lebih mudah untuk ditipu dan diperdayakan, sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 ketika dia memenangi kerusi berkenaan dan PKR secara amnya, di Selangor.

Daripada maklumat yang kami terima, Abdullah Sani telah mengetuai PKR Kuala Langat dalam usaha mengeluarkan geran tanah kepada masyarakat atau lebih tepat lagi pengundi India di Pulau Carey bagi tujuan memancing undi dan sokongan.

Ketika memenangi kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah berjanji kepada para pengundi yang tinggal secara haram, Pakatan Rakyat akan memberikan geran tanah dan hakmilik tanah yang diduduki kepada para pengundi berkenaan. Bagaimanapun, selepas hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, jangankan geran tanah, Abdullah Sani sendiri pun, tidak pernah menampakkan muka di kawasan terbabit kerana takut dia akan didesak tentang pemilikan serta geran tanah yang dijanjikannya.

Apatah lagi, Abdullah Sani sememangnya seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab kerana sepanjang masa dia bergelar Ahli Parlimen, masanya lebih banyak dihabiskan untuk BERCINTA dengan isteri barunya sekarang. Manakala peluang berada di Dewan Rakyat pula, seringkali digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor berbanding membawa masalah rakyat di Kuala Langat untuk dibincangkan.

Kini PRU13 semakin hampir. Abdullah Sani yang melihat peluang untuk menang semakin terkatup rapat, mula memikirkan sesuatu yang lebih ekstrim atau lebih tepat lagi, jalan pintas bagi memenangi hati para pengundi.

Adalah difahamkan, TANAH yang diperjudikan oleh Abdullah Sani merupakan TANAH MILIK YAYASAN SELANGOR. Yayasan Selangor di tangan Pakatan Rakyat, hanya tinggal nama. Sudah terlalu banyak aset Yayasan Selangor yang selama ini digunakan untuk membangunkan masyarakat marhein, terutama sekali masyarakat Melayu-Bumiputera, telah dijual dan dilupuskan oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor secara persendirian telah merompak wang dari akaun Yayasan Selangor dan dipindahkan ke akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor.

PKR Selangor akan mengeluarkan GERAN TANAH ATAU BORANG 5A sebelum PRU. Seramai 205 orang penama atau pemohon akan terlibat, termasuklah CV1 dan CV2. PKR Selangor yang menyokong kuat kerja-kerja Abdullah Sani, berpendapat, sekiranya perkara ini terlaksana, UMNO-BN tidak mungkin dapat menawan kembali kerusi N.51 Sijangkang.

Kerusi N.51 Sijangkang sekarang ini disandang oleh Dr. Ahmad Yunus dari PAS setelah berjaya mengalahkan Abdul Fatah Iskandar (UMNO-BN) dengan kelebihan undi sebanyak 2,081 pada tahun 2008. Pada tahun 2004, kerusi berkenaan telah dimenangi oleh Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti undi 3,396 undi.

Abdullah Sani dan PKR Selangor melihat usaha pemberian geran dan hakmilik tanah kepada pengundi-pengundi di N.51 Sijangkang akan memberi kelebihan kepada mereka. Sebabnya mudah… sekarang ini, undi masyarakat India merupakan undi penentu terutama di kawasan Pulau Carey.

Sekali lagi nampaknya, tanah-tanah Melayu dijadikan bahan sandaran oleh para pemimpin PKR dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa dan jawatan.SEL13

Read more...

Hot News!!!Pakatan Rakyat Berpecah?? Tiada Foto Anwar Dalam Banner Ceramah PAS!!!

Tuesday, 12 February 2013



Seorang pengunjung laman ini dari Bangi, Selangor mengirim satu foto banner ceramah Pas terkini yang didakwanya sebagai ‘anih’ kerana berbeza dengan banner-banner ceramah pakatan pembangkang sebelum ini.

Menurutnya, dalam kebanyakan ceramah politik Pas sebelum ini selalunya salah seorang wakil daripada parti kompenan sama ada PKR dan DAP akan dimasukkan sebagai salah seorang penceramah untuk membuktikan semangat setiakawan pakatan.

Namun dengan ketiadaan mana-mana wakil dari parti kompenan, pengirim tidak menolak kemungkinan ia adalah manifestasi penolakan akar umbi Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pas kini seolah-olah mahu berkempen bersendirian. Dianjur partinya secara bersendirian, tanpa menjemput wakil dari parti kompenan.-ANWARAIDC

“Mungkin banner itu simbol protes akar umbi Pas terhadap Anwar dan sekutunya DAP yang telah menikam belakang Pas dalam isu kalimah Allah,”kata pengirim tersebut.

Dalam banner itu tertera nama penceramah tokoh Pas, iaitu Mohamad Sabu, YB Dr Shafie Abu Bakar, Ustaz Shafie Ngah, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Iwan.

Ceramah anjuran JPRU Sg. Ramal Luar dan Pas kawasan Serdang itu diadakan semalam, 10 Februari (Ahad) di Taman Ramal Indah.

Sumber

Read more...

Akar Umbi Mahu PAS Tinggalkan Pakatan!!!



KENYATAAN TERBARU MANTAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR DATO' DR. HASAN MOHAMED ALI BERKAITAN DILEMA PAS SUSULAN PEMECATAN NASHARUDIN MAT ISA SELAKU AHLI MAJLIS SYURA PAS PUSAT.

Gesaan bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa baru-baru ini supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat  dan terus berjuang bersendirian bukan perkara baru. Sebelum ini pun terutama selepas DAP menunjukkan belang sebenar mereka mengenai Islam telah menimbulkan berbagai reaksi terutamanya di kalangan ahli dan penyokong akar umbi PAS.

Rata-ratanya marah dan bosan dengan cara pimpipan PAS menangani tindakan-tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja tindakan PAS yang ada hubungkait dengan Islam. Bahkan lebih dari itu sebarang langkah yang di ambil oleh PAS hatta yang tidak secara langsung mempunyai gambaran atau warna-warna Islam pun  ditentang habis-habisan oleh DAP.

Hampir dalam semua insiden PAS dilihat akur dan menyerah kalah hingga  termasuk terpaksa mengorbankan dasar-dasar asasi perjuangan. Berbagai alasan diberi semata-mata untuk menjaga kesatuan komponen parti dalam Pakatan dalam mengejar cita-cita menawan Putrajaya.

Situasi yang ada sekarang menunjukkan PAS sedang berada di satu persimpangan “T”. PAS mesti memutar steering samada memutar ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik kepangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan  bajaan keringat, airmata dan darah. Membeluk ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh-musuh Islam dan Bangsa Melayu.

PAS terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah di kalangan pimpinan DAP dan PKR. Negara sekular republik dengan amalan fahaman liberalisme barat kemungkinan besar akan menjadi ideologi negara apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.

Ustaz Nasharudin dan pimpinan ulamak serta sebahagian pimpinan pemuda sememangnya memahami tektik DAP, PKR dan elemen parasit dalam PAS. Ahli dan penyokong bawahan yang selama ini merelakan diri mereka jatuh bangun bersama Parti Islam ini sedar apa yang sedang berlaku. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lantaran pimpinan parti dikuasai oleh golongan parasit yang diketahui menjadi proksi kepada DAP dan PKR.

Pilihan yang ada yang masih terbuka luas kini ada di tangan mereka. Pertama, dari bawah mendesak pimpinan PAS mengambil langkah menyelamat parti dari terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR serta yang lebih penting menyelamatkan  maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar dari Pakatan Rakyat.

Kedua, jika opsyen pertama gagal, ahli dan penyokong parti tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu tidak memberi undi kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat sebaliknya memilih calon-calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam diluar daripada Pakatan Rakyat.

Di dalam kepala pengundi-pengundi Islam Melayu di negara ini  perlu tertanam keyakinan dan semangat kental mempertahankan kuasa politik Islam Melayu sebagai penyelamat kepada survival Islam Melayu di bumi Malaysia ini.

Saya melihat saranan di atas mungkin lebih praktikal daripada apa yang pernah dikemukakan termasuk gesaan Ust Nasharudin yang terbaru itu.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
12 Februari 2013

Sumber

Read more...

Wajib Tengok!! Ustaz Nasha Di Dalam Soal Jawab TV3

Sunday, 10 February 2013

Read more...

PM Persoal Tindakan Guan Eng Sabotaj Sambutan Tahun Baru Cina

Saturday, 9 February 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan Kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang cuba mensabotaj sambutan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di negeri itu minggu depan. Menurutnya, tindakan itu dilihat bermotifkan politik semata-mata sehingga mengenepikan kegembiraan rakyat untuk menyambut hari perayaan. Katanya kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

KLPOS

Read more...

Lagi Desak Guan Eng Minta Maaf!!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus diasak supaya memohon maaf berikutan sikap biadabnya dalam berpolitik sejak kebelakangan ini.

Dengan nada tegas, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, sikap tidak profesional Setiausaha Agung DAP berkenaan terutama berhubung isu melibatkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu amat dikesali.

"Guan Eng gemar membuat provokasi terutama terhadap program melibatkan BN di Pulau Pinang. Kebiadapan seorang pemimpin ini tidak sepatutnya dijadikan contoh oleh golongan muda," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan itu yang mahu orang ramai ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN negeri memakai baju dengan warna tertentu sebagai simbolik menyokong pembangkang.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turut menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Azwanddin, seseorang pemimpin perlu mempunyai sifat berbesar hati meskipun terhadap musuh politiknya agar langkah tersebut menjadi contoh kepada masyarakat.

Menurut beliau, Guan Eng yang diangkat sebagai Khalifah Umar Al-Aziz oleh Pas seharusnya mencerminkan ciri kepimpinan yang mulia, bukan seperti ditunjukkan beliau kini.

"Seorang pemimpin perlu arif dalam memastikan tidak berlaku sebarang ketegangan antara satu sama lain, terutama apabila melibatkan perbezaan politik dan fahaman," katanya-Utusan Malaysia


Read more...

Pakatan Haram Sudah Mula Meroyan!!!!...Tabika KEMAS Pula Jadi Mangsa


Puchong-20130204-00172

Semakin hampir dengan PRU13, Pakatan Rakyat semakin jadi tidak tentu arah. Kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan kepada rakyat, seringkali dilindungi dengan pelbagai cerita-cerita retorik yang membusungkan dada, sedangkan hakikatnya, rakyat menderita kerana dasar pemerintahan Pakatan Rakyat sangat kejam dan tidak mengira sesiapa, walaupun terhadap kanak-kanak.

TADIKA KEMAS ANGSANA USJ 1, Subang Jaya menjadi bukti kezaliman Pakatan Rakyat Selangor yang diterajui oleh Khalid Ibrahim-Teresa Kok. Tadika tersebut merupakan Tadika KEMAS terbesar di Malaysia yang mengandungi 4 buah kelas dan dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Jumlah pelajar adalah lebih kurang 100 orang. Murid-muridnya pula terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah Melayu, Cina dan India.

Pada zaman UMNO-BN menjadi Kerajaan Negeri, semua bil tadika berkenaan, dibayar oleh penduduk. Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Selangor, semua bil tadika tersebut telah dipindahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Sekali imbas, seolah-olah Pakatan Rakyat sangat bertanggungjawab dan enggan membebankan penduduk lagi. Kononnya Kerajaan Tempatan yang Ahli-Ahli Majlisnya terdiri daripada puak-puak Pakatan, lebih bertanggungjawab, prihatin dan lebih telus berbanding Ahli-Ahli Majlis dari kalangan UMNO-BN.

klik sini 

Read more...

Habis Madu Sepah Dibuang...Itulah PAS

Thursday, 7 February 2013




altKeputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat untuk menggugurkan jawatan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut hanya diketahui oleh beliau melalui media.

Menurut Nasharudin, keputusan Majlis Syura itu hanya diketahui melalui laporan media dan tiada saluran rasmi daripada parti yang diperolehi.

"Sehingga saat saya mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan mengenai perlucutan jawatan tersebut," katanya menerusi SMS di sini hari ini.

Semalam, Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.

Namun tegas Nasharuddin, beliau akan tetap meneruskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam sama ada memegang sesuatu jawatan atau tidak.

"Jawatan tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu,itu adalah hak parti.

"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," ujarnya.

Sumber

Read more...

Kerajaan Negeri Jerat Khalid Ibrahim ???


talam

Apabila Chua Tee Yong mendedahkan berhubung skandal Talam di Selangor, Khalid Ibrahim mula menggelupur dan mengugut untuk menyaman Chua. Namun sehingga kini telah lebih enam bulan berlalu tidak ada sepucuk surat peguam pun apatah lagi surat saman yang dihantar oleh Khalid Ibrahim kepada Chua.

Kemudian Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu Talam. Akhirnya kertas putih yang dibentangkan membongkar satu lagi episod baru.

Kertas putih yang dibentang Khalid memerangkap atau membuka pintu untuk siasatan lanjut dan meletakkan kedudukan Khalid dalam keadaan serius berikutan penyalahgunaan kuasa beliau sebagai MB dalam penyelesaian hutang Talam.

Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih berkenaan telah disahkan sendiri oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada Bursa Saham pada 20 November 2012.

Selanjutnya di SEL13

Read more...

Rasuah Tetap Rasuah..Itulah Kerajaan PR Selangor

Wednesday, 6 February 2013



Yayasan Selangor (YS) ditubuhkan pada 1970 atas kesedaran kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu itu tentang pentingnya pendidikan , khususnya bagi masyarakat luar bandar.

YS mendapat pelbagai kemudahan dari kerajaan negeri mahu pun kerajaan pusat untuk memastikan kejayaan dan kesinambungannya berterusan.

Di waktu pemerintahan BN , sudah sampai satu tahap di mana YS tidak memerlukan dana dari kerajaan negeri untuk bergerak. Mereka menjanakan pendapatan untuk kos operasi dari segala kemudahan yang diberikan kerajaan sebelum itu. Satu demi satu asrama serta pusat latihan baru yang dibuka oleh YS.

Semua dan segalanya berubah selepas berlaku perubahan kerajaan yang memerintah Selangor pada tahun 2008. YS yang ditubuhkan dengan objektif untuk meningkat, mengangkat serta memartabatkan kualiti atau mutu pendidikan anak-anak Selangor telah bertukar menjadi sebuah yayasan tempat kroni-kroni PKR, PAS dan DAP meningkatkan pendapatan dan memadatkan poket mereka.

Apabila berlaku pertukaran pucuk pemerintahan kerajaan negeri, maka sudah pastilah berlaku juga perubahan dalam YS. Seorang penganggur yang bertahun-tahun tidak bekerja, Ilham Marzuki yang mana orang itu merupakan kroni PKR dan mempunyai ramai kenalan dalam PAS telah dilantik oleh MB Selangor sebagai Pengurus Besar Yayasan Selangor dan diberi gaji gred Jusa A.

Tidak lama selepas dilantik sebagai pengurus besar dan melakukan beberapa perubahan dalam pentadbiran YS serta mengenal pasti harta dan wang yang dimiliki oleh YS yang berpeluang untuk dirembatnya serta kroni-kroni PKR, maka bermulalah operasi penyamunannya.

Perkara yang pertama dilakukannya adalah menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam. IKYS Sabak Bernam diwujudkan oleh YS untuk memberi peluang kepada remaja-remaja yang berminat dalam bidang kemahiran atau pertukangan. Ketika itu IKYS tersebut mempunyai 280 orang dan kos operasinya sebanyak RM 720 ribu setahun (termasuk gaji tenaga pengajar)

Surat arahan penutupan IKYS Sabak Bernam ditandatangan oleh Ilham Marzuki dan alasan yang berikan kerana pusat latihan tersebut tidak menguntungkan. Bukankah itu satu alasan yang cukup-cukup dangkal. Jika itu alasan mereka , maka tidak mustahil jika ditakdirkan PKR memerintah negara kelak sekolah-sekolah dan universiti kerajaan juga akan ditutup atas alasan tidak menguntungkan.

Dalam tahun yang sama IKYS ditutup atas alasan tidak menguntungkan, YS boleh pula berbelanja sehingga RM 1 juta untuk majlis sambutan ulangtahun ke 40 YS.

Peringkat awal MB Selangor cuba berbohong dengan mengatakan kos untuk majlis sambutan ulangtahun berkenaan hanya RM 300 ribu, bagaimanapun selepas diasak bertalu-talu oleh Datuk Seri Noh Omar, akhirnya Khalid Ibrahim mengakui peruntukan yang diluluskan untuk majlis itu adalah RM 1 juta.

Perkara tersebut bukan sahaja mengejutkan rakyat Selangor, malah turut mengejutkan KDYMM Sultan Selangor dan Baginda telah mengambil keputusan membatalkan keberangkatan Baginda ke majlis sambutan ulangtahun berkenaan.

Sebuah syarikat penganjuran majlis yang bernama Drift Z Enterprise yang ditubuhkan pada hujung November 2009 (selepas PKR memerintah Selangor) telah diberikan projek yang bernilai RM 300 ribu untuk menguruskan penganjuran majlis ulangtahun tersebut.

Yang mengejutkan, sebelum majlis bermula (5 November 2010) syarikat berkenaan telah diberi dua kali bayaran iaitu RM 142, 500 dan RM 128 ,250 . Jumlah RM 270, 750 telah dibayar sebelum majlis dijalankan atau kira-kira 70% daripada kos keseluruhan projek.

Apa yang dilakukan itu bertentangan sekali dengan amalan yang digunapakai dalam kerajaan atau agensi-agensi dibawahnya. Akan tetapi oleh kerana ianya melibatkan syarikat kroni, maka semuanya dihalalkan.

Pada tahun 2010 juga Ilham Marzuki telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat yang bernama TL Tinala Enterprise untuk menjahit pakaian rasmi hari raya kakitangan YS yang bernilai RM 200 ribu.

Syarikat tersebut juga tergolong dalam golongan syarikat yang boleh ditubuhkan dalam masa 15 minit (enterprise) yang ada kaitan dengan pimpinan PAS dan ditubuhkan kira-kira 3 bulan selepas PKR,PAS dan DAP memerintah Selangor dan beralamat di sebuah rumah di Shah Alam.

Pada tahun 2010 sebuah syarikat 15 minit juga yang bernama Rahah Enterprise telah diberi kontrak asal yang bernilai RM 170,000 kemudian ditambah lagi RM 29,000 (jumlah RM 199,000) untuk majlis berbuka puasa YS seramai 500 orang di Dewan Sivik MBPJ yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim.

Syarikat Rahah Enterprise juga ditubuhkan selepas PKR, PAS dan DAP memerintah Selangor dan beralamat di sebuah rumah di Shah Alam.

Pada tahun 2010 juga sebuah syarikat yang bernama SDF Media & Events SDN BHD telah diberi 2 kontrak yang berjumlah RM 360,000 untuk dua majlis yang berbeza yang tidak masuk akal.

Pertama, syarikat berkenaan diberi kontrak untuk majlis sambutan hari raya YS yang bernilai RM 320,000.

Kedua, syarikat berkenaan diberi kontrak yang bernilai RM 40,000 untuk majlis perasmian Sekolah Maahad Tahfiz Kiblah di Dengkil Selangor. Sekolah berkenaan menyewa bangunan YS dan sekolah itu ada hubung kait yang rapat dengan pimpinan PAS. Yang menjadi persoalan disini adalah kenapa perlu YS mengeluarkan wang mereka untuk majlis perasmian sekolah yang disewa dari mereka ? Sepatutnya segala kos perlu ditanggung oleh penyewa dan bukannya sama sekali menjadi tanggungjawab YS.

Apa yang dinyatakan diatas telah pun menjadikan perhatian umum sejak 2010. Di sini, kami ingin menyatakan satu perkara yang belum lagi diketahui umum.

Seperti yang dijanjikan, hari ini kami muncul dengan bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor sepertimana yang kami janjikan semalam.

Dalam akhbar rasmi Kerajaan Selangor edisi 16-23 Mac 2012 , Ilham Marzuki berazam untuk mengheret 3 bekas MB Selangor di zaman BN ke mahkamah atas alasan berlaku ketirisan sebanyak RM 500 juta semasa zaman bekas-bekas MB itu memerintah Selangor.

Ilham Marzuki produk PKR, sudah tentu dia cukup hebat untuk memutar belitkan cerita bagi mengalihkan perhatian orang ramai kepada penyelewengan –penyelewengan beliau semasa disoal siasat oleh SELCAT.

Rasuah tidak mengenal jumlah, kesalahan dan dosanya tetap sama. RM 500 juta atau RM 500, hatta RM 5 , rasuah tetap rasuah.

Sumber

Read more...

Speaker Dun Perak Saman 5 Pemimpin DAP


alt

Speaker Dun Perak, Datuk R. Ganesan hari ini memfailkan saman  ke atas lima pemimpin tertinggi DAP negeri itu.

Saman bernilai RM25 juta itu dibuat berhubung pendedahan rakaman video seks, yang didakwa membabitkan aksi beliau bersama seorang wanita.

Sebelum ini, R. Ganesan secara tegas menyangkal dakwaan Adun Tronoh V.Sivakumar yang mengaitkan dirinya dengan sebuah cakera padat video (VCD) yang didakwa memaparkan aksi seks melibatkan beliau.

Sambil mengecam tuduhan liar tersebut, beliau mendakwa serangan terbaru DAP ke atas dirinya itu jelas membuktikan amalan gutter politic yang menjadi strategi terdesak Pakatan Pembangkang dalam merampas kembali Kerajaan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Writ saman menamakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham: Setiausahanya, Nga Kor Ming; Adun Tronoh, V Sivakumar; Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Menglembu, Lim Pek Har sebagai defendan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi. - KLPOS

Read more...

Khalid Sudah Sudah lah Tu Membohong!!!!

Tuesday, 5 February 2013



Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor pada 18 Mac 2011.

Anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Selangor membelanjakan peruntukan belanjawan kerajaan negeri hampir RM1 juta semata-mata bagi meraikan majlis Ulang Tahun ke-40 badan itu yang melibatkan Jamuan DiRaja.

Barangkali rakyat perlu diingatkan kembali (refresh) salahgunakuasa Ilham Marzuki ... Mengkayakan Kroni Sebelum Barangan Dibekalkan.

Diantara kandungan Laporan Audit yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 18 Mac 2011 ...

1) Tiada peruntukan khas disediakan dari Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor.

2) Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.

3) Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00.

4) Tender berjumlah RM387,232.00 (38.8 peratus dari RM996,472.00) kos Majlis Makan Malam Perdana diberikan kepada Drift Z Enterprise sebagai pengurus acara di Hotel Concorde. Pembayaran sebanyak RM270,750.00 (95%) telah dilakukan sebelum majlis berlangsung, yang hanya dihadiri kurang dari 1,000 orang jemputan.

Selanjutnya

Read more...

13 Koleksi Penafian Panas Anwar Yang Diragui!!!

Monday, 4 February 2013



1.Saya menafikan tuduhan yang mengatakan saya terlibat dengan pemberian kewarganegaraan di Sabah. "Tiada satu minit mesyuarat pun" yang menunjukkan saya terlibat dengan task force.

2.Saya tidak kenal Deepak Singh. Saya tidak pernah bertemu dengannya, "walaupun ada video" pengakuan Deepak yang menunjukkan saya ada bertemu secara sulit dengannya.
 .
3.Saya tidak kenal Dato Eskay, walaupun ada gambar yang menunjukkan saya begitu mesra dengannya.
.
4. Saya tidak ada kroni walau pun seorang sepanjang saya menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Saya tidak pernah memperkayakan sesiapa walaupun keluarga saya sendiri. Kekayaan keluarga dan orang keliling saya adalah datang dari langit secara tibs-tiba.
.
5. Saya tidak pernah berselingkuh dengan Isteri orang kanan saya, walaupun Isteri saya pernah mengadu hal ini kepada Tun Siti Hasmah.
.
6. Saya tidak pernah melakukan perkara luar tabie dengan sesiapa pun walaupun perkara ini juga pernah diadukan kepada Tun Siti Hasmah oleh isteri saya.


7. Saya tidak pernah berlaku curang dengan china doll, walaupun jelas perbuatan tersebut dirakam dan disahkan oleh pakar-pakar dunia.
.
8. Saya tidak pernah meliwat Saiful walau pun peguam bela saya Karpal Singh mengakui di dalam mahkamah wujudnya perbuatan suka sama suka antara saya dan Saiful.

Selanjutnya

Read more...

BR1M 2.0 Bukti BN Juara Tadbir NegaraUrus Ekonomi

Sunday, 3 February 2013


Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentabir negara dan mengurus ekonomi.

Beliau Turut Menambah,kelangsungan pemberian BR1M yang kini memasuki pusingan kedua diteruskan kerajaan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lepas.BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat,ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik.Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan. KLPOS

Read more...

Woiii Khalid..Tunaikan Janji Pada Rakyat Kalau Taknak Bersara Awal!!!


Lebih 100 orang ibu tunggal mengadakan bantahan menuntut elaun gaji yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Kenanga, tahun lalu.

Kalau janji bukan manifesto dan ia tidak wajib dipenuhi maka apakah ertinya berkempen di pentas politik dan menampilkan buku berwarna jingga sebagai satu modal untuk menarik sokongan rakyat.

Kerajaan negeri Selangor difahamkan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei. Langkah ini walaupun tidak menghairankan rakyatnya sekurang-kurangnya membuatkan mereka tidak sabar untuk mendengar manifesto terbaru Pakatan Rakyat sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan selewatnya hujung Mac atau awal April tahun ini.

Kata pujangga, jangan suka mengungkit nanti ada hati yang sakit. Namun jika ditelusuri pentadbiran kerajaan negeri Selangor selama lima tahun kebelakangan ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan dengan manifesto berwarna-warni yang diedarkan sempena PRU ke-12 lepas.

Satu demi satu butiran manifesto dipersoal dan diungkit oleh rakyat, yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dokumen tersebut.

Bukan setakat mempersoalkan kandungan manifesto pakatan rakyat yang dianggotai parti DAP, PKR dan Pas malahan tindakan undang-undang turut diambil oleh rakyat Selangor bagi menuntut janji-janji yang terkandung dalam manifesto berkenaan.

Klik sini

Read more...

Awat Degil Sangat Karpal Singh Ni!!!!



KEDEGILAN Karpal Singh dalam penggunaan kalimah Allah oleh Kristian belum selesai selagi Hadi Awang tidak menukar keputusan Majlis Syura PAS agar menyokong mereka yang lain dalam pakatan. Katanya, Hadi Awang perlu akur dan mengikut keputusan pakatan yang menyokong penggunaan kalimah Allah itu kerana hanya PAS sahaja yang menentang, sedangkan DAP dan PKR menyokong.

Dalam kenyataan Hadi Awang baru-baru ini, isu kalimah Allah dikatakan telah selesai dengan Majlis Syura tidak akan menukar keputusannya. Tetapi semalam Karpal memberitahu kepada pemberita yang isu kalimah Allah belum lagi selesai selagi PAS tidak mengikuti keputusan yang dicapai oleh dua parti sekutunya dalam pakatan.

Selanjutnya

Read more...

Hot News!! Pemecatan Ustaz Nasha Ditarik Balik???

Saturday, 2 February 2013



Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)".

Klik sini

Read more...

Nak dapat duit Ladang Rakyat kena indoktrinasi


Ingat untungkan nak jadi peserta Ladang Rakyat?

Tiap=tiap tiga bulan mereka kena hadhiri satu majlis indoktrinasi yang kononnya di panggil jati diri Ladang Rakyat.

Oh ye ... peserta Ladang rakyat bukan bukan ladang macam orang Felda atau diajar tanak kelapa sawit dan berkebun. Tidak .. hanya jadi pengikut tegar PAS. Otak letak tepi tapi macam robot ikut setia apa disuruh.

Entah ... mungkin sampai masa, sedia diperguna untuk jihad macam Ibrahhim Libya yang mati katak tak terbela janda dan anak2 yatim oleh PAS. Dahlah tak dibela tapi diperguna untuk pemimpin seperti Senator Yusuf Husin dan Taib Azaamuddin hidup kaya raya. 

Program Jati Diri kepada peserta ladang rakyat mesti dihadir. Yang tidak hadir akan dilucut kelayakan untuk mendapat dividen ladang rakyat.

Sebenarnya program ini merupakan adalah sesi menindroktrinasi dakyah Pas dengan menggunakan unsur ugutan dan agama Islam umtuk menakut para peserta yang terpaksa mengikut kehendak Pas dalam mana-mana program anjuran mereka seperti demo bersih, meramaikan majlis Pas dan banyak lagi aktiviti untuk menepati hasrat parti.

Akhirnya nama saja peserta Ladang Rakyat tapi bukan buka ladang dan perbaiki ekonomi diri dan keluarga tapi jadi lembu yang diperguna PAS.

Read more...

Dakwaan Langgar Privasi Hanya Untuk Mengalih Isu Sebenar


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini menafikan dakwaan melanggar privasi apabila beliau mendedahkan anak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-’Abidin ibni Tuanku Muhriz telah ditawarkan DAP untuk menjadi calon pilihan raya.

Tunku Aziz berkata beliau tidak boleh menerima dakwaan DAP bahawa beliau telah melanggar hak privasi memandangkan beliau sendiri tidak mengulangi perbualan diantara Tunku Zain dan Anthony Loke dan tidak pernah berada sewaktu perbincangan diadakan.

Beliau menegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke telah memberitahu kepadanya mengenai tawaran jawatan di peringkat pusat yang telah ditolak oleh Tunku Zain secara terhormat.

Selanjutnya klik sini

Read more...

[EKSKLUSIF] PERTELINGKAHAN AZMIN-KHALID PUNCA CEO KSSB DIPECAT!!

Friday, 1 February 2013


Wan Ab. Halim Wan Ismail

KUMPULAN Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor, yang menjadi perhatian ekoran isu perlombongan pasir tiga tahun lalu, kini dilihat berhadapan dengan krisis pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat.

Sinar Harian difahamkan, Wan Ab. Halim Wan Ismail, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi.

Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Julai lalu.

Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan.

Usaha mendapatkan pengesahan beliau dan lembaga pengarah belum berhasil.

Sinar Harian juga difahamkan lembaga pengarah mengadakan mesyuarat sehingga lewat malam tadi membincangkan isu ini.

“Beliau (Wan Ab. Halim) dipecat awal bulan ini, pemecatan berkuat kuasa akhir Januari... difahamkan akan ada CEO bulan depan,” kata sumber yang dekat dengan KSSB kepada Sinar Harian.

Isu pemecatannya juga menjadi perhatian beberapa blog yang mengaitkan dengan percaturan politik komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Blog itu mendakwa hasil siasatan tidak menunjukkan sebarang bukti dan lembaga pengarah tidak memanggil Wan Ab. Halim untuk memberi keterangan dan penjelasan berkenaan isu ditimbulkan.

Difahamkan firma siasatan kes beliau ada memanggilnya untuk mendapatkan keterangan.

“Pemecatan ini juga mengejutkan kerana Semesta tunjuk prestasi baik sejak dua tiga tahun lalu,” katanya.

Sumber memberitahu bahawa Wan Ab. Halim menerima surat bercuti daripada Menteri Besar akhir November lalu sebelum ia disambung sehingga akhir Disember.

Sumber juga berkata, Wan Ab Halim didakwa meluluskan sebuah syarikat mengadakan perlombongan pasir secara haram, yang dikatakan menerima kelulusan pertengahan tahun lalu.

Jawatan Wan Ab. Halim itu adalah jawatan baru diwujudkan kerajaan negeri dalam KSSB susulan isu pasir dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 ke atas dua ahli lembaga pengarahnya yang merupakan Adun.

Wan Ab. Halim, 62, yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom berpengalaman luas dalam bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batu, timah, besi dan emas.

Kerajaan negeri Selangor menubuhkan KSSB bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

KSSB melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang dirasmikan oleh Abdul Khalid sendiri.

KSSB yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

KSSB menguruskan aktiviti pengestrakan pasir mengikut tatacara dan peraturan-peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, Pentadbir Tanah dan Pentadbir Negeri, pemegang permit pemindahan pasir sah, membayar royalti sepenuhnya untuk pasir yang dipindahkan, menjalankan dan memantau operasi pemindahan pasir mengikut peaturan, mendokong program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Sumber

Read more...

Muslimah Pas Kota Raja Kembali Ke Pangkal Jalan...Yakin Najib dan BN Akan Menang Besar


Kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR.

Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang  turut menunjukkan populariti Dato’ Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%.

Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini.  Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti.

Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato’ Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.

Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%.

Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.

Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.

Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang.

Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.

Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai ‘sejarah’ tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL.

Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.

Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih ‘obses’ dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca.

Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan ‘mentaliti’ seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara....

Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari ‘sifat’ politik media tersebut.

Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang.

Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13.

Sumber

Read more...

Isu Air : Menteri Kecam Keputusan Kerajaan Negeri Selangor.


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengecam tindakan Kerajaan Negeri Selangor mempolitikkan masalah bekalan air tanpa mengadakan sebarang rundingan bersama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, pentadbiran di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim itu tidak sewajarnya membuat sebarang kesimpulan berhubung punca utama berlakunya masalah yang dibangkitkan tanpa merujuk Badan Kawal Selia Perkhidmatan Air Negara di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kerajaan Persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan SYABAS melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya semasa membacakan kenyataan media di sini.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Pusat telah mengeluarkan arahan kepada pihak SYABAS bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air di masa akan datang. Malah kerja pembinaan rumah pam baru dari pihak Kerajaan Negeri menerusi pinjaman wang Kerajaan Pusat dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015

"Kerajaan Pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disiapkan.

"Kerajaan Negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas.

"Sekiranya bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan, situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi Kerajaan Pusat ketika berurusan dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa gangguan.

Semalam,  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil alih konsesi-konsesi air di Selangor dalam tempoh 14 hari.

Malah Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada pihak Kementerian berkaitan mengenai pengambilalihan itu

Keputusan menerusi Mesyuarat Exco itu dicapai berasaskan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai masalah dengan langkah Kerajaan Negeri untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor.

Sumber

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP