Powered by Blogger.

Showing posts with label The Flying Kick. Show all posts
Showing posts with label The Flying Kick. Show all posts

FAUZI SHAARI DAH MENGAKU, BANGLO MEWAH DI SHAH ALAM MILIKNYA... MACAM MANA DENGAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN?

Tuesday, 29 January 2013



Tak kisahlah apa jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung pemilikan hartanah di Shah Alam yang didedahkan baru-baru ini oleh banyak blog. Sama ada Fauzi bercakap benar atau sebaliknya, itu bukanlah perkara penting, memandangkan sekarang ini, persepsi adalah perkara yang paling utama.

Kalau jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Fauzi Shaari tentang pemilikan banglo mewah tersebut PERLU DITERIMA dan PERLU DIPERCAYAI, bagaimana pula dengan penjelasan dan jawapan yang telah diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor berhubung pemilikan hartanahnya di Shah Alam?

Para pecacai Pakatan pastinya mengatakan, mahkamah telah membuat keputusan bersalah ke atas Khir Toyo, maka tidak perlu lagi dipertikaikan. Namun, sebelum keputusan mahkamah, penjelasan demi penjelasan yang diberikan, langsung tidak diterima. Bahkan DAP menerusi Ng Suee Lim, telah mengadakan road-tour dan demonstrasi di hadapan hartanah tersebut sambil menyatakan bahawa hartanah tersebut bernilai RM24 juta walaupun akhirnya nilai sebenar hartanah berkenaan sekarang ini hanyalah RM6 juta.

Kata Fauzi Shaari berkenaan banglo mewahnya, "Nilai hartanah kini semakin meningkat...."

Untuk itulah, mengapa pula untuk Fauzi Shaari, penjelasan dan jawapannya perlu diterima serta dipercayai, sedangkan untuk Khir Toyo pula, langsung tidak boleh? Adakah kerana Fauzi Shaari pemimpin PAS, maka langkah seterusnya hanyalah mempercayai segala apa yang keluar dari mulutnya tanpa perlu melalui proses mahkamah dan SPRM sebagaimana Khir Toyo?

Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, terutama sekali pemimpin-pemimpin PAS Terengganu yang menjadi kaya-raya dan berkemampuan besar apabila kuasa sudah ada di tangan, terutama sekali ketika PAS memerintah Terengganu selama sepenggal pada 1999 dahulu?


Kenapa tak pernah diterangkan, dari mana kekayaan dan kemewahan ini tiba-tiba sahaja ada di ribaan mereka? Adakah kerana mereka terlalu sering mengamalkan AYAT SERIBU DINAR, maka berjuta-juta dinar masuk ke dalam akaun mereka dari segala penjuru dan sumber yang tidak dapat diketahui?

Fauzi Shaari bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dikatakan zuhud, bersih, suci, mengelak dari dosa kecil apatah lagi dosa besar, tidak memandang dunia dan sebagainya yang hebat-hebat, memiliki kekayaan dan kemewahan luar biasa tanpa diketahui punca, sebaliknya terdapat ramai pemimpin PAS yang mengalami fenomena, KAYA TIBA-TIBA, terutama sekali di Kelantan, Kedah dan Selangor serta Perak!

Kalau pemimpin-pemimpin UMNO seringkali dipertikaikan, walaupun ramai yang tahu, kebanyakan pemimpin UMNO merupakan ahli perniagaan kalau tidak pun BROKER BERTARAF LIMA BINTANG, mengapa pemimpin-pemimpin PAS tidak dipertikaikan pula.

Sumber

Read more...

AHLI-AHLI PKR DESAK XAVIER JEYAKUMAR LETAK JAWATAN!!!

Thursday, 17 January 2013



Sudahlah masuk masjid untuk bertazkirah kepada umat Islam atas jemputan AJK Masjid yang berfahaman PAS, masjid berkenaan kemudiannya ditenggelami banjir, nampaknya bala yang mendatangi Xavier Jeyakumar yang berkeras mempertahankan pemurtadan orang Islam di DUMC tahun lalu, tidak lepas-lepas memburunya.

Satu gerakan untuk mendesak Xavier Jeyakumar agar melepaskan jawatan membabitkan ahli-ahli PKR dari masyarakat India sedang giat dijalankan. Semuanya berpunca daripada perasaan tidak puas hati mereka terhadap Exco yang sepatutnya menjalankan tanggungjawabnya membela masyarakat India di Selangor itu, dalam beberapa hal.

Antaranya ialah, mereka menuduh Xavier menjadi punca kepada surat tunjuk sebab yang telah dihantar kepada Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam. Xavier juga telah mengarahkan perobohan beberapa buah kuil di seluruh Selangor termasuklah sebuah altar penyembahan di dalam kawasan sebuah rumah di Sepang.

Selain itu, Xavier telah mendalangi usaha menggantung keahlian S.Murali dari PKR. S.Murali merupakan ahli Cabang Puchong.

Kritikan Manikavasagam kepada Xavier menjadi punca dia diberikan surat tunjuk sebab. Xavier dikatakan sedang mengintai-ngintai peluang untuk bertanding di Kapar memandangkan Sri Andalas tidak lagi menjadi kubu selamatnya. Dengan mencantas Manikavasagam, Xavier berpendapat peluangnya lebih cerah di Kapar.

Manakala Murali pula digantung keahlian kerana melakukan kecaman di hadapan muka Xavier dalam satu mesyuarat di sebuah pejabat akhbar harian berbahasa Tamil.

Dalam PKR, masyarakat India hanyalah PARIAH kepada Anwar Ibrahim. Konco-konco Anwar seperti Xavier telah memperbodoh-bodohkan masyarakat India sebelum menganiayai mereka sepertimana yang berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Masyarakat India seringkali diapi-apikan dengan pelbagai isu termasuklah pemberian kad pengenalan dan penindasan.

Sedangkan pada masa yang sama, PKR walaupun mempunyai kuasa di Selangor, langsung tidak berbuat apa-apa terhadap masyarakat India walaupun dalam manifesto mereka, terdapat pelbagai janji yang hebat-hebat.

Nampaknya, PKR semakin hilang pengaruh di kalangan masyarakat India yang telah memenangkan mereka pada PRU12 lalu.

Sumber

Read more...

BILA FAEKAH HUSIN BERSUARA SAJA, LALAT DAN LANGAU PUN TAK TAHAN BAU KOHONGNYA!!!

Wednesday, 2 January 2013



Faekah Husin, orang yang disebut-sebut bakal menjadi calon PKR di DUN Ijok pada PRU13 tidak lama sahaja lagi, kini bersuara lagi. Dan seperti biasa, setiap kali dia bersuara, statusnya sebagai bermulut kohong dan berlidah bangkai, menjadi semakin kejap dan utuh.

Dalam kenyataan media yang kemudian disiarkan oleh akhbar di talian rasmi parti yang disertainya, Faekah menyatakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sangat mengambil berat tentang tanah LTAT yang kononnya telah dipindahmilik dan dijual oleh Ketua Wanita UMNO Selangor. Kononnya lagi, penjualan tanah tersebut telah mengkhianati wang pencen pesara-pesara dan anggota-anggota tentera.

Kemudian, Faekah cuba menipu kononnya 'kontrak' Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO sebagai Senator tidak lagi disambung walaupun hakikatnya, Shahrizat telah tamat tempoh sebagai Senator selepas empat tahun bergelar Senator, bukannya dipecat atau tidak disambung semula.

Faekah sebenarnya sudah tidak tentu arah dan hilang modal untuk terus menipu.

Kalau tanah LTAT dan Awan Megah cuba disentuhnya, untuk menyalahkan UMNO kononnya, mengapa Faekah tidak menyentuh tentang tanah-tanah YBK, Yayasan Selangor, PKNS, KDE dan sebagainya di Selangor yang telah dijual?

Bukankah ketika baru sahaja menjadi Kerajaan Negeri Selangor, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor telah merancang untuk menjual tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Semenyih yang sepatutnya dijadikan sebagai tapak UiTM?

Bukankah Kerajaan Pakatan Rakyat yang menghapuskan asrama-asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan tanah tersebut dijual kepada sebuah syarikat yang kemudian tidak diisytiharkan oleh Kerajaan Khalid Ibrahim?

Ambik beratlah sangat...

Apa benda yang tidak dijual oleh Pakatan Rakyat di Selangor?

Sepatutnya Faekah Husin sebelum bercakap, tengok dulu punggung sendiri. Jangan kerana seronok nak menyalahkan UMNO, dia terlupa bahawa rakyat Selangor semakin muak dengan perangai Pakatan Rakyat Selangor yang tidak pun berusaha membela rakyat, tetapi menjadikan rakyat dan penduduk Selangor sebagai anjing yang boleh disepak terajang sesuka hati!

Sumber

Read more...

KAHKAHKAH, KHALID IBRAHIM CLAIM KREDIT BUKIT BOTAK!!!

Sunday, 23 December 2012



Muka tak malu betul ler si Khalid Ibrahim nih!!!

Penempatan Bukit Botak dijangka siap Mac depan. Khalid Ibrahim pun berkokok mengatakan projek tersebut telah dirangka dan dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kononnya, projek penempatan Bukit Botak itu lambang dan simbol tertunainya janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kepala hotak dia lah!!!

Penempatan Bukit Botak telah dirancang pada zaman Khir Toyo lagi. Malah puak-puak PKRlah yang paling kuat masuk dan menghasut setinggan-setinggan Bukit Botak kononnya untuk mempertahankan penempatan haram yang dianggap sebagai kawasan teroka bandar.

Apabila Kerajaan Khir Toyo berkeras dan bertegas untuk menghapuskan setinggan di Bukit Botak dan menjanjikan penempatan baru yang lebih selesa kepada setinggan-setinggan tersebut, PKR merupakan pihak yang paling kuat mencebik.

Penempatan baru yang dirancang, tetap juga dilaksanakan pembinaannya.

Sekarang, apabila penempatan baru itu telah siap, tiba-tiba pula Khalid Ibrahim menyatakan bahawa penempatan tersebut adalah hasil kerja Pakatan Rakyat.

Macam sial!

Kerja apa yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat untuk rakyat Selangor? Setakat keluarkan surat rasmi kepada para pemilik penempatan Bukit Botak, itu yang dikatakan menunaikan janji?

Ia samalah seperti dalam kes geran untuk tanah TOL. Pakatan Rakyat di bawah Khalid Ibrahim telah membekukan semua pembaharuan permit TOL. Yang mana tanah-tanah TOL yang telah diberikan geran, semuanya telah disiapkan pada zaman Khir Toyo lagi. Kerja Khalid Ibrahim hanyalah menyerahkan geran-geran tersebut.

Pun begitu, masih ada geran-geran tanah yang belum lagi diserahkan walaupun ianya telah disiapkan lebih empat tahun lalu. Sebabnya, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat mahu berlakon pada PRU13 nanti. Semasa kempen berjalan, mereka akan menyerahkan geran-geran tersebut kepada rakyat Selangor yang berkelayakan. Kemudian, mereka akan mendakwa, di bawah Pakatan Rakyatlah, geran-geran tersebut dikeluarkan.

Penempatan Bukit Botak jelas menunjukkan lakonan Khalid Ibrahim dan tidak faham perkataan TAHU MALU di kalangan Pakatan Rakyat. Orang lain punya kerja, mereka pula yang sibuk nak kredit.

Inilah yang dikatakan, LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA!!!

Sumber

Read more...

MASJID DI SELANGOR YANG DIRAMPAS AHLI PAS, SONGLAP DUIT ANAK YATIM!!!!

Wednesday, 7 November 2012



Apa nak jadi dengan Selangor ni...

Orang PAS bersungguh-sungguh betul nak menguasai setiap masjid, surau dan madrasah untuk menunjukkan kononnya mereka sangat arif tentang agama Islam dan merekalah sebenarnya yang layak dijadikan sebagai pemimpin. Konon-kononnya kalau orang UMNO yang naik jadi pemimpin dalam masjid dan surau, maka tidaklah mendatangkan berkah kepada kariah.

Nah, sekarang sudah terbukti...

Walaupun retoriknya, sokong PAS akan memudahkan proses penghisaban di Padang Mahsyar, kepala-kepala berserban yang gila kuasa, rupa-rupanya sangat gila dengan wang ringgit, biarpun wang ringgit berkenaan adalah hak anak-anak yatim.

Masjid Al-Husna, Sunway sebelum ini kecoh berhubung cantas nama AJK baru oleh pihak tertentu dengan bantuan Khalid Ibrahim yang merupakan Exco Agama Islam ekoran senarai AJK baru yang dipilih oleh kariah, bukan penyokong Pakatan Rakyat. Sebaliknya nama-nama AJK lama dan telah ditolak oleh kariah pula, dikekalkan. Kes berkenaan berlaku pada 22 April 2012 lalu. (BACA DI SINI)

Semalam, MAIS yang sebelum ini telah membantu menaikkan SYAITAN-SYAITAN berkenaan sebagai AJK masjid tersebut, telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan Masjid Al-Husna, Sunway ekoran aduan daripada seorang ibu beranak lima, yang anak-anaknya adalah anak-anak yatim, tidak mendapat bantuan yang disalurkan menerusi masjid itu dari MAIS semenjak beberapa tahun lalu.

Sudahlah kepala Pakatan Rakyat yang jadi pemimpin negeri, menyakau duit rakyat dengan selamba dan tanpa rasa bersalah, sambil berpusing-pusing cakap, AJK Masjid yang berjenama Pakatan Rakyat pula menyebat duit anak-anak yatim.

Macam manalah nak bergantung harap dan menaruh kepercayaan kepada puak-puak ni?

Woi AJK Masjid Al-Husna, Sunway... duit anak-anak yatim tu, bukannya derma tabung unit Amal PAS ler... korang mentekedaghah duit anak-anak yatim, pangkah PAS tujuh ratus kali pilihanraya umum pun, korang takkan dapat cium bau syurga lah!!!

Sumber 

Read more...

KHALID IBRAHIM CUBA BERBOHONG TENTANG SOROS DALAM USAHA MEMBELANYA!!!

Sunday, 7 October 2012


Apabila Mahathir mengatakan undi pembangkang, bererti mengundi Soros menjajah negara ini, Khalid Ibrahim yang masih hidup dalam dunia 70-an, serta-merta mengeluarkan kenyataan membela dengan menyanggah kenyataan bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, rakyat sekarang tidak mengenali Soros dan tidak tahu apa-apa tentang Soros. Anggota-anggota parti (dan pengundi) sudah cukup matang untuk menilai kenyataan berkenaan. (RUJUK SINI)

Pendedahan dan pengakuan MALAYSIAKINI yang merupakan portal kesukaan Pakatan Rakyat, menerima dana operasi daripada George Soros, selain beberapa pertubuhan NGO lain yang turut dibiayai oleh Soros termasuklah SUARAM, memberikan pukulan hebat kepada Pakatan Rakyat.

Ditambah pula dengan kekerapan Anwar Ibrahim ke luar negara, dan kehebatan Pakatan Rakyat mengeluarkan pelbagai isu termasuklah isu aset keselamatan negara seperti kapal selam Scorpene, menyebabkan Pakatan Rakyat semakin terkucil dan tidak tahu jawapan apakah yang boleh diberikan tentang tindak-tanduk mereka.

Selepas 'berjaya' dalam usaha menghapuskan ISA, Pakatan Rakyat menerusi beberapa orang pemimpin Cina Chauvinist DAP, mula memperkatakan isu-isu sensitif termasuklah sektor keselamatan negara dengan bertopengkan rasuah dan ketirisan wang rakyat.

Tony Pua dalam beberapa insiden, sudah berulang-ulang kali meminta Kementerian Pertahanan menyenarailengkapkan butiran aset-aset keselamatan termasuklah pecahan perbelanjaan yang telah digunakan oleh ATM, kononnya sebagai satu cara ketelusan dan kejujuran. Sebarang perbelanjaan terhadap aset keselamatan segera dipertikaikan dengan alasan kononnya perbelanjaan tersebut terlalu besar berbanding nilai sebenar aset yang diperolehi oleh ATM.

George Soros pernah berusaha menjatuhkan dan memufliskan negara ini dalam serangan matawang. Hanya apabila Mahathir membuat tambatan Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat pada kadar USD1=RM3.80, barulah Soros menghentikan serangannya.

Dan pada ketika itu, pihak dalam negeri, bahkan dari Kabinet yang dilihat terlibat dengan Soros adalah Anwar Ibrahim biarpun pihak berkuasa tidak pernah mahu mengeluarkan butiran siasatan berhubung perkara berkenaan atas aspek-aspek yang hanya mereka sahaja mengetahuinya.

Khalid Ibrahim amat sedar, sebarang perkara berkaitan Soros mempunyai ikatan yang amat kukuh dengan PKR dan Anwar Ibrahim. Sudah tentulah apa yang disebutkan oleh Khalid Ibrahim berpunca daripada ketakutan para pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat, rakyat akan mula menggali sejarah penglibatan George Soros dalam usaha menjahanamkan negara ini dari tahun 1997-1998 yang membawa kepada kejatuhan matawang dan struktur ekonomi Malaysia hanya semata-mata untuk membolehkan Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri!!!

Sumber - Flyingkick

Read more...

TERESA KOK SEDIH BERPISAH DENGAN TEMAN TIDURNYA YANG TERPAKSA DILELONG!!!

Sunday, 30 September 2012


Sedih sungguh bila kita baca apa yang ditulis oleh Teresa Kok tentang kehilangan 'teddy bear'nya yang telah dilelong dengan harga RM10 ribu dan teddy bear berkenaan akhirnya berpindah kepada Judy Tong yang merupakan SALAH SEORANG AHLI JEMAAH GEREJA DUMC.

Menurut Teresa Kok, itulah kali pertama dia bertemu dengan Judy Tong walaupun Judy Tong merupakan 'peminat' setianya dan sentiasa mengikuti perkembangannya.

Anda ingat lagi kontroversi DUMC dan pembabitan Teresa Kok yang begitu lantang mengutuk serbuan yang dilakukan oleh JAIS, sekaligus membongkar salah satu kes pemurtadan dan pengkristianisasi membabitkan DUMC yang didalangi sepenuhnya oleh kaum DAP?

Sekarang, Teresa Kok yang juga merupakan salah seorang jemaah DUMC, mengatakan dia tidak mengenali Judy Tong?

Maksudnya?

Maksudnya adalah Teresa Kok adalah seorang pembohong walaupun agama yang dianutinya tidak membenarkan dia bercakap bohong, berkhianat mahupun menjadi munafik yang menghalalkan cara bagi mencapai matlamat.

Umum mengetahui, Pakatan Rakyat yang menerima bantuan dari dana asing, bukanlah semiskin seperti yang mahu ditonjolkan oleh para pemimpin kumpulan berkenaan. Dana asing yang masuk menerusi pelbagai agensi, mahupun secara langsung menerusi tangan Anwar Ibrahim dan PKR seringkali digunakan untuk mencipta pelbagai program dan majlis yang akan mencetuskan kegelisahan dan kekacauan di negara ini.

DUMC sendiri tidak pernah menafikan tentang sumbangan tenaga dan wang ringgit dari pihak asing bagi mengembangkan aktiviti mereka, terutama di kalangan umat Islam terutama sekali selepas Pakatan Rakyat 'berjaya' mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA.

Menggunakan sentimen melankolik seperti yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bagi tujuan mengutip dana pilihanraya, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah taktik bagi mewujudkan sense of belonging terhadap Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sendiri tidak memerlukan bantuan atau dana daripada rakyat awam. (BACA DI SINI)

Bayangkanlah pula seandainya UMNO dan Barisan Nasional pula menggunakan taktik dan cara sebegitu, pasti kita akan dapat melihat dan mendengar pelbagai tahap cemuhan dan makian yang dilemparkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Teresa Kok sekadar menjual teddy bearnya yang bernilai RM10,000 kepada peminatnya sendiri. Bagaimana dengan hasil kerjanya kepada rakyat yang telah melantiknya sebagai wakil? Adakah nilai kerjanya jauh lebih tinggi dan boleh dihormati, atau sekadar ia menambahkan perisa kejahatan dan kepura-puraan dalam Pakatan Rakyat?

Sumber - The Flying Kick

Read more...

CIPLAK HARGA KERETA: BUKU JINGGA ATAU DAPAT MAKLUMAT DARI JPM?!!

Saturday, 1 September 2012


Pecacai Pakatan sedang berusaha untuk memalukan Najib dengan cerita kononnya, Najib telah menciplak Buku Jingga dan perjuangan Rafizi Ramli yang mahu menurunkan harga kereta. Begitu juga dengan cerita kerajaan mahu mengambilalih lebuhraya....

Kononnya, kalau Najib dah meniru Buku Jingga, buat apa lagi Najib jadi kerajaan, elok serah sahaja kepada Pakatan Rakyat.

Masalahnya, betulkah Najib yang meniru Buku Jingga Pakatan Rakyat, atau sebenarnya, maklumat dari dalam bocor dan sampai ke tangan Pakatan Rakyat, terutama sekali menerusi Rafizi Ramli yang giat berkempen tentang Akta Wistleblownya?

Kalau Rafizi Ramli dan PKR boleh mempergunakan kakitangan awam untuk mendapatkan maklumat tentang tender-tender dan kontrak-kontrak kerajaan terutama apabila syarikat kroni mereka gagal memperolehinya, apakah tidak mustahil sekiranya maklumat tentang perancangan kerajaan tidak sampai ke tangan PKR?

Ambil sahaja contoh bajet tahun lepas. Umum mengetahui bagaimana orang dalam Kementerian Kewangan telah membocorkan banyak maklumat tentang bajet bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentangkan bajet alternatif mereka.

Apabila bajet dibentangkan, Anwar Ibrahim jelas sangat terkejut kerana yang sampai ke tangan mereka hanyalah dummy semata-mata, bukan bajet sebenar.

Nampaknya perkara yang sama sedang berulang. Cuma kali ini, PKR menerusi Rafizi Ramli melakukannya lebih pantas untuk mengelakkan daripada dikesan.

Cadangan kerajaan untuk 'melakukan sesuatu' bagi mengurangkan harga kereta dan bakal dibentangkan dalam bajet, telah diambil kesempatan terlebih dahulu oleh PKR. Justeru, apabila diumumkan nanti, seolah-olah kerajaan yang ada sekarang sebenarnya yang menciplak Buku Jingga.

Sumber - The Flying Kick

Read more...

KHALID IBRAHIM NAK BERDEBAT ISU AIR SELANGOR LAAA... BANJIRLAH SELANGOR LEPAS NI!!!

Thursday, 9 August 2012


Menurut Rani Othman yang jelas begitu bimbang tuan-tuan besarnya akan menyembam makan tanah selepas PRU13 kerana antara lain disebabkan isu air, Khalid Ibrahim bersetuju untuk berdebat tentang isu air dengan mana-mana pemimpin UMNO khususnya dari Selangor dengan Sinar Harian sebagai penganjurnya.

Macam manalah agaknya Khalid Ibrahim hendak berdebat dengan tergagap-gagap sebegitu rupa. Lagipun, Khalid Ibrahim adalah jenis manusia yang cukup gelabah bila tembelang salahnya diketahui orang ramai. Dia bukannya akan menjawab atau menyelesaikan masalah yang sedang berlaku, sebaliknya dia akan pusing serata dunia mencari benda-benda lain untuk diperkatakan.

Dalam hal air, ada cerita yang Khalid Ibrahim telah mengarahkan ABASS yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri dan memiliki loji rawatan air, memindahkan sebahagian beban rawatan air kepada SYABAS agar dapat dibuktikan bahawa SYABAS sebenarnya yang tidak mahu merawat air, sekaligus mewajarkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih SYABAS.

Kapasiti loji-loji rawatan air milik SYABAS sudah mencapai maksimum sekarang ini. Justeru, apabila jumlah air mentah baru yang perlu dirawat bertambah, SYABAS tidak akan mampu melakukannya.

Di Selangor, SYABAS bukanlah satu-satunya syarikat konsesi air, sebaliknya terdapat SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga Sdn. Bhd. Berbeza daripada ketiga-tiga syarikat yang lain, SYABAS kerap dijadikan mangsa oleh Khalid Ibrahim untuk dipertanggungjawab bagi menjawab mengapa rezab air terawat untuk Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya berkurangan secara drastik. Tidak pernah dalam satu pun kenyataannya, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor menyalahkan SPLASH, ABASS dan PNSB walaupun ketiga-tiganya juga sama seperti SYABAS yang bertanggungjawab membersih dan merawat air mentah.

Dan yang lebih menariknya, ketiga-tiga syarikat air itu juga sama seperti SYABAS memerlukan bantuan loji yang lebih besar, lebih cekap dan lebih mampu menampung permintaan air yang semakin meningkat di seluruh Lembah Kelang!

Khalid Ibrahim nak berdebat?

"Sa... sa... sa... yaaaaa de...ngan... ini... merasmikan u...pa..ca...ra berkhatan bera...mai-ramai...!"

Mungkin itu sahaja yang mampu dilafazkan oleh Khalid Ibrahim...

Setakat berdebat... menjawab di DUN pun tidak mampu di mana DUN merupakan tempat yang paling afdal untuk Khalid Ibrahim berbuat demikian, ini nak berdebat depan awam?

Betul-betul perangai Anwar Ibrahim! Sekaligus mengesahkan Rani Osman sebagai pemuja telur dan tulang punggung Anwar Ibrahim yang amat tegar!!

Debat konon... piiiiraaaahhhh... kerja dibuat macam orang mabuk pegang botol brandi, sibuk nak berdebat!!!

Boleh Rani Osman kata, isu air adalah ciptaan UMNO yang sudah nazak nak menang.... lawak betullah Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru ni!

Sumber : The Flying Kick

Read more...

MP PKR HALAU BINI MAKIN GELABAH TERUK!!!

Monday, 6 August 2012


Kesian Ahli Parlimen Kuala Langat yang terpaksa berbohong, menipu dan mengelat tetapi pada masa yang sama cuba menggertak mana-mana pihak yang mendedahkan salah lakunya.

Paling tak tahan apabila Abdullah Sani terang-terang menuduh isterinya sebagai pembohong dengan mempotretkan dirinya sendiri sebagai mangsa.

Mudahnya Abdullah Sani melarikan tanggungjawabnya. Si isteri yang bukan sahaja dihalau dan dimalukan, sebaliknya dimalukan tanpa sebarang perikemanusiaan.

Secara nyata dan sah, Abdullah Sani berbini baru. Bini baru diletakkan di rumah lama. Manakala bini lama dihalau keluar.

Alasan kononnya dia telah memberikan sebuah rumah di Desa Pandan kepada isteri tuanya sebenarnya boleh dipertikaikan. Kalau benar, mengapa isterinya terpaksa menumpang tinggal bersama-sama anak saudaranya di Kelang?

Kalau benar MP PUAKA itu memberikan pembiayaan RM2000 sebulan, mengapa pula pelbagai perkara lain termasuklah kata nista anak sendiri krpada isterinya itu kedengaran?

Maaf cakaplah, kalau lelaki yang bertahan dengan bini barunya di rumah lama dengan bini lama diterajang keluar, bermakna cakap-cakapnya yang lain, memang pembohongan semata-mata.

Apatah lagi 'saksi' anak sendiri yang tidak mahu kehilangan bantuan kewangan daripadanya sehingga sanggup mendurhalai ibu sendiri sudha cukup untuk menerangkan modus operandi Abdullah Sani.

Sumber : The Flying Kick

Read more...

HELAH APA LAGI KHALID NAK BERIKAN!!!

Wednesday, 25 July 2012


Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk meneruskan projek Sungai Langat 2 yang ditentang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Tender baru akan dibuka untuk tujuan berkenaan.

Loji Sungai Langat 2 akan berkeupayaan untuk membekalkan air terawat ke seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ini ekoran simpanan air terawat semakin berkurangan dan berada pada paras sangat kritikal. Loji-loji rawatan yang dimiliki oleh SPLASH, ABASS dan SYABAS sedia ada tidak lagi mampu memproses dan merawat air untuk dibekalkan penduduk dan industri.

Loji Air Langat 2 berhadapan dengan masalah ekoran keengganan kerajaan negeri meluluskan projek berkenaan dengan alasan kewujudan loji tersebut akan menyebabkan tariff air naik dan air percuma tidak lagi dapat diberikan kepada rakyat Selangor.

Dalam satu kenyataan yang lain, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan penolakan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambilalih SYABAS kerana beberapa perkara termasuklah hutang kerajaan negeri kepada SYABAS selain perlanggaran perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan syarikat konsesi berkenaan.

Selain itu, kerajaan negeri juga berhadapan dengan masalah undang-undang melibatkan saman SYABAS.

Pakatan dalam usaha mereka untuk tidak menunaikan janji memberi dalih bahawa SYABAS adalah penghalang kepada air percuma. Namun pada masa yang sama, kerajaan negeri yang sama juga menggunakan pelbagai saluran politik untuk mengekang pembinaan loji Sungai Langat 2 termasuklah memberi alasan, air mentah masih banyak di Selangor ditambah pula dengan kehadiran hujan.

Manakala para penyokong Pakatan pula menyuarakan perkara yang sama dengan menolak hak rakyat dan penduduk untuk menikmati air bersih yang dirawat berbanding menggunakan air mentah.

Helah apa lagi yang akan digunakan oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mrnghalang projek yang menggunakan dana kerajaan pusat itu?

Sumber : The Flying Kick

Read more...

KHALID SAMAD DALANG MUBALIGH KRISTIAN BERDAKWAH DI SHAH ALAM?

Monday, 25 June 2012


Siang tadi, Sahabat Blogger, GAP mendedahkan tentang segerombolan pendakwah Kristian menjalankan kerja-kerja kemubalighan mereka di kawasan majoriti Melayu-Islam di Seksyen 23 Shah Alam.


Berikut adalah butiran yang dinukilkan oleh GAP:

1.Warga Barat, philipine, Jepun.
2.Jumlah sekitar 14 orang.
3.Pergi ke rumah-rumah di seksyen 23 ( Rumah Org India dan Cina )
4.Tindakan semakin exposed sempena pilihanraya umum 13 yang makin hampir
5.Bergerak keluar selepas perbuatan mereka tidak disenangi penduduk.
6.Penyokong pas hanya berdiam diri.
8.sekitar jam 10.00 pagi hingga 11.20pg, 23hb Jun 2012

Kedatangan pendakwah-pendakwah Kristian berkenaan ke kawasan majoriti Melayu-Islam dan bergerak dari satu rumah ke satu rumah, tentunya mempunyai tok dalang-tok dalang yang cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa agama di negara ini. Pada masa yang sama, turut mencabar Perlembagaan Malaysia yang tidak membenarkan sebarang penyebaran agama selain Islam di kalangan orang Islam.

Puak-puak pendakwah ini tentunya didatangkan khas tanpa mengetahui tentang undang-undang di negara ini. Mereka bukannya ancaman kerana besar kemungkinan mereka telah difahamkan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, tanpa diberitahu bahawa kebebasan beragama tidak bermaksud orang Islam boleh dimurtadkan!

Cuma yang sangat menarik berdasarkan episod terbaru ini ialah PEMBABITAN SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KHALID SAMAD, yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam, sekaligus merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Apa yang telah dibuatnya? Adakah dia yang memberi kebenaran kepada puak-puak ini memandangkan selama ini dialah yang paling lantang mahukan kebebasan dan kemurtadan umat Islam dihalalkan?

Ini baru di Shah Alam... di kawasan Melayu Pertengahan? Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan Melayu yang lain seperti Bandar Baru Bangi yang khabarnya sekarang ini pun sudah ada gereja walaupun majoriti penduduknya lebih 90% Melayu-Islam?

Apa sudah jadi dengan penguasa agama seperti JAIS dan MAIS? Kalau perebutan jawatan di masjid-masjid seperti Masjid Al-Muttaqin Equine Park dan Masjid Al-Husna, Sunway bukan main lagi campurtangan dan ketegasan yang ditunjukkan dengan perlantikan AJK yang walaupun bukan ahli kariah dan bukan lantikan persetujuan anak kariah, takkan ancaman daripada gerombolan mubaligh asing, JAIS dan MAIS menyorok bawah selimut?

Pendekar-pendekar PAS mana hilang abis? Telur dah kena kerat? UMNO plak buat apa? Tengah sibuk duk tengok nama siapa yang dicalonkan?

Sumber : The Flying Kick

Read more...

Nuffnang Ads IR ZAIN MOHAMED BUKTIKAN, DIA ADA TELUR BERBANDING KHALID IBRAHIM!!!

Tuesday, 12 June 2012

Zin Mohamed, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu air dalam Persidangan Meja Bulat. Sebelum ini, sudah beberapa kali perundingan dijalankan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan, namun semuanya menemui jalan buntu apabila Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim lebih sakan bermain politik berbanding menyelesaikan isu air yang semakin memuncak.

Hampir 200 buah kilang baru tidak dapat dibina di Selangor kerana masalah air. Sekaligus menyebabkan lebih 50,000 peluang pekerjaan tidak dapat diadakan di Selangor hanya semata-mata kerana Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat lebih memikirkan tentang keuntungan besar yang boleh diperolehi oleh kroni-kroni.

Loji Air Sungai Langat 2 yang menjadi kemelut sebenar, masih tidak dapat berfungsi walaupun terowong dari Pahang telah ditebuk selain saliran air sudah boleh dibuat kecuali tingkahlaku kebudak-budakan pimpinan negeri yang masih bermain tarik tali.

Beberapa idea BODOH dan MEMBODOHKAN telah keluar dari mulut Khalid Ibrahim. Antaranya termasuklah, Kerajaan Negeri lebih sanggup mengambil air dari Tasik Kenyir di Terengganu yang jaraknya lebih 400 kilometer berbanding air yang disalurkan dari Karak sejauh 43 kilometer.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, air di empangan mencukupi walaupun pada masa yang sama, tidak pula menyatakan bahawa air di empangan sahaja tidak mampu membekalkan air bersih kepada penduduk jikalau loji rawatan tidak dibina dan disediakan.

Satu lagi idea yang tidak kurang bangangnya ialah apabila Kerajaan Negeri menerusi lidah Khalid Ibrahim menyatakan bahawa air banjir dan air lombong boleh dijadikan sebagai ganti air bersih untuk penduduk Selangor!... SAMBUNG BACAAN DI SEL13


Read more...

FAEKAH MARAH NOH OMAR SEBAB BUTA DEMOKRASI!!!

Thursday, 7 June 2012


Sikap Noh Omar yang mempertikai usaha Kerajaan Negeri membersihkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di Selangor disifatkan sebagai ‘buta demokrasi’ oleh Faekah Husin.

Noh yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Kerajaan Negeri menyalahguna kuasa apabila melancarkan program ‘Selangorku Bersih’ bagi membersihkan daftar pemilih SPR yang menyaksikan penambahan luar biasa pengundi.

“Ini membuktikan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu buta demokrasi kerana tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bebas,” kata Faekah yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Faekah berkata, selepas tsunami politik pada 2008, telah berlaku banyak perubahan terhadap senario politik negara termasuklah di Negeri Selangor.

Antaranya peningkatan luar biasa jumlah pengundi baharu yang apabila dilihat dengan mata kasar agak tidak seimbang dengan jumlah penduduk terutama di kawasan-kawasan tertentu.

“Lebih mengejutkan ialah apabila SPR mengumumkan terdapat pengundi baharu di Selangor seramai 600,000 orang,” ujar Faekah dalam kenyataan media.

Tambah Faekah, meskipun Kerajaan Selangor menganggap daftar pemilih yang dikeluarkan SPR seharusnya sahih dan betul, namun lonjakan pengundi baharu agak membuka mata.

Justeru, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sah, maka adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Selangor untuk memastikan bahawa nama-nama yang tertera dalam daftar tersebut benar-benar rakyat yang bermastautin di negeri ni.

“Program Selangorku Bersih dilancarkan untuk maksud tersebut; membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.

“Kita gerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak,” kata Faekah.

Tegas Faekah, tindakan Noh menghasut rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu ketika menjalankan pemeriksaan adalah tindakan yang benar-benar mengecewakan.

“Seorang Menteri kanan boleh bertindak dan mengeluarkan kata-kata yang berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.

“JKKK, ketua kampung dan penghulu adalah individu yang dilantik Kerajaan Negeri secara sah dan mereka ini mempunyai hak untuk menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir luar termasuklah pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya berada di Selangor,” katanya.

Jelas Faekah, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus.

Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih.

Hal ini dijelaskan lagi apabila Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut.

“Ironinya, niat Kerajaan Selangor membuat gerakan mengesan para pengundi di seluruh negeri Selangor telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.

“Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut,” kata Faekah.

Sumber : Flying Kick

Read more...

AZMIN ALI MEMANG BIADAP... PI LER BAYAR SAMAN TRAFIK!!!

Sunday, 3 June 2012


Pernah dengar ceramah Azmin Ali?


Kalau dengar ceramahnya, anda pasti akan menyangkakan yang Azmin Ali adalah seorang pemimpin yang sangat bersih, sentiasa patuh kepada undang-undang dan mahu membetulkan negara ini dengan menghukum mana-mana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang telah menyeleweng serta menyonglap duit rakyat.

Walhal, hakikatnya, Azmin Ali sendiri merupakan seorang pelanggar undang-undang yang sentiasa berasa dia berada di atas undang-undang dan tidak boleh dikenakan sebarang tindakan.

Buktinya, dalam senarai saman trafik, Azmin Ali mempunyai saman-saman tertunggak yang tidak dihiraukannya.

Kalau undang-undang trafik pun dia langgar sesuka hati, bagaimana pula dengan undang-undang 'besar' yang lain. Sudah tentu dia tidak akan peduli dengan sebarang undang-undang kerana memikirkan dia adalah Azmin Ali dan dia tersangat hebat.

Yang dia sibukkan orang lain punya kesalahan. Kesalahan dirinya sendiri, mengapa tidak dihiraukan? Mengapa dia tidak mahu bertanggungjawab seperti mana keengganannya untuk bertanggungjawab terhadap ibunya yang sudah tua?

Bayangkanlah, seorang yang gagal menjelaskan hutang saman, mahu memimpin negara ini? Tidak hairanlah bagaimana dia yang merupakan seorang pengamal rasuah tegar, sibuk nak basmi rasuah orang lain!

Atau para penyokong Pakatan akan mengatakan, ini adalah satu lagi FITNAH UMNO untuk memalukan Azmin Ali?

Read more...

SELANGOR JAHANAM: TIDAK SERIK, PASANGAN YANG SAMA, DITANGKAP KHALWAT... JUGA DI TEMPAT YANG SAMA!!!

Tuesday, 22 May 2012


Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
Penguatkuasa menyoal siasat pasangan yang ditahan.
AMPANG - Sepasang kekasih yang tidak serik berkhalwat dan kes tangkapan mereka masih dibicarakan di Mahkamah Syariah sekali lagi dicekup oleh penguat kuasa agama di sebuah rumah, di Taman Chempaka pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, seorang perempuan berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, sepasukan anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian.

“Manakala teman wanitanya yang hanya berkemban berlari ke bilik dari ruang tamu untuk memakai pakaian.

“Kami menemui coli dan seluar pendek milik wanita itu di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah sewa pasangan tersebut dan kondom di atas lantai.

Menurutnya, pasangan itu menyerahkan sijil nikah yang diragui berikutan tiada cop pengesahan dari pejabat agama.

“Lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan kesalahan kerana berpoligami tanpa kebenaran dan sanggup bernikah bersama teman wanitanya di sempadan Thailand,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pasangan itu pernah ditangkap berkhalwat pada jam 1 pagi, tiga minggu lalu di kediaman sama.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

ULASAN TFK:

Musykil jugak nih...
Pasangan terbabit menunjukkan sijil nikah tetapi penguatkuasa kata sijil nikah meragukan berikutan tiada cop dari jabatan agama. Tetapi pada masa yang sama pula, menyatakan bahawa lelaki berkenaan melakukan kesalahan kerana bernikah di Thailand dan berpoligami tanpa kebenaran.
Nikah ke tak nikah?
Adakah cop jabatan agama yang dimaksudkan adalah cop jabatan agama Islam di Malaysia? Justeru ketiadaan cop agama, menyebabkan pernikahan tidak sah dari segi agama dan syarak? Atau ia sekadar melanggar undang-undang syariah di Malaysia?
Dua perkara yang berbeza tu?
Kalau benar telah bernikah walaupun tiada kebenaran dari isteri pertama dan jabatan agama Islam di Malaysia, bermaksud pasangan berkenaan bukanlah berkhalwat dan melakukan kesalahan!
Sebetulnya terma dan istilah mahupun undang-undang yang berlainan perlu diperkenalkan agar ia tidak kelihatan lebih besar dan lebih tinggi dari hukum-hakam Islam. Macam undang-undang poligami jugaklah... Malaysia telah melakukannya dengan baik, tetapi dalam hal pra-zina, nampaknya undang-undang dan perlaksanaannya memerlukan pihak yang lebih pakar, bukan main serkap jarang, semuanya KHALWAT!!!
Itu pun kalau benarlah pasangan berkenaan sudah bernikah di Thailand, cuma sijil nikah mereka belum di-endorsed-kan oleh jabatan agama di sini... jangan jadi macam di Kedah... dua kali kerajaan negeri sewaktu era Sanusi Junid dulu jadi Menteri Besar, hampir disaman sebab terlalu berkeras nakkan sijil nikah asal dan tidak mahu menerima salinan photostat sijil nikah mahupun salinan faks...
Jangan menyusahkan dan jangan pula terlalu ambil mudah!!!

Sumber : The Flying Kick

Read more...

SELANGOR JAHANAM: DICEKUP KHALWAT JAM 4:00 PAGI DI HOTEL BAJET, TAMAN MUDA!!!

Monday, 21 May 2012

AMPANG - Seorang pekerja kilang dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.

Wanita warga Indonesia berusia 22 tahun itu memberi alasan dia tidak dapat pulang ke hostel di Sungai Way selepas jam 11 malam lalu menyewa bilik hotel itu bersama kekasihnya.

Pasangan itu dicekup pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu dan seorang wanita didapati berpakaian lengkap sedang berbaring di atas katil.

Pasangan itu gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram, namun lelaki itu memberi alasan mereka akan berkahwin dalam tempoh terdekat.

Ahmad Nawi berkata, sebanyak dua hotel bajet diperiksa dan pihaknya menahan sembilan individu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

ULASAN TFK:

Sudah terlalu banyak pendedahan dibuat berhubung kewujudan HOTEL-HOTEL BAJET yang tumbuh bagaikan cendawan di Selangor. Walaupun jumlah kedatangan pelancong di Selangor, tidaklah meningkat secara drastik walaupun Kerajaan Negeri Selangor telah menghabiskan ratusan juta ringgit, termasuklah mengadakan program usahasama dengan penganjur CHALLENGER, namun secara hakikatnya, pelancong di Selangor tetap banyak itu juga.

Lambakan pendatang asing, masalah sosial dan jenayah yang meningkat, terlalu seiring dengan peningkatan dan kewujudan pusat-pusat hiburan baik haram mahupun halal, hotel-hotel bajet dan sebagainya, merupakan intipati kehidupan di Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang khabarnya merupakan KERAJAAN KEBAJIKAN.

Bagi yang mengetahui di mana Taman Muda, pastinya akan tertanya-tanya pelancong mana yang akan datang ke sini. Yang ada di Taman Muda hanyalah PASAR MENJUAL DAGING BABI tidak jauh dari pejabat DUN Teratai, Janice Lee. Tidak ada kilang-kilang besar yang membolehkan kedatangan expatriate atau pegawai-pegawai kilang yang perlu menginap di hotel bajet di Taman Muda.

Yang ada di sini adalah kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang menguasai pelbagai sektor, termasuklah pemerdagangan manusia berdasarkan kewujudan terlalu ramai PATI dan PENDATANG ASING di sekitar Taman Muda.

Gerakan operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan Masjid Al-Azim Pandan Indah nampaknya masih tidak dapat membanteras masalah-masalah ini. Hari ini tangkap seribu orang, esok lusa, dua tiga ribu orang PATI 'kosong' akan datang dan menghuni di kawasan-kawasan perumahan sekitar Ampang, terutama sekali di rumah-rumah pangsa murah tanpa sebarang masalah.

Berita di atas merupakan antara satu daripada BERIBU-RIBU berita lain yang sama tarafnya di Pandan Indah dan seluruh Ampang. Dan di sebalik cerita kononnya, pendatang asing menjadi pengundi hantu di Ampang, orang yang paling kuat melenting apabila pihak polis dan imigresen melakukan operasi menangkap PATI, adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Ampang dan Pandan Indah.

Alasan mereka sangat mudah... tanpa PENDATANG ASING dan PATI, siapa yang nak buat kerja seperti pembersihan dan kontrak!!!

Sumber : The Flying Kick

Read more...

APA JENIS BINATANG YANG JADI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KALAU KLINIK PUN NAK DIHAPUSKAN?

Friday, 18 May 2012


Laporan yang dibuat oleh SELANGORDAILY tentang Klinik Desa Batu 10, Jalan Kebun Baru, Kuala Langat sememangnya amat menyakitkan hati bagi kita yang ada otak. Kecuali anda seorang penyokong Pakatan Rakyat, mungkin berita yang disiarkan itu, kurang menyentuh hati dan perasaan.

Bagaimana sebuah kerajaan negeri yang kononnya lebih baik dari kerajaan terdahulu memandang ringan dan memganggap warga desa sebagai haiwan hina yang tidak perlu menerima rawatan dan khidmat perubatan. Atau barangkali juga kerana terlalu hebat berpolitik dengan beranggapan, menyekat dan menghalang penggunaan premis sebagai klinik sementara akan menyebabkan warga kampung mengamuk dan menyalahkan Kerajaan Pusat.

Atau boleh juga kerana beranggapan warga desa terbabit sebagai penyokong atau bakal menyokong UMNO dan Barisan Nasional, maka mereka tidak berhak untuk mendapat bantuan dari kerajaan negeri?

Aneh, Kerajaan Pusat yang dituduh zalim, sentiasa memastikan khidmat perubatan dan klinikal disediakan untuk penduduk dan rakyat walaupun di kawasan yang menjadi kubu kuat parti lawan.

Apa agaknya alasan yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri Selangor tentang perbuatan mereka menghalang permintaan Kementerian Kesihatan untuk menggunakan balairaya di kampung berkenaan sebagai klinik sementara?

Apakah DEWAN INI TELAH DIMERDEKAKAN menyebabkan semua balairaya tidak dibenar guna untuk sebarang fungsi bagi kebaikan penduduk setempat kerana ia hanya dibenarkan untuk kegiatan Pakatan Rakyat sahaja seperti mana yangberlaku di Pandan Mewah?

Apa yang berlaku di Batu 10, Kebun Baru telah membuktikan bahawa Kerajaan Kebajikan yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya tidak lebih daripada sembang kosong dan pembohongan besar. Kalau bab kesihatan dan penjagaan kesihatan pun, boleh dibuat main-main, bayangkanlah perkara-perkara lain.

Sumber : The Flying Kick

Read more...

TUKAR SLOGAN SAHAJA, FAEKAH HUSSEIN TERUS JADI KAYA RAYA!!!

Tuesday, 15 May 2012

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat menjajah Selangor. Perayaan tersebut diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dan dikatakan kononnya amat berjaya serta dihadiri oleh ramai orang Selangor.


Berjaya atau tidak, sebenarnya ia boleh disangkal. Apatah lagi kebiasaan Pakatan Rakyat ialah, mereka gemar membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan angka peserta BERSIH 3.0 yang jumlahnya tidak sampai 30,000 orang pun boleh ditukarkan menjadi 250,000 orang.

Namun yang hendak diperkatakan di sini ialah kos penganjuran perayaan itu yang dilaporkan mencecah RM1 juta. Perkara ini disahkan sendiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitnagan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan SEtiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.

Kos penganjuran tersebut adalah bersamaan dengan 1000 hadiah Anak Masuk Universiti yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka membuat janji pada kempen PRU12 lalu.

Kalau sebelum ini, Pakatan Rakyat sentiasa menuduh Kerajaan Barisan Nasional raja kepada pembaziran dan ketirisan (rujuk kepada perbahasan Azmin Ali dalam Sidang DUN Selangor), apa pula komen Azmin Ali tentang KEBOROSAN dan KETIRISAN yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ketika merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat Selangor?

Bukankah lebih elok seandainya RM1 juta tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin, orang kelainan upaya dan pelajar-pelajar IPTA/IPTS di mana Selangor sendiri turut menyokong penghapusan PTPTN?

Contoh kedua pembaziran yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor ialah SELANGOR RACE. Selangor Race menyerupai SEPANG MOTOR GP tetapi pada skala yang lebih kecil.

Perlumbaan itu telah bermula pada 4 Mei 2012 di R&R Ebor/USJ di Subang Jaya dan mensasarkan golongan muda termasuklah golongan mat rempit. Kos penganjuran acara ini juga mencecah RM1 juta dan kos ini ditanggung sepenuhnya di bawah GERAN SELANGORKU.... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

Sumber : The Flying Kick

Read more...

SAMPAH DI SELANGOR BUKANNYA NAJIS... NAK TAKUT BUAT APA!!!

Thursday, 12 April 2012


Pakatan Rakyat Selangor cuba untuk mengendurkan keadaan dengan membawa pelbagai isu lain di Selangor, terutama yang mereka rasakan mampu membuatkan UMNO dan Barisan Nasional beralih perhatian atau bertukar strategi dari menyerang kepada bertahan iaitu taktik biasa yang seringkali digunakan sebelum ini.

Masalah sampah dan kenaikan cukai PBT di Selangor sebenarnya bukannya masalah parti-parti politik. Ia adalah dasar kerajaan, baik Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Ketamakan di dalam pentadbiran terutama apabila membabitkan tender, kontrak dan penganugerahan secara langsung, sebenarnya yang menjadi masalah utama.

Itulah yang berlaku di Selangor.

Kesilapan terbesar Pakatan Rakyat Selangor ialah terlalu tamak dan serakah tanpa menghiraukan kebajikan rakyat, termasuklah rakyat yang telah menyokong serta mengundi mereka pada PRU lalu.

Isu sampah kini semakin memuncak apabila Kerajaan Negeri Selangor kelihatan begitu terdesak untuk mengumpulkan dana pilihanraya. Pembahagian sesama kroni dapat dilihat dengan jelas apabila Menteri Besar Selangor sendiri mengakui, sebahagian besar kontraktor sampah adalah dari kalangan yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemudahan, termasuklah tidak mempunyai lori sampah sendiri.

Tidak ada tempat di Selangor yang tidak bermasalah dengan sampah. Kutipan sampah yang dijalankan, berselang-selang. Penduduk mulai bising kerana sampah yang tidak dikutip berhari-hari, malah di sesetengah tempat, sehingga sebulan lamanya.

Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani masalah sampah yang sebenarnya tidak bermasalah pun sewaktu Alam Flora Sdn. Bhd. memberikan khidmat kepada rakyat Selangor, kelihatan sangat dangkal dan terlalu berkepentingan.

Ronnie Liu muncul dengan idea 50 buah lori pemampat yang dibeli dari China dan dipercayai mempunyai kepentingan di dalam 'projek' berkenaan. Lori pemampat bukannya faktor kepada mengurangkan masalah sampah di Selangor, sebaliknya ia menampakkan satu lagi cubaan anggota Kerajaan Negeri Selangor untuk menambahkan kembong kocek sendiri.

Menariknya Pakatan Rakyat di Selangor begitu bijak buat duit. Mereka menunggu isu dan mereka tidak menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan rakyat. Apabila rakyat bising-bising, contohnya dalam isu sampah, mereka akan muncul dengan idea yang konon-kononnya dapat menyelesaikan masalah itu, tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada mendapatkan laba dan melakukan penyelewengan besar.

Ambil sahaja contoh lori compactor!

Apakah kehadiran lori-lori tersebut dapat menyelesaikan masalah sampah yang semakin meruncing sekarang? Apakah jadual kutipan sampah akan dirombak dan sampah akan dikutip secara lebih kerap sedangkan pada masa yang sama, kos sewa lori compactor tersebut akan menekan kontraktor, sekaligus menyebabkan kontraktor akan memanjangkan lagi tempoh untuk memungut sampah memandangkan peningkatan kos? Apakah lori compactor yang akan disewakan kepada kontraktor sampah di seluruh Selangor akan melakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sendiri, walhal lori compactor telah lama digunakan dari zaman DBKL dan PBT memungut sendiri sampah domestik?

Licik dan penuh dengan alasan, tetapi motif untuk melakukan penyelewengan dapat dilihat secara mudah!!

Akal Pakatan Rakyat!!!

Sumber : The Flying Kick

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP