Powered by Blogger.

Showing posts with label Gelombang Wangsa Maju. Show all posts
Showing posts with label Gelombang Wangsa Maju. Show all posts

Khalid Ibrahim, Ronnie Liu ... DALANG Sebenar HALANG POLIS SELANGOR Sita 188 Premis Judi

Sunday, 23 December 2012


Polis Selangor telah kenal pasti sebanyak 1,577 premis (mesin perjudian tanpa lesen) jika semua dapat ditutup bekalannya, yakin tidak ada perjudian atau maksiat di Selangor


Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada Jumaat meluahkan rasa kecewa apabila pasukan itu digambarkan gagal mengekang kewujudan premis perjudian tidak berlesen di negeri tersebut.

Sebaliknya kata beliau, usaha polis yang melakukan serbuan demi serbuan sepanjang tahun ini tidak mendapat kerjasama pihak berkenaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak melaksanakan penyitaan terhadap premis yang diserbu.

Polis menyerahkan 188 permohonan sita kepada PBT yang berkenaan, namun tiada satupun dilaksanakan, katanya pada sidang media di sini.


Menurut Tun Hisan, pihaknya juga sukar mendapat mendapat kerjasama untuk memutuskan bekalan elektrik dan air ke premis terbabit, menyebabkan premis yang baru diserbu kembali beroperasi dalam masa singkat.

Beliau mengulas laporan muka depan dan laporan susulan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini bahawa kegiatan perjudian semakin berkembang di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Akhbar sama turut melaporkan kenyataan exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu bahawa “tidak banyak” yang boleh dilakukan oleh PBT terhadap kegiatan perjudian haram di negeri itu dan meminta pihak polis serta pihak berkuasa lain memainkan peranan agresif untuk bersama-sama menangani kegiatan itu.

Jelas kecewa dengan tuduhan itu, Tun Hisan berkata setakat November tahun ini, polis Selangor merampas 26,655 mesin judi daripada 7,809 serbuan dengan 2,054 tangkapan.

“Ini bermakna sehari kita buat 23 kali serbuan iaitu sebanyak 23 premis mesin perjudian diserbu setiap hari.

“Nampaknya ada pihak tertentu mempunyai niat berlainan dan memaparkan seolah-olah polis Selangor tidak ambil tindakan (terhadap permis perjudian) sungguhpun hakikat adalah sebaliknya,” katanya dalam nada yang agak keras.


Katanya selagi pihak berkaitan tidak memberi kerjasama sewajarnya, usaha pihak polis untuk membanteras premis perjudian tanpa lesen di Selangor tidak akan berjaya.

“Dalam menangani gejala sosial ini semua pihak kena main peranan, kalau setakat pihak polis sahaja yang melakukan serbuan, rampasan dan tangkapan, ini tidak akan selesaikan masalah ini kerana ‘the next day’ mereka akan datang hantar lagi (mesin perjudian). Kita (polis) nak fokus pada banyak perkara untuk menjaga keamanan,” katanya.

“Kita telah kenal pasti sebanyak 1,577 premis (mesin perjudian tanpa lesen) jika semua dapat ditutup bekalannya saya yakin tidak ada perjudian atau maksiat di Selangor,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kedegilan sesetengah pemilik bangunan atau premis yang mementingkan keuntungan kewangan dengan membenarkan aktiviti haram dijalankan di premis mereka turut menyumbang kepada peningkatan kegiatan itu.

Tun Hisan berkata sebanyak 69 peratus kes melibatkan mesin perjudian tanpa lesen telah dibawa ke mahkamah setakat ini.


sumber : UTUSAN MALAYSIA



Artikel GWM sebelum ini telah memperincikan 5 strategi penting yang ditanam dalam minda rakyat oleh pembangkang untuk mewujudkan suasana kekacauan dan huru-hara ...

Membenih semangat ‘menentang’ the kerajaan;
Menanamkan imej buruk kepada agensi dan kerajaan;
Meletakkan pihak penguatkuasa sebagai ‘vultures’ dan mempunyai agenda jahat;
Kerajaan vs. Rakyat;
Wajah berbilang kaum yang anti kepada kerajaan.

Read More, Anwar Ibrahim Gerakkan Ops 'OPPOSITION SPONSORED CHAOS'

Anwar Ibrahim dan pembangkang tahu – PRU ke 13 tidak akan mampu dimenangi oleh pembangkang TANPA wujudnya suasana kekacauan dan huru-hara.

Strategi meletakkan pihak penguatkuasa sebagai ‘vultures’ dan mempunyai agenda jahat terhadap pembangkang semakin menampakkan kejayaan.

Pihak polis dan pihak penguatkuasa yang lain perlu mengadakan 'counter strategy' untuk membogelkan modus operandi pembangkang yang sedang giat dilakukan.

Sumber

Read more...

DOA MUSNAH UMNO SEPERTI FIRAUN.. PAS HINA TAMADUN ISLAM...Macam Ni La Jadinya Bila Ikut Sangat Cakap DAP

Tuesday, 20 November 2012



Doa Pas yang meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas solat Hajat sempena muktamar parti itu bermakna menghancurkan umat Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar berkata, berbeza dengan Umno, parti keramat Melayu itu tidak pernah meminta doa hancurkan Pas tetapi mendoakan perpaduan sesama Melayu dan Islam.

Menurutnya, pada masa ini, doa sudah dijadikan bahan kempen dan laungan seperti demonstrasi oleh parti Pas.

“Doa dibacakan pada muktamar tersebut adalah doa untuk menghancurkan umat sesama Islam. Saya berharap umat Melayu Islam dapat berfikir terhadap perjuangan Pas iaitu apakah perjuangan Pas masih memperjuangkan prinsip asal mereka,” katanya.

Beliau berharap Pas tidak terlebih politik sehingga mahu menghancurkan agama dan bangsa.

Read more...

Isu Selangor : RM53.2 Juta Untuk BELANJA KEMPEN Billboard PKR Di Selangor

Monday, 5 November 2012


Berapa jumlah kos diperuntukkan bagi promosi billboard dan poster PKR di Selangor? ... seluruh Malaysia?


Nyata idea dan konsep penggunaan poster, billboard cara 'political rally' AK Party @ Recep Erdogan akhirnya digunakan oleh Anwar Ibrahim.





Semua poster, billboard PKR bakal menggunakan wajah karismatik Anwar Ibrahim. pendekatan yang sama diambil dari kempen Recep Erdogan di Turki ... wajah Anwar akan mendominasi pilihanraya kali ini.

GWM akui kehebatan 'marketing team' Anwar dalam menjayakan kempen dengan kaedah penggunaan billboard dan posters bagi menyampaikan mesej kepada pengundi yang akan mengundi pada PRU 13.

Simple ... Fokus kepada isu mengikut tempat, mesej poster dan billboard pendek dan jelas, 'issue based'.


Persoalannya berapa banyak kos yang akan dibelanjakan bagi mengeluarkan dan promosi poster dan billboard ini ... di Selangor? seluruh Malaysia?

Dari mana datangnya sumber dana untuk promosi ini? Besar jumlah yang perlu dibelanjakan.

Untuk dipermudahkan cerita, ambil kos promosi bagi billboard (fabrication, install and service of the outdoor advertisement billboard, licensing) ...



Di Selangor sahaja terdapat 1,300 billboard yang berdaftar dan berlesen.

Anwar Ibrahim tentu mahukan kempen pilihanraya lebih efektif dalam menyampaikan mesej kepada pengundi. 

Sekurang-kurangnya, 20 peratus billboard perlu digunakan jika mahu mesej kepada pengundi sampai. 

GWM cukup yakin 'marketing team' PKR sudah memikirakan jenis-jenis billboard yang perlu digunakan.

Paling busuk pun barangkali 'freestanding billboard' dan 'overhead & flyover billboard' digunakan.


Pentingnya 'freestanding billboard' dan 'overhead & flyover billboard' digunakan agar mesej kepada pengundi yang akan mengundi pada PRU 13 sampai, ini amanat Anwar Ibrahim kepada 'marketing team' PKR.



Ambil purata kos percetakan bagi satu 'freestanding, overhead & flyover billboard' (inkjet 720 dpi sticker (for Outdoor)) pada harga RM4.00 sekaki. Saiz billboard 20kaki x 60kaki. Kos percetakan sahaja sudah menelan belanja RM 4,800.

Kos pengiklanan? (fabrication, install and service of the outdoor advertisement billboard, licensing)

Jika mengikut kadar dan caj paling ideal oleh Outdoor Advertising Association of Malaysia (OAAM), billboard dibawah 2,400 kaki persegi, caj yang dikenakan adalah purata RM200,000 bagi tempoh 6 bulan (setahun RM300,000).

Huge structures measuring 2,400sq ft can cost advertisers between RM400,000 and RM500,000, according to OAAM president Mohammad Azlan Abdullah. THE STAR, 26 July 2011.

Ambil pengiraan mudah; jumlah kos bagi satu billboard yang dihasilkan adalah RM4,800 + RM200,000 = RM204,800.

Jumlah perbelanjaan bagi 260 billboard (20 % dari 1,300 billboard) sahaja bakal mencecah RM53,248,000 ... RM53.2 juta.

Ini baru di Selangor, bagaimana jika dilakukan di seluruh Malaysia? Dari mana datangnya sumber dana untuk kos pengiklanan billboard? Ini belum dicampur lagi dengan poster ...



Anwar tentu tahu ... mustahil baginya untuk menggunakan wang dari kantung kerajaan negeri. Berapa banyak yang mampu disumbangkan orang persendirian dan syarikat-syarikat kroni.

Gila jika dirompak wang kerajaan negeri ... Ini bakal menjadi bullet bagi Barisan Nasional di Selangor. Apatah lagi jika rakyat tahu ...


Kerana itulah lawatan Saifuddin Nasution dan beberapa MP PKR ke Turki beberapa bulan yang lalu sudahpun menggariskan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai bagi mendatangkan kesan maksima dalam pilihanraya. 

Saiz poster, banner, billboard juga akan menggunakan kaedah AK Party.

PKR pun sudahpun ‘secure’ funding yang mantap daripada Turki dalam berdepan dengan pilihanraya yang akan datang.

Setakat yang dimaklumkan dari sumber dalaman PKR ... semuanya berjalan lancar.

Banner, poster, kaedah rally, billboard, bas dan kenderaan kempen juga akan menggunakan dana yang ‘unlimited’ daripada Turki.

Setakat satu Malaysia, Recep Erdogan boleh tanggung ...

Sumber GWM

Read more...

Isu Selangor : Teknologi Membran VS Langat 2 ... Khalid SEMAKIN BEBAL

Sunday, 4 November 2012


alt
Bebalnya Khalid Ibrahim tidak memikirkan kos sampingan akibat tekanan yang kuat, bahan buangan dari penyulingan, membran adalah mahal serta perlu diganti secara berkala, mengakibatkan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka. 

Kita semakin hampir dengan sasaran tempoh bermulanya krisis air yang kronik di negeri Selangor iaitu pada tahun 2014.

Alasan awal kerajaan PR Selangor ketika isu air berbangkit ialah negeri ini tidak mengalami masalah kekurangan bekalan air. Kerajaan PR Selangor juga cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan pusat telah tidak telus dalam usaha menangani krisis ini melalui projek Langat 2.

Apabila terbukti beberapa empangan mencatat jumlah air yang berkurangan secara konsisten seperti yang didedahkan oleh media massa, maka kerajaan PR Selangor menyuarakan penyelesaian dengan cara pembenihan awan yang mana diketahui tidak mampu menjamin penyelesaian secara tepat dan berpanjangan.

Akhir-akhir ini pula, hujan telah turun dengan luarbiasa lebatnya hampir setiap hari di Selangor, namun, ia tidak bermakna yang krisis tersebut telah berakhir dan kerajaan PR Selangor boleh mengeluh lega.

Ini kerana yang menjadi masalah utama bukanlah berkenaan air mentah, tetapi air yang dirawat atau dalam kata lain, masalah ketidakmampuan loji rawatan yang sedia ada untuk menampung pertambahan permintaan yang mendadak setiap tahun.

Loji tersebut juga telah uzur dan memerlukan penyelenggaraan dan pemulihan secara besar-besaran untuk memastikan air yang dibekalkan kepada rakyat cukup dan selamat untuk digunakan.

Apabila fakta ini akhirnya berjaya menembusi ‘kepala otak’ kerajaan PR Selangor, maka Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim mula bercakap tentang perbincangan yang telah dilakukan dengan pakar-pakar bekalan air dari luar negara berkenaan pembinaan loji rawatan air.

alt

Jelas, kerajaan PR Selangor telah dengan sengaja melambat-lambatkan perlaksanaan penyelesaian yang telah dicapai berdasarkan kajian selama 9 tahun oleh kerajaan pusat kerana ingin ‘membawa masuk’ pihak yang ‘dipilih’ oleh mereka.

Sekali gus membangkitkan soal ketelusan mereka pula ...

Bertitik tolak dari itu, Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor telah menegaskan bahawa Selangor tetap menolak projek Langat 2 dan akan menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan kapasiti air terawat di negeri ini.

Debat mengenai penyelesaian krisis air Selangor berterusan sehingga ke hari ini sementara rakyat tertanya-tanya akan kesudahan nasib mereka.

Menurut Khalid Ibrahim, kos teknologi membran hanya menelan belanja RM800 juta berbanding Langat 2 RM3 bilion.

Di pihak BN pula, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berhujah bahawa teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar dan dalam jangka panjang.

Selain itu, kos yang diperlukan untuk satu loji sahaja adalah sejumlah RM95 juta mengikut nilai semasa tanpa mengambil kira pertambahan loji di kemudian hari yang mana adalah sesuatu yang pasti.

Berhujah secara akademik dan bukan politik, setiap teknologi pasti ada kebaikan dan keburukannya. Begitu juga teknologi membran atau cara tradisional projek Langat 2.

Selain itu, jangan sekali-kali mengenepikan hakikat bahawa kerajaan pusat telah membuat kajian yang mendalam dan mengambil jangka masa yang lama untuk mencari penyelesaian yang tepat bagi krisis ini.

Teknologi membran digunakan di beberapa negara di dunia termasuk Saudi, Kuwait dan Singapura. Kebaikannya ialah, ia mampu menghasilkan bekalan air dalam kualiti yang tinggi dengan sistem yang agak mudah.

Membina sebuah kemudahan penapisan membran juga mungkin tidak begitu mahal namun, beberapa perkara selain kos pembinaan permulaan, wajar diambil kira. Antara yang direkodkan oleh kajian pakar ialah:

Teknologi ini memerlukan tekanan yang kuat yang mana walaupun prosesnya pembinaan lojinya adalah mudah tetapi memastikan tekanan yang tepat dan konsisten adalah satu isu dengan kosnya yang tersendiri pula.

Bahan buangan dari penyulingan kadangkala tercemar dan ini juga menimbulkan satu lagi isu iaitu isu pembuangan sisa tercemar.

Bahagian tekanan tinggi membran berpotensi mengumpul sisa yang menyumbat bahagian penapis. Ini membuatkan membran menjadi tidak efisien, mudah rosak dan akhirnya kehilangan daya menyahkuman.

Walaupun pembinaan kemudahan penyulingan membran tidak begitu mahal tetapi membran itu sendiri adalah mahal serta perlu diganti secara berkala. Lebih buruk ialah apabila tiada cara yang cepat dan praktikal untuk mengenalpasti membran yang rosak mahupun membaikinya membaikinya.

Akibatnya, keseluruhan kos operasi akan menjadi terlalu tinggi dengan berbagai kos yang sukar dijangka.

alt

Selain itu, teknologi ini juga tidak mempunyai opsyen aliran yang berbeza-beza di mana ia hanya boleh digunakan sepenuhnya, atau ditutup terus. 
Justeru, ia tidak mampu ‘bertoleransi’ dengan keadaan yang tidak dijangka seperti aliran berterusan dalam kadar yang tinggi, cuaca yang tidak menentu dan kerosakan peralatan. Sedangkan ketidaktentuan cuaca, adalah masalah utama di Malaysia hari ini.

Kesemua fakta di atas menjadi faktor penting yang membawa kepada rumusan bahawa teknologi membran adalah sesuai bagi operasi skala kecil, tetapi adalah tidak sesuai untuk operasi berskala besar, apatah lagi luas dan berganda tahun demi tahun seperti pembekalan air di Selangor.

Justeru, sebelum sesiapa menuduh kerajaan pusat tidak telus atau korup, seeloknya terlebih dahulu melihat masalah ini dengan minda yang lebih terbuka tanpa dipengaruhi emosi politik.

Lebih dari itu, kesungguhan kerajaan pusat untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat tidak wajar dipertikaikan dan kehidupan kita yang selesa selama ini adalah buktinya.

Apa yang perlu dipersoalkan kini adalah motif sebenar kerajaan PR Selangor untuk terus berdegil menolak Langat 2 dengan berbagai alasan dan jawapan yang tidak relevan pada awalnya sedangkan mereka telah dan sedang merancang projek alternatif sedari awal.

Sumber GWM

Read more...

Tabung Warisan Anak Selangor LINGKUP, JAHANAM - Laporan Ketua Audit Negara 2011

Monday, 15 October 2012


Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjelaskan jumlah pendapatan tiga tahun RM 0.6 juta boleh menampung kos operasi tiga tahun berjumlah RM 4.9 juta?




Pakatan Rakyat sudah mengesahkan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menjadi satu lagi retorik terbesar Khalid Ibrahim dan PKR sepanjang berkuasa di Selangor.

TAWAS menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.


Perlu diingat ... Pakatan Haram telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim namun hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya.

Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

Sehingga ke hari ini ... Khalid Ibrahim masih gagal menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025.

Pelik ... Kerajaan negeri sumbang RM 8.5 juta untuk dana TAWAS, RM 5 juta untuk dana operasi.

Mengapa begitu besar begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi YAWAS?



Satu lagi persoalan yang belum tentu Khalid Ibrahim mampu menjawab ...


Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjelaskan jumlah pendapatan tiga tahun RM 0.6 juta boleh menampung kos operasi tiga tahun berjumlah RM 4.9 juta?

Baki dana YAWAS pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta ...

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kemanakah dibelanjakan RM 7.82 juta kerana berdasarkan Laporan Audit 2011, jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta.

Simple mathematics ... RM 13.5 juta - RM 5.68 juta = RM 7.82 juta




Khalid Ibrahim perlu menjelaskan ...

1) RM 4.9 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang di bawah TAWAS yang tidak mencapai capai matlamat sejak 2009?

2) Mengapa perbelanjaan pengurusan YAWAS begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini?

3) Perlukah 'Bail Out' dilakukan jika trend perbelanjaan melebihi pendapatan seperti sekarang berterusan bagi YAWAS dan TAWAS? Tak mustahil?


Siapa sebenarnya yang mendapat manfaat skim ini sebenarnya ... Anwar? Azmin? atau puak-puak Khalid Ibrahim sendiri.
Sumber - GWM

Read more...

Noh Omar BOHONG ... Unisel TIDAK PERNAH RUGI

Monday, 10 September 2012

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu berkata Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010 papar selepas cukai kira-kira RM54.8 juta.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menafikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sejak Pakatan Rakyat memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri di Selangor.

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya

Beliau mendedahkan laporan audit kewangan Unisel yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata, laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.

Sumber : GWM

Read more...

Gambar Seks Aiskrim Tandas ANGKARA WAN AZIZAH & KHALID IBRAHIM - Azmin Ali

Sunday, 5 August 2012


Anwar tidak mahu siasatan dijalankan atas kes gambar panas Azmin, walaupun didesak oleh Presiden parti dan beberapa pemimpin kanan parti.


Klik ANWAR SETUJU HUBUNGAN TERLARANG AZMIN.

Krisis dalaman PKR semakin parah. Wan Azizah mahu siasatan dalaman dijalankan bagi kes gambar panas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pemimpin kanan parti dalam kem Wan Azizah, Khalid Ibrahim sudah bersetuju siasatan dijalankan.

Petanda awal Azmin bakal ditanam hidup-hidup kem PKR yang menyebelahi Wan Azizah ...

Wan Azizah, Khalid Ibrahim tahu gambar aiskrim Azmin ini bakal membunuh peluang PKR untuk kembali menguasai Selangor.



You Nak I BERSIH Macam Mana YB ... Sucking, Licking, Handjob ...

Zamil Ibrahim, bekas Ketua Pemuda PKR juga telah mengesahkan angkara video aiskrim Azmin ini perbuatan dalaman puak-puak PKR sendiri.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah itu turut mendakwa kamera litar tertutup yang merakamkan gambar panas Timbalan Presiden PKR telah dipasang oleh pihak tertentu dalam kerajaan negeri Selangor sendiri.

Atas dasar itulah Kamaruddin tahu nyawa politik Azmin kini disentap dan direntap dengan begitu hebat oleh Menteri Besar Selangor.

Sidang media PKR sebelum ini sekadar menjadi tempat ahli Parlimen Ampang ini meminta pertolongan dan jasa baik Khalid Ibrahim agar tidak terus membunuh bosnya.



Beliau (Khalid Ibrahim) sekadar menjawab ‘tiada komen’ dan tersenyum apabila soalan mengenai perkara ini diajukan para pemberita selepas mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK, di sini petang tadi. Beberapa exco yang hadir turut tergelak kecil - Free Malaysia Today.

Khalid Ibrahim cukup berpuas hati. Dendam kesumat dimalukan Azmin yang meletakkan kamera tersembunyi dalam pejabat Khalid Ibrahim dalam merakamkan adegan berahi Menteri Besar Selangor itu sudah terbalas.

Presiden PKR sudah beri 'green light', pemimpin kanan PKR pun menyokong usul Presiden parti. Khalid Ibrahim yang berada dalam kem Wan Azizah sudah mampu mengukir senyuman.

Azmin tahu nyawa politiknya semakin tercabut dari pentas politik. Anwar diminta memberi bantuan. Azmin mahu Anwar menggunakan kuasa 'veto' dalam PKR untuk menghentikan siasatan.

Siapa sebenarnya yang berkuasa dalam PKR ... Anwar atau Presiden parti?

Atau Anwar sekali lagi mahu menyalahkan UMNO sebagai dajal meletakkan kamera tersembunyi yang merakamkan adegan berahi Kahlid Ibrahim dan Azmin Ali?

Jangan salahkan UMNO ...

Mustahil UMNO mempunyai akses untuk masuk kedalam pejabat Menteri Besar Selangor. Apatah lagi mempunyai akses ke dalam tandas Azmin Ali sewaktu beraksi sehingga 'memuntahkan' adiknya.

Sumber : GWM

Read more...

Krisis Air Selangor ... KHALID IBRAHIM MEMANG NAK BUNUH DIRI ... PKR PEMBOHONG

Saturday, 28 July 2012

Sebuah lori tangki air dengan bangga menghantar air 'SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR' di tepi jalan Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan ... semalam.



Sampai bila Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram Selangor mahu berbohong kepada rakyat kononnya tiada krisis air yang berlaku di Selangor?

Mengapa perlu menghantar lori tangki air dengan banner tertulis 'SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR' ... jika benar-benar tiada krisis air sedang berlaku di Selangor.

Apa perlu menghantar lori tangki yang disewa khas ... lebih besar dari lori SYABAS untuk penduduk di Taman Belimbing, Seri Kembangan.

Pelik ... lori tangki air hanya dihantar ke satu kawasan sahaja, walhal SYABAS telah pun menghantar bekalan air sebelum ini?

Apa agaknya jawapan Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram apabila kerajaan negeri menghantar lori tangki berkapasiti 22,000 gelen air ke Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan?

1) Saja-saja seronok?
2) Kerajaan negeri Selangor cukup prihatin?
3) Saja tayang lori tangki air pada penduduk?

Bagaimana Khalid Ibrahim mahu menjawab lori-lori tangki air milik SYABAS hari-hari hantar bekalan air di Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan ini?



Jawapan kepada pembohongan Khalid Ibrahim dan Pakatan Haram di Selangor ...







Siapa yang mempolitikkan isu air di Selangor sebenarnya? Siapa yang berbohong kepada rakyat tiada krisis air di Selangor?

Sumber : GWM

Read more...

Khalid Ibrahim JANGAN KUAT KENCING RAKYAT - GPRS

Sunday, 22 July 2012


Konflik isu air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan syarikat pengendali konsesi air, Syabas tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak, tetapi hanya akan memberi kesan kepada rakyat.

Kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu mempolitikkan perkara ini kerana masalah berlaku adalah kesilapan dan kelemahannya tetapi bijak mengalih pandangan rakyat kononnya Syabas yang bersalah, bukan kerajaan negeri.

Inilah permainan kotor kerajaan negeri. Isu sebenar ialah kekurangan bekalan air terawat akibat permintaan yang meningkat, bukan kerana kekeringan air sungai, air lombong atau air empangan.

Memang tidak logik jika berlaku krisis air kalau empangan banyak air atau pada musim hujan sekarang ini.

Rakyat perlu faham bahawa pengeluaran air di loji rawatan yang ada tidak cukup untuk
menampung penggunaan yang semakin meningkat kerana loji sedia ada hanya mampu merawat
air dalam kapasiti tertentu walaupun beroperasi pada tahap maksimum, 24 jam sehari tanpa henti.

Kerana itu ada kawasan yang terpaksa menerima catuan kerana bekalan air bersih dari loji rawatan tidak mencukupi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, sebuah loji baru perlu dibina untuk meningkatkan pengeluaran air terawat. Ini bukan satu gurauan, jika air empangan sedia ada disalurkan kepada pengguna seperti mana saranan MB, tidak sampai 7 hari air empangan itu akan kering kontang.

Kita kesal kerana mempunyai Menteri Besar dan barisan exco yang dangkal pemikiran, yang cetek ilmunya tetapi mahu menjuarai isu air semata-mata survival politik dan mahu terus menipu rakyat.

Kerajaan negeri gagal dalam menjalankan tanggungjawab tetapi mahu menjadikan Syabas sebagai kambing hitam.

Menteri Besar tidak perlu bersandiwara. Loji adalah di bawah tanggungjawan kerajaan negeri malah ada syarikat loji rawatan milik kerajaan negeri. Untuk pastikan bekalan cukup juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Syabas hanya mengagihkan air yang dirawat oleh loji rawatan. Siapa yang perlu dipersalahkan jika air tidak cukup: kerajaan negeri atau Syabas? Ini hanya taktik
lapok mereka supaya rakyat terus menyalahkan Syabas.

Meminjam analogi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang
menggunakan padi dan beras sebagai contoh: rakyat mahukan beras, bukannya padi.

Air empangan ibarat padi manakala air terawat ibarat beras. Kecuali Menteri Besar dan barisan exco mahu makan padi, mereka boleh guna air dari lombong atau air empangan sedia ada.

Bagaimana mana mahu mendapatkan beras jika kilang memproses padi tidak mencukupi? Itulah senario yang pelru difahami sekarang.

Kita hairan kenapa Exco Ronnie Liu hanya menunjukkan air empangan yang penuh, kenapa tidak minum sahaja air empangan itu? Ini kerana mereka hanya berpolitik dan bersandiwara untuk menipu rakyat kerana mereka juga tahu air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu sebelum diminum.

Air mentah yang belum dirawat mempunya risiko bakteria dan sebagainya.

Tambah pelik apabila Menteri Besar mahu mengambil alih pengurusan Syabas dan mengumumkan pelantikan kumpulan professional yang tiada pengalaman untuk meneliti operasi harian Syabas sedangkan hakikatnya mereka mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat itu dan Syabas sendiri diaudit oleh Audit Negara. Jadi apa relevan tindakan Menteri Besar ini?

Kerajaan negeri turut menuduh Datuk Seri Noh Omar mempunyai kepentingan dalam syarikat yang akan membina Loji Langat 2. Tuduhan ini sangat lucu kerana tender masih belum dibuka, bagaimana kerajaan negeri tahu Datuk Seri Noh ada kepentingan dalam syarikat yang membina loji.

Buktikan tuduhan itu, jangan bersandiwara untuk menipu rakyat.

Kalau Menteri Besar telus, kita cabar beliau buka tender membina Loji Langat 2. Jangan bersandiwara lagi. Kita yakin jika Loji Langat 2 siap dibina kelak, harga air tidak akan naik malah akan menjadi lebih murah kerana bekalan sudah banyak dan lebih daripada mencukupi.

Belum buat loji macam mana Menteri Besar tahu harga air akan naik? Buat dahulu baru tahu. Kerajaan negeri hanya sedia tanah kerana kos pembinaan loji akan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Malah selepas siap, loji tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri seperti mana loji-loji yang lain.

Kita nasihatkan Menteri Besar dan barisan exco, cukup-cukuplah menipu rakyat. Kalau tidak mampu menjalankan tanggungjawab, Menteri Besar dan exco boleh letak jawatan. Jangan nak berlagak pandai tapi tidak ubah seperti ‘ayam berkokok ekor bergelumang tahi’.

Kita cabar Menteri Besar dan Exco agar tidak lagi menggunakan air terawat, sebaliknya
menggunakan air mentah yang disalurkan terus dari lombong atau Sungai Klang. Barulah cakap serupa bikin! Justeru rakyat jangan terus tertipu dengan permainan sandiwara pemimpin kerajaan pakatan pembangkang ini.


DATUK SOHAIMI SHAHADAN
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS)

Read more...

Khalid Ibrahim MUNTAH DARAH ... Talam Corp, DAP Berjaya MENGANJINGKAN Beliau

Wednesday, 18 July 2012

Apa lagi yang Khalid Ibrahim mahu bohong pada rakyat. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia tidak pernah luluskan satu pun penilaian hartanah Talam.



Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Segala strategi bagai tidak mengena.

'Bail Out' Talam Corporation kini bakal membogelkan beliau sebagai Menteri Besar paling tidak bertanggungjawab menyelamatkan kroni-kroni puak chauvinist ini.

Dua minggu yang lalu, Chua Tee Yong telah mendedahkan bagaimana hartanah Talam Corporation, RM676 juta, telah dinilai lebih dari yang sepatutnya.

Khalid Ibrahim terpaksa meminta bantuan Tony Pua bagi menyelamatkan keadaan kritikal skandal Talam ini.

Agak hebat Tony Pua cuba melakukan spin skandal 'bail out' ini. Malah menyebut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia turut mengesahkan penilaian terhadap hartanah ini.


Rakyat semakin tertipu dengan pembohongan pembangkang...

Walhal Chua Tee Yong pernah mendedahkan dengan jelas bagaimana Bestari Land telah dinilai melebihi apa yang sepatutnya, RM42 juta. Begitu juga dengan Danau Putra Land yang dinilai RM28 juta melebihi harga pasaran.


Dalam kerancakan DAP membantu Khalid Ibrahim untuk mendapatkan nyawanya kembali, akhirnya Talam Corporation berbohong mengenai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia memperakui penilaian hartanah yang dibuat.


Kami merujuk kepada pengumuman kami bertarikh 11 Julai 2012 dan ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam perenggan 4 siaran akhbar bahawa kedua-dua SC dan Bursa telah meluluskan penilaian Tanah 'adalah tidak betul. Menjalankan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad, tidak tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa).

Di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa, Talam diperlukan untuk memastikan bahawa penilaian laporan yang dihantar bersama-sama dengan draf pekeliling mematuhi Garis Panduan Penilaian Aset SC. Dalam hal ini, salinan laporan penilaian dan sijil telah dirujuk oleh Bursa kepada SC untuk semakan pada mematuhi garis panduan yang berkaitan dan kecukupan pendedahan dalam sijil penilaian.

Kami juga ingin mengumumkan bahawa TRINITY tidak akan membuat sebarang pengumuman lanjut berkaitan dengan apa-apa pernyataan lanjut oleh mana-mana pihak, jika ada, melainkan jika perlu semua butir-butir yang terkandung di dalam surat pekeliling kami kepada pemegang saham bertarikh 15 mac 2011.

Khalid Ibrahim kini muntah darah ...

Pembohongan Pakatan Haram kini tidak mampu membendung pengumuman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Khalid Ibrahim dan pembangkang perlu meminta maaf secara terbuka di atas pembohongan yang dilakukan dalam skandal 'bail out' Talam Corporation ini.

Kerajaan PKR Selangor cukup terbukti tidak mempunyai kredibiliti dalam mentadbir kerajaan negeri.

Apa lagi helah yang mahu dilakukan oleh pembangkang selepas ini ...

Mana kertas putih Khalid? Nak tunggu lagi 10 tahun ke ...

Sumber GWM

Read more...

ANWAR Berniat BUNUH KARIER SAYA - Khalid Ibrahim

Saturday, 14 July 2012




Selangor Pakatan Rakyat (PR) government seems to be in a corner with the Talam Corporation issue as Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim continues to evade replying the details.

The issue has questioned Khalid’s sharpness or in this case his intention in giving Talam, which is now called Trinity, a new lease of life at the expense of the the rakyat’s money.

The so-called debt restructuring for Talam involved several state-owned economic arms that are now in a dire straits of financial need.


Given the issue and many more issues plaguing the PR administration in the state especially the unfulfilled promises since taking over in March 2008, the PR state government is shaky.

Khalid has lost control of the state administration and worse still is the case that involved his political secretary Faekah Hussein, who is now under attack from within the unregistered alliance itself.

Not knowing how to get out of the situation as he is not a politician per say, Khalid goes on the so-called intellectualism approach, the accountability in accounting and so on.


But one thing he forgot…politics is a game of mind…his counterparts – those in his party Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS and DAP – know it and they are not helping him much in this issue or other issues.

The opposition alliance is more interested in protecting their individual self and secondly the party he or she represented rather than protecting the alliance as a whole or a political front.

They have rather let Khalid take all the blame for the unfulfilled promises, for the erosion of trust from voters, for the fading of credibility than ‘sinking’ together with him.


Khalid has been facing and is currently facing the many problems alone – like it or not – they have or been seen abandoning him when the going gets tough and rough.

Protests demanding for promises to be made good from voters who voted for them in 2008 general elections are being left for Khalid to handle alone, the rest are busy with their own issues rather than helping Khalid.

In fact, from within PKR itself, Khalid is being isolated, it seems, as the party does not come out in the open to help defend him on issues related to the state and the alliance.


There are even rumours that he is being undermined by his own leaders who wanted PKR deputy president Azmin Ali to take over his position but Khalid is lucky.

PKR president herself Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail is on his side as it is said she despise Azmin over the purported affair between her husband Anwar Ibrahim and Azmin’s wife Shamsidar.

Outside PKR, PAS is still a pain the neck despite the ‘togetherness’ the parties project in media and other promotional fronts.

The latest segregation of unmarried males and females in a cinema in Kuala Selangor has now become an issue although it seems small and insignificant.


Talking about young voters who are voting the first time this coming generale election, and their numbers are not small, the PR state government may lose a considerable amount from young Malay voters.

It is not that they are out to make sins in the cinema but the mere segregation is considered as the first step to a more rigid Islamic laws that would curtail the normal social life for these youngsters.

And PAS insistence on an Islamic theology state is still a ‘pain’ for PKR and DAP…being multi-racial and multi-religious political philosophy…PAS stand puts them in a very awkward position.


In fact, Khalid was having problem when former PAS leader who is Paya Jaras assemblyman Datuk Dr Hassan Ali went on the crusade for implementation of basic Islamic fundamentals.

Thus far, Selangor seems vulnerable and its position is shaky as Barisan Nasional (BN) keeps pounding on the state’s administration’s weaknesses and unfulfilled promises.

Khalid cannot hide under the so-called being new state government or needs more time to ‘undo the mistakes of BN’ as the voters are getting restless and impatient because as it seems now, the BN state administration did not make mistakes and did not run away from their promises.

Like it or not, Khalid and the PR state government is facing a rough time and an uphill battle to keep the state from slipping away to BN in the coming general election.

Planning to conduct the state election on a different date from the general election would not contain the restlessness of voters and it may even backfire.

Sumber : GWM

Read more...

Wan Azizah BAKAL 'LANGGAR' Azmin Ali - Khalid Ibrahim

Thursday, 12 July 2012


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu, layak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Di bawah Perlembagaan Persekutuan beliau masih tertakluk kepada larangan bertanding semula kerusi Parlimen.

Penasihat undang-undang dan pemimpin kanan PKR, R. Sivarasa; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu bahawa undang-undang tidak mengenakan sebarang halangan jika seorang anggota Dewan Rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh daripada bertanding kerusi Dun.

Semua ini memang dirancang dengan baik dan halus.

TS Khalid, sebagai Menteri Besar dikhabarkan sudah pun mempunyai perancangan jangan panjang untuk Kak Wan. Bagi menyediakan BUFFER untuk dirinya sendiri, Khalid lebih berminat untuk membawa Kak Wan ke Selangor dan berfungsi sebagai ‘pendinding’ kepada cubaan menjatuhkannya dalam politik.

TS Khalid bukannya Khalid yang lama. Zaman Guhtrie. Kaki tunduk dan malas nak melawan. Di bawah bimbingan Faekah dan jagaan Kak Wan, Khalid mempunyai idea politik yang berani dan wild. Salah satunya adalah menggantikan Azmin di Bukit Antarabangsa dengan Kak Wan. Alasan? Azmin diperlukan di peringkat Pusat; dan bukannya di peringkat Negeri.

Dengan kembalinya Kak Wan dalam DUN Selangor, salah satu jawatan yang selama ini diberikan kepada Pas, akan dikembalikan kepada Kak Wan dan PKR. Makna kata, Kak Wan juga akan berperanan sebagai Exco Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan hal ehwal wanita.

Gandingan Kak Wan – Khalid – Faekah ini memang ‘shrewd’ dan ganas. Mereka boleh menikam dalam senyum. Inilah yang menyebabkan Azmin cukup risau dan khuatir.

Sementara Azmin berjanji ‘BULAN DAN BINTANG’ kepada ramai Ketua Cabang – Khalid hanya senyum dan mengangguk. Dalam sekelip mata, kalangan yang dicadangkan oleh Azmin boleh gugur dan tersungkur. Kali ini Azmin benar-benar akan terkena. Dengan menarik Kak Wan sebagai ADUN dan Exco, Khalid sudahpun mengesahkan tempatnya sebagai calon MB Selangor satu term lagi. Azmin?

Sumber : GWM

Read more...

Khalid Ibrahim HARAM JADAH, RM 1 Bilion Untuk BAIL OUT TALAM CORPORATION

Tuesday, 3 July 2012

Ketawa besar Chan Chong Yoon dengan 'Bail Out' Khalid Ibrahim terhadap Talam Corporation (Trinity Corporation Berhad)


KUALA LUMPUR, 3 Julai - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong mendakwa transaksi RM1 bilion oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai amat mencurigakan.

Beliau turut mendakwa transaksi mencurigakan itu berkait rapat dengan langkah kutipan semula hutang yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor itu.

Chua Tee Yong berkata Talam Corporation Berhad (TALAM) telah berhutang sejumlah RM392 juta kepada tiga anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Tiga anak syarikat yang dimaksudkan adalah Universiti Selangor (UNISEL), Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) dan SAP Holdings Berhad (SAP) berjumlah RM277 juta. SAP merupakan anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini turut mendakwa Laporan Tahunan terkini KHSB menunjukkan kerajaan negeri masih lagi berhutang RM115 juta kepada ketiga-tiga anak syarikat tersebut memandangkan tiada sebarang pembayaran dilakukan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah memperuntukkan RM392 juta melalui bajet tambahan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2009 serta mendakwa TALAM telah melangsaikan kesemua hutang-hutang berkenaan dan berjaya mengutip semula hutang bagi pihak ketiga-tiga anak syarikatnya itu.


Selanjutnya, klik BAIL OUT ALA ANWAR IBRAHIM

Bail Out, Bail Out dan Bail Out ... itu adalah jawapan sebenar apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim terhadap taikun Chan Chong Yoon.

GWM cuba permudahkan pemahaman 'Bail Out Pakatan Haram Style' melalui gambarajah di bawah ini ...






Dalam Laporan Tahunan Talam Corporation pada 12 Mac 2010 dan 9 April 2010, jelas menunjukkan Kerajaan Pakatan Haram Selangor telah membeli aset-aset syarikat ini berjumlah RM 676 juta.

Kerajaan Pakatan Haram Selangor juga telah membeli aset tambahan Talam Corporation berjumlah RM 284 juta.

Rakyat masih menunggu bila agaknya Khalid Ibrahim mahu membentangkan KERTAS PUTIH mengenai isu pengambialihan hutang Talam Corporation ini.

Khalid Ibrahim pernah berjanji perkara ini pada 11 Julai 2010 ... Sudah dua tahun, satu patah haram pun masih belum lagi dibentangkan.

Jangan buat-buat lupa Khalid Ibrahim ...

Sumber : GWM

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP