Powered by Blogger.

129 Projek Perkilangan Di Selangor Gagal Gara Gara Rumah Urut

Saturday, 14 April 2012


Sebanyak 129 projek perkilangan yang menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Selangor tidak dapat dilaksanakan berikutan bekalan air bersih yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasi pihak industri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada kilang berkenaan ekoran kekurangan air bersih di negeri ini.

"Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, Syabas tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.

Noh berkata kekurangan air bersih itu disebabkan keengganan kerajaan negeri memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, katanya Syabas turut menghadapi masalah menyalurkan air bersih untuk beberapa projek perumahan di Selangor.

Menurut Noh, kerajaan membelanjakan RM600 juta untuk menambah baik beberapa loji di Selangor bagi menyalurkan air bersih.

Sumber : Medan Info Kita

Read more...

KEZALIMAN PAKATAN SELANGOR - MASALAH SAMPAH PUNCA BANJIR DI KLANG!!


Penduduk sekitar kawasan Klang, kini fobia apabila tiba musim hujan kerana kediaman mereka akan ditenggelami air disebabkan jumlah sampah yang banyak dan tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran, Datuk Dr Ching Eu Boon berkata, jumlah kerugian dialami oleh 2,448 penduduk bernilai RM15.4 juta.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu membantu meringankan beban penduduk yang terjejas teruk akibat musibah banjir dengan memberi pampasan setimpal.

“Jika kita lihat, dari kawasan Kampung Raja Uda dan kawasan sekitarnya, air mengalir mengikut kunci air secara automatik mengikut air pasang surut.

“Banjir ini berlaku kerana masalah perparitan yang tidak baik akibat sampah tidak dibersihkan dengan sempurna,” katanya kepada media ketika ditemui, kelmarin.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK, di sini bersama lebih 50 penduduk yang terjejas.

Menurutnya, masalah banjir itu berlaku bukan kerana bencana alam sebaliknya kelalaian pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan.


Sementara itu, Penduduk Taman Tengku Bendahara Azman, Shamsuri Mehat, 35 berkata, sebelum ini masalah banjir tidak pernah berlaku, ia terjadi sejak kebelakangan ini, dipercayai akibat jumlah sampah yang banyak.

Katanya, jumlah sampah itu menutup saliran longkang di kawasan tersebut dan menghalang air dari mengalir dengan baik ketika musim hujan.

“Sekarang kami semua fobia jika hujan, rumah kami akan dinaiki air sehingga menjadi seperi kolam renang.

“Keluarga saya duduk di kawasan ini lebih 40 tahun, namun perkara ini tidak pernah berlaku, berbeza dengan keadaan sekarang,” katanya.


Penduduk Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, K Krisnan, 40 pula berkata, masalah banjir tidak pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan tersebut lebih 23 tahun.

Menurutnya, kerugian dialaminya sekitar RM15,000 melibatkan kerosakan dua buah kenderaan dan peralatan elektrik.

“Kejadian banjir ini berpunca dari longkang tersumbat dengan jumlah sampah yang banyak dan sehingga kini ia masih belum dibersihkan,” katanya.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

Khalid Gereja Beri Amaran Kepada Pengerusi Surau & Nazir Masjid Di Selangor - Akan Dipecat Jika Tidak Batalkan Program Keagamaan Jika Ada Ceramah Paka


Dalam ceramah Jom Bersih 3.0 di Setapak Jaya, MP PAS Shah Alam Khalid Samad a.k.a Khalid Gereja menuduh program yang berlangsung serentak dengan majlis ceramah parti pembangkang tersebut sebagai mengganggu masyarakat.

Bukan itu sahaja, Khalid memberitahu orang-orang Setapak Jaya bahawa kalau di Selangor, Pengerusi Surau berkenaan gerenti dipecat.

Apakah itu amaran kepada Pengerusi Surau dan Nazir Masjid di Selangor bahawa surau-surau dan masjid mesti membatalkan program-program keagamaan, jika ada ceramah politik Pakatan Rakyat di kariah mereka?





Sumber : Akar Umbi

Read more...

70 samseng Ronnie Liu dihantar robohkan tokong


Pada awal bulan Mac, 2012, laman web media baru kerajaan negeri Media SelangorKu sini membuat satu spin atau putarbelit untuk memberi gambaran nelayan Kampung Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor menolak pampasan yang diberi untuk pembinaan jati dan rumah nelayan di atas tanah LKIM.

Rupanya ia hanya satu usaha Ronnie Liu, exco negeri untuk mengaburi mata awam keapda keadaan sebenar. Semalam lebih kurang pukul 4 petang, 70 orang samseng telah dihantar oleh pemaju kroni Ronnie yang dilantik kerajaan negeri Selangor untuk merobohkan kuil tokong kepunyaan masyarakat Cina setempat. Kekecohan berlaku hingga pasukan FRU terpaksa diturunkan untuk membantu mengawal keadaan.

Ketika projek ini hendak diusahakan oleh Kementerian Pertanian pada akhir 2009, pihak kerajaan telah berbincang dengan pengurusan tokong dan penduduk yang akan dipindahkan. Minit Mesyuarat juga ada memnunjukkan persetujuan penduduk di situ kepada projek LKIM ini.

Sebaik saja projek ini mahu dimulakan, Ronnie Liu cuba menggagalkan dengan mengarah pihak PBT tempatan mengeluarkan srat arahan “stop work”.

Arahan menghentikan projek di letak di perkarangan tokong Sei Ling dimana tiada projek di hadapan tokong dan tanah milik LKIM yang mahu dibangunkan untuk rumah nelayan adalah disebelah tanah tokong untuk menggantikan rumah nelayan yang duduk di tanah yang akan dibangunkan jeti.

Selain mendapat rumah nelayan yang dibina oleh LKIM untuk menggantikan rumah mereka yang ada, nelayan juga diberi wang pampasan yang cuba diputarbelit media kerajaan negeri dan penyokong DAP sebagai tidak menjanjikan tempat untuk berteduh.

Ronnie Liu datang bertemu penduduk dengan cuba memutarbelit fakta dan konon nak jadi pembela mereka, sebelum Dato Noh Omar datang sendiri bertentang dengannya untuk membetulkan pembohongannya. Ronnie Liu tidak berupaya menjawab. Apabila diugut dengan saman, baru Ronnie Liu sedia berundur dan hentikan kekecuhannya.

Baca sepenuhnya di Sel13.com sini

Sumber : The Unspinner

Read more...

Apa sudah jadi dengan pakej ransangan ekonomi Selangor dan kenapa Bandar Klang banjir baru-baru ini!

Friday, 13 April 2012


Pada tahun 2009 kerajaan negeri telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Selangor sebanyak RM 50 Billion. Nampaknya hanya janji dan omong-omong kosong sahaja kerana sehingga hari ini pelaksanaannya belum nampak lagi walaupun sudah masuk empat tahun memerintah.

Konsep pakej ransangan ekonomi ialah satu peruntukan segera dengan jangka pelaksanaan dua tiga tahun untuk membantu kepesatan pertumbuhan ekonomi negeri jangka pendek bukan memakan masa panjang 10 – 15 tahun?

Semasa melancarkan Karnival Sungai Klang pada 23 Mac 2009, Menteri Besar telah mengumumkan Projek Pemulihan Sungai Klang yang menelan belanja sebanyak RM 50 Bilion yang akan disiapkan dalam tempoh 15 tahun. Kalau apa yang dilaporkan oleh Akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 adalah benar, matlamat pakej ekonomi RM 50 Billion tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya.

Seperti yang dilaporkan, RM 2 Billion telah diperuntukkan iaitu untuk membersihkan Sungai Klang sebanyak RM 1 Billion dan untuk pembangunan sebanyak RM 1 Billion dalam tempoh pelaksanaan selama 2-3 tahun. Tiga syarikat telah dipilih daripada 37 syarikat yang telah membuat tawaran dan sebuah syarikat DPZ Asia dipilih, ‘was approved’ dengan izin, oleh Menteri Besar.

Dalam konteks Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebanyak RM 50 billion ini, Menteri Besar sepatutnya memberi jawapan dan penjelasan kepada ( 7 ) soalan berikut kerana rakyat negeri Selangor perlu tahu?

(1) Daripada sumber mana RM 50 Billion didapati.

(2) Bagaimana RM 50B dibelanjakan dan sila beri butir-butir terperinci termasuk jadual pelaksanaan projek.

(3) Selain daripada projek-projek besar infrastruktur, berapa banyakkah diperuntukkan untuk projek-projek kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di negeri Selangor.

(4) Sejauh manakah pakej ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

(5) Jika apa yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 betul mengenai empat ( 4 ) syarikat yang akan menjalankan projek pemuliharaan Sungai Klang, mengapa syarikat DPZ Asia dipilih sendiri oleh Menteri Besar dan tidak melalui proses tender terbuka.

(6) Salah satu daripada tiga syarikat yang Berjaya ialah Wessex Water I-Bhd Consortium. Adakah I-Berhad syarikat yang sama dengan pembangunan I-City Shah Alam.

(7) Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Presiden, Transparency International Malaysia (TI-M)supaya kerajaan negeri menandatangani ‘Integrity Pacts’ dengan izin, atau ‘perjanjian integriti’ dengan empat syarikat yang telah dipilih untuk mengendalikan projek pemuliharaan Sungai Klang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan untuk meminimumkan kos – mempastikan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban.


Untuk Sungai Klang, MB Khalid mencadangkan Projek Pembersihan Sungai Klang dilakukan dan pada 18 Mei 2009 dan lawatan ke Singapura telah dibuat untuk meneliti perkara ini dan hasilnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Apa yang menjadi pertikaian sekarang adalah tanah-tanah rizab Melayu di sepanjang 6km Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat Singapura terbabit sebagai pertukaran kepada pembiayaan pembersihan Sungai Klang? Pertukaran ini menimbulkan kontroversi kerana diakhirnya siapa yang mengaut keuntungan dalam pembangunan persisiran Sungai Klang ini?

Setelah dibangunkan nanti adakah orang Melayu mampu membeli semula aset-aset yang dibangunkan? Sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal dan akhir sekali tanah-tanah rezab melayu tergadai tanpa pembelaan. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, bakal berlaku juga di Selangor nanti.

Pembabitan syarikat Singapura ini dikatakan mempunyai kaitan dengan perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim. Bermakna jika dilihat pada nama-nama yang telah disebutkan ini, MB Khalid Ibrahim sebenarnya sudah dikawal oleh mereka-mereka ini dalam membuat keputusan di Selangor.

Adakah ini gambaran pemimpin yang mementingkan rakyat dan mementingkan kebajikan? Penyisihan dan layanan buruk ini adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan dan tidak patut di kala pemimpin itu sendiri dikatakan bernaung di bawah parti yang berlandaskan keadilan dan integriti.

Sebab itu sebenarnya rakyat Selangor kini "sedang menangis" kerana melihatkan sikap kerajaan Selangor yang hanya mementingkan diri-sendiri dan kroni-kroni sahaja. Persoalannya, adakah kerajaan Selangor peduli akan nasib rakyat? Di lihat MB Khalid terus mempercayai kroni beliau sendiri samada yang baru dan lama dikenali..!






Pelik tapi benar! MB Khalid sanggup memperuntukkan sejumlah wang yang besar iaitu RM 2 billion setahun ( RM50 billion untuk 15 tahun ) untuk Projek Pembersihan dan Mencantikkan Sungai Klang sejak tahun 2009! Tetapi lihatlah apa yang sudah berlaku di Bandar Klang baru-baru ini?

Takkan kamu nak tepuk dahi saja Khalid...!!!


Sumber : Belantan

Read more...

90 Peratus Suri Rumah Di Selangor Tak Dapat Elaun Seperti Yang Di Janjikan


Hasil survey sebuah ipt di selangor mengenai janji-janji dalam manifesto pilihanraya pakatan haram selangor, mendapati hampir 90 peratus dari suri rumah pelbagai bangsa di selangor tidak mendapat elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak sepenuh masa.

Jadi bagai mana khalid gagap boleh kata kesemua janji-janji yang mereka buat sewaktu pilihanraya dulu sudah di tunaikan???

Itu maknanya khalid gagap berbohong pada rakyat.

Malah dari hasil survey ipt itu yang di buat selama tiga bulan juga mendapati boleh dikatakan kesemua janji-janji yang dibuat oleh pakatan tidak di tepati, ini termasuk elaun rm 75 sebulan untuk anak yang dihantar ke nurseri, rm 50 untuk pendidikan pra-sekolah dan hadiah rm 1000 untuk pelajar yang layak masuk universiti.

Dan penurunan cukai pintu bagi rumah kediaman sebanyak 20 peratus dan komersil sebanyak 10 peratus juga sampai sekarang masih lagi tidak di laksanakan.

Sumber : Darul Ehsan Today

Read more...

SELANGOR BANGKIT :KISAH PEMIMPIN JAM 3 PAGI !


mungkin pemberitaan ala terjah di atas boleh menjadi isu lawak politik terbaik di selangor.

isunya mengenai kes kecurian pasir yang luar biasa berlaku di selangor.

dek kerana tidak tertahan menahan asakan daripada BN dan rakyat selangor , exco kerajaan negeri telah menyediakan skrip lawak tatacara beliau menangkap lori hantu aka lori pasir.

arakiannya pada 20 julai 2010 yakop sapari dengan berkain pelikat baru selesai program qiamulail. jam 3 pagi perjalanannya dari sepang ke puchong telah menemui kelibat satu lori yang mencurigakan.

lantas tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, exco selangor ini terus mengejar lori pasir itu secara bersendirian.

tiba di tol puchong, exco selangor telah mengepung lori pasir tersebut menggunakan keretanya secara solo.

tatkala diperiksa pemandu lori tersebut telah lari meninggalkan kenderaan. siapa punya skrip drama lah yang si yakop sapari ni curi sampai gaya penceritaan ini yang asalnya nak nampak serius last-last bertukar jadi bahan berita lawak.

apa yang kita boleh pelajari dari kes ini ?

kalau nak tahan penjenayah, anda kena pakai kain pelikat.
kalau nak tahan penjenayah, sila lakukan tepat jam 3 pagi.

JPJ dan polis trafik wajib gunapakai kaedah yakop sapari tatacara bagaimana nak tahan suspek.

yakop sapari tahan suspek curi pasir tepat jam 3 pagi.

manakala badrul amin juga curi bini orang pun tepat jam 3 pagi..suka benor pemimpin pkr ni buat hal jam 3 pagi ye :)

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP