Powered by Blogger.

Showing posts with label Gelombang Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Gelombang Rakyat. Show all posts

KHALID GAGAP ARAH SYABAS BEKU PROJEK NAIK TARAF PAIP AIR.

Tuesday, 27 November 2012



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa “bersandiwara” dengan menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) apabila gagal menurunkan kadar Air Kurang Berhasil (NRW) sedangkan beliau mengarahkan Syabas untuk membekukan kerja menaik taraf paip air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak berkata ketika sidang Dun semalam menegaskan, Abdul Khalid bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan kepada Syabas untuk membekukan syarikat itu menaik taraf sistem perpaipan, dan menjadi punca Syabas gagal mencapai sasaran penurunan 19 peratus kadar NRW pada 2012, sebaliknya masih berada pada paras 32 peratus.

“Isunya di sini, Syabas tidak berjaya menurunkan kadar NRW kerana kerajaan negeri yang menghalang Syabas melakukan usaha NRW.

“Kerana ada surat dikeluarkan sebagai arahan rasmi daripada kerajaan negeri supaya membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) yang khusus kepada menaik taraf saluran air untuk tempoh 2009 hingga 2011, dan 2012 hingga 2014,” katanya.

Sulaiman turut menegaskan, Abdul Khalid hanya menggunakan helah menyelesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk projek pembangunan loji rawatan air Langat 2.

“Menteri besar cuba alih isu ... selesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk Langat 2. Menteri besar bersandiwara ... beliau yang  memberhentikan Capex.

“Syabas hanya dibenarkan membuat kerja-kerja yang kritikal,” katanya lagi.

Justeru, tindakan itu jelas Sulaiman menyebabkan projek penggantian paip air sepanjang 6000 km yang dijalankan Syabas gagal dilaksanakan, sebaliknya syarikat berkenaan hanya berjaya menukar sepanjang 800 km paip berkenaan berikutan pembekuan tersebut.

Sebelum itu, soalan sama yang diajukan Sulaiman di dalam Dewan, namun tidak dijawab Abdul Khalid.

Sumber

Read more...

"MB BODOH.." - ANWAR KECAM KHALID GAGAP ARAH JAIS SIASAT NURUL IZZAH.

Friday, 9 November 2012



Pakatan Pembangkang Selangor 'tergamam' seketika apabila MB Khalid Gagap menyatakan sokongan terhadap siasatan JAIS ke atas Puteri kesayangan Anwar, Nurul Izzah berhubung kenyataan kontroversinya sebagai Ahli Panel di Forum Islamic State - Which Version Whose Responsiility baru2 ini.


Pimpinan Pakatan Selangor terutamanya puak Parasit PAS mengangaap tindakan Khalid semalam satu sokongan paling 'tidak berakal' kerana JAIS telah diherdik mereka sebagai 'Alat Kerajaan UMNO/BN'.


Lebih parah lagi, sokongan Khalid ini jelas bercanggah dengan dakwaan Anwar Ibrahim Selasa lepas yang menjelaskan pihak JAIS telah diarahkan Pemimpin UMNO untuk melakukan siasatan terhadap anaknya yang mahu Malaysia bebas dalam memilih Agama tanpa sebarang sekatan.

Sumber dalaman PKR mendakwa Anwar kini sedang berang dan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Khalid yang dikeluarkan semalam.

Tindakan Khalid sememangnya 'bijak' kerana telah berjaya membersihkan persepsi dan tuduhan Puak2 Parasit PAS yang menghina setiap tindakan JAIS terutamanya ketika bekerjasama dengan Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Dr. Hasan Ali dalam membanteras isu Murtad dan gejala sosial di Selangor.

Kelihatan sokongan bagi menyingkirkan Khalid Gagap selaku MB Selangor semakin utuh. Nurul Izzah yang sebelum ini menyokong Khalid bagi menentang Azmin mungkin sedang kecewa dan sudah hilang kepercayaan terhadap beliau.

Sumber

Read more...

ISU KONDO.. MP HULU SELANGOR MAHU SAMAN RONNIE LIU..!!

Thursday, 1 November 2012



SAMAN... Itu saja cara menebus maruah terhadap tuduhan2 dan persepsi2 palsu yang dimainkan Pembangkang. Dan ianya bakal dilakukan Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan ke atas Exco Selangor, Ronnie Liu jika tuduhan isu projek kondominium di Batu Caves yang dikaitkan dengan pembabitan Pemimpin MIC itu tidak ditarik balik.

"Saya pun ada tahap kesabaran saya. Kalau saya tidak dengar apa-apa permohonan maaf daripada beliau, saya akan mulakan tindakan perundangan," katanya kepada salah seorang wartawan Sinar Harian Online.

Malah Kamalanathan dengan tegas mendakwa Ronnie Liu sebagai individu yang menipu kerana melakukan fitnah ke atas dirinya.
"Bagus, mudah kerja saya (kalau dia kata tak sebut nama). Apa nak dibuktikan lagi. Dia fitnah saya, dia menipu," tegas Kamalanathan.

"Awak tanya dia betul atau tidak YB pada satu sidang media pada 23 Oktober 2012 ada menyebut nama saya, kalau dia tetap kata tidak ada, mudah kerja saya," katanya lagi.

Sumber GR

Read more...

LAPORAN JAIS.. REKOD JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR 'TENAT'..!!

Wednesday, 17 October 2012


Perubahan tampuk Kerajaan Negeri Selangor yang kini diterajui Pakatan termasuklah PAS nyata bukan sahaja tidak mampu mengurangkan kadar jenayah akan tetapi lebih membimbangkan ianya meningkat secara mendadak.

Laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaparkan jumlah kes Jenayah Syariah yang meningkat sebanyak 1151 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 1077. Perbandingan rekod 2 tahun daripada 4 tahun pemerintahan Pembangkang ini jelas menggusarkan masyarakat yang tidak tahu akan fakta sebenar mengenai rekod tersebut.

Peningkatan tersebut jika dikaji semula merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012.

Jenayah syariah yang direkodkan dalam kes tersebut termasuklah melibatkan kes khalwat, persetubuhan luar nikah dan lelaki berlagak seperti perempuan, malah melibatkan kesalahan berkaitan akidah seperti dakwaan palsu, kesucian agama Islam serta institusi agama Islam itu sendiri.

JAIS dalam kenyataannya menyebut menjadi tanggungjawab menangani jenayah syariah tidak seharusnya dibebankan kepada penguat kuasa agama sahaja, yang turut menerima kritikan serta tohmahan ketika menjalankan tugas.

"Sebagai contoh, kes siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh pihak penguat kuasa agama Jais yang dikatakan menyalahi prosedur. Apa dikesali terdapat banyak pihak mengambil kesempatan ke atas isu ini dengan menokok tambah cerita sehingga memberi kesan negatif ke atas institusi agama Islam itu sendiri," kata wakil jurucakap JAIS.

Siasatan pada 3 Ogos tahun lepas itu dilakukan selepas Jais mendapat maklumat terdapat orang Islam menyertai majlis anjuran DUMC selain berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka di gereja tersebut.

 

Lebih sedih apabila dari kalangan penyokong tegar parti pembangkang yang membutakan kesemua fakta2 ini dan terus ditanam dengan semangat kebencian menerusi persepsi fitnah dari kalangan Pemimpin2 mereka dek kerana mahu tawan Putrajaya.

Di manakah janji PAS sebelum PRU12 yang mahu mensasarkan sifar Jenayah Syariah di Negeri tersebut. Malah menghina Kerajaan BN Negeri pada ketika itu dengan menggelar 'Selangor Darul Maksiat?'






Oh lupa. Pemimpin No. 1 Selangor yang lantang memperjuangkan usaha tersebut telah dibuang jauh dari PAS. Kini yang memimpin merupakan Pemimpin PAS berjiwa 'Darul Maksiat'.

Sumber - PAS

Read more...

TUKAR MB.. PAS WARNING PKR BAKAL DEDAH SKANDAL SULIT AZMIN ALI..!!

Thursday, 4 October 2012

Kenyataan Azmin yang begitu yakin bakal dipersetujui rakan2 Pembangkang untuk mencantas Khalid Gagap sebagai MB Selangor bukan sahaja 'malap' akan tetapi dikejutkan dengan amaran dari pihak PAS sendiri.
Kelihatan strategi Anwar menggunakan suara Azmin sebagai 'isyarat' tidak disambut baik dari PAS.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali bagi 'warning' kroni2 Anwar dalam PKR agar tidak membuat kenyataan peribadi sebagai batu loncatan menyalahgunakan suara gabungan 3 parti pembangkang tersebut.

Kenyataan yang dibuat oleh Azmin Ali didakwa beliau bersifat politik peribadi yang mengelirukan pengundi PAS sendiri di Selangor.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.


"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa dipetik dari Harakahdaily dan KLPOS.

Azmin sebelum ini telah beberapa kali membuat tindakan dan kenyataan yang tidak seteru dengan PAS termasuklah berkaitan desakan tindakan pemecatan terhadap Hasan Ali yang mendapat amaran oleh Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi.
 
Sumber - Gelombang Rakyat

Read more...

TERKINI.. AZMIN ALI UMUM KHALID GAGAP BAKAL DIGUGUR JAWATAN MB SELANGOR..!!

Wednesday, 3 October 2012

Kelihatan Azmin Ali hampir berjaya ke kemuncak dalam mencantas musuhnya dalam parti bernama Khalid Gagap.
Menerusi laporan dalam beberapa laman portal termasuklah Sinar Harian dan KLPOS, Azmin mengesahkan Khalid Gagap bakal digugurkan jawatan MB Selangor jika Pakatan menang majoriti pada PRU13 kelak.
Impian Khalid Gagap untuk memecah tradisi MB paling lama memegang jawatan tersebut seperti Nik Aziz di Kelantan tidak kesampaian.
Azmin yang sebelum ini pernah membuat pengakuan secara terbuka menerusi TV3 menghadapi krisis kerjasama dengan Khalid Gagap telah diamanahkan sendiri bosnya Anwar Ibrahim membuat kenyataan sedemikian.


Adakah benar kenyataan media yang dibacakan beliau mendakwa Khalid bakal diimport ke Kerajaan Pusat jika benar PRU13 menjadi milik Pakatan? Lebih jijik Azmin sendiri secara tiba2 membaca teks penukaran tersebut atas faktor rekod 'cemerlang' Khalid. Sedangkan Azmin sendiri pernah membuat pengakuan mengkritik kepimpinan Khalid di Selangor yang menjadi punca tercemarnya imej parti?
Masing2 punya agenda yang lebih liar mengikis kekayaan Negeri yang sepatutnya diberikan kepada rakyat. Apa perubahan yang dijanjikan mereka selama ini? Bukan sahaja tidak berubah, malah semakin kritikal dengan isu air, talam, penyelewengan MBSA dan sebagainya.

Sumber - Gelombang Rakyat

Read more...

TERKINI - NOH OMAR UMUM RASMI CALON MENTERI BESAR SELANGOR.!!?

Monday, 24 September 2012




Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.

Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.

Sumber - Gelombang Rakyat

Read more...

ANWAR PERANGKAP KHALID GAGAP DALAM REKOD KES JENAYAH..!!

Friday, 10 August 2012


Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.

Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.

Niat Khalid sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi menghargai 'jasa' Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin wanita yang popular.

Namun, dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana kerap didakwa oleh pembangkang, ia membabitkan soal integriti dan amanah yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.

Di masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA. Hampir setiap negara memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama - melindungi integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.

Gagal mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun pihak luar, bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.

Lagipun Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.

Ringkasnya, apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.

Jika jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor terhadap Rafizi, bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi perbankan kelak.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi. Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

KHALID GAGAP AKUI UNISEL HUTANG RM15 JUTA DGN. SYARIKAT JANA NIAGA..!!

Monday, 6 August 2012


Memalukan. Tatkala beberapa IPTS di Negara ini terpaksa berhempas pulas memberi perkhidmatan pelajaran terbaik, Universiti Selangor (Unisel) yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor menanggung beban hutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Tunggakan bayaran yang didedahkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omarmelibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor tersebut.

"Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama, yang jadi mangsa ialah pelajar.

"Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Agrobank berjumlah RM170,087.43 kepada Lembaga Zakat Selangor di Tanjong Karang , Sabtu lalu.


Pendedahan ini menguatkan lagi isu kegagalan pelajar Unisel mendapatkan tempat tinggal di kampus induk bagi sesi pengajian yang bermula 7 Ogos ini berikutan penutupan pejabat operasi JNSB.

Masalah itu berlaku kerana Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB bagi tempoh lapan bulan.
Sementara itu, Noh Omar turut mencabar MB Selangor Khalid Gagap mengeluarkan laporan kewangan Unisel jika benar pendedahan beliau tersebut palsu.

"Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Sulaiman Abd Razak sudah bangkitkan dalam DUN bahawa dia ada bukti yang akaun Unisel sudahpun diaudit, tetapi Menteri Besar tidak boleh jawab, dan beliau tetapkan bulan ini (untuk beri penjelasan).

"Jadi, saya akan tunggu sampai hujung bulan ini, kalau dia gagal bentangkan pendapatan dan hasil Unisel, saya akan tolong bentangkan bagi pihak kerajaan negeri, saya dah ada laporan ini," katanya.


Pendedahan ini juga diperkukuhkan lagi menerusi kenyataan Ketua Bahagian Residen Komuniti JNSB Noor Ashikeen Mohd Stap yang menjelaskan tindakan menutup pejabat pengurusan asrama ketika sesi pendaftaran bermula adalah disebabkan pekerja syarikat itu tidak menerima gaji dalam tempoh yang lama sehingga menjejaskan urusan seharian.

Beliau berkata JNSB tidak berniat menimbulkan masalah dan meminta semua pihak memahami beban yang ditanggung syarikat itu berikutan tiada bayaran untuk melangsaikan gaji pekerja, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. "Memang ramai yang seolah-olah menyalahkan JNSB, tetapi hakikatnya, pihak pengurusan Unisel gagal melangsaikan tunggakan bayaran yuran penyelenggaraan bagi tempoh 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan JNSB untuk tempoh lapan bulan.

"Memang penuntut sudah membayar yuran asrama kepada Unisel, tetapi bayaran itu tidak sampai ke tangan JNSB, menyebabkan insiden ini berlaku," katanya.

Beliau turut menjelaskan apabila masalah itu dibawa kepada pihak atasan JNSB, mereka tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji yang boleh dibuat dan beliau difahamkan sehingga kini, masih tiada perbincangan antara Unisel dan JNSB bagi mengatasi masalah tersebut.

"Pihak pengurusan Unisel mengambil sikap mendiamkan diri menyebabkan kami kian tertekan, dan keadaan itu menuntut kami untuk bercuti. Memang diakui sebelum ini, masalah yang sama turut berlaku sehingga pekerja gagal menerima gaji untuk tempoh dua bulan, namun akhirnya dibayar secara berperingkat.

"Namun kini, kesabaran kami sudah sampai ke kemuncaknya, dan apabila tiada jalan penyelesaian diambil, kami terpaksa menutup pejabat dan menunggu keputusan yang dibuat pihak atasan JNSB dan Unisel," katanya.


Kelihatan Khalid Gagap terkedu menjawab jumlah hutang yang besar yang terpaksa ditanggung sebuah IPT di bawah Kerajaan Negeri tatkala Anwar menjanjikan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga IPT jika Pakatan menang besar pada PRU13 kelak.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

RAFIZI DITAHAN DI BAWAH AKTA BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN..!!

Wednesday, 1 August 2012


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang menjadi perhatian sejak akhir tahun lalu berhubung isu NFC Corporation, ditahan polis awal pagi tadi.

Beliau dicaj di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang menjadi isu kontroversi sejak awal November lalu.

Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 997 Bafia 1989.

Beliau yang menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, akan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989.

Dalam pada itu, Rafizi yang ditemui di lobi mahkamah berkata, dia ditahan pada jam 6.50 pagi oleh sepasukan anggota terdiri daripada pegawai polis dan Bank Negara.

Menurutnya, dia diberitahu penangkapan dibuat di bawah Bafia kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFCorp.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

7 NGO SELANGOR SERBU PEJABAT JAIS..!!


Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.

Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak JAIS memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa

(Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menyampaikan tazkirah.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

ISU AIR - LEBIH 50 NGO SELANGOR BERENTAP SERANG KHALID GAGAP..!!

Tuesday, 24 July 2012




Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) akan bekerjasama dengan 54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan kepada rakyat seluruh Selangor berhubung kemelut isu air di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, rakyat negeri itu perlu mendapatkan maklumat sebenar dan tepat berhubung isu itu.

Katanya, GPRS dan 54 NGO telah sepakat untuk mengadakan jelajah di seluruh Selangor dalam menjelaskan isu sebenar yang berlaku berhubung krisis air itu demi kepentingan rakyat.

“Kami (GPRS) sepakat akan bekerjasama dengan 54 NGO untuk buat program jelajah bagi memberi penjelaskan kepada rakyat kerana rakyat perlu mengetahui perkara sebenar.

“Ini kerana kita prihatin kepada nasib dan kepentingan rakyat seluruh negeri ini ,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dalam sesi taklimat dengan pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di pejabat syarikat konsesi tersebut di Lembah Pantai di sini, hari ini.

Takimat tersebut berlangsung kira-kira dua jam dengan dihadiri oleh hampir 20 wakil NGO yang ingin mendapatkan penjelasan sebenar serta maklumat berhubung kontroversi isu tersebut.

Menurutnya, antara NGO yang akan terlibat terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sekretariat Orang Muda Negeri Selangor (Serang) Sohaimi berkata, bagi melaksanakan langkah tersebut, pihaknya akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai di seluruh negeri ini.

Malah, pihaknya juga akan menggantung kain rentang di beberapa lokasi di negeri ini.

“Berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi, kita akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai supaya lebih jelas mengenai isu ini.

“Kita juga akan menggantung kain rentang di beberapa kawasan bagi memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan taklimat diberikan Syabas, beliau mendakwa mendapati banyak maklumat diberikan oleh Kerajaan Negeri tidak benar malah dilihat jelas mempunyai agenda tersembunyi.

Dakwanya, Kerajaan Negeri cuba mempolitikkan isu tersebut “Saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai agenda tersembunyi dan berdolak-dalih berhubung isu ini.

“Rakyat perlu faham ia merupakan isu yang dipolitikkan oleh Kerajaan Negeri untuk meraih simpati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendesak Kerajaan Pusat bertindak lebih tegas dalam memastikan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 diteruskan kerana kerja-kerja peringkat awal telah bermula di Pahang.

“Ia perlu dilaksakan kerana sekiranya tidak maka ia akan menjadi satu lagi ‘gajah putih’ dan isu air akan berterusan.

“Perancangannya telah dibuat beberapa tahun dahulu tetapi ditangguhkan Kerajaan Negeri atas agenda politik,” katanya.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

NOH OMAR DEDAH - BUKTI NG SUEE LIM ROMPAK WANG SELANGOR..!!

Thursday, 12 July 2012




Tuduhan Kondominium yang dituduh ADUN DAP Ng Suee Lim dikaitkan dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar akhirnya terjawab.

Noh Omar memberi amaran buat Ng bahawa satu pendedahan balas bakal dibongkar beliau yang sudah pasti mengejutkan kesemua rakyat Negeri tersebut.berkata pihaknya akan membuat pendedahan balas terhadap ADUN DAP Ng Suee Lim sekitar isu rumah kondominium yang dibinanya.

"Suruh dia bersedia dengan isu rumah kondo yang dia buat di Sekinchan. Tunggu, kita akan tanya dia pula," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam Konferen Antarabangsa Bisnes Agro-Bio 2012 di ibu negara petang ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan, bila pendedahan tersebut akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu.

Sementara itu, MP Tanjong Karang itu turut menjelaskan, semua papan tanda itu dipasang oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Katanya, pemasangan papan tanda itu bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di Selangor.

Beliau berkata demikian susulan laporan Portal Kerajaan Negeri Selangorku kelmarin menerusi kenyataan Faekah sebagai berkata, tujuh papan tanda berkaitan dipasang secara haram di Tanjung Karang, melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDSA).

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

SELCAT 'DESAK' KHALID GAGAP MENGAKU ROMPAK TAPAK PROJEK PADANG PKNS..!!

Friday, 29 June 2012




Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil semalam.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.

"Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang memulakan usaha untuk menukar status padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

"Siapa yang mengambil inisiatif untuk mencadangkan penukarannya? Adakah seorang pegawai, atau adalah keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam satu mesyuarat? Penukaran ini tentunya tidak berlaku dengan sendiri," soal Teng pada sesi pedengaran awam Selcat yang menyiasat isu pindaan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di sini.

RTPJ2 menimbulkan kontroversi apabila dokumen yang dirujuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor mendapati padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.

Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah apabila mengetahui padang PKNS di Kelana Jaya itu hendak dibangunkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Faiwos berkata pihak MBPJ ada melakukan pindaan terhadap RTPJ2 selepas satu mesyuarat bersama antara pihak berkuasa tempatan itu dan JPBD Selangor awal tahun lepas.

Kenyataan Faiwoz itu bagaimanapun disangkal Timbalan Pengarah JPBD Selangor Norasiah Bee Mohd Haniff, dengan mendakwa mesyuarat yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai sebarang pindaan kepada pelan tersebut tetapi lebih tertumpu kepada proses percetakan RTPJ2 yang telah diwartakan.

Noraini pula mengakui beberapa pindaan yang terdapat pada RTPJ2 dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang, sebaliknya dilakukan berdasarkan amalan biasa sebelum ini.

Beliau mendakwa berdasarkan amalan itu, MBPJ akan membuat pindaan terhadap RTPJ2 meskipun selepas diberi kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diwartakan.

"Saya akui yang pindaan tersebut dibuat tidak mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan, sebaliknya hanya berdasarkan amalan biasa sebelum ini. Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon sesuatu kawasan itu," katanya.

Pendengaran awam itu ditangguhkan sehingga 5 Julai.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

PEMIMPIN PKR DEDAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR BIAYAI SYARIKAT MILIK FAEKAH HUSIN..!!

Sunday, 24 June 2012



Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Ini diperakui sendiri beberapa Pimpinan beberapa Cabang PKR Pro Azmin Ali yang sekian lama menyiasat perkara tersebut.
Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

NOH OMAR.. "KHALID PENGKHIANAT RAKYAT."

Sunday, 17 June 2012




Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana mengkhianati kepercayaan diberikan oleh rakyat.

Noh berkata, dosa Abdul Khalid paling besar ialah mempolitikkan institusi pendidikan di negeri ini sehingga menjejaskan perkembangan modal insan yang sebelum ini menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat Selangor menerima tempias politik Kerajaan Negeri apabila merancang merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dibina untuk beri peluang pelajar dari kampung bersekolah di sekolah berprestij di bandar.

“Malang bagi pelajar luar bandar di negeri ini kerana asrama yang dibina untuk mereka pada pemerintahan BN akan dirobohkan oleh Kerajaan Negeri PKR yang lebih mengutamakan projek
komersial,” katanya pada kenyataan media, semalam.

Noh berkata, Kerajaan Negeri juga menyekat peluang pelajar belajar ke peringkat tertinggi apabila mereka membatalkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah
menyebabkannya dipindahkan ke Jasin, Melaka.

“Ini kerana sikap prejudis Kerajaan Negeri apabila kampus tersebut dibina atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) didakwa kroni Umno. Bukankah tindakan ini bersifat politik?

"Justeru saya mendesak Abdul Khalid meminta maaf kepada seluruh rakyat Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut kesal kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri juga menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi.

“Abdul Khalid perlu bersikap telus dengan mendedahkan kedudukan kewangan Unisel kerana saya difahamkam universiti ini mengalami kerugian. Ini satu pengkhianatan paling besar
dan Abdul Khalid perlu bertanggungjawab,” katanya.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mencabar Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap kroni mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa kerana
sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap individu yang terlibat penyelewengan.

“Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada langsung tindakan diambil terhadap mereka termasuklah pihak pengurusan Yayasan Selangor, yang didakwa membelanjakan wang yayasan dengan boros.

“Saya cabar Abdul Khalid agar ambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecat mereka yang bersalah dalam yayasan itu.," katanya.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

MANIFESTO SEWEL PAKATAN SELANGOR.. KUOTA KHAS RUMAH PPR BUAT WARGA ASING!!

Tuesday, 5 June 2012




Tatkala Pakatan Selangor makin gila morian nak kekal kuasa di Selangor dengan menuduh lambakan pengundi hantu warga asing upahan BN disimpan di Negeri tersebut, satu pembongkaran yang mencipta sejarah masyarakat Selangor kini sudah bertapak di Negeri pimpinan Khalid Gagap itu.

Rumah PPR yang sewajarnya diberikan kepada warganegara Malaysia golongan berpendapatan rendah kini bukan sahaja ditekan dengan harga sewa yang naik sebanyak 2 kali ganda, malah mereka dihalau keluar jika tidak mampu membayarnya.







Lebih mengejutkan, seolah2 kuota baru disediakan terhadap penginap rumah PPR apabila terdapat warganegara asing yang turut menginap di kawasan rumah PPR Lembah Subang 1 setelah dihalau penginap asal.

TONTON video pendedahan dari wakil penduduk kawasan PPR Lembah Subang 1 yang dipaparkan menerusi sebuah laman portal seperti yang tertera di atas.

Read more...

HASAN ALI BONGKAR MAINAN OTAK GILA MUZAKARAH PAS..!!

Wednesday, 30 May 2012




Pihak PKR kata isu Muzakarah itu UMNO dan PAS adalah mainan politik semata2. Cerita pasal Perpaduan Islam.. Politik.. Apatah lagi cerita Perpaduan Melayu.. Tak sebut kat media lagi dah kecoh rasis. Susah nak sebut. Kadang2 naik bosan.

Tapi jika semua orang Melayu di Negara ini bosan, siapa yang mahu bertindak? Nak tunggu bangsa lain pegang kuasa Negara baru nak bincang? Hasan Ali yang merupakan salah seorang individu yang diarahkan Presiden PAS Hadi Awang untuk merealisasi perbincangan Muzakarah ini ada kupasannya.









Jika dilihat semula pertemuan Hadi Awang dengan Najib di Sarawak yang secara kebetulan berkempen di lokasi yang sama (seperti video di atas), ini semua bukan kerana politik.

Muzakarah UMNO dan PAS bukan hendak bergabung atas nama 1 parti politik sebenarnya. Ia bukan politik. Nilai Muzakarah ini besar impaknya kepada kekuatan Ummah. Tapi kini semua kerangka kertas kerja ke arah Muzakarah telah dibakar puak2 Parasit PAS didikan Anwar yang kini menguasai pimpinan tertinggi Parti.

Dan Hadi Awang? Entah. Dah layu dalam kepimpinan. Nilai seorang Pemimpin. Main tarik tali. Bila tak selamat, panggil UMNO. Kena warning dengan Parasit, tarik balik. Siap kena maki lagi UMNO.






Lihat pimpinan2 terdahulu seperti Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh. Kenapa dia dicantas dalam pimpinan PAS?


Adakah disebabkan penyertaan Muslimat PAS yang dibawa beliau menerusi SENADA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pimpinan Shahrizat satu ketika dahulu menjadi penyebab utama?



Tonton Video di atas. Nilailah sendiri. Jangan disekat ruang untuk menyatukan ummah. Kerana jika ianya berjalan dengan baik, beberapa usul PAS dapat dilaksanakan di bawah Kerajaan Najib Tun Razak. Daripada dok cium mulut DAP yang sudah pastinya bukan sahaja Hudud, Enakmen Jenayah Syariah sedia ada yang digunapakai sekian lama Kerajaan Negeri pun bakal dibakar hidup2.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

POLITIK GILA KHALID GAGAP VS AZMIN..PENDUDUK AMPANG PECAH BERANG CUKAI PINTU NAIK!!

Monday, 21 May 2012





Perang kerakusan politik dalaman PKR memberi kesan terhadap urustadbir Negeri. Peperangan Kepimpinan Khalid Gagap VS Azmin Ali yang menyerang sesama sendiri menerusi belakang tabir telah mengheret pelbagai masalah rakyat di Negeri Selangor.

Demikian yang berlaku kepada beberapa penduduk di Taman Taman Ampang Pecah yang terkejut apabila menerima notis kenailan cukai taksiran yang menghadapi kenaikan yang mendadak.

Salah seorang penduduk kawasan, Baharum Wariya merintih masalah tersebut menerusi beberapa media yang hadir berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.





“Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.

“Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau turut mempersoalkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima yang terlampir kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.

Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.

“Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.

“Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan,” katanya.

Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.

Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.

Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

LEBIH TERUK DARI DBKL..KEKEJAMAN KHALID GAGAP HALAU PENIAGA MELAYU I-CITY.

Thursday, 17 May 2012




Kira-kira 30 peniaga barang permainan bercahaya kesal apabila barang niaga milik mereka dirampas Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika sedang berniaga di pekarangan i-City, Seksyen 7.

Salah seorang peniaga, Abd Raub Ibrahim, 42, berkata, ia berlaku Rabu lalu pada jam 9.30 malam, ketika peniaga sibuk melayan pelanggan.

Katanya, semua peniaga terlibat termasuk pelanggan terkejut dengan tindakan sekumpulan penguat kuasa MBSA itu.

“Penguat kuasa sanggup merampas barangan daripada peniaga yang cuba disimpan dalam kenderaan ketika serbuan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tindakan itu disifatkannya keterlaluan selepas rayuan agar barangan tidak dirampas tidak diendah.

Abd Raub berkata, beliau juga kesal dengan tindakan penguat kuasa terbabit terhadap peniaga kaum wanita.

“Mereka (penguat kuasa) menjerit dan mengarahkan peniaga patuh kepada arahan,” katanya kepada media yang membuat liputan di kawasan berkenaan.

Abd Raub berkata, berikutan insiden itu, mereka membuat laporan Polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Dia yang mewakili semua peniaga mempersoalkan bagaimana MBSA boleh menyerbu ke dalam kawasan berpagar i-City sedangkan kawasan itu milik persendirian.

“Kami syak mungkin mereka diarah pihak tertentu untuk bertindak sedemikian ke atas kami. “Sebelum ini banyak peniaga asal terpaksa berpindah dari satu tapak ke tapak lain berikutan timbul masalah,” katanya.

Menurutnya, disebabkan itu perniagaan mereka tidak stabil, malah pernah menyewa kedai dengan kadar RM500 seminggu.

Katanya, anggota Penguat kuasa MBSA diharap lebih bertolak ansur dan sentiasa bersikap profesional.

Dia berkata, pihak berkuasa tempatan tu juga diminta menyediakan tapak untuk peniaga-peniaga Bumiputera berdekatan i-City.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP