Kata Khalid "65 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Pakatan"
Monday, 28 January 2013

Kata khalid dalam satu forum syok sendiri sesama pemimpin pakatan, "keyakinan rakyat selangor terhadap kerajaan negeri pakatan semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh mereka"
Soalan aku pada khalid, apakah rakyat selangor bodoh nak beri keyakinan mereka pada pakatan setelah 4 tahun mereka di tipu hidup-hidup oleh rejim khalid dan pakatan???
Janji-janji dalam manifesto masih banyak yang belum tertunai, masaalah air masih belum selesai, elaun untuk ibu tunggal dan elaun untuk anak pra sekolah seperti yang di janjikan dalam manifesto belum sesen pun kerajaan selangor bayar pada mereka dan banyak lagi masaalah seperti sampah, longkang, pertumbuhan rumah urut dan pusat perjudian di selangor kian menjadi jadi banyaknya.
Takkan rakyat selangor buta mata kut...? khalid nak tipu sapa sebenarnya nie...?
Sumber
Read more...
Khalid Sanggup Tunggu Sehingga 100 Tahun Untuk Selesai Isu Air Selangor...
Friday, 28 December 2012
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu “tidak profesional” dan mengesahkan beliau mahu satu ‘perang politik’ di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.
Khalid dikecam oleh persatuan pengguna negeri ini ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.
“Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri,” katanya dalam satu temubual.
Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah “gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah”, iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.
Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.
“Sebelum mereka datang memerintah negeri ini, mereka buat banyak kenyataan bahawa mereka nak mesra rakyat dan sebagainya. Tetapi dari 2008 sampai sekarang kita nampak sudah ada satu penukaran fikiran dalam cara mereka membuat kerja dan lakukan tanggungjawab.
“Mereka dah jadi tidak sensitif lagi, mereka ingat sudah berkuasa, boleh buat apa-apa (sahaja), tak payah dengar (suara rakyat). Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar,” katanya.
Sumber
Adakah PKNS Cuba Menipu Atau Ini Juga Salah BN...?
Monday, 17 December 2012


Inilah Punca Kenapa Berlaku Ribut Petir Di Selangor Malam Sabtu Lepas...
Monday, 10 December 2012
Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa. Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.
Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu. Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia. Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.
Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic', beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya. Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa yang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media. Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.
Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi. Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama. Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.
Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme. Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yang berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.
Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan. Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza. Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun negara. Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.
Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam. Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu. Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme. Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya. Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.
Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah. Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia? Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.
Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste. Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu. Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.
Sumber Read more...
Tiga Bangunan Milik PKNS Di Jual Untuk Kumpul Dana Pilihanraya PKR
Wednesday, 31 October 2012

Isu Selangor - Siapa Kata Khalid BRAhim Tidak Bijak Mentadbir Negeri ??
Tuesday, 23 October 2012
Ini yang dikatakan cekap mentadbir negeri selangor...??? laporan audit ini tak akan di ulas oleh mana-mana pemimpin pakatan haram, malah malaysiakini, suara keadilan, harakah dan mana-mana pencacai penjilat jubo anwar akan cuba senyapkan perkara ini, jadi kepada rakyat selangor aku nak pesan, korang jangan jadi bodoh, dok dengar cerita kononnya pakatan bijak mentadbir negeri selangor, korang sebenarnya dah kuyup kena kencing dengan puak-puak tu....
Hahahah...Bijak tak Khalid mentadbir negeri Selangor???..
Sumber DET Read more...
Isu Air Selangor - Penduduk Pangsapuri Taman Mawar Tuntut Janji Pakatan...
Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya dekat sini berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang semalam.
Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Selain itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.
Kamalanathan berkata, rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.
Katanya, beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.
Sohaimi berkata, tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku.
“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.
Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit,” ujarnya.
GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri itu, Azman Mad Zain, 42, berkata, selama 50 bulan mereka tidak pernah menikmati air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Sumber DET
Read more...
Empangan Di Selangor Dah Kering, Catuan Air Akan Di Adakan...
Tuesday, 9 October 2012
Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik. Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini.
Rakyat Selangor Harus Tengok Ini..Macammana Nak Saman MB Selangor Yang Disayangi
Tuesday, 25 September 2012
Pihak GPRS (Gerakan Prihatin Rakyat Selangor) mempelawa seluruh rakyat negeri selangor yang tak dapat air percuma seperti yang di janjikan dalam manifesto pakatan haram pada pilihanraya umum lepas supaya menghantarkan sms alamat kediaman anda yang tidak dapat air percuma di nombor 017-715 7171 dan pihak GPRS akan menghubungi anda dengan kadar segera...
Ingat...!!! tuntut air percuma adalah hak rakyat selangor...

Khalid Tuduh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Berbohong...???
Friday, 7 September 2012
Apa Kaitan Akhbar Harakah Dengan Krisis Air Selangor...???
Saturday, 11 August 2012

Catuan Bekalan Air Di Selangor Sudah Bemula...
Monday, 30 July 2012
Bulan puasa nie masak la sapa yang duduk dekat rumah flet yang mana lif nya selalu rosak, catuan bekalan air sudah mula di selangor, ini di sahkan sendiri oleh kerajaan negeri berikutan berberapa lori tangki yang membawa air kini dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan seri kembangan selama berberapa hari dalam minggu lepas....
Siri 2 Menjawab Kebodohan Khalid Gagap Dalam Isu Air Selangor: Air Dari Tasik Kenyir...
Saturday, 28 July 2012
Ia di jawab secara teknikal oleh pegawai dari kementerian tenaga, tenaga hijau dan air (kettha) sewaktu sesi penerangan isu-isu bekalan selangor di hotel grand blue wave pada 12 julai lepas.
Siri 1 Menjawab Kebodohan Khalid Gagap Dalam Isu Air Selangor: Air Lombong...
Ia di jawab secara teknikal oleh pegawai dari kementerian tenaga, tenaga hijau dan air (kettha) sewaktu sesi penerangan isu-isu bekalan selangor di hotel grand blue wave pada 12 julai lepas.
Rakyat Don't Be Stupid Like Khalid Gagap...
Thursday, 19 July 2012
Sumber : DET
Ng Suee Lim Melanun Harta Rakyat Sekinchan...
Wednesday, 18 July 2012
Pada tahun 2003 sebuah syarikat pemaju mengusahakan tanah milik majlis daerah sabak bernam (mdsb) untuk didirikan 48 unit pangsapuri, pihak pemaju iaitu MONTIARA bersetuju memberikan 22 unit pangsapuri itu kepada pihak mdsb, kemudian mdsb membeli 2 lagi unit, menjadikan mdsb memiliki 24 unit pangsapuri iaitu 1 blok, (1 blok ada 24 unit maka pemaju membina 2 blok bangunan iaitu 48 unit pansapuri)Sumber DET Read more...
PAS Selangor TAKUT Berdebat Dengan Hasan Ali...
Tuesday, 10 July 2012
Sumber : DET
Faekah Tak Letak Jawatan Hari Nie, 'MB Masih Sayangkan Saya'
Friday, 29 June 2012
Sumber : DET
Pusat Karaoke Di Shah Alam, Khalid Samad Kata "Itu Keperluan Rakyat"
Thursday, 21 June 2012
![]() |
| kalau tengok dari jauh orang tak tau kat situ ada karaoke jamban... |
![]() |
| nahh... kau nama karaoke bintang gemilang... |
![]() |
| cina juga yang buat rosak shah alam... |
![]() |
| inilah yang aku maksudkan, bilik karaoke bersaiz jamban... Sumber : DET |









.jpg)





