Powered by Blogger.

Aliran Keluar Wang Haram : Antara Tersurat dan Tersirat

Wednesday 2 January 2013




Aliran keluar wang haram boleh didefinisikan sebagai wang yang diperoleh, dipindah atau digunakan melalui aktiviti seperti pengubahsuaian cukai yang diisythiharkan, pengelakkan cukai secara agresif, jenayah dan korupsi.

Aktiviti pengaliran keluar wang haram didorong dengan kewujudan 'tax heavens', iaitu polisi yang diamalkan di negara-negara (territory) dalam negara tertentu yang melindungi syarikat luar yang beroperasi dalam memberikan maklumat percukaian kepada negara asal.

Sebahagian besar dari aliran keluar wang haram berpunca dari aktiviti dagangan antarabangsa yang tidak telus. Ini berlaku apabila pengeksport menggunakan invois yang memaparkan harga yang kurang dari harga yang sebenar. Manakala di pihak pengimport pula mengisytiharkan barang pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar barangan yang diimport.

Contohnya, sebuah syarikat ingin menghantar produk yang dikeluarkan ke sebuah negara lain. Bagi pemindahan wang keluar secara haram, syarikat ini akan mengisytiharkan produk yang dieksport pada harga yang lebih rendah dari harga sebenar, contohnya nilai transaksi sebenar antara pengeksport dan pengimport (proksi) berjumlah RM500,000 namun nilai yang diisytiharkan pada kastam hanyalah RM300,000.

Oleh yang demikian, sejumlah RM 200,000 telah mengalir keluar negara secara haram. Syarikat yang sama juga boleh memindahkan wang keluar negara secara haram melalui peranan yang dimainkan oleh syarikat di negara barangan dieksport (proksi) melalui pengisytiharan nilai barangan pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar dagangan, misalnya nilai dagangan berjumlah RM 500,000 namun nilai yang disytiharkan di negara eksport adalah RM700,000. Oleh yang demikian sebanyak RM 200,000 telah dialir keluar secara haram.

Aktiviti-aktiviti jenayah terancang seperti penjualan dadah dan senjata api, penyeludupan, kegiatan pelacuran dan pemerdagangan manusia juga merupakan antara faktor yang menggalakkan pengaliran keluar wang secara haram.

Selanjutnya klik sini

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP