Powered by Blogger.

Isu Air - Khalid Ibrahim Akan Bersara Jadi MB Hingus!!!!

Monday 21 January 2013


alt

Barisan Nasional (BN) Selangor sekali lagi memberi amaran kepada kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang terus menggunakan alasan remeh-temeh dalam menangani isu air.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, tindakan desperado Khalid yang terus mahu berselindung tanpa mencari penyelesaian konkrit jelas menunjukkan mereka hanya mementingkan agenda politik.

"Sepatutnya kerajaan negeri mendahulukan kepentingan dan keadilan untuk rakyat," katanya seperti dilaporkan The Malaysian Times bagi mengulas kenyataan Khalid yang mendakwa Kerajaan Pusat lebih berminat menjaga kepentingan kroni.

Beliau berkata, isu dan krisis air di negeri Selangor semakin membimbangkan disebabkan sikap kerajaan negeri yang masih berdegil dan tidak mahu mengaku kesilapan mereka dan asyik menuding jari kepada pihak lain.

"Kuasa kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu ini dengan sistematik sekiranya mereka bertindak rasional demi masa depan rakyat.

"Namun saban hari, kerajaan negeri menggunakan isu tersebut untuk meraih publisiti murahan dan asyik mahu memenuhi agenda politik mereka," katanya.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, dakwaan Khalid kononnya BN mahu mempolitikkan isu air adalah satu tuduhan, kenyataan dan pandangan 'syok sendiri' untuk menutup segala kelemahan mereka daripada terbongkar ke kaca mata umum.

"Untuk pengetahuan umum, BN Selangor telah membangkitkan isu air ini sejak setahun yang lepas. Malah kita telah memberikan pelbagai peringatan, amaran dan teguran kepada kerajaan negeri untuk menangani krisis air dengan segera sebelum ianya berubah menjadi satu fenomena yang boleh menyakitkan hati rakyat," katanya.

Menurut Mohd. Zin, BN Selangor telah mencadangkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) tetapi kerajaan negeri bermain 'silap mata politik' dengan mendakwa kononnya tarif air akan dinaikkan selepas Langat 2 siap adalah agenda politik sempit Pakatan Rakyat.

"Kerajaan Pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani isu krisis air di Selangor yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Julai 2012," ujarnya.

Beliau berkata, kedegilan Khalid menurunkan tandatangan untuk mengeluarkan perintah pembangunan (DO) bagi projek Langat 2 berkenaan akan menyusahkan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya lebih-lebih lagi menjelang 2016.

Seterusnya KLPOS

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP