Powered by Blogger.

KHALID GAGAP ARAH SYABAS BEKU PROJEK NAIK TARAF PAIP AIR.

Tuesday 27 November 2012



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa “bersandiwara” dengan menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) apabila gagal menurunkan kadar Air Kurang Berhasil (NRW) sedangkan beliau mengarahkan Syabas untuk membekukan kerja menaik taraf paip air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak berkata ketika sidang Dun semalam menegaskan, Abdul Khalid bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan kepada Syabas untuk membekukan syarikat itu menaik taraf sistem perpaipan, dan menjadi punca Syabas gagal mencapai sasaran penurunan 19 peratus kadar NRW pada 2012, sebaliknya masih berada pada paras 32 peratus.

“Isunya di sini, Syabas tidak berjaya menurunkan kadar NRW kerana kerajaan negeri yang menghalang Syabas melakukan usaha NRW.

“Kerana ada surat dikeluarkan sebagai arahan rasmi daripada kerajaan negeri supaya membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) yang khusus kepada menaik taraf saluran air untuk tempoh 2009 hingga 2011, dan 2012 hingga 2014,” katanya.

Sulaiman turut menegaskan, Abdul Khalid hanya menggunakan helah menyelesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk projek pembangunan loji rawatan air Langat 2.

“Menteri besar cuba alih isu ... selesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk Langat 2. Menteri besar bersandiwara ... beliau yang  memberhentikan Capex.

“Syabas hanya dibenarkan membuat kerja-kerja yang kritikal,” katanya lagi.

Justeru, tindakan itu jelas Sulaiman menyebabkan projek penggantian paip air sepanjang 6000 km yang dijalankan Syabas gagal dilaksanakan, sebaliknya syarikat berkenaan hanya berjaya menukar sepanjang 800 km paip berkenaan berikutan pembekuan tersebut.

Sebelum itu, soalan sama yang diajukan Sulaiman di dalam Dewan, namun tidak dijawab Abdul Khalid.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP