Powered by Blogger.

Tuntutan manifesto bakal kuburkan HINGUS pembangkang Selangor

Friday 23 November 2012



Kebelakangan ini kita dapat lihat sudah ada momentum kebangkitan rakyat Selangor menentang pemerintahan Khalid Gagap yang secara jelas menipu rakyat. Kebangkitan ini bukan hanya sekadar di kalangan golongan sederhana tetapi juga daripada golongan wanita atau lebih terperinci adalah golongan ibu tunggal. Sebelum ini rakyat Selangor menuntut air percuma yang gagal dibekalkan kepada semua rakyat Selangor seperti yang dijanjikan, Kemudian golongan berpendapatan rendah juga menuntut supaya mereka diberi pembelaan terhadap pinjaman perumahan mereka daripada PKNS. Terbaru golongan ibu tunggal muncul menuntut supaya elaun yang dijanjikan di dalam manifesto PRU lepas ditunaikan atau berdepan saman.

Ini bukan sekadar mainan politik tetapi suara rakyat yang mahukan satu pembelaan yang dijanjikan. Walaupun Khalid Gagap cuba menyelamatkan nyawa politik pembangkang yang memerintah Selangor dengan menyatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji tetapi rakyat Selangor semakin sedar permainan busuk mereka dalam menipu rakyat.

Apa yang pasti, strategi mereka dalam menjawap isu-isu diatas akan menjurus kepada menyalahkan UMNO-BN. Tidak kiralah siapa yang menjadi dalang tetapi apa yang penting adalah UMNO-BN membantu memainkan peranan mereka dalam memperjuangkan hak ibu tunggal ataupun golongan-golongan diatas untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Apa lagi yang perlu kerajaan Khalid Gagap pertahankan? Adakah dengan hanya mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengelirukan dalam meredakan kemarahan rakyat Selangor terhadap mereka?

Tahniah kepada golongan-golongan yang telah pun sedar akan permainan politik busuk pakatan pembangkang. Malangnya masih ada lagi golongan yang sedang diulit mimpi indah menunggu janji-janji pakatan pembangkang yang kita sedia maklum mustahil untuk ditunaikan.

PRU bakal menjelang tiba. Mereka kembali lagi dengan janji-janji manis kepada rakyat. Adakah kita sanggup lagi ditipu buat sekian kali nya? Fikirkan Bersama...

Sejumlah 2,020 ibu tunggal pada Khamis memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap ibu tunggal di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama, kata mereka.

Plaintif-plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup plaintif melalui elaun yang dijanjikan kepada ibu tunggal tetapi sehingga kini kerajaan negeri gagal mewujudkan satu skim untuk membayar elaun kepada ibu tunggal, kata mereka.

Plaintif-plaintif mendakwa defendan kedua sebagai Ketua Eksekutif kepada defendan pertama telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat bayaran kepada plaintif dan golongan ibu tunggal di Selangor.

Oleh itu, plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos.

Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor yang mempunyai garis panduan antaranya ialah bayaran elaun minimum adalah RM100 sebulan, mengadakan borang permohonan bayaran elaun ibu tunggal dan kaedah mendapatkan serta memulangkan borang permohonan.

Mereka memohon suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama dan kedua melantik sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor.

Plaintif-plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan 'gantung tidak bertali'.

Sementara itu, Murtini memberitahu wartawan mereka memfailkan saman itu bagi menuntut apa yang dijanjikan kepada golongan ini dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

"Harapan kami janji mesti ditepati, dan rakyat selaku pengundi sentiasa ingat kepada manifesto," katanya.

Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata selepas ini firma beliau akan memfailkan tuntutan yang sama daripada 5,000 ibu tunggal pada awal dan pertengahan bulan hadapan.

Beliau berkata kumpulan ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Langat. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP