Powered by Blogger.

AHLI-AHLI PKR DESAK XAVIER JEYAKUMAR LETAK JAWATAN!!!

Thursday 17 January 2013



Sudahlah masuk masjid untuk bertazkirah kepada umat Islam atas jemputan AJK Masjid yang berfahaman PAS, masjid berkenaan kemudiannya ditenggelami banjir, nampaknya bala yang mendatangi Xavier Jeyakumar yang berkeras mempertahankan pemurtadan orang Islam di DUMC tahun lalu, tidak lepas-lepas memburunya.

Satu gerakan untuk mendesak Xavier Jeyakumar agar melepaskan jawatan membabitkan ahli-ahli PKR dari masyarakat India sedang giat dijalankan. Semuanya berpunca daripada perasaan tidak puas hati mereka terhadap Exco yang sepatutnya menjalankan tanggungjawabnya membela masyarakat India di Selangor itu, dalam beberapa hal.

Antaranya ialah, mereka menuduh Xavier menjadi punca kepada surat tunjuk sebab yang telah dihantar kepada Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam. Xavier juga telah mengarahkan perobohan beberapa buah kuil di seluruh Selangor termasuklah sebuah altar penyembahan di dalam kawasan sebuah rumah di Sepang.

Selain itu, Xavier telah mendalangi usaha menggantung keahlian S.Murali dari PKR. S.Murali merupakan ahli Cabang Puchong.

Kritikan Manikavasagam kepada Xavier menjadi punca dia diberikan surat tunjuk sebab. Xavier dikatakan sedang mengintai-ngintai peluang untuk bertanding di Kapar memandangkan Sri Andalas tidak lagi menjadi kubu selamatnya. Dengan mencantas Manikavasagam, Xavier berpendapat peluangnya lebih cerah di Kapar.

Manakala Murali pula digantung keahlian kerana melakukan kecaman di hadapan muka Xavier dalam satu mesyuarat di sebuah pejabat akhbar harian berbahasa Tamil.

Dalam PKR, masyarakat India hanyalah PARIAH kepada Anwar Ibrahim. Konco-konco Anwar seperti Xavier telah memperbodoh-bodohkan masyarakat India sebelum menganiayai mereka sepertimana yang berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Masyarakat India seringkali diapi-apikan dengan pelbagai isu termasuklah pemberian kad pengenalan dan penindasan.

Sedangkan pada masa yang sama, PKR walaupun mempunyai kuasa di Selangor, langsung tidak berbuat apa-apa terhadap masyarakat India walaupun dalam manifesto mereka, terdapat pelbagai janji yang hebat-hebat.

Nampaknya, PKR semakin hilang pengaruh di kalangan masyarakat India yang telah memenangkan mereka pada PRU12 lalu.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP