Powered by Blogger.

Anwar Dah Melampau..Sanggup Kau Al JUBURI Pertikai Titah Sultan...KO SAPE HAAA!!!!

Thursday 10 January 2013


alt

Jalur Tiga (JATI) hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertikaikan titah Sultan selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mearang penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam.

Timbalannya, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan ketua pembangkang itu boleh dipertikaikan dan jelas menunjukkan bahawa Anwar tidak layak untuk mentadbir negara.

"Tindakan Anwar jelas menunjukkan kedangkalan dan kejahilan. Macam mana nak jadi Perdana Menteri jika peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan hak mutlak yang jatuh kepada raja-raja Melayu tidak faham.

"Bukan hak dia (Anwar) untuk mempertikaikan perkara yang jelas ada peruntukkaan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Anwar yang didakwa cuba mempertikaikan titah Sultan Selangor apabila baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Semalam, Pas turut menyatakan pendirian bahawa parti itu akan kekal dengan keputusan bahawa golongan bukan Islam boleh digunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan Bagi agama masing-masing.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP