Powered by Blogger.

PKNS diminta ambil alih hutang

Wednesday, 3 October 2012

S. VIGNESWARAN (dua dari kiri) mewakili pembeli rumah PKNS menyerahkan permohonan kepada wakil PKNS, Ishak Hashim di Shah Alam, semalam.



SHAH ALAM 1 Okt. - Seramai 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta bagi menyelamatkannya daripada dilelong.

Menurut mereka jika PKNS sanggup membeli hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) sebanyak RM392 juta, mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan untuk membantu rakyat miskin.

Kesemua mereka dari Shah Alam, Taman Datuk Harun dan Kelana Jaya mengadakan demonstrasi menuntut perkara itu di hadapan bangunan PKNS hari ini dan menyerahkan surat mengenai perkara itu kepada Pengurus Komunikasi dan Korporat PKNS, Ishak Hashim.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin, S. Vigneswaran yang mewakili penduduk berkata, pembeli rumah PKNS yang bayarannya tertunggak bersedia membayar semula hutang itu kepada PKNS pada kadar RM500 sebulan jika hutang mereka diambil alih oleh perbadanan itu.

"Kami berharap permohonan ini diluluskan berdasarkan layanan sama rata seperti yang diberikan kepada Talam oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di sini.

Pada 2009, kerajaan negeri melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) iaitu anak syarikat milik penuh PKNS supaya membeli hutang Talam sebanyak RM391,986,473.

Vigneswaran berkata, sekiranya perbadanan itu bersetuju, pihaknya mencadangkan agar satu perjanjian pengesahan hutang dilakukan antara PKNS atau SIC dengan pihak bank diikuti perjanjian jual beli antara PKNS atau SIC dengan para pembeli melibatkan pembayaran RM500 sebulan.

"Ini bukannya perjanjian yang membolehkan pembayaran sebanyak RM10 sebulan dibuat sebagaimana dilakukan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) dengan Talam," katanya sinis.

Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat dalam kalangan pembeli rumah tersebut menghadapi kes di mahkamah akibat tidak mampu membayar hutang pembelian rumah mereka.

"Jika PKNS mampu membeli hutang orang kaya seperti Talam, apakah kami rakyat Selangor yang miskin dan berpendapatan rendah tidak berhak dibantu.

"Pada masa ini, terdapat 20 pembeli dalam kalangan kami yang rumah mereka akan dilelong oleh pihak bank. Jadi, kami berharap PKNS dan kerajaan negeri dapat membantu membeli hutang tersebut bagi menyelamatkan rumah-rumah tersebut," katanya.

Sementara itu, wakil pembeli rumah PKNS dari Taman Datuk Harun, Mohamad @ Hussein Abdullah berkata, sekiranya kerajaan negeri bersikap adil dan telus, layanan sama rata seharusnya diberikan kepada semua golongan rakyat terutama mereka yang miskin.

"Kami sanggup membayar balik hutang RM500 sebulan kepada PKNS jika mereka sanggup membeli hutang rumah kami daripada bank. Jika Talam boleh membayar balik kepada SIC sebanyak RM10 sebulan, sepatutnya tiada masalah untuk PKNS mempertimbangkan permohonan kami yang mampu membayar lebih tinggi," katanya.-Utusan Online

Read more...

Isu tanah YBK: Apa macam Khalid Ibrahim...?

tanahybk513

Ingat tak lagi kes yang pernah mengemparkan negara, kisah pertikaian tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas oleh kerajaan PKR Selangor kerana tidak bayar cukai. Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik YBK yang dirampasnya kepada yayasan itu.

Pertikaian antara YBK dan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu tanah seluas tanah seluas 323.7 hektar di Serendah Hulu Selangor itu pernah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan.
Banyak pemerhati politik melihat isu tersebut satu penginayaan kepada YBK dan rakyat Selangor kerana perbezaan idealogi politik.

Ini kerana tidak pernah ada kejadian kerajaan negeri rampas tanah yayasan hanya kerana tidak bayar cukai, dan lebih mendukacitakan, adalah hasrat penduduk Selangor dan khususnya Serendah menikmati limpahan ekonomi berikutan cadangan membina IPTA di situ juga berkubur.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Hakim Hadariah Syed Ismail ketika memutuskan perkara itu berkata, tanah seluas 323.7 hektar itu perlu dikembalikan setelah hak ke atasnya dilucutkan sejak 2010.

Asalnya tanah tersebut hendak digunakan untuk pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah gagal dilaksanakan kerana tidakan kerajaan Selangor itu.
Semuanya berpunca dari ego kerajaan PKR Selangor, isu tanah YBK menjadi perhatian umum apabila YBK menolak cadangan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi YBK dan Exco negeri, Rodziah Ismail memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebelum kelulusan membina kampus UiTM itu diberikan.

Berikutan itu, Kerajaan PKR memutuskan tanah itu dirampas atas alasan YBK gagal membayar cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta setelah tempoh tiga bulan yang diberikan berakhir 29 Januari lalu.

Berbagai usaha dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut namun menemui jalan buntu.

Menurut Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom dalam penjelasannya kepada media ketika isu tersebut hangat diperkatakan antara punca YBK tidak membayar kesemua cukai tanahnya di Serendah itu kerana tanah tersebut masih belum dibangunkan untuk dibayar premiumnya dan isu itu timbul hanya apabila UiTM menawarkan projek pembinaan kampus barunya di tanah milik YBK tersebut.

Untuk rekod Yayasan Melaka pernah membayar RM5.46 juta kepada Kerajaan Selangor bagi membantu YBK membayar tunggakan cukai tersebut, namun Khalid Ibrahim mengarahkan cek tersebut dipulangkan semula.

Berikutan ding-dong itu kampus UiTM yang sepatutnya dibina di Serendah dipindahkan ke Merlimau Melaka selepas ketiadaan kata sepakat antara YBK dan Kerajaan Selangor.
YBK kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan PKR Selangor.-Agenda Daily

Read more...

PAKATAN IS DEAD: PUCHONG BANGKIT LANYAK @KHALID_IBRAHIM & PAKATAN @ANWARIBRAHIM

Tuesday, 2 October 2012


Berapa banyak janji-janji manifesto PRU12 tahun 2008 yang ditaburkan oleh Pakatan pembangkang?

Janji tinggal janji, sebaliknya apa yang dijanjikan bukan sahaja gagal ditunaikan bahkan turut tidak diendahkan seperti kenaikan cukai pintu 20% dari sebelumnya.

Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) melakukan rapat-umum membantah kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Tan Sri Khalid-G!-teammediaselangor

Read more...

Exco tidur Selangor nasihat Pahang, ' Jangan jaga tepi kain orang'?.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Exconya, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dinasihatkan supaya menjaga kepentingan rakyat di negeri itu dan jangan "sibuk" kononnya prihatin dengan rakyat Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, mereka sepatutnya sedar bahawa Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) itu mengorbankan kepentingan rakyat Pahang, selain menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Katanya, projek yang melibatkan melibatkan pembinaan Empangan Klau, Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang menyebabkan beribu hektar Hutan Simpan Kekal Lakum terpaksa ‘ditenggelamkan’.

“Akibatnya, spesies habitat hidupan liar di sana pupus. Turut ditenggelamkan ialah beberapa tanah rancangan di Felda Mempaga dan Felda Lembah Kelau.

“Turut terkorban, perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir yang juga terpaksa ditenggelamkan bagi pembinaan Empangan Klau tersebut,” katanya sebagai mengulas isu projek PPAMPS yang disiarkan Sinar Harian edisi Pahang bertajuk ‘ Jangan Politikkan Isu Air’ dan ‘Kerajaan Negeri Serius Kaji Perjanjian’, bertarikh 28 September lalu.


Sebelum ini Adnan dilaporkan berkata, Kerajaan Pahang serius mengkaji perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor dan tidak teragak-agak membatalkan perjanjian itu sekiranya Kerajaan Selangor masih berdegil tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Xavier mendakwa, beribu-ribu peneroka Felda akan hilang punca pendapatan, hasil ladang kelapa sawit mereka dalam proses pengambilan dan lebih 13,000 masyarakat Orang Asli hilang tempat tinggal dan sumber pencarian dari hutan kekal tersebut.

“Pembinaan empangan ini adalah pemusnahan alam sekitar yang dahsyat dan dikritik hebat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pencinta alam tempatan mahupun dari luar negara,” katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan, Selangor tidak menghadapi masalah air kritikal, sebaliknya Kerajaan Negeri berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya berada dalam keadaan ‘kritikal’ menyiapkan tiga ‘projek mega’ mereka, melibatkan Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang serta Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM12 bilion.

“Kita akan menulis surat dan menghantar delegasi dalam masa terdekat ke Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagi menyampaikan notis bantahan kepada Kerajaan Jepun di atas penglibatan mereka dalam memberikan dana pinjaman sebanyak RM3 Bilion melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) bagi projek PPAMPS.

“Kita ingin jelaskan bahawa Jepun telah diberikan maklumat salah tentang keperluan projek tersebut. Projek tersebut sebenarnya bertujuan memberikan kerja kontrak dan keuntungan kepada syarikat kroni, bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor,” katanya.

Sumber - Oyabun

Read more...

Kena Lagi Si Khalid Gagap Ni Dengan Rakyat !



Firma Guaman Kamaruddin & Partners, hari ini telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Peguam , Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.

“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor.

Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini.

Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.

Tambahnya, SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.

“Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008, pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.

Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.

Sehubungan dengan itu, saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata, "Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini."

Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka.

Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Read more...

Isu Air Percuma : Kerajaan Selangor Gagal Laksanakan Tanggungjawab

Monday, 1 October 2012


alt
 
PUCHONG 30 Sept - Kerajaan Selangor masih gagal melaksanakan Skim Air Percuma (SAP) kerajaan negeri yang dijanjikan melalui manifesto Pakatan Rakyat yang diperkenalkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), empat tahun lalu.
 
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan Selangor seharusnya mengambil serius mengenai hal ini kerana penghuni rumah pangsa menjadi mangsa dalam manifesto yang ditaburkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
"Walaupun setiap minggu penduduk menyuarakan tuntutan melalui demostrasi secara aman, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan exconya hanya memekakkan telinga dan membutakan mata.
 
alt
 
"Mereka langsung tidak simpati dengan tuntutan yang dibuat oleh rakyat khususnya mereka yang menghuni di rumah flat dan apartmen, sebaliknya tanpa rasa bersalah mengatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Apartment Rista Villa, Putra Perdana di sini hari ini.
 
Menurut Sohaimi, tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan bahawa kepimpinan PKR yang kononya melaungkan negeri berkebajikan serta mengamalkan ketelusan dan ketulusan hanyalah 'gula-gula' untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
 
"Sikap membisu beliau (Khalid) turut menunjukkan kerajaan negeri tidak bertanggungjawab dan mengesahkan dakwaan bahawa mereka lebih gemar berpolitik daripada menyelami masalah rakyat," katanya.
 
alt
 
Sehubungan itu, Sohaimi berkata, penduduk di Apartmen Putra Perdana akan memfailkan tuntutan saman terhadap kerajaan negeri berhubung kegagalan melaksanakan skim air percuma kepada mereka.
 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, pakatan pembangkang berjanji dalam manifesto mereka untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada semua rakyat di Selangor terutamanya golongan sasar dan kurang berkemampuan.- Klpos.com

Read more...

Bas Beli Khalid Tipu Sewa!! Manifesto Bukan Janji!! Munafiknya Pakatan Haram Di Selangor

Khalid telah membuktikan dirinya seorang pembohong secara terang-terangan. Setelah mengeluarkan kenyataan bahawa manifesto PRU12 bukan janji untuk pakatan haram tepati yang mencerminkan sifat munafik mereka, sekali lagi bukti nyata diperolehi tentang isu hak milik atau sewa bas kebanggaan Anwar hasil dari penganiayaan terhadap rakyat Selangor.
Berdasarkan maklumat dalaman PKR bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR)  tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.
Bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
  • No Pendaftaran : BLU 8779
  • No Enjin : M61HA800001
  • Pembuat : Dong Feng
  • Tarikh Daftar : 03 September 2012
  • Kegunaan : Persendirian
  • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim
 Walaupun sebulan sebelum itu Khalid menipu dengan angkuhnya  mengatakan bahawa bas tersebut disewa.


”  Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.
Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.
Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR  ”



Manakala yang terbaru pula Khalid menafikan pembelian bas tersebut mempunyai kaitan dengan pembelian lori sampah yang telah dihentikan pengeluarannya dari China.


‘Utusan melaporkan
SHAH ALAM 26 Sept. – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai kaitan dengan pembelian 50 unit lori sampah dari China.
Menurutnya, pembelian itu dilakukan secara konsep sewa beli selama enam bulan dan segala urusan dilakukan dengan telus serta tidak membabitkan peruntukan kerajaan negeri.
”Tujuannya adalah untuk digunakan oleh parti sebagai alat berkempen yang berkesan. Ia memberikan imej kepada usaha menggalakkan pendemokrasian.
”Saya bersikap terbuka dan mempunyai perjanjian tentang semua perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan blog yang mempersoalkan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh Kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.”

Kita telah tahu kehebatan Khalid menipu tanpa ada rasa bersalah langsung.


“Menurut RBF kemungkinan persoalan  yang timbul :-
Mungkinkah bas tersebut dibeli dan kosnya diserapkan ke dalam harga lori sampah yang dibeli Kerajaan Selangor ?

Mungkinkah bas tersebut dibeli dengan harga yang murah kerana Kerajaan Selangor telah membeli 50 lori sampah dari pengeluar yang sama ? 

Mungkinkah bas itu didapati secara percuma kerana Kerajaan Selangor sedia membeli lori sampah yang ketinggalan zaman kerana penjual ingin menghabiskan stok ?”
Kita harus ingat bahawa lori sampah tersebut telah diberhentikan pengeluarannya!!
Dengan ini kami rakyat Selangor memohon SPRM jalankan siasatan segera ke atas pakatan haram ini yang tak habis-habis menyusahkan dan menganiaya rakyat Selangor. Mari kita berjihad kuburkan pakatan haram di PRU13 yang akan datang.- Selangor Daily

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP