Powered by Blogger.

PAU2012 : TERKINI!!! WAKIL SELANGOR DEDAH PENYELEWENGAN PAKATAN HARAM!!!

Friday 30 November 2012

 

Wakil Selangor, YB Abdul Shukor Idrus mendedahkan penyelewengan yang cuba dilakukan kerajaan negeri Selangor dalam isu penjualan aset PKNS.

Menurut beliau, dalam kenyataan akhbar bertarikh 30 Oktober 2012, pegawai perhubungan awam PKNS mengesahkan bahawa PKNS memindahkan aset-aset komersialnya kepada sebuah anak syarikat, Private Real Estate co. (PREC).

Shukor mempersoalkan syarikat mana sebenarnya yang akan membeli dan menguruskan aset-aset tersebut.

"Siapakah Lembaga Pengarah dan berapa banyakkah modal berbayar? Difahamkan bukan PREC tetapi syarikat lain iaitu Central Holding Bhd.," katanya ketika perbahasan ucapan dasar Presiden sebentar tadi.

Beliau selaku pembahas kelima hari ini menceritakan, realitinya status PKNS dan PREC atau Central Holdings Bhd. milik PKNS berbeza besar.

PKNS adalah sebuah perbadanan kerajaan negeri yang pengurusannya dipantau ketat oleh kerajaan negeri dan Perbendaharaan Malaysia, sedangkan PREC tidak banyak tertakluk kepada kawalan terus kerajaan negeri dan Perbendaharaan Malaysia.

"Yang pastinya, tiada jaminan bahawa PREC akan terus menjadi milik PKNS. Ianya terdedah kepada risiko dibeli oleh pihak swasta atau individu melalui proses 'management but-out' dengan izin. Kalau inilah yang berlaku, sudah tentulah aset-aset tersebut tidak lagi menjadi milik PKNS dan rakyat Selangor," katanya.

Shukor turut mendedahkan penyelewengan di mana PKNS telah menandatangani perjanjian dengan Amanah Raya Berhad kononnya untuk menyerahkan Hak menggabungkan, sebenarnya merancang menjual tiga aset PKNS - Kompleks PKNS, Shah Alam City Centre dan Menara PKNS Petaling Jaya yang bernilai RM270 juta ke dalam Amanah Raya Real Estate Investment Trust Fund (ARREIT).

Menurutnya lagi, melalui perjanjian itu PKNS akan hilang kuasa dalam pengurusan dan penentuan dasar bagi aset-aset tersebut. Apabila UMNO/BN mempersoalkan tindakan itu, akhirnya mereka membatalkan dan kononnya tindakan mereka itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa pusat.
Namun, kerja jahat mereka tidak terhenti setakat itu sahaja, malahan kerajaan Selangor mencuba pula untuk menjual 5 lagi aset PKNS yang bernilai RM132 juta iaitu:

1. Kompleks PKNS Shah Alam
2. Wisma Yakin
3. Kompleks PKNS Bangi
4. Menara PKNS Petaling Jaya
5. SACC Mall Shah Alam

"Mungkinkah ada muslihat atau agenda lain yang disembunyikan daripada pengetahuan kita dan rakyat Selangor keseluruhannya?," katanya dengan penuh semangat.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP