Powered by Blogger.

Showing posts with label Kita Gempur. Show all posts
Showing posts with label Kita Gempur. Show all posts

TERKINI!!!! Kaum Cina Pula Menuntut Janji Kerajaan Selangor!!!!

Tuesday, 29 January 2013


Hampir 1,000 penduduk di Pandamaran di sini menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk melaksanakan pengurangan 20 peratus cukai pintu rumah kediaman dan harta komersil sebanyak 10 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008.



Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Ching Eu Boon berkata desakan itu dibuat melalui borang tuntutan yang telah diedarkan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas.



Beliau berkata dalam tempoh dua hari ini, pasukannya yang terdiri daripada beberapa anggota parti dan sukarelawan telah mendaftarkan hampir 1,000 nama penduduk yang masih belum menerima ''imbuhan'' itu.

"

Kami berjanji akan membawa semua tuntutan yang tidak dipenuhi oleh kerajaan Selangor ke mahkamah. Kami pada masa ini menumpukan untuk mendaftar nama penduduk yang tidak mendapat sebarang potongan dalam cukai pintu mereka dan ibu tunggal yang masih tidak mendapat elaun mereka.



"Kami harap dapat merekodkan sekurang-kurangnya 5,000 penduduk (di Pandamaran) kerana tanpa bukti, perkara ini tidak boleh dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.





Kira-kira 300 penduduk Pandamaran turut mengadakan demonstrasi aman di lokasi berhampiran pejabat Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang terletak di situ.



Ching berkata kumpulan penduduk itu akan diwakili oleh peguam Kamarudin Ahmad yang menawarkan khidmatnya secara percuma.



Beliau berkata sudah sampai masanya rakyat memilih parti yang tepat untuk mentadbir Selangor berikutan tindakan kerajaan negeri yang didakwa memperdayakan rakyat untuk meraih undi daripada mereka.



"Barisan Nasional (BN) tidak sewenang-wenangnya membuat janji yang tidak boleh ditunaikan tetapi apabila kami memberi (janji) ia akan dilaksanakan, tidak seperti Pakatan Rakyat dan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang mendakwa manifesto mereka bukan satu perjanjian," katanya.



Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana di sini, Lim Ah Cai menyifatkan kerajaan negeri sebagai pemerintah yang tidak berperikemanusiaan kerana hanya tahu menabur janji.



"Mereka ini mulut sangat manis. Sewaktu pilihan raya umum lepas, macam-macam mereka janji, tetapi apa yang terlaksana, satu pun tiada. Saya berharap kerajaan BN berjaya membantu kita dan kembali memerintah Selangor. Apa yang penting kita mesti tolak pakatan (pembangkang)," katanya.



BERNAMA

Read more...

Lagi Kes Penindasan Peniaga Melayu - Peniaga Melayu Diusir Kerajaan Komunis Selangor !

Saturday, 26 January 2013




Hasrat seorang pemilik sebuah restoran untuk meneruskan perniagaan milik keluarga yang dibina sejak 13 tahun lalu akhirnya berkecai setelah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa mengarahkan dia mengosongkan premisnya berkuatkuasa hari ini.



Pengurus Restoran D'Selat di Pelabuhan Klang, Norilhalmi Abu Bakar, 28, mendakwa, notis tersebut diterima daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi sepucuk surat bertarikh 18 Januari lalu meminta beliau mengosongkan premis tersebut yang bertempat di Pelabuhan Klang di sini, tanpa sebarang alasan munasabah.



Beliau mendakwa, MPK turut enggan membayar sebarang pampasan meskipun pihaknya telah mengeluarkan peruntukan sendiri berjumlah RM500,000 bagi membangunkan kawasan restoran seluas 1.2 hektar sejak 1999.



"Berdasarkan perjanjian asal menerusi sepucuk surat pada 12 Jun 2006, MPK telah memberi kelulusan kepada kami untuk penyewaan ruang niaga di kawasan ini selama 30 tahun dengan kenaikan kadar sewa tidak melebihi 20 peratus bagi setiap tempoh tiga tahun.



"Namun perjanjian itu telah berubah pada 2008 apabila MPK hanya bersetuju memberi sewaan untuk tempoh tiga tahun sahaja dengan kenaikan sewaan sebanyak RM10,000 sebulan berkuat kuasa 15 Mac 2009," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Norilhalmi berkata, kadar sewa tersebut kemudiannya meningkat kepada RM12,000 sebulan setelah MPK bersetuju dengan rayuan pihaknya melanjutkan tempoh penyewaan sehingga 31 Disember 2012.



Bagaimanapun, beliau kesal dengan tindakan MPK yang tidak memberikan sebarang alasan berhubung arahan pengosongan tapak premis itu selain tidak mahu memberikan sebarang pampasan sedangkan pihaknya membuat pelaburan begitu besar menggunakan modal sendiri untuk menaik taraf infrastruktur di premis berkenaan.



"Sepatutnya, usaha menaik taraf infrastruktur serta kemudahan premis terbabit adalah di bawah tanggungjawab MPK. MPK hanya memberikan alasan arahan pengosongan tersebut adalah untuk tujuan perniagaan, sedangkan selama ini pun, kita sememangnya menjalankan perniagaan," tegasnya.



Sementara itu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mengutuk tindakan kerajaan negeri menerusi MPK itu yang dilihat seolah-olah satu cubaan untuk menghalau usahawan bumiputera di negeri ini.



Empat NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) serta Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang).



Jurucakap NGO berkenaan, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan MPK itu membuktikan sikap sebenar kerajaan negeri yang tidak menepati janji untuk membantu membangunkan ekonomi bumiputera seperti tercatat dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.



"Dalam manifesto tersebut kerajaan negeri menjanjikan untuk memberikan galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum, namun melihat daripada kerajaan ini, janji itu tidak dilaksanakan. Malah di seluruh Selangor kita difahamkan tidak juga dilakukan.



"Dalam kes pemilik restoran ini, kita lihat MPK mengenakan sewa berlipat kali ganda kepada pemiliknya iaitu daripada RM1,500 sebulan pada 2003, RM1,800 sebulan (2006), RM10,000 (2009) dan RM12,000 sebulan pada 2012," katanya. - Utusan



Nota KGC : Kes peniaga dan usahawan Bumiputra dan Melayu yang dihalau dan diusir di Selangor, bukanlah perkara baru. Malah kawasan perniagaan ibu tunggal yang dianugerah oleh Sultan juga turut pernah menjadi kerakusan puak Pakatan Haram ni. Jangankan kata untuk menepati dan menunaikan janji manifesto lalu, malah untuk mengekalkan ekonomi Bumipitera dan Melayu pun Pakatan Haram tak mampu laksanakan.



Penindasan terhadap ekonomi orang Melayu dan Bumiputra ini tidak harus dipandang ringan. Eloklah rakyat Selangor celikkan mata dan buat keputusan bijak menjelang PRU-13 yang akan menjelang dalam tempoh 2 bulan ini.



Ingatlah, bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika kaum itu sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri. Beringatlah juga, apa yang korang hadapi hari ini, segala permasalahan adalah dari kerja tangan korang yang mengundi Pakatan Haram pada PRU-12 yang lalu.



Ayuhlah kita berubah... Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!

Read more...

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Thursday, 24 January 2013




Bismillahirrahmanirrahim,



Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,



Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,



Saudara dan Saudari sekalian,



Sesungguhnya kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia.



Maka pada 12 Rabiulawal 1434 Hijriah bersamaan dengan 24 Januari 2013 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini di negara kita.



Rasulullah SAW merupakan pemimpin terunggul ummah yang begitu menyayangi umatnya dengan meninggalkan Al-Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk kehidupan manusia sepanjang zaman.



Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud :



“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”

Rasulullah SAW adalah qudwah yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidupnya.



Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, kita melihat konsep wasatiyyah yang baginda tunjukkan telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.



Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.



Justeru, momentum ini perlu diteruskan untuk memastikan misi kita untuk membina negara maju dan berdaya saing mampu untuk dicapai.



Sememangnya keyakinan mengenai kemampuan Malaysia dalam merapatkan hubungan antara barat dan Islam sepertimana yang diutarakan oleh bekas Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN (Dr. Surin Pitsuwan) adalah contoh kejayaan pendekatan wasatiyyah yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu dan konflik di rantau ini.



Kita yakin amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu serantau.



Kejayaan negara sebagai mediator dalam krisis selatan Filipina membuktikan Malaysia dihormati bukan saja dalam kalangan negara Islam, bahkan negara Barat.



Saya sendiri telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Negara Palestin bagi menunjukkan sokongan penuh kita terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis di Gaza dan kita percaya pembentukan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah merupakan kunci kepada kejayaan perjuangan masyarakat Palestin.



Malaysia bersedia membantu ke arah ini.



Hakikatnya dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai suara pendamai yang penting.



Makanya, kita perlu mengekalkan negara kita sebagai kerajaan yang berwibawa dan dihormati pada peringkat antarabangsa.



Mengakhiri perutusan, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda Rasullullah SAW sebagai tanda kasih dan sayang kita terhadap baginda.



Sesungguhya Rasulullah SAW merupakan insan yang paling unggul dan hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat.



Saya mendoakan, agar sambutan Maulidur Rasul kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.



Insya-Allah.



Wabillahi Taufik wal Hidayah.



Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.





Yang Amat Berhormat,

Perdana Menteri Malaysia,

Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Read more...

Pendedahan Laporan Audit JKR Terhadap Asrama Unisel

Tuesday, 22 January 2013


Selangor semenjak pentadbiran Khalid Gagap tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Antaranya adalah skandal pasir, masalah air, penyalahgunaan dana MBI untuk membayar kos perwakilan PKR, rampasan tanah YBK, penjualan aset-aset PKNS, kegagalan menunaikan mainfesto PRU 2008 dan tidak ketinggalan kerugian Unisel.

Lebih menarik selepas isu-isu ini berpanjangan rakyat berjaya menilai semua isu tersebut telah dipolitikkan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat Selangor sendiri.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, edisi pembongkaran pembohongan kerajaan Khalid Gagap akan bermula sempena PRU yang bakal menjelang. Pembongkaran pertama adalah laporan audit daripada JKR yang dijalankan terhadap asrama pelajar Unisel di Berjuntai Bisrati.

Hasil daripada laporan audit tersebut, pengurusan Unisel mengambil pendekatan menututup asrama tersebut atas alasan mendapat arahan daripada JKR dan juga Jabatan Audit Negara kerana ketidak selamatnya asrama untuk diduduki pelajar. Alhamdulillah pembohongan pertama mereka dijawap oleh Jabatan Audit Negara yang menarfikan arahan tersebut.

Ini pula adalah laporan audit yang dijalankan oleh JKR oleh Encik Kamarul Arif bin Abdul Wahab Penolong Pengarah Juruukur Bahan bersama Norain bt Osman Penolong Pengarah Bangunan pada 20 Disember 2012.Laporan tersebut menjurus kepada pemeriksaan terhadap mendapan tanah.

Hasil daripada laporan audit tersebut jelas menunjukkan bahawa struktur bangunan asrama masih selamat untuk diduduki walaupun terhadap aktiviti pemendapan tanah berlaku.Laporan audit tersebut juga mengesyorkan supaya blok asrama ditutup semasa kerja-kerja dibaik pulih dilakukan dan bukannya menutup keseluruhan 44 blok asrama tersebut.

Hasil penutupan keseluruhan blok asrama tersebut, pelajar telah dipindahkan ke merata tempat dan ini secara logiknya mengganggu tumpuan pelajar untuk memberi fokus kepada pengajian mereka.

Sebagai rujukan sila klik di tajuk-tajuk dibawah untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan masalah asrama Unisel.

1- Kenyataan Media Kontraktor Asrama Unisel- Tiada Perbincangan Bersama

2- Pelajar UNISEL Ditindas - Mana Bantuan Buat Mereka Dari Kerajaan Negeri Pakatan Haram

3- Countdown PRU- Siri Pendedahan Pembohongan Kerajaan Selangor Bermula

4- Asrama Pelajar- Cabaran Kepada Unisel Atau Mereka DiBogelkan

5- Asrama Pelajar- Unisel diminta jamin keselamatan pelajar

 



Rumusan daripada laporan audit juga mengesahkan bahawa bangunan asrama selamat untuk diduduki tetapi memerlukan pembaikan segera. Sebagai ingatan hutang Unisel kepada kontraktor yang bertanggungjawap terhadap kerja-kerja penyelenggaran telah mencecah RM23 juta. Bagaimana cara terbaik untuk mereka menyelesaikan masalah ini dan pada masa yang sama menunding jari kepada pihak lain diatas kelemahan mereka sendiri. Ini perkara biasa yang mereka lakukan daripada dulu. Tidak pernah mengakui kelemahan sendiri. Mereke sekarang mendesak Jana Niaga Sdn Bhd untuk bertanggungjawap tetapi natijahnya adalah masalah ini berpunca daripada sikap mereka yang enggan menjelaskan bayaran tertunggak sehingga Jana Niaga tidak dapat menyelenggara asrama seperti yang telah dipersetujui.

Persoalannya adalah kenapa hutang kepada kontraktor penyelenggaraan asrama iaitu Jana Niaga Sdn Bhd tidak jelaskan sehingga mencecah puluhan juta ringgit walhal selepas laporan audit JKR ini dikeluarkan mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja pembaikkan. Adakah lebih baik mereka bersikap mencegah lebih baik daripada membaiki. Barulah betul satu pentadbiran yang baik.

Mungkin mereka mempunyai alasan-alasan tertentu untuk mempertahankan tindakan mereka menutup asrama tetapi sebagai rakyat Selangor, jangan terus terlena dengan janji-janji palsu dan kata-kata manis kerana yang terang lagi bersuluh, sektor pendidikan tidak terkecuali menjadi bahan politik pakatan pembangkang dalam menyelamatkan survival politik mereka.


Fikirkan Bersama.

Sumber

Read more...

Haji Hadi Akan Ikut Cakap Karpal Singh- Noh Omar

Monday, 21 January 2013



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar yakin Pas akan akur dengan desakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu parti Islam itu tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui.

Menurutnya, Pas mungkin akan akur walaupun dalam keadaan terpaksa untuk menurut kesepakatan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang pada 8 Januari lalu yang membenarkan kalimah ALLAH digunakan untuk bukan Islam.

“Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan ikut desakan itu kerana mahu pastikan Pas terus berada dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa membelakangkan prinsip perjuangan mereka.

“Saya lihat pemimpin Pas itu akan menurut desakan dan telunjuk Karpal walaupun sebelum ini keputusan Majlis Syura PAs jelas bertentangan dengan pendirian yang sudah disepakati.

“Hadi pastinya tidak berani menolak desakan itu kerana tanpa DAP, Pas tidak akan menang dalam Pilihan Raya Umum,” katanya ketika diminta mengulas isu Karpal Singh yang mendesak Pas kaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah ALLAH seperti yang disepakati bersama parti pembangkang lain.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Parlimen Tanjong Karang di Dewan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang, semalam.

Dalam program itu, seramai 550 nelayan hadir menerima elaun RM200 dan membincangkan masalah berkaitan untuk tindakan lanjut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Noh yang juga menterinya berkata, setakat ini banyak bantuan disalurkan kepada nelayan termasuk bantuan baik pulih rumah dengan nilai maksimum RM10,000.

Sumber dari sahabat Kita Gempur

Read more...

20 Dalil Jadi Agenda Utama Gerakan ‘Jom Tolak Pakatan’ Di Selangor

Wednesday, 9 January 2013


Sebanyak 20 Dalil mengapa rakyat harus menolak kerajaan Pakatan di Selangor menjadi agenda utama kepada penubuhan sekretariat `Jom Tolak Pakatan’ khususnya di Selangor.



Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) , Hamidzun Khairuddin berkata realitinya selepas hampir lima tahun Selangor diperintah rejim Pakatan DAP, PKR dan Pas, Selangor dibelenggu dengan pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan masalah yang tidak pernah selesai.



“Kami sebagai rakyat Selangor sudah serik dengan gelagat, perangai putar alam dan berdalih pemimpin regim pakatan ini. Kami sama sekali menolak kerajaan regim pakatan ini.



“Atas kesedaran ini, kami sepakat bersetuju membentuk Sekretariat ‘Jom Tolak Pakatan’, atas inisiatif untuk melahirkan gelombang menolak DAP, PKR dan Pas. Dengan slogan  ‘Jom Tolak Pakatan’, dengan disertai oleh gabungan NGO dalam negeri Selangor, gerakan ini akan menjalar ke peringkat akar umbi,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.



Tegas beliau lagi 20 dalil yang menjadi agenda utama kempen ‘Jom Tolak Pakatan’ ini seperti MANIFESTOGATE di mana pihak pakatan telah gagal menunaikan 31 janji dalam manifesto PRU12 mereka, selain kini berhutang RM2.4 biilion kepada rakyat Selangor.



Selain itu jelas beliau AIRGATE, di masa dalam isu krisis air di Selangor ini, rakyat akan menjadi mangsa, kerana krisis dijangka akan lebih teruk menjelang tahun 2014, tambahan pula Logi Langat 2 bakal dikuburkan kerajaan pakatan yang sombong dan angkuh ini.



“Begitu juga dengan TALAMGATE, pakatan telah gagal, dan kini wujud skandal RM1 bilion semata-mata untuk bailout kroni mereka. Begitu juga dengan PKNSGATE, pihak anak syarikat kerajaan negeri, PKNS telah gagal untuk menyediakan rumah murah untuk rakyat, manakala lima buah aset PKNS kini telah digadaikan.



YAYASANGATE pula jelas beliau di mana asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan akan dirobohkan manakala tanah 20 ekar di Klang milik Yayasan Selangor, dalam senyap-senyap telag dirampas oleh pihak kerajaan negeri.



“Dalil-dalil lain seperti PASIRGATE (skandal RM150 juta pasir Selangor, UNISELGATE (pakatan gagal mentadbir Universiti Selangor, sebaliknya dijadikan medan politik menyemai benih kebencian di kalangan pelajarnya), REPUBLIKGATE (Rancangan menjadikan Selangor negeri Republik), SAMPAHGATE (masalah sampah gagal diuruskan dengan baik, sehinggakan Ronnie Liu mengatakan bahawa rakyat punya masalah sampah), dan beberapa isu lain akan menjadi agenda utama dalam kempen ‘Jom Tolak Pakatan’ ini,” ujarnya lagi

Sumber

Read more...

Calon PKR Akan Hancur Menjelang PRU13

Friday, 21 December 2012


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan supaya semua parti menghantar nama-nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 Pengerusi PPPR Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti dibelakang calon itu.

 "Kita mengambil semangat bahawa semua parti telah menyatakan sokongan untuk memerangi gejala rasuah. Maka itu, kami mengharapkan sokongan semua pihak dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu di sini, hari ini.

 Beliau berkata tapisan itu membabitkan semua calon dari semua parti sama ada mereka yang sudah menjadi anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bakal dicalonkan semula atau pertama kali bertanding.

Menurutnya mekanisme tapisan atau pemeriksaan itu akan ditentukan oleh pihak SPRM.

Dalam pada itu, Johan berkata PPPR turut mencadangkan supaya semua anggota pentadbiran kerajaan di peringkat pusat dan negeri serta anggota keluarga terdekat tidak melibatkan diri dalam permohonan untuk kontrak kerajaan.

Beliau berkata cadangan itu untuk mengelakkan berlakunya konflik kepentingan dan juga menutup ruang dan peluang bagi perlakuan rasuah.

PPPR turut mengesyorkan agar semua Anggota Parlimen dan Adun mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen mereka terhadap perang melawan rasuah.

"Mereka bukan sahaja harus berbuat demikian sebelum menjawat jawatan tetapi juga setelah setiap tahun semasa menjawat jawatan. Tidak ada pengecualian dalam hal ini," katanya.

Sementara itu, Johan berkata program jabatan angkat akan diperluaskan ke jabatan dan agensi lain dalam usaha menutup ruang dan peluang rasuah.

Buat masa ini, katanya PPPR telah mengadakan siri perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Ia  diharapkan dapat membaiki nama baik jabatan dan agensi berkenaan di mata rakyat termasuk soal persepsi," katanya.

Selain itu, PPPR yang bermesyuarat hari ini turut berpendapat bahawa pemberian dalam bentuk apa sekalipun termasuk hamper pada hari-hari perayaan, patut dihentikan walau apa pun niat dan motifnya.

"Kami menyedari pemberian cara ini adalah sebahagian daripada budaya rakyat negara ini. Bagaimanapun, kami berpendapat ada kemungkinan bahawa pemberian ini digunakan bagi tujuan tertentu sebagai 'mengambil hati' atau pujukan," katanya.

Memandangkan penjawat awam mempunyai pekeliling khusus kerajaan berkaitan hal itu, Johan berkata PPPR menyeru agar pihak swasta merangka tatacara khusus mengenai hal itu sesuai dengan konsep tadbir urus dan amalan baik bagi meningkatkan integriti pegawai.

PPPR turut mengesyorkan dewan bandaraya, majlis perbandaran dan kerajaan tempatan menggunakan model DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau mana-mana model yang telus dan baik bagi mengelakkan rasuah dalam urusan pemberian lesen Bazar Ramadan serta bazar lain sewaktu musim perayaan.

 BERNAMA

Read more...

Cukai Pintu Ditetap Kementerian Kewangan- Lagi bukti Pembohongan Manifesto PR Selangor

Thursday, 20 December 2012

Semalam MB Gagap mengeluarkan kenyataan bahawa cukai pintu di Selangor ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Ini respond terhadap dakwaan DS Zin Mohammad bahawa terdapat kawasan kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang.




Tahniah diucapkan kepada MB Gagap atas kenyataan tersebut. Beliau bukan sekadar menjalankan tugas menjelaskan berkenaan isu cukai pintu ini dengan baik malah beliau juga berjaya membongkar satu lagi penipuan kerajaan PKR terhadap rakyat Selangor.



Mungkin nanti kita akan merindui MB Gagap ini selepas PRU akan datang kerana dia bakal dibakul sampahkan oleh rakyat Selangor akant tetapi oleh ahli-ahli PKR sendiri.



Kita jangan terlupa pada PRU 12 yang lepas, mereka telah berjanji kepada rakyat Selangor melalui manifesto mereka bahawa mereka akan menurunkan cukai pintu sebanyak 20% dan cukai permis komersial sebanyak 10% andai diberi peluang memerintah.



Rasanya tidak perlu disertakan gambar manifesto tersebut kerana ianya bersepah-sepah di dalam google image.



Kenyataan ini jelas memperbodohkan pentabdiran kerajaan PKR yang kita sedia maklum sentiasa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.



Mereka bukan sekadar memberi kenyataan mengelirukan tetapi lebih kepada membohongi rakyat Selangor. Itu ayat yang paling sesuai.



Mungkin masih ada lagi rakyat Selangor yang sedang diulit mimpi indah janji-janji kerajaan MB Gagap. Menjadi tanggungjawap kita untuk mengejutkan mereka daripada terus lena diulit mimpi yang tidak ada penghujungnya.


Fikirkan Bersama

Read more...

Rakyat Selangor Bakal Memberontak Kerana Janji Yang Tidak Dipenuhi Pakatan Haram !

Thursday, 13 December 2012





Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalin sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa yang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegang bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor yang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti yang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak?

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan warga emas, ibu tunggal dan ibu yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.

Sumber

Read more...

Lagi Kes Pasir Haram - Khalid Gagap Tak Keruan !

Saturday, 8 December 2012



Hurmmmm... Dah lama aku tak buka cerita pasir ni.

Maklumlah, lepas Khalid Gagap dicabar DS Noh Omar, isu disenyapkan lepas Khalid menyorok dalam kain Anwar.

Isu perlombongan pasir secara berleluasa yang mula timbul setelah Kerajaan Negeri diambil alih oleh pihak Pakatan bukan lagi perkara baru.

Isu ini amat menggemparkan malah sebelum ini juga beberapa dokumen pernah dikeluarkan bagi menyokong dakwaan tersebut.

Koordinator BN Selangor, DS Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kesan dari perlombongan yang tidak terkawal ini dapat dilihat sekarang apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam ekosistem.

“Saya tidak mahu menyentuh mengenai kemungkinan berlakunya penyelewengan mahupun kecurian pasir seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. Namun begitu, ini tidak bermakna perkara tersebut tidak berlaku.

"Pihak kami mendapat maklumat bahawa berlakunya salah laku dalam operasi perlombongan pasir ini dan saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya anak Syarikat yang bertanggungjawab ke atas operasi perlombongan pasir iaitu Kumpulan Samesta Sdn Bhd (KSSB) mengenai jumlah sebenar pasir yang dilombong serta kawasan-kawasan yang diberikan permit untuk melombong.

"Saya percaya, semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran adalah tidak selari. Apa yang lebih penting pada saya ialah kesan daripada perlombongan yang berleluasa ini.

"Untuk pengetahuan anda, aktiviti pengorekan pasir yang mula beroperasi samada melalui lombong mahupun sungai akan habis dalam tempoh 1 hingga 3 tahun bergantung pada jumlah pasir yang ada,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media mengulas isu perlombongan pasir di Selangor dan kesannya terhadap alam sekitar.

Tambahnya, kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja.

Tambah merungsingkan, sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh.

Perlombongan pasir secara ‘large scale’ dan tanpa kawalan di kawasan tepi tebing pula mengakibatkan sungai menjadi cetek seterusnya aliran air yang deras akan mula menghentam ban dan ini juga cenderung mengakibatkan ban runtuh.

Hakikatnya, aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa akan memberi kesan kepada rakyat terutamanya jika berlaku hujan lebat dan limpahan air.

“Saya percaya, kerajaan Pakatan akan mendabik dada memberikan nilai kutipan hasil pasir yang lebih tinggi berbanding ketika zaman Barisan Nasional memerintah.

"Untuk makluman semua, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, pasir bukan merupakan hasil utama kerajaan Negeri. Ketika zaman Barisan Nasional memerintah, hasil utama adalah dari sektor pelaburan, industri dan pertanian.

"Ini kerana, kerajaan Barisan Nasional lebih memikirkan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi oleh rakyat jika aktiviti perlombongan pasir dibuat secara tidak terkawal. Dalam mengejar kemajuan, kita tidak boleh terlepas pandang soal kebajikan dan kesan jangka panjang.

"Setelah lebih empat tahun Pakatan memerintah dan aktiviti perlombongan pasir yang bermula sejak September 2008, kesan itu telah terbukti berlaku sekarang. Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

 Sehingga kini, pihak Kerajaan Negeri masih lagi tidak memberikan penyelesaian konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada.

Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang.

 Tindakan pihak Pakatan menuduh bahawa berlakunya ban pecah akibat aktiviti pertanian penduduk langsung tidak masuk akal dan dilihat sengaja berdolak dalih dari mengakui punca sebenar masalah ini.

“Isu perlombongan pasir merupakan masalah serius. Saya juga difahamkan, ini bukan kali pertama berlaku ban pecah malah ianya pernah berlaku sebelum ini.

"Adakah kita mahu perkara yang sama berulang ??? Dimanakah ketelusan kerajaan negeri dalam memantau perkara ini ???

"Saya difahamkan bahawa Menteri Besar telah menghentikan operasi pemantauan perlombongan pasir oleh pihak Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang.

"Kita juga tahu MB gagal menunaikan janji beliau apabila hanya mengutip RM32.5 juta hasil pasir dari tahun 2009 hingga 2011 sedangkan beliau berjanji akan mendapat RM150 juta setahun dari hasil pasir ketika sidang DUN pada tahun 2009.

"Kemanakah hasil pasir ini pergi ??? Kenapa jumlah kutipan tidak konsisten dengan jumlah lombong pasir yang begitu banyak?,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Barisan Nasional Selangor komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Selangor terus terpelihara.

Kerakusan untuk mengorek pasir secara membuta tuli hanya akan mengakibatkan bencana jika tidak dipantau dengan baik.

Jelas sekali, Pakatan hanya bertindak acuh tak acuh bila membabitkan hal alam sekitar dan keselamatan rakyat.

Yang paling penting bagi Khalid dan konco-konconya, hanyalah poket penuh berisisi.

Sumber

Read more...

Usul Tender Benih Padi- MB Selangor Diperbodohkan Adun Sekinchan

Thursday, 6 December 2012



Ketika sidang dun Selangor berlangsung minggu lepas, seorang Adun telah membawa usul supaya tender benih padi yang dikeluarkan oleh kementerian dibawah kendalian Noh Omar dikaji semula atas alasan kononnya berlaku penyelewengan.

Siapa lagi kalau bukan Adun Sekinchan yang kita sedia maklum mempunyai rasa dendam terhadap Noh Omar yang menyaman beliau sebanyak RM10 juta atas tuduhan menfitnah dalam pemberian duit insentif hasil padi. Adun ini masih belum berpuasa hati untuk mencari ruang untuk mengkantoikan Noh Omar.

Isu tender benih padi ini telah dibangkitkan di Parlimen oleh Mahfuz Omar. Di Parlimen, terdapat beberapa orang Ahli Parlimen yang juga Adun di Selangor seperti Azmin Ali, Khalid Gagap dan beberapa org lagi.

Apa yang peliknya kenapa Ahli Parlimen tersebut tidak bangun mencelah ketika Noh Omar menjawap soalan yang dikemukakn oleh Mahfuz.

Bukankah lebih afdal bagi kita mendapatkan jawapan daripada tuan punya badan daripada mendengar cerita orang lain yang belum tentu betulnya.

Tindakan Khalid Gagap membenarkan usul ini dibawa ke sidang dun sebenarnya telah memerangkap diri sendiri. Noh Omar secara terbuka memaklumkan bahwa beliau akan menghantar surat kepada Khalid Gagap supaya ditetapkan tarikh, tempat dan masa untuk beliau hadir memberikan penjelasan. Dibawah ini adalah jawapan yang telah diberikan oleh Noh Omar ketika di Parlimen tempohari dan juga kenyataan media beliau.

Saya merujuk kepada kenyataan pemimpin pembangkang bahawa pemberian kontrak pembekalan benih padi sah diberikan kepada syarikat yang tidak layak seperti dakwaan YB Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini.

Semasa penggulungan bajet semalam, saya menjawab tuduhan dari pembangkang mengenai isu ini, Tender benih padi sah ini telah dibuat secara Tender Terbuka dalam memastikan banyak pihak berpeluang melibatkan diri dan bagi menjaga kualiti benih padi, kementerian telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi oleh petender. Syarat-syarat tender adalah seperti berikut:


1-syarikat berstatus Bumiputera daripada Kementerian Kewangan.

2-mempunyai kod bidang 120201 (tanaman/benih semaian)

3-mempunyai kilang pemprosesan benih padi milik sendiri.

4-mempunyai mesin Indented Cylinder atau Optical Color Sorter iaitu mesin pengasing benih padi mengikut saiz.


Sehingga tarikh akhir tender iaitu pada 29 Mac 2012 hanya 5 syarikat sahaja yang memenuhi syarat tender termasuklah syarikat Seri Merbuk Sdn Bhd dan S.M.Nor Sdn Bhd yang dituduh sebagai kroni kepada saya dan 3 lagi syarikat adalah Kilang Beras Jelapang Selatan, Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu dan OBL Maju Sdn. Bhd.

Mengikut Peraturan Kewangan hanya syarikat yang memenuhi syarat tender sahaja yang layak dipertimbangkan. Walaubagaimanapun Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beranggapan bahawa peluang harus diberikan supaya banyak syarikat mengambil bahagian.

Kementerian telah memberi kelonggaran kepada syarikat yang berminat supaya memenuhi syarat tender yang telah ditetapkan WALAUPUPUN TARIKH AKHIR TENDER TELAH TAMAT dengan syarat semua kreteria dipenuhi SEBELUM Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kewangan bermesyuarat.

Sebagai contoh. Syarikat Felcra Plantation Services Sdn Bhd telah mengemukakan Sijil Status Bumiputera kepada kementerian hanya pada 16 April 2012.

Ekoran daripada kelonggaran yang diberikan oleh kementerian terdapat 5 lagi syarikat telah memenuhi syarat tender iaitu Paddytech Resources Sdn Bhd, Padi Pukal Parit 7 (Sekinchan) Sdn Bhd, PPK Puteri Saadong, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd  dan Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd. Ini telah menjadikan keseluruhan syarikat yang memenuhi syarat tender adalah 10 syarikat.

Semasa Mesyuarat Penilian dibuat didapati kesemua 10 syarikat tersebut telah memenuhi syarat tender. Kementerian telah menetapkan kuota bekalan (grading) adalah berdasarkan kepada kapasiti kilang syarikat dengan tujuan untuk mengelakkan wujud kegiatan monopoli.

Sebagai contoh, kapasiti pengeluaran kilang Sri Merbok Sdn Bhd dan Hj Md.Nor Sdn Bhd adalah besar tetapi mereka tidak diberikan kuota yang sangat banyak sehingga menjejaskan syarikat lain.

Saya juga melihat isu kuota ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak pembangkang seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata dan mungkin pihak pembangkang lebih suka sistem monopoli ini diteruskan.

Tuduhan bahawa pemberian tender ini diberikan kepada kroni adalah tidak benar kerana kementerian masih memberikan peluang untuk syarikat berminat memenuhi syarat tender walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat telah diberikan peluang.


Terima Kasih

Datuk Seri Noh Omar

Read more...

Kerajaan Khalid Gagap gagal tangani mangsa banjir

Monday, 3 December 2012


Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mendakwa Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan masalah banjir yang melanda penduduk Kampung Sungai Serai, Hulu Langat sejak isu itu dibangkitkan pada 2008.



ADUN BN-Dusun Tua Ismail Sani berkata rata-rata penduduk Sungai Serai kecewa dengan kegagalan kerajaaan pembangkang itu mengatasi isu banjir selain dilihat sering berdolak-dalik berhubung perkara itu.



"Kerajaan Selangor boleh lulus peruntukan RM300 juta untuk bina jambatan Klang, tetapi kenapa peruntukan untuk naik taraf Sungai Serai yang tidak sampai RM10 juta, tidak boleh diberikan.



"Menteri Besar perlu buang sikap menyalahkan orang lain, terutama Kerajaan Pusat, setiap kali mereka gagal selesaikan masalah yang babitkan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.



Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Ismail berhubung perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk menaik taraf Sungai Serai, menyebabkan pihaknya tidak dapat melaksanakan projek tersebut.



"Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membaiki saliran dan juga pembetungan, yang masing-masing menelan belanja sekitar RM470,000 dan RM325,000.



"Kolam takungan air juga bakal dilaksanakan dan ketika ini, ia masih dalam proses mengenal pasti dan ambil alih tapak.



"Projek ini dianggarkan bernilai RM1.5 juta," katanya.

Read more...

Kerajaan Khalid Gagap gagal tangani mangsa banjir

Friday, 30 November 2012



Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mendakwa Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan masalah banjir yang melanda penduduk Kampung Sungai Serai, Hulu Langat sejak isu itu dibangkitkan pada 2008.

ADUN BN-Dusun Tua Ismail Sani berkata rata-rata penduduk Sungai Serai kecewa dengan kegagalan kerajaaan pembangkang itu mengatasi isu banjir selain dilihat sering berdolak-dalik berhubung perkara itu.

"Kerajaan Selangor boleh lulus peruntukan RM300 juta untuk bina jambatan Klang, tetapi kenapa peruntukan untuk naik taraf Sungai Serai yang tidak sampai RM10 juta, tidak boleh diberikan.

"Menteri Besar perlu buang sikap menyalahkan orang lain, terutama Kerajaan Pusat, setiap kali mereka gagal selesaikan masalah yang babitkan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Ismail berhubung perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk menaik taraf Sungai Serai, menyebabkan pihaknya tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

"Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membaiki saliran dan juga pembetungan, yang masing-masing menelan belanja sekitar RM470,000 dan RM325,000.

"Kolam takungan air juga bakal dilaksanakan dan ketika ini, ia masih dalam proses mengenal pasti dan ambil alih tapak.

"Projek ini dianggarkan bernilai RM1.5 juta," katanya.

Sumber

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP