Powered by Blogger.

Isu Selangor : RM53.2 Juta Untuk BELANJA KEMPEN Billboard PKR Di Selangor

Monday 5 November 2012


Berapa jumlah kos diperuntukkan bagi promosi billboard dan poster PKR di Selangor? ... seluruh Malaysia?


Nyata idea dan konsep penggunaan poster, billboard cara 'political rally' AK Party @ Recep Erdogan akhirnya digunakan oleh Anwar Ibrahim.





Semua poster, billboard PKR bakal menggunakan wajah karismatik Anwar Ibrahim. pendekatan yang sama diambil dari kempen Recep Erdogan di Turki ... wajah Anwar akan mendominasi pilihanraya kali ini.

GWM akui kehebatan 'marketing team' Anwar dalam menjayakan kempen dengan kaedah penggunaan billboard dan posters bagi menyampaikan mesej kepada pengundi yang akan mengundi pada PRU 13.

Simple ... Fokus kepada isu mengikut tempat, mesej poster dan billboard pendek dan jelas, 'issue based'.


Persoalannya berapa banyak kos yang akan dibelanjakan bagi mengeluarkan dan promosi poster dan billboard ini ... di Selangor? seluruh Malaysia?

Dari mana datangnya sumber dana untuk promosi ini? Besar jumlah yang perlu dibelanjakan.

Untuk dipermudahkan cerita, ambil kos promosi bagi billboard (fabrication, install and service of the outdoor advertisement billboard, licensing) ...



Di Selangor sahaja terdapat 1,300 billboard yang berdaftar dan berlesen.

Anwar Ibrahim tentu mahukan kempen pilihanraya lebih efektif dalam menyampaikan mesej kepada pengundi. 

Sekurang-kurangnya, 20 peratus billboard perlu digunakan jika mahu mesej kepada pengundi sampai. 

GWM cukup yakin 'marketing team' PKR sudah memikirakan jenis-jenis billboard yang perlu digunakan.

Paling busuk pun barangkali 'freestanding billboard' dan 'overhead & flyover billboard' digunakan.


Pentingnya 'freestanding billboard' dan 'overhead & flyover billboard' digunakan agar mesej kepada pengundi yang akan mengundi pada PRU 13 sampai, ini amanat Anwar Ibrahim kepada 'marketing team' PKR.



Ambil purata kos percetakan bagi satu 'freestanding, overhead & flyover billboard' (inkjet 720 dpi sticker (for Outdoor)) pada harga RM4.00 sekaki. Saiz billboard 20kaki x 60kaki. Kos percetakan sahaja sudah menelan belanja RM 4,800.

Kos pengiklanan? (fabrication, install and service of the outdoor advertisement billboard, licensing)

Jika mengikut kadar dan caj paling ideal oleh Outdoor Advertising Association of Malaysia (OAAM), billboard dibawah 2,400 kaki persegi, caj yang dikenakan adalah purata RM200,000 bagi tempoh 6 bulan (setahun RM300,000).

Huge structures measuring 2,400sq ft can cost advertisers between RM400,000 and RM500,000, according to OAAM president Mohammad Azlan Abdullah. THE STAR, 26 July 2011.

Ambil pengiraan mudah; jumlah kos bagi satu billboard yang dihasilkan adalah RM4,800 + RM200,000 = RM204,800.

Jumlah perbelanjaan bagi 260 billboard (20 % dari 1,300 billboard) sahaja bakal mencecah RM53,248,000 ... RM53.2 juta.

Ini baru di Selangor, bagaimana jika dilakukan di seluruh Malaysia? Dari mana datangnya sumber dana untuk kos pengiklanan billboard? Ini belum dicampur lagi dengan poster ...



Anwar tentu tahu ... mustahil baginya untuk menggunakan wang dari kantung kerajaan negeri. Berapa banyak yang mampu disumbangkan orang persendirian dan syarikat-syarikat kroni.

Gila jika dirompak wang kerajaan negeri ... Ini bakal menjadi bullet bagi Barisan Nasional di Selangor. Apatah lagi jika rakyat tahu ...


Kerana itulah lawatan Saifuddin Nasution dan beberapa MP PKR ke Turki beberapa bulan yang lalu sudahpun menggariskan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai bagi mendatangkan kesan maksima dalam pilihanraya. 

Saiz poster, banner, billboard juga akan menggunakan kaedah AK Party.

PKR pun sudahpun ‘secure’ funding yang mantap daripada Turki dalam berdepan dengan pilihanraya yang akan datang.

Setakat yang dimaklumkan dari sumber dalaman PKR ... semuanya berjalan lancar.

Banner, poster, kaedah rally, billboard, bas dan kenderaan kempen juga akan menggunakan dana yang ‘unlimited’ daripada Turki.

Setakat satu Malaysia, Recep Erdogan boleh tanggung ...

Sumber GWM

1 comments:

zgmail 5 November 2012 at 22:12  

pompuan yang dok kt tengah tu mcm patung...eek?

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP