Powered by Blogger.

Showing posts with label Gerakan Anti PKR. Show all posts
Showing posts with label Gerakan Anti PKR. Show all posts

BELUM SELESAI ISU KRISIS AIR, PENDUDUK LEMBAH KLANG BAKAL DAPAT BALA BARU.

Thursday, 6 December 2012



gaya politik pakatan adalah menjahanamkan.
mereka tidak faham akan isu.
mereka tidak faham cara menangani isu.

apa yang mereka faham, segala isu PERLU dipolitikkan.
mereka gagal memahami antara keperluan rakyat dan keperluan berpolitik.

belum selesai isu langat 2, kini timbul isu baru.
krisis tenaga di lembah klang.

perlukan sebuah kerajaan negeri pergi sebegitu bodoh dalam menangani isu dan keperluan rakyat ?

PRU 13, TUKAR JE !
MENYUSAHKAN SUNGGUH BEBAL MAKROP !

Sumber

Read more...

WALAUPUN SELANGOR SEMAKIN TERUK BERLUBANG NAMUN..

Wednesday, 5 December 2012





Read more...

KALID FLINSTONE PENING KEPALA.

Saturday, 25 August 2012


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.

Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.

Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.

Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.

Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.

Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.

Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.

Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.

Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.

Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.

Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.

Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Sumber - GAP

Read more...

KIT SIANG MAKAHAI :UNISEL MENUNGGU MASA UNTUK HANCUR !

Friday, 10 August 2012


hancur hancur.
makin hancur pendidikan di selangor dek kerana kegagalan pakatan mengurus.
ada hati nak pi putrajaya ?
makahai lu la kit siang...ehh sori pakatan !

Sumber : GAP

Read more...

KHALID MEMUDAHKAN KERJA KAMI.

Friday, 3 August 2012


Polemik isu air di Selangor kelihatan reda sedikit selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengemukakan data dan fakta penting bagi menjawab satu demi satu auta yang di gembar gemburkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Apabila data dan fakta dibentangkan di depan mata, semakin jelaslah rupanya selama ini Khalid langsung tidak pernah ambil tahu kedudukan sebenar bekalan air bersih di Lembah Klang yang turut membabitkan Selangor.

Mungkin disebabkan itulah, bila pasukan pemantauan Kerajaan Selangor membentangkan laporan yang meragukan berkaitan kapasiti maksimum loji-loji rawatan air bersih, terus sahaja Khalid menerima bulat-bulat tanpa memeriksanya secara terperinci.

Dalam laporan jawatankuasa pemantau tersebut, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikatakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab menyalurkan air bersih yang mencukupi sedangkan semua 34 buah loji rawatan air di seluruh Selangor berupaya mengagihkan sehingga 4,807 juta liter air sehari (JLH).

Serentak dengan itu, Khalid memanfaatkan laporan tersebut untuk menjustifikasikan dan menghalalkan tindakannya untuk cuba campurtangan dalam pengurusan SYABAS.

Hakikatnya, angka 4,807 JLH yang disebut oleh pasukan pemantau yang dilantik oleh Khalid itu, adalah merupakan kapasiti air terawat yang dikira bersekali dengan bebanan lebihan yang terpaksa ditampung oleh 5 loji rawatan air (Loji Sungai Selangor, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Batu dan Bukit Tampoi).

Sedangkan kapasiti maksimum sebenar yang mampu diagihkan oleh keseluruhan loji rawatan air ialah cuma 4,371 JLH sahaja.

Dalam menguruskan bekalan air terawat, walaupun keseluruhan rekabentuk loji mampu menampung jumlah kapasiti yang tinggi sedikit, lazimnya had maksimum pengagihan air ditetapkan pada aras tertentu supaya dapat diketahui dengan tepat jumlah air bersih yang diagihkan dan digunakan setiap hari oleh pengguna.

Untuk memudahkan pemahaman, seandainya sebuah kenderaan memiliki tangki petrol yang mampu menampung 20 liter petrol, lazimnya kita tidak akan guna pakai kaedah memanfaatkan sepenuhnya 20 liter tersebut sehingga habis kemudian barulah mengisinya semula.

Sekali sekali semasa kecemasan di perjalanan bolehlah manfaatkan reserve petrol yang berbaki sambil mengharapkan stesyen minyak berada tidak terlampau jauh di hadapan.

Jika tidak, alamatnya terpaksa menghayun kaki sambil membawa tong minyak kecil mencari stesyen petrol berdekatan untuk diisi semula ke dalam tangki kenderaan yang tersadai di tepi jalan.

Demikianlah dengan loji rawatan air bersih, kita tidak perlu tunggu keseluruhan kapasiti digunapakai sepenuhnya untuk pengagihan bekalan air bersih kepada pengguna.

Sekiranya amalan guna habis dijadikan amalan, kita sukar untuk mengetahui sama ada bekalan air bersih sedia ada benar-benar mencukupi untuk semua pihak.

Di sinilah nampak kebodohan dan tidak caknanya Khalid serta kerajaan negeri pimpinannya, gagal memahami isu tapi memandai-mandai semacam tikus diberikan sebiji labu.

Sudah elok perancangan jangka masa pendek dan panjang disediakan oleh pemimpin BN, datang saja pemimpin PKR dan rakan sepakatannya, habis dikacaunya sehingga menyebabkan kehidupan rakyat bakal terjejas sekiranya masih tiada usaha disegerakan untuk melaksanakan Langat 2.

Punyalah terdesak untuk membuktikan keputusan kerajaan negeri pimpinannya bertindak betul menangguhkan kelulusan tanah untuk projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sampai tergamak pula Khalid menyembunyikan kenyataan sebenar.

Eloklah kiranya Khalid didaftarkan sekali bersama kelab MB yang serba tidak tahu biar sama setaraf dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun tapi masih tidak tahu kaedah sebenar untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Sumber : GAP

Read more...

BODOH PIANG TAHAP NEGATIF : AIR TERAWAT DAN AIR MENTAH PUN PAKATAN TAK PAHAM !

Wednesday, 25 July 2012



Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

KALID GAGAP ORANG PERTAMA MINUM AIR LOMBONG !

Tuesday, 5 June 2012

beb BN selangor cakap pakai fakta.
pakatan selangor cakap pakai teoritikal yang tak masuk akal.

aku yakin kalid gagap,exco kerajaan negeri dan barisan adunnya TERPAKSA minum air lombong untuk membuktikan fakta BN selangor ni salah.

KLIK SINI.

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

PERCAYALAH, SAAT TUMBANG PAKATAN SELANGOR SUDAH TIBA !

Friday, 25 May 2012



Sumber : GAP

Read more...

KALID GAGAP BONEKA DAP.

Saturday, 19 May 2012


Cafe Rocket Bukti Penyalahgunaan Kuasa Kerajaan Selangor

Selama ini DAP dan pakatan pembangkang PR sering mendabik dada dan kerap bercakap besar seolah-olah merekalah juaranya dalam isu kredibiliti (kebolehpercayaan) dan integriti (kejujuran dan ketulusan). Dan, tidak sedikit penyokong DAP dan PR khususnya dari kalangan keturunan Cina yang menelan bulat-bulat retorik tersebut.

Malah ada juga segelintir orang India dan orang Melayu yang menyokong pembangkang turut sama menaruh kepercayaan serta terpengaruh dengan propaganda bombastik itu seolah-olah bagi mereka PR adalah paling telus, jujur, teguh amanah dan penuh kredibiliti.

Hakikatnya, realiti dengan fantasi jauh berbeza apatah lagi bila tiap bait kata dan janji mulus itu dilaungkan oleh golongan politikus yang resam kerja hariannya memburu kuasa dan harta berselindung disebalik retorik dan propaganda.

Pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berkaitan cabang perniagaan DAP, Cafe Rocket yang beroperasi tanpa kelulusan majlis bandaran hanyalah satu daripada pelbagai isu yang sudah sekian lama sengaja dipendam begitu saja oleh kerajaan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

Satu pendedahan yang menarik kerana ianya menambah lagi koleksi kepincangan urus tadbir negeri oleh kerajaan Selangor yang turut dianggotai DAP sebagai rakan sepakatan dalam memerintah negeri Selangor.

Sebelum ini dalam kes Teon Beng Hock, isu rasuah dan penyalahgunaan tender kontraktor Bumiputera oleh penyokong Cina DAP pernah didedahkan dalam inkues terbuka beberapa tahun lepas namun telah dipolitikkan pemimpin negeri kononnya ia permainan politik oleh BN.

Menurut Tunku Aziz, Cafe Rocket tersebut yang terletak di Petaling Jaya dimiliki oleh ahli kanan DAP hingga kini bebas beroperasi tanpa permit sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak hampir tiga tahun lalu.

Menurut Tunku Aziz lagi, apabila isu tersebut dibangkitkan oleh ahli-ahli DAP yang lain tiada tindakan konkrit diambil untuk menjawabnya melainkan seperti sengaja di sapu ke bawah karpet.

Mengikut rekod, perlancaran rasmi Cafe Rocket telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua menteri Pulau Pinang pada 4 Oktober 2009.

Timbul pertanyaan besar di sini, apakah punca utama yang mengecualikan Cafe Rocket daripada tertakluk pada undang-undang hingga dibenarkan beroperasi secara haram tanpa tindakan dari majlis bandaran?

Apakah disebabkan DAP sebagai komponen pendukung utama kerajaan negeri Selangor maka ia mendapatkan keistimewaan untuk melanggar aturan undang-undang tatkala banyak penjaja di tepi jalan terpaksa berdepan dengan langkah penguatkuasaan oleh MBPJ?

Mengapakah sehingga kini Menteri Besar Selangor, khalid Ibrahim terus berdiam diri sedangkan isu ini bukan sahaja berkait rapat dengan soal ketelusan dan kejujuran malah turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya tiada mana-mana pihak pun terkecuali.

Adakah kerana pemimpin utama DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkuasa penuh sebagai EXCO ataupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan maka kerana itu Cafe Rocket diberi kelebihan untuk beroperasi secara haram?

Adalah agak jelik dan memalukan bila selama ini DAP gah berkokok mendabik dada sebagai juara demokrasi yang memperjuangkan kredibiliti dan integriti namun bila saat memiliki secebis kuasa pemerintahan sampai masanya tidak berupaya merealisasikannya.

Selama hampir tiga tahun cafe Rocket beroperasi tanpa permit seperti mana kata Tunku Aziz bermakna selama tiga tahun ini kerajaan Selangor membenarkan berlakunya perlanggaran undang-undang dan penyalahgunaan kuasa.

Baru diberi nikmat menguasai kerajaan di peringkat negeri pun dah terpampang ketidaktelusannya mentadbir, bagaimana mungkin untuk mengurus tadbir sebuah negara yang tentunya menuntut lebih ketegasan dan integriti yang tinggi.

Jika beginilah realiti dan hakikatnya, tiada guna untuk DAP mahupun kerajaan PR Selangor untuk terus mendabik dada sebagai pejuang demokrasi yang berintegriti apatah lagi untuk terus beretorik mendakwa diri sebagai anti rasuah dan anti penyalahgunaan kuasa.

Sumber : GAP

Read more...

KRISIS AIR SELANGOR : TEROWONG PAIP DAH SIAP TAPI ?

Tuesday, 15 May 2012

projek bekalan air bersih dari pahang ke selangor.
segala mala infra dah siap.terowong dah siap.

dalam kepesatan dan penambahan kepadatan penduduk di lembah klang , kerajaan telah melaksanakan langkah pro aktif apabila membina dan meluluskan projek pembekalan air bersih dari pahang ke selangor.

macam ayat aku kat atas, segalanya dah siap.
tapi macam biasa pakatan selangor terus menerus melambatkan pembinaan projek tadahan air di langat.

ada perkara kita boleh politikkan.

tapi bab air yang merangkumi kehidupan seharian sewajarnyalah ianya dipercepatkan.

bijak berpolitik bukan terletak pada kedegilan , tapi keterbukaan menerima sesuatu walaupun ianya datang dari oposisi yang berbeza.

jelas isu bekalan air bersih dari pahang ke selangor memberikan manafaat kepada seluruh rakyat di lembah klang.

hakikatnya pada masa ini, penambahan kawasan perumahan memerlukan kerajaan selangor berfikir dengan cekap dalam mengenalpasti permaslahan. apa masalahnya ? masalahnya adalah permintaan bekalan air di masa depan dijangka meningkat.

namun hingga ke hari ini, kerajaan selangor mahu meneruskan sikap dungu politik yang melampau dalam menyelesaikan isu tertangguh.

kerana kedegilan 3-4 eco kerajaan selangor, hampir 5 juta rakyat lembah klang bakal menerima padah.

dijangka pada tahun 2014, lembah klang akan mengalami krisis bekalan air yang serius.

kerajaan persekutuan dah bina terowong bekalan air sampai ke sempadan selangor. tapi kerajaan negeri masih enggan membina pusat tadahan air di langat.

rakyat selangor dan lembah klang wajib bangkit dan melakukan bantahan. kehidupan penduduk lembah klang dalam keadaan terancam selagi kerajaan selangor tetap meneruskan sikap degil.

ultimatum rakyat kepada kerajaan selangor wajar dilakukan.

jika masih enggan membina , elok ditukarkan sahaja kerajaan negeri ni pada pru ke 13 ! LAGI CERITA KLIK SINI.
Pintu masuk ke terowong yang menyalurkan air dari pahang ke selangor.

Keluasan dalaman terowong penyaluran air, bila mula beroperasi nanti, tube kuning, lampu dan segala wiring dalam terowong itu akan di tanggalkan, dikatakan air bersih akan memenuhi terowong itu...

Sumber : GAP

Read more...

SEMANGAT UMNO SELANGOR CUKUP LUAR BIASA.

Sunday, 13 May 2012


perubahan mendadak dan keagresifan umno selangor dalam usaha menawan semula selangor makin menyukakan hati aku.

program bersama rakyat yang dijalankan adakalanya membuatkan blogers sampai tak menang tangan nak cover.

kepelbagaian usaha yang dijalankan yang nampak menerobos ke pelbagai peringkat rakyat jelas menampakkan impak.

serangan umno selangor juga makin padu. ini yang aku suka.

PAKAR, yang ditubuhkan oleh umno selangor antara produk-produk berkualiti umno selangor dalam mendekati permaslahan rakyat.

sikap rajin najib,muhyidin dan pimpinan umno selangor yang kerap turun padang jelas menyesakkan nafas pakatan.

program ceramah yang melanyak pakatan yang dilakukan siang malam ada menampakkan keberkesanannya.

kadang-kadang aku terasa flash back, dulu ceramah pembangkang bukan kemain penuh tapi sekarang keadaan sudah jadi terbalik.

kesatuan hati keseluruhan pimpinan umno antara punca mudahnya program dilakukan.

MUBARAK selangor jelas memberikan peranan yang baik kepada barisan pimpinan.


semalam aku lalu kat damansara utama, tempat up town lama. sudah ada kedai KR1M kat kawasan tony pua.

eloknya KR1M ini diperbanyakkan lagi di kawasan flat perumahan di tengah bandar. impaknya akan lebih meluas dan terkesan di hati pengundi peringkat pertengahan dalam mengurangkan sedikit beban perbelanjaan.

dari umno selangor ke kedai KR1M.

aku memohon jasa baik pimpinan umno pusat dan negeri dalam cuba crack lagi beberapa masalah rakyat di peringkat pertengahan.

harus diakui bukan semua pengundi begitu analatikal dalam isu azmin ataupun kalid gagap.

ada kelompok pengundi lebih peka pada permaslahan kos rakyat.

semalam UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM sudah masuk 3 kali melakukan demonstrasi memohon agar kadar tol baik di batu 3 dan sungai rasah dikurangkan.

ini move baik daripada umno yang peka pada situasi.

pengurangan kadar tol di lebuhraya persekutuan, perbanyakkan lagi kedai KR1M di kawasan penempatan padat antara perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak tertentu dalam memenangi majoriti hati pengundi di selangor.

selain permaslahan pengurangan kos kehidupan, kaedah menyelesaikan permaslahan rakyat selangor yang dilakukan oleh PAKAR merupakan ide menarik dan praktikal.

cuba cari lagi ide praktikal yang sebegini.

dengan perubahan besar dan impak yang dilakukan oleh umno selangor begini, aku yakin ianya bakal disenangi oleh majoriti rakyat lalu sedia menukar kerajaan negeri pada pru ke 13 nanti.

GOOD JOB UMNO SELANGOR !
TERUSKAN USAHA SELESAIKAN MASALAH RAKYAT !

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : RANGSANG EKONOMI..CAKAP AJE LA !

Tuesday, 24 April 2012


Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri
meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta.

Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : DS MOHD ZIN TERJAH PAKATAN SELANGOR !


KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG JANJI MENGURANGKAN CUKAI PINTU RUMAH KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIAL SEBANYAK 10%

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat.

Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi. Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.

Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.

Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan. Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.

Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.

Bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah kita juga difahamkan bahawa cukai dan premium tanah turut dinaikkan. Saya sendiri menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat. Selain itu, kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100% dan mengikut harga pasaran.

Ramai rakyat Selangor yang tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji manifesto Pakatan Rakyat. Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.

Rakyat Selangor tanpa mengira kaum berasa tertipu akibat isu melibatkan cukai pintu kediaman dan premis komersial sehingga ada yang terpaksa disita akibat beban cukai yang terlaku tinggi. Saya difahamkan, ketika zaman Barisan Nasional memerintah, kerajaan Barisan NAsional masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan, sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mampu mereka laksanakan.

Saya percaya, Rakyat Selangor sememangnya lebih bijak untuk menilai janji-janji yang ditaburkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Di pihak Barisan Nasional, kami mengakui terdapat kelemahan sebelum ini, namun kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan. Tetapi tohmahan yang dilemparkan tidak melibatkan kesusahan hidup rakyat. Namun kerajaan Pakatan Rakyat secara langsung memberi bencana kepada rakyat contohnya dalam isu melibatkan pengurusan sampah dan pengurusan saliran sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

Pada Pilihanraya Umum akan datang, saya berharap agar Rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukuplah sudah lebih empat tahun (1,460 hari) kita berada dalam kesusahan. Berjanji sekadar untuk meraih undi bukanlah satu sikap yang bertanggungjawab sebagai pemimpin malah memungkiri janji isu sendiri adalah sifat munafik.
Terima kasih, Sayangi Selangor ; Yakini BN

Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
23 April 2012

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : HJ HADI CUAK DENGAN MOMENTUM BN SELANGOR !

Wednesday, 18 April 2012


Jelas momentum dan sokongan luar biasa rakyat selangor terhadap BN semakin memuncak.

wave ataupun gelombang kebangkitan rakyat selangor mulai dimanifestasikan dalam keputusan prk parlimen hulu selangor pada april 2010.

ini adalah signal protes.

dalam keadaan pakatan cuba menginzalkan angan-angan akan keyakinan mereka dalam mempertahankan selangor lantas merampas putrajaya, jauh di sudut hati mereka terdetik akan kegusaran luar biasa.

kegusaran yang jelas memaksa mereka mengakui hakikat akan kebenaran bahawasanya sokongan politik terhadap pakatan mulai jatuh merudum.

hj hadi mengeluarkan kenyataan, BN akan merampas selangor pada pru ke 13 dengan menggunakan taktik yang sama pernah dilakukan di trengganu pada pru 2004.

inilah masalah pembangkang. mereka enggan mengakui akan kelemahan mereka.

mereka enggan mengakui kesalahan mereka. hj hadi mungkin elok tutup mulut daripada bercerita benda yang tiada.

kredibel hj hadi sewaktu menjadi menteri besar trengganu sekadar berlegar kepada penutupan laluan tol jambatan sultan mahmud..


lepas itu, kemudiannya selepas 4 tahun berkuasa hj hadi sekadar melaksana dan menyambung gaya dan legasi sebagaimana BN pernah lakukan di trengganu.

hj hadi lupa akan masalah yang teruk melanda pas.
perpecahan sudah tidak dapat diselesaikan.

isu parasit yang dibawa oleh hasan ali jelas memberikan pukulan maut kepada pas.

hj hadi cuba nak tutup kesalahan beliau. 50 tahun perjuangkan hudud dan negara islam akhirnya pas terpaksa kow tow tunduk toat kepada titah perintah kafir harbi si dap.

pas tunduk kepada dap.

kesalahan ini harus dibebankan kepada bahu hj hadi dan nik ajis.
mereka merupakan punca kejatuhan pas pada pru ke 13.

jadi untuk menutup kelemahan, maka ide diversi politik dilakukan.
hadi kata selangor boleh tumbang ke tangan BN dek kerana permainan kotor.

hadi merupakan pemain politik taraf dinasor. wajar diletakkan dalam arkib pas di taman melewar.

hadi nak menipu siapa dalam soal selangor bakal tumbang kepada BN ?

hadi dilihat cuba merendahkan kecelikan politik luar biasa pengundi di selangor yang mulai alert mengenai kebejatan dan kelemahan pas dan pakatan di selangor.

aku nak nasihatkan hj hadi. eloklah kiranya dia fokus untuk bagaimana caranya nak terajang keluar parasit dalaman parti pas yang bakal menjadi punca pas ditolak pengundi melayu terutamanya di selangor.

panik luar biasa hj hadi ini ada tersembunyi signal misteri.





Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT :KISAH PEMIMPIN JAM 3 PAGI !

Friday, 13 April 2012


mungkin pemberitaan ala terjah di atas boleh menjadi isu lawak politik terbaik di selangor.

isunya mengenai kes kecurian pasir yang luar biasa berlaku di selangor.

dek kerana tidak tertahan menahan asakan daripada BN dan rakyat selangor , exco kerajaan negeri telah menyediakan skrip lawak tatacara beliau menangkap lori hantu aka lori pasir.

arakiannya pada 20 julai 2010 yakop sapari dengan berkain pelikat baru selesai program qiamulail. jam 3 pagi perjalanannya dari sepang ke puchong telah menemui kelibat satu lori yang mencurigakan.

lantas tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, exco selangor ini terus mengejar lori pasir itu secara bersendirian.

tiba di tol puchong, exco selangor telah mengepung lori pasir tersebut menggunakan keretanya secara solo.

tatkala diperiksa pemandu lori tersebut telah lari meninggalkan kenderaan. siapa punya skrip drama lah yang si yakop sapari ni curi sampai gaya penceritaan ini yang asalnya nak nampak serius last-last bertukar jadi bahan berita lawak.

apa yang kita boleh pelajari dari kes ini ?

kalau nak tahan penjenayah, anda kena pakai kain pelikat.
kalau nak tahan penjenayah, sila lakukan tepat jam 3 pagi.

JPJ dan polis trafik wajib gunapakai kaedah yakop sapari tatacara bagaimana nak tahan suspek.

yakop sapari tahan suspek curi pasir tepat jam 3 pagi.

manakala badrul amin juga curi bini orang pun tepat jam 3 pagi..suka benor pemimpin pkr ni buat hal jam 3 pagi ye :)

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : BUKTI JELAS DAP CAMPURI HAL EHWAL ISLAM DI SELANGOR !

Thursday, 12 April 2012


pada 13 jan 2011 atau lebih tepat pada jam 8:36 pagi malaysiakini ada mengeluarkan artikel.

tajuk artikel 'umat islam (rujuk di selangor) di larang bekerja di tempat penjualan arak'.

arahan dan kenyataan ini adalah kelangsungan daripada niat dan usaha murni majlis perbandaran subang jaya (MPSJ) yang mahu mengimplementasikan enakmen jenayah syariah seksyen 18 (2).

kata pihak MPSJ, ia adalah inisiatif MPSJ sendiri yang mahu melihat akan tiada lagi umat islam bekerja di premis menjual arak yang di bawah kawasan pentadbiran MPSJ.

di atas kes pertama.
kenyataan dikeluarkan pada 13 jan 2011 tepat jam 8:36 pagi.

di bawah ini pula kenyataan balas DAP selangor.

kenyataan ini dikeluarkan pada hari yang sama (13 jan 2011) jam 4:31 petang.

kata ronie liu, MPSJ diarah untuk menarik balik arahan melarang umat islam bekerja di premis arak di kawasan pentadbiran MPSJ.

soalan ?

adakah ronie liu exco agama islam selangor ?

adakah ronie liu mengetuai perjalanan hal ehwal islam di selangor ?

kenapa pas selangor tidak mengeluarkan kenyataan bantahan kepada DAP selangor kerana mencampuri urusan agama islam.

bukankah arahan dan saranan MPSJ itu selaras dengan peruntukan enakmen jenayah syariah ?

jelas fakta di atas sudah setahun lebih disenyapkan oleh pimpinan pakatan selangor bagi mengelakkan ianya dibincangkan oleh umat islam.

walau bagaimanapun kes ini masih belum diselesaikan di peringkat MPSJ.

kami menonjolkan semula kes ini sebagai ingatan kepada seluruh umat islam khususnya di selangor agar berfikir semula untuk memangkah pakatan pada pru ke 13 akan datang.

jelas pas dan pkr (yang melayu) gagal mempertahankan matlamat murni MPSJ dalam isu yang disebutkan di atas.

manakala DAP semakin hari semakin galak untuk mencampuri segala urusan perihal islam .

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : SELCAT TAKUT UNTUK BICARAKAN KES SALAHLAKU KERAJAAN NEGERI !

Tuesday, 10 April 2012


selcat adalah  imbasan demokrasi ala mahkamah kanggaru gaya pakatan.

selcat ditubuhkan kononnya mahu menerobos dan membuka ruang langit kepada perbicaraan yang nampak lebih transperan dan demokrasi.

pengerusi selcat adalah speaker dun selangor, iaitu teng chang kim.

sebelum sidang dun selangor yang berlangsung baru-baru ini, selcat telah diterjah dengan begitu hebat oleh pimpinan BN selangor.

segala dokumentasi dan fakta kepincangan salah laku kerajaan negeri telah didedahkan kepada khalayak umum.

antara yang mendapat perhatian adalah isu mengenai KSSB,isu pasir,yayasan selangor dll.

dek kerana tah tahan menahan asakan BN selangor, selcat terpaksa mengeluarkan kenyataan dalam malaysiakini.

kata teng chang kim, selcat cannot afford to hold a public inquiry into every complaint because lack of resources, financing and manpower.


bahasa jawanya kata pengerusi selcat, kami tak mampu nak adakan pedengaran umum kerana kekurangan dana dan tenaga kerja.

bila didesak untuk diadakan sesi pendengaran umum mengenai salah laku kerajaan negeri terutamanya mengenai isu yayasan selangor,KSSB,isu pasir dll teng chang kim mengelak.

dia mengalihkan keengganannya untuk diadakan sesi pendengaran umum kepada alasan takde sumber kewangan.

5 hari lepas, atau lebih tepat pada 5 april 2012 selcat telah mengeluarkan kenyataan media.

selcat akan mengadakan sesi pendengaran umum mengenai isu banjir kilat yang melanda selangor. jemputan dibuka kepada seluruh rakyat selangor yang punyai maklumat mengenai isu banjir tersebut.



untuk sesi pendengaran umum akan salah laku kerajaan negeri selcat kata takde duit.

tapi untuk sesi pendengaran umum akan isu banjir, dijemput seluruh rakyat selangor untuk hadir memberikan maklumat.

selcat ternyata takde telor ! inilah demokrasi mahkamah hutan gaya pakatan selangor..

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT :MENYEDIAKAN PREMIS PERNIAGAAN YANG CUKUP.... KEPALA HOTAK KAU LAH SETAN !

Monday, 9 April 2012


manifesto pakatan selangor.
dalam perkara meng ekonomikan rakyat selangor.
ada disebut.

menyediakan premis perniagaan yang cukup.
memberi galakan kepada wanita untuk berniaga.

beberapa hari lepas regim pakatan selangor merobohkan 29 gerai di uptowm shah alam milik peniaga yang terdiri daripada ibu tunggal.

fakta kes : sultan selangor telah menganugerahkan kawasan itu khas untuk ibu tunggal,anak yatim dan warga emas.

SUNGGUH SETAN PAKATAN YANG MENTADBIR SELANGOR !


Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : PKR SELANGOR MULA TIKAM BELAKANG.

Sunday, 8 April 2012


pkr selangor mula  berantakan.

berantakan dek kerana berebutkan kerusi untuk pilihanraya ke 13 nanti.

maklumat terbaru yang disampaikan kepada pihak kami, ahli parlimen kapar iaitu manikavasagam aka mike akan diterajang keluar daripada menjadi calon parlimen kapar oleh pkr selangor.


mike merupakan api dalam sekam yang kerap menerjah pentadbiran kalid gagap di selangor. dia tidak disukai oleh pimpinan eksekutif pkr (rujuk kalid n the gang).

dalang besar yang mencaturkan penghalauan mike keluar dari parlimen kapar adalah exco kerajaan negeri yang kuat tido, iaitu xavier jayakumar.


xavier dikabarkan tidak akan mempertahankan kerusi dun sri andalas kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerusi parlimen, jurus meneruskan angan-angan menuju putrajaya.

realiti politik semasa sekarang, xavier tidak disenangi oleh majoriti pengundi di dun sri andalas.

walau bagaimanapun mengikut sumber xavier akan mendapat persaingan kuat daripada seorang lagi calon bukan partisan, iaitu ambiga dalam persaingan merebut kerusi parlimen kapar.

BN dijangka boleh melakukan upset di parlimen ini sekiranya calon melayu diketengahkan.

Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

SELANGOR BANGKIT : TIADA LAGI PENA SAKTI ? CETT PEMBOHONG !

Friday, 6 April 2012


 pada 13 april 2008, beberapa selepas selangor diperintah oleh pakatan kalid ibrahim mengeluarkan kenyataan.

tiada lagi pena sakti dalam pemerintahan pakatan di selangor.

pena sakti diertikan dengan penganugerahan projek secara direct nego.

kalid cuba menunjukkan ketelusan dan ketransperasiannya dalam memerintah negeri selangor.

pakatan cuba memukul palu, sayang paluannya cukup sumbang.
mereka berbohong dan kuat berbohong.
apa yang mereka cakap sebenarnya tak serupa bikin.
lihat senarai projek direct nego di bawah.
dilakukan oleh regim pakatan selangor tanpa ada rasa sedikit 'kemaluan'.

ini baru satu janji.
bagaimana pula dengan janji mereka yang lain ?






Sumber : Gerakan anti PKR

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP