Powered by Blogger.

Showing posts with label The Unspinner. Show all posts
Showing posts with label The Unspinner. Show all posts

Nak dapat duit Ladang Rakyat kena indoktrinasi

Saturday, 2 February 2013


Ingat untungkan nak jadi peserta Ladang Rakyat?

Tiap=tiap tiga bulan mereka kena hadhiri satu majlis indoktrinasi yang kononnya di panggil jati diri Ladang Rakyat.

Oh ye ... peserta Ladang rakyat bukan bukan ladang macam orang Felda atau diajar tanak kelapa sawit dan berkebun. Tidak .. hanya jadi pengikut tegar PAS. Otak letak tepi tapi macam robot ikut setia apa disuruh.

Entah ... mungkin sampai masa, sedia diperguna untuk jihad macam Ibrahhim Libya yang mati katak tak terbela janda dan anak2 yatim oleh PAS. Dahlah tak dibela tapi diperguna untuk pemimpin seperti Senator Yusuf Husin dan Taib Azaamuddin hidup kaya raya. 

Program Jati Diri kepada peserta ladang rakyat mesti dihadir. Yang tidak hadir akan dilucut kelayakan untuk mendapat dividen ladang rakyat.

Sebenarnya program ini merupakan adalah sesi menindroktrinasi dakyah Pas dengan menggunakan unsur ugutan dan agama Islam umtuk menakut para peserta yang terpaksa mengikut kehendak Pas dalam mana-mana program anjuran mereka seperti demo bersih, meramaikan majlis Pas dan banyak lagi aktiviti untuk menepati hasrat parti.

Akhirnya nama saja peserta Ladang Rakyat tapi bukan buka ladang dan perbaiki ekonomi diri dan keluarga tapi jadi lembu yang diperguna PAS.

Read more...

Ronnie Liu papasan, Theresa Kok mamasan industri urut Selangor

Saturday, 15 December 2012


AIDCNews – 14/12/12 – Dua orang exco Selangor dari DAP didakwa melindungi kebanjiran rumah urut yang sedang berkembang pesat di Selangor, dakwa Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Kedua-dua exco itu dinamakan sebagai Teresa Kok, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Ronnie Liu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.

Mereka merupakan exco kanan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Tan, kedua exco kanan dari DAP itu akan bertindak balas kepada ahli-ahli DAP yang menyuarakan bantahan.

Teresa Kok yang juga Pengerusi DAP Selangor dan Ronnie Liu yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan didakwa telah mempengaruhi Menteri Besar untuk tidak mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

“Begitu juga dengan Menteri Besar, adakah tindakan yang diambil,”katanya kepada Buletin Utama, TV3 semalam.

Menurutnya, rumah urut yang asalnya berjumlah lebih kurang 60 buah rumah, sebelum Pilihanraya Umum ke-12, kini telah mencecah 4,000 rumah urut. “Dia bukan betul-betul urut, dia bagi extra servis. Bila dia bagi extra servis, keluarga hancur,”katanya.

Sumber

Read more...

YDP Selayang "coverup" PR, tak dedah DO keluar masa PR

Wednesday, 31 October 2012



Malaysian Insiders cuba membantu menyangkal tuduhan PR bantu bina kondo di kawasan larangan berdekatan kuil Batu Caves:


KUALA LUMPUR 30 Okt — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis 

“Sebenarnya Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan “Projek ini melibatkan dua fasa kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama “Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut ” kata beliau. 

Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains JMG pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu namun pihak Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awalnya tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.

Baca sepnuhnya di sini

Kalau nak 'cover-up" boss tu tolonglah jangan buat cerita bodoh.

Kebenaran Merancang atau inggerisnya Planning Approval hanya memberi kebenaran untuk tuanpunya tanah atau hartanah memulakan perancangan. Bila sudah siap, baru di serahkan kepada pihak berkausa untuk menilai samada ianya mengikuti syarat-syarat dan tuntutan.

Setakat Kebenaran Merancang, ianya tidak ada erti apa-apa. Sesiapa ada tanah boleh dapat kebanaran merancang mudah. Tetapi merancang bukan kelulusan mulakan binaan atau pembangunan.

Dengan demikian, perancangan bagi tempat terkawal dan bersebelahan Batu Caves temple perlulah dikaji samada iya memenuhi syarat dan ketetapan. Pihak KPS perlu bermesyuarat dan luluskan dahulu sebelum dikeluarkan Development Order.

Sebelum itu pihak kuil perlu beri kenaran dan sedia izinkan.

YDP MPs perlu dedahkan bila pula Development Order atau DO dikeluarkan? Zaman BN atau PR.

Bukanya Planning Appoval. Apa benda pegawai kerajaan menipu ni????? 

Sumber

Read more...

Khalid Ibrahim tunjuk gangster di Bandar Tun Razakandar Tun Razak

Sunday, 28 October 2012



Kami difahamkan daging qurban PKR yang mana lembu disumbangkan Khalid Gagap hanya diedarkan kepada penyokong PKR saja. Tiada pula diedarkan pada fakir miskin. Jadi mana punya hukum yang diguakan PKR?

Fatwa dari George Soros ke????

Nampaknya begitulah cara PKR. Memfaraidkan dan mahu memfaraidkan institusi dan kemudahan bantu rakyat yang dibina UMNO sesama mereka ... PKNS, YS, YBK, Kompleks Shah Alam.

ALhamdulillah daging qurban yang dijalankan BN diagihkan kepada semua fakir miskin tanpa mengira fahaman politik. Nampaknya qurban pun ada dua imam seperti khutbah PAS.

Sementara itu, kereta Skuad Sayanag Wanita UMNO di Bandar tun Razak disiram cat merah dan dipenuhi kata-kata lucah.

Dendam Khalid ke? Setahu kita yang pakar baling cat merah adalah PKR yang siram bas sendiri untuk dapatkan perhatian.

Jawab Khalid jawab, gaji RM20 sebulan, macam mana boleh bayar lebih RM150 ribu installment bas.

Sumber The Unspinners

Read more...

Bishop Khalid Samad hati hitam akan kata video baru bukan bukti

Tuesday, 14 August 2012


Dulu Khalid "Bishop" Samad kata kristianisasi hanya konspirasi politik


Dengar Bishop cakap di 7:00. Ini baru Sei 1 - Part 1, panjang lagi.

Masa DUMC tmbul yang dah jelas, Khalid Ibrahim diarah tutup isu ini oleh DAP dan dia meminta maaf.



Bila Hasan Ali dihalau dari PAS, beliau telah tubuh JATI dan bawa Unit Selamatkan Akidah dari dalam kerajaan Selangor untuk dia usahakan sendiri.



Sebelum ini dia dedahkan satu pengakuan, kini ada pendedahan baru berikut:



Ah ... Khalid Bishop pasti nafikan.

Read more...

After water crisis, ready for power crisis in Selangor?

Sunday, 12 August 2012


After being blamed for an impending water crisis, the Selangor government is now being blamed for an impending electricity shortage crisis.

According to Bernama, Tenaga Nasional Bhd (TNB) said Selangor and Kuala Lumpur will face a power crisis if the state continues to put the brakes on the company’s Central Reinforcement Area (CAR).

“We have held 27 meetings with the Selangor Economic Action Council and hope the state government will quickly make a decision to ensure the supply infrastructure is completed,” TNB vice-president Rozimi Remeli was quoted as saying.

The CAR project, which began in 2005, involves the installation of high-voltage cables between Bukit Tarek, Rawang and Kampung Chubadak, Kuala Lumpur measuring 60km.
However, the utility company is now allowed to proceed with the installation of a remaining 1.5km of cables in the Kampung Sungai Terentang, Rawang area.

Kampung Sungai Terentang villagers are resisting attempts by TNB to construct the pylons through their village over health and safety reasons.

They have received the backing of the state government who have urged TNB to bypass the village instead, but the company have shot down the proposal.

Rozimi said there is an increasing need for electricity in Selangor and Kuala Lumpur.
He warned that investors would leave the country should electricity supply be disrupted.

Source : The Unspinners

Read more...

Nanti di Selangor ... berlaku macam di Kelantan

Friday, 3 August 2012


Isunya di Selangor sekarang, bukan pasal hakmilik rakyat di rampas.

Pada tahun 1980an, satu kajian yang dibiayai satu organisasi di Jepun, JICA dibuat mengenai air di seluruh negara.

Hasil kajian mendapati bahawa air di Malaysia berhadapan dengan masaalah papip dah bocor hingga kebocoran adalah setinggi 30-40%, jangkaan bekalan dan permintaan air tak cukup, keperluan modal yang sangat besar, dan lain-lain.

Cadangannya adalah supaya perkhidmatan air satu negara disatukan. Tapi ini menjadi masaalah kerana air jatuh di bawah kuasa negeri. Penyelesaian kedua terbaik adalah privatisation.

Ini cadangan yang dibuat dari kajian bersama kita dengan Jepun.

Seterusnya jadilah privatisation, dan harga air kita yang agak terlalu murah terpaksa dinaikkan untuk menampung pembiayaan belanja capex. Orang mula complain.

Di Selangor, pelbagai isu timbul mengenai SYABAS yang hanya mengedar air dan bukan membekalkan air bersih yang sudah dirawat dari air mentah.

Belanja besar untuk membina loji rawat air diberi kepada tiga syarikat.

Di satu negara, usaha kini adalah untuk menyatukan semua aset air tersebut dan semua bersetuju melainkan Selangor. Ketika bawah BN lagi, perbincangan meliatkan empunya privatisation air, kerajaan negeri dan persekutuan telah berjalan.

Masuk Khalid, dia mahu semua dipunyai oleh kerajaan negeri tapi persetujuan kena melibatkan tiga pihak setuju dan kerajaan persekutuan setuju, cuma harga pengambilalihan tidak disetujui empunya.

Jadi salah sebenarnya bagi Khalid untuk salahkan kerajaan persekutuan menyekat pengambilalihan aset air oleh kerajaan negeri. Pihak yang jadi dealbreaker adalah kerajaan negeri sendiri yang mana cadangan mereka tidak lojik dan munasabah.

Kerajaan negeri sebenarnya mahu rampas aset-aset air yang sudah diswastakan secara paksa dan free. Mereka mahu guna helah dan bermain di court of public opinion bahawa SYABAS tidak boleh penuhi tanggungjawab mereka membekalkan air ke kawasan tertentu.

Tentulah kerajaan persekutuan tentang kerana bukan kerja SYABAS menyediakan bekalan. Air mentah masih usaha kerajaan dan rawatan dijalankan oleh swasta dan kerajaan.

Sementara itu, kerajaan pusat dah sedia modalkan untuk pengambilan air dari Pahang bagi membolehkan bekalan air mentah ada lebihan rizab dan loji Sungai Langat 2.

Khalid guna ini untuk ugut kerajaan dan rakyat. Macam-macam helah dia buat tapi akhirnya hujahnya salah.

HUjah terakhir adalah kerajaan negeri nak buat loji rawatan di loji2 yang kapasiti dah penuh. Buatlah, fadzal ... Berapa ratus juta ada?

Dengan hujah ini, Khalid akui bahawa isunya bukan kerana belakalan air mentah atau pengedaran tapi kapasiti air mentah perlu dirawat.

Kalau loji sdungai langat 2 digerakkan sekarang pun, selangor masih tetap berhadapan dengan masaalah air. Jadi sementara nak tunggu Khalid baru nak jadikan pelan dari cakap2, entah berapa lama?

Lagi pula bila dibuat dengan bergegas-gegas, jangan heran wang dibelanja tapi tidak boleh beroperasi.

BIla Pakatan Rakyat buat demo air pada Jun 29 baru-baru ini di Klang, agak pelik sekali. Masaalahnya kerajaan negeri penyebabnya, dan Pakatan Rakyat mengendalikan kerajaan negeri, tapi mereka pula berdemo.

Dalam demo itu, isi atau content langsung tiada. Charles Santiago yang mana menunggu akan dipencen DAP, mengutuk kerajaan UMNO mereka-reka isu air.

Dia cabar Syabas memberi rekod keluar masuk air sebelum 7 Ogos 2012 seolah-olah ada konspirasi kerajaan BN beriya-iya nak bina Loji Air Langat 2.

Dalam hal Loji ini, kerajaan BN dah ikhlas tawarkan supaya Loji ini disenggara oleh kerajaan negeri seperti Loji Air Sg Labu dan menjemput syarikat kerajaan negeri memasukkan bida.

Maka timbul pula permainan propaganda baru PR supaya syarikat kerajaan PR tidak akan menyertai pembinan logi air Langat 2.



AJK AMK Azmizam pula lagi kosong desakannya. Hanya sokong kerajaan Selangor gambilalih air dari Syabas, kenyataan Menteri Besar SELANGOR supaya Tan Sri ROZALI ISMAIL, Pengerusi Syabas meletakan jawatan, dan entah apa lagi.

Isunya Pakatan juga yang nak politikkan air dari mula. Nak amilalih aset2 air tapi tak serius. Kemudian itu, kasi air percuma 20 m3 pun tak serius. Paip sendirian saja dapat. Jadi orang berpendapatan rendah yang duduk di flat tak dapat kerana meter tak bersendirian.

Teruslah berpolitik mereka ini. BIla air betul2 tak ada, pagi Jumaat tak boleh mandi hadas dan pergi solat jumaat dan mandi mayat tergendala macam di Kelantan, baru mereka tahu ....

Sumber : The Unspinners

Read more...

Khalid enggan laksana manifesto turunkan cukai pintu

Thursday, 19 July 2012



Dalam riuh sekampung, kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menurunkan kadar cukai pintu flat kos rendah sebanyak 25%, namun hakikatnya tidak semua pemilik unit berkenaan layak menerimanya.




Khalid Ibrahim secara terang-terang menyatakan bahawa insentif berkenaan bukan untuk semua orang tetapi terhad kepada pemilik unit yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.


Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan yang insentif berkenaan kepada pemilik-pemilik unit yang mendiami unit masing-masing. Akan tetapi, rupanya ada lagi syarat tambahan bahawa ia adalah terhad kepada mereka yang berpendapatan bulanan kurang RM1,500.

Ternyata bahawa kerajaan negeri Selangor lebih auta dalam setiap pengumumannya.

Sumber : The Unspinners

Read more...

Khalid tidak mesra setinggan sebab Latheefa Koya berhenti

Wednesday, 18 July 2012


Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya telah meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis MBPJ.

Surat perletakan jawatan itu serta merta dan telah dihantar pada 16 Jul 2012 dan perkara ini telah disahkn oleh Zainun Zakaria, Pegawai Prhubungan Awam MBPJ.

Perletakan jawatan ini didakwa ada kaitan dengan arahan MB Selangor yang minta Latheefa Koya kemukakan surat tunjuk sebab mengapa beliau mengkritik pentadbiran Kerajaan Negeri dalam isu perumahan rakyat miskin atau setinggan.

Kritikan ini dibuat melalui surat yang turut di email kepada Anwar Ibrahim & Wan Azizah. Latheefa Koya juga didakwa guna SMS untuk kritik pentadbiran MB Selangor.

DIfahamkan Latheefa telah bertemu dengan sekumpulan setinggan dan dia meminta mereka datang ke bangunan SUK Shah alam untuk bertemu Menteri Besar sendiri tetapi Khalid enggan bertemu mereka malah menutup gate SUK.

Ini memalukan Latheefa yang agak idealis dan lurus bendul untuk percaya pada retorik dan pembohongan sendiri bahawa PKR terbuka dan perjuang nasib setinggan.

Perletakan jawatan serta merta ini juga dibuat kerana Latheefa Koya tahu beliau akan dipecat seperti mana yang diperbincangkan dalam Mesyuarat Mingguan Exco dan dikatakan mendapat sokongan majoriti Exco.

Dalam pada itu, telah kedengaran usaha lobi melobi di kalangan Ahli Majlis MBPJ untuk merebut jawatan 'Ketua Whip' yang ditinggalkan oleh Latheefa Koya di mana jawatan tersebut 'berkuasa' untuk meluluskan sebarang projek di MBPJ.

Kini terdapat 2 kekosongan Ahli Majlis MBPJ selepas R. Selvarajan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Sumber The Unspinner

Read more...

na kertas putih Talam yang dijanjikan dua tahun dulu? Mana kertas putih Talam yang dijanjikan dua tahun dulu?

Sunday, 8 July 2012


Mana Kertas Putih dijanjikan atau kerajaan negeri ada udang di sebalik batu dalam isu transaksi kerajaan PKR Selangor dengan syarikat Talam?

Itu pertanyaan Pemuda MCA Pusat sambil mencabar kerajaan Selangor mendedahkan kesemua asset syarikat itu yang dibeli, cara penilaian atau asas-asas yang digunakan untuk melakukan pembelian tersebut yang didakwa babitkan transaksi RM1 bilion.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pada Selasa berkata, pada 11 julai 2010, Selangor berjanji membentangkan kertas Putih mengenai langkah pengutipan semula hutang daripada Talam.

“Mereka menyebut kertas putih itu akan dibentangkan pada hujung tahun tetapi hingga hari ini, kita masih menunggu kertas putih tersebut.Adakah terdapat unsure-unsur udang di sebalik batu dalam isu ini menyebabkanpembentangan kertas itu ditangguh,” katanya.

Chua yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga anak kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,berkata, kerajaan negeri mesti menerangkan kepada rakyat mengenai pembelianaset berjumlah RM676 juta dan penggunaan peruntukkan sebanyak RM392 jutamenjadikan transaksi bernilai RM1 bilion penuh tanda tanya.


Menurut beliau, Talam berhutang dengan kerajaan Selangor sebanyak RM392 juta dan bagi memperolehi semula wang itu, kerajaan negeri mendapatkelulusan Dewan Undangan Negeri pada 2009 menerusi bajet tambahan.

“Kerajaan negeri mendakwa berjaya mengutip semula hutang.Bagaimanapun, berdasarkan laporan tahunan terkini Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), kerajaan negeri masih berhutang RM115 juta,” katanya.

Pecahan hutang Talam RM392 juta babitkan anak syarikat kerajaan negeri iaitu PNSB dan Unisel sebanyak RM277 juta manakala KHSB RM115 juta.

Chua berkata, jika Unisel sudah mendapat semula hutang dari Talam, universiti itu tidak perlu mengumumkan akan menjual asset RM30 jutauntuk bantu pelajarnya yang dibekukanpinjaman PTPTN.

Selain itu katanya, daripada mahu mengutip semula hutang RM392 juta, kerajaan negeri telah membeli asset tsmbahan RM284 juta bagi membantu Talam.

“Ini jelas satu tindakan untuk menyelamatkan atau ‘bail out’syarikat Talam dengan menggunakan wang rakyat untuk membantu syarikat senaraian awam dengan membeli assert-asetnya,” tegas Chua.

Kesimpulannya kata beliau, anak syarikat kerajaan negeritidak menerima sebarang wang daripada langkah mengutip hutang RM392 juta sebaliknya kerajaan negeri telah membeli asset RM676 juta untuk menyelamatkan Talam. - Agendadaily

Sumber : The Unspinner

Read more...

Zalim! Kerajaan negeri halau 9 peniaga 24 jam notis di Ulu Langat

Sunday, 1 July 2012





Demikianlah suara hati 9 kumpulan peniaga yang menjalankan perniagaan makanan di Pusat Pelancongan dan Menara Tinjau Lookpoint terletak di atas bukit dalam perjalanan dari Bukit Belacan Ampang ke Ulu Langat.




Difahamkan ada perbezaan pandangan antara UPEN, MPKJ dan lain-lain agensi kerajaan Selangor lalu MPKJ terus memberi mereeka 24 jam notis untuk berhenti berniaga.



Tempat ini telah dibina dari zaman pemerintahan BN untuk sebagai aktiviti riadah bagi penghuni kota. Kawasan ini dah lebih 10 tahun wujud dan mula menjadi popular di hujung minggu dan hari kerja juga.



Alasan yang diberi adalah bangunan-bangunan yang dibina ini tidak ada CF. Hai ... kalau tak ada CF, macam mana ada TNB bawak elektrik?


Takkan lah dah sekelian lama masih lagi hal CF. Apa ceritanya?

Kalau nak keluarkan orang pun, bincang2lah dengan peniaga2 yang membantu memajukan tempat yang cantik pemandangan ini. Takkan begitu zalim sampai kasi notis 24 jam. Berhati perutlah sedikit!!!???

Sumber : The Unspinner

Read more...

Konspirasi JAIS/PAS tawan Masjid dan Surau untuk kempen Ramadan

Tuesday, 26 June 2012

Demo di Masjid Al-Husna
Demo di Masjid Al-Husna
Ia mula berlaku di Masjid Al- Husna, Bandar Sunway.

Nampaknya satu demi satu Masjid dan Surau akan diketepikan sebarang keputusan mesyuarat khas pemilihan pegawai dan AJK masjid yang diadakan. Imam dan pegwai Masjid akan dipilih oleh JAIS dengan konspirasi bersama PAS.


Gambar diatas pula di Taman Equine Seri Kembangan dimana JAId yang bersekongkol dengan PAS merampas Masjid Al Muttaqin Taman Equine.

Kata Pakatan rakyat demokrasi dan dulu merungut dan kompeln konon BN ketepikan keputusan AJK Masjid. Betul ke tuduhan itu jika mereka yang buat kini?

Bukan saja Imam dan Pegawai Masjid tidak dipilih, mereka juga bukan dari orang tempatan.

Nampaknya Exco Agama dipegang oleh manusia GAGAP yang tiada ilmu agama bukan saja tidak menyelamatkan akidah orang Islam yang dimurtadkan gereja tetapi kini mengkucar kacirkan silatulrahim dan kemuafakan masyarakat setempat.

Tujuannya jelas untuk PAS bersepakat dengan Pakatan untuk berkempen terutama sepanjang bulan Ramadhan. Jangan hairan orang kafir lagi banyak masuk mencemar surau dan masjid.

Mereka ini menuntut Bersih dan Keadilan tapi menggunakan kuku besi untuk merampas Masjid dan Surau demi politik sesat mereka.

Sepatutnya mereka takluklah masjid dan surau di Pulau Pinang yang dikuasai Lim Guan Eng.

Sumber : The Unspinner

Read more...

Dari 2,000 penduduk, 12 saja dengar YB Aiskrim@Jamban

Tuesday, 19 June 2012


Blog Suara Ampang mengisahkan sini YB Aiskrim @Jamban menjanjikan pelbagai janji manis ketika PRU12 untuk mebantu kes 2000 pembeli rumah terbengkalai di Ulu Kelang. Janji punya janji batang hidung pun tak nampak.

Apa lagi bila sebut sahaja YB Jamban nak datang maka berpusu-pusulah dan berduyun-duyun penduduk lari meninggal tapak lawatan kerana sudah meluat dan mungkin juga tidak mahu menyokong mereka yang mengamal seks bebas

Dilaporkan yang terbaru lawatan Timbalan Presiden PKR ke sebuah surau di kawasan Bukit Antarabangsa hanya 12 orang sahaja yang datang ke majlis tersebut dikawasan perumahan yang mempunyai penduduk hampir 2000 orang. Yang sebetulnya hanya 6 orang penduduk dan bakinya adalah pencacai-pencacai termasuk YB Jamban.

Adehhhh... lawatan yang serupa dahulu ke kawasan yang sama hanya 20 orang sahaja yang datang ke majlis dirasmikan YB Jamban, kali ini 12 orang sahaja. Apa dah jadi YB Jamban? Ada sabotaj ker?

Penulis blog pro pembangkang pun dah fed-up:

Open letter to Azmin Ali ADUN BA & MP Gombak

by rights2write
Dear YB Azmin Ali

I do hope this letter finally reaches you through your political network one way or another. My aim is to highlight to you our frustration of the level of service (disservice) from you as an elected MP/ADUN.

The purpose of me writing to you is to remind you that we the people who elected you expect some service. Right now that is sorely missing. As ADUN of BA I expect you to play your part to raise important issues related to BA people in the Dewan or to the State Government. It is the same as for being the MP of Gombak.

What is probably most frustrating is that I sent you several SMS, an email and on twitter asking you to raised some questions relating to the usage of the power of the minister in protecting purchaser interest in Parliament. I did not get any respond from you. Is it so difficult?

Please tell me whom have you seen or what have you done to help your constituents in resolving the abandon housing issues? Your own political party members in BA are the victims of the same project. Please tell me how many minutes of your time that you have spent to help the fate of 2000 property purchasers in Ulu Kelang.

Sumber : The Unspinner

Read more...

PKR masih cari helah nak bangunkan padang PKNS!!!

Sunday, 17 June 2012


Kah kah kah ... ketawa kami membaca kenyataan PKNS di Selangor Ku sini sedang cuba nak 'cover line' untuk membatalkan rancangan membangunkan padang PKNS di Kelana Jaya.

Dalam kenyataan oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim kepada TV Selangor, dia berkata, “PKNS menyokong keputusan Majlis untuk membenarkan jawatankuasa audit dan tadbir urus korporat bebas bagi meneliti percanggahan pada Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2).”

PKNS akan memberi kerjasama penuh kepada jawatankuasa berkenaan dan Lembaga Rayuan Selangor yang akan menjalankan pendengaran bebas berhubung isu tersebut serta sedia menerima keputusan muktamad berhubung projek pembangunan ini.

Dari kenyataan tersebut, nampaknya pihak kerajaan negeri masih berdegil dan mahu cari alasan untuk bangunkan juga padang PKNS.

Pada rakyat biasa, percanggahan antara kedua-dua rancangan tempatan yang dikemukakan MBPJ dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) bukan isu besar dan serius. Tiada beza antara kuasa PKNS, MBPJ dan JPBD kerana mereka semua berada di bawah kerajaan Pakatan rakyat Selangor.

Jika kerajaan negeri serius, suatu mesyuarat boleh diadakan antara ketiga-tiga pihak dengan dipengerusikan Menteri Besar dan hasrat kerajaan negeri untuk mendengar rintihan dan kehendak rakyat untuk mengekalkan padang boleh dinyatakan.

Ketiga-tiga pihak boleh dipinta untuk bekerjasama dan bertolak ansur. Sebarang masaalah boleh dipinta untuk diselesaikan segera. Dari pihak pentadbiran kerajaan negeri, sebarang keputusan yang diperlukan pun boleh sedia di beri.

Kenapa ini tidak berlaku dan masih lagi ada usaha nak menangguh masa?

Satu saja kesimpulan yang boleh dibuat untuk kerajaan negeri memanjangkan perbezaan pelan yang merupakan perkara biasa disebabkan mungkin kriteria dan pengkhususan berbeza antara lain-lain entiti kerajaan.

Kerajaan PKR masih berhasrat untuk membangunkan dan mencari keuntungan dari projek ini. Mungkin sekali mereka yakin dapat menangi pilihanraya dan kekal kuasa di Selangor.

Pastinya padang ini masih berharga untuk kroni dan parti mengaup keuntungan dan aliran tunai. Kalau tidak, kenapa masih berdalih nak batalkan pembangunan padang PKNS????

Sumber : The Unspinner

Read more...

Mari lawat Rimba Ampang bersama pencinta alam Eli Wong dan anti Lynas

Sunday, 10 June 2012



Jika anda seorang penggemar suasana alam semulajadi seperti saya, sudah tentu anda akan merasa terkejut dan terkilan menyaksikan kemusnahan ekologi di Taman Rimba Ampang, yang terletak di Hutan Simpan Bukit Belacan dan kawasan tadahan air disana!


Mahaguru 58 sini telah ke sana mengambil gambarfoto untuk jelajah fotografi, tetapi sakit hati bila melihat air sungai yang dahulunya jernih bertukar menjadi keruh dan prasarana di Taman Rimba Ampang telah hancur musnah angkara kealpaan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab keatas taman rimba ini!



Jalan didalam Taman Rimba Ampang ini juga sudah mulai berlopak dan tebing tebing jalannya sudah mulai runtuh! Lopak didalam gambarfoto di atas ini menunjukkan bahawa pihak Jabatan Perhutanan Selangor sudah lama membiarkan ia semakin dalam dan tidak ada kerja2 penyelenggaraan yang telah dilakukan!


Apa yang ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin dan exco Alam Sekitar ELi Wong buat?




Nampaknya hutan ini akan ikut jejak kawasan Tanah Tinggi Lojing di Kelantan Darul Naim yang dibawah perintah PAS!


Link

Kedengaran bunyi 'chainsaw' sedang digunakan untk menebang pokok disebalik kawasan tadahan air dihujung Taman Rimba Ampang yang ditutup kepada orang awam.

Apakah sedang berlaku disana?

Pembalakan haram ke?

Siapa yang ampunya angkara ni wahai Kerajaan Selangor?

Sumber : The Unspinner

Read more...

Mungkin LGBT saja suka Khalid di Ijok

Monday, 14 May 2012


Semalam Mei 13, 2012 merupakan satu hari perpaduan buat penduduk Ijok. Penduduk Ijok dari ketiga-tiga kaum - Melayu, CIna dan India - sama-sama berkumpul di belakang Taman Sejati Ijok membuat bantahan terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketiga-tiga kaum di situ membantah tindakan Menteri Besar yang terlalu ghairah memaksa perpindahan untuk membangunkan hartanah.

Menteri Besar yang pernah tergila-gila mahu bangunkan dengan segera tanah ladang menjadi hartanah ketika mengetuai Guthrie hingga menjerumuksn syarikat itu ke masaalah kewangan tidak boleh membuang tabiat lama.


Di Ijok, dia mahu memindahkan sekali gus padang bola, tempat rehat, kuil dan tanah wakaf untuk Masjid Kg Ijok.

Ini pasti ada pembangunan hartanah yang diusahakan.
3
Kira-kira 130 penduduk penduduk pelbagai kaum menyertai tunjuk perasaan ini yang diketuai oleh Tee Bok Weng, Timbalan Pengerusi PIBG SJKC Ijok.

Dengan tiga-tiga kaum bersatu padu tidak lagi mahu Khalid menjadi MB mewakili rakyat kampungnya sendiri, entah siapa lagi yang masih mahu menyokong Khalid. Mungkin LGBT kot, kalau ada LGBT di Ijok.

Sumber : The Unspinner

Read more...

Auta Anwar nak lambatkan PRU S'ngor

Saturday, 21 April 2012


Lambatkan PRU S'ngor takkan membantu PR

Anwar mahu Selangor supaya tidak ikut pilihanraya bersama kerajaan pusat. Alasannya Selangor mahu pastikan daftsr pemilih bersih. Ia hanya sebahagain dari propaganda dan psywar Anwar untuk perhimpunan.

Apa susah sangat isu daftar pemilih. Orang datang mengundi perlu ada IC dan perlu di cek sana sini. Bukan langsung nama yang tidak ada dalam daftar akan undi. ATau nama dalam daftar yang dah tak wujud akan undi.

INi semua perancangan Anwar untuk Malaysia Spring. Bila dia kalah, dia mahu jadikannya sebagai Malaysia Spring.

Sekarang dia mhu demo anti PTPTN dijadikan pemula Malaysia Spring. Sebabnya mudah, Anwar dah rasa diambang kekalahan.

Dia perlu pertahankan Selangor, maka dia kira dengan dilambatkan pilihanraya untuk Selangor, dia dapat tumpukan untuk pertahan Selangor. Lagi dia lambat, lagi dia akan ditolong ke dinding dan BN lagi mudah beri tumpuan juga.

Melambatkan Selangor akan bermakna kerajaan PR takut hadapi pilihanraya kerana semua tahu janji pilihanraya masih tidak dapat dipenuhi. Hanya menyalahkan orang lain khususnya BN akan kegagalan mereka. Ca Antara Pos di sini

Kenapa janji kalau tahu ianya diluar kausa kerajaan negeri untuk lakukan. Kalau begitu janji PR tak boleh dipakai?

Satu lagi akan berlaku, ramai anggap Anwar nak pertahankan Selangor dari pilihanraya supaya dia boleh terus kapur lagi.

Tengok lah isu sampah. Alam FLora dipaksa hingga berhenti dan untuk mereka beli compactor sampai 5o dengan harga anggaran satu RM250,000, kontrak sampah yang boleh dilipat pemimpin PR, dll.

Tengok sajalah bujet Selanmgor Ku yang jelas adalah manipulasi politik yang mana mewreka tuduh pula kerajaan BN lakukan dari usaha untuk rakyat seperti BR1m< KR1M dll. Baca MyKMu sini

Jangan ingat BN ada masaalah siapa nak jadi MB. PR pun ada masaalah sama. Siapa yang mahu diletak sebagai MB?

Khalid nak rasa jadi Raja buat kali terakhir

Khalid berdepan dengan masaalah dari kampung halamannya sendiri. Takkan MB tak pertahankan kerusi?

Bagi menutup Melayu, maka Khalid perlu berpindah ke Parlimen. Masaalahnya Bandar tun Abdul Razak pun tak mahu dia lagi. Dia harap Lembah Pantai akan terima dia?

Baca analisa Sel13 di sini.

Nak letak Azmin yang nak sangat kerusi itu? Setujukah PAS dan DAP? Setujukah dalaman PKR tu juga?

Sedap kalau Azmin akan dicadangkan sebagai MB. Tahulah kita nak buat dengan l;ima soalan Hasan Ali.

Tak bolehlah jadi MB yanmg tak telus. Naik jadi MB dah kena SELCAT. Mestijawab soalan tau ...

Sumber : The Unspinner

Read more...

70 samseng Ronnie Liu dihantar robohkan tokong

Saturday, 14 April 2012


Pada awal bulan Mac, 2012, laman web media baru kerajaan negeri Media SelangorKu sini membuat satu spin atau putarbelit untuk memberi gambaran nelayan Kampung Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor menolak pampasan yang diberi untuk pembinaan jati dan rumah nelayan di atas tanah LKIM.

Rupanya ia hanya satu usaha Ronnie Liu, exco negeri untuk mengaburi mata awam keapda keadaan sebenar. Semalam lebih kurang pukul 4 petang, 70 orang samseng telah dihantar oleh pemaju kroni Ronnie yang dilantik kerajaan negeri Selangor untuk merobohkan kuil tokong kepunyaan masyarakat Cina setempat. Kekecohan berlaku hingga pasukan FRU terpaksa diturunkan untuk membantu mengawal keadaan.

Ketika projek ini hendak diusahakan oleh Kementerian Pertanian pada akhir 2009, pihak kerajaan telah berbincang dengan pengurusan tokong dan penduduk yang akan dipindahkan. Minit Mesyuarat juga ada memnunjukkan persetujuan penduduk di situ kepada projek LKIM ini.

Sebaik saja projek ini mahu dimulakan, Ronnie Liu cuba menggagalkan dengan mengarah pihak PBT tempatan mengeluarkan srat arahan “stop work”.

Arahan menghentikan projek di letak di perkarangan tokong Sei Ling dimana tiada projek di hadapan tokong dan tanah milik LKIM yang mahu dibangunkan untuk rumah nelayan adalah disebelah tanah tokong untuk menggantikan rumah nelayan yang duduk di tanah yang akan dibangunkan jeti.

Selain mendapat rumah nelayan yang dibina oleh LKIM untuk menggantikan rumah mereka yang ada, nelayan juga diberi wang pampasan yang cuba diputarbelit media kerajaan negeri dan penyokong DAP sebagai tidak menjanjikan tempat untuk berteduh.

Ronnie Liu datang bertemu penduduk dengan cuba memutarbelit fakta dan konon nak jadi pembela mereka, sebelum Dato Noh Omar datang sendiri bertentang dengannya untuk membetulkan pembohongannya. Ronnie Liu tidak berupaya menjawab. Apabila diugut dengan saman, baru Ronnie Liu sedia berundur dan hentikan kekecuhannya.

Baca sepenuhnya di Sel13.com sini

Sumber : The Unspinner

Read more...

Khalid Ibrahim simpan jantan betina di opis?

Monday, 9 April 2012



Jika dahulu, Khalid gabra kerana recorder terjumpa dalam pejabat. Dia segera tuduh UMNO dan kata akan buat laporan polis, tetapi tidak. Kenapa?

Semua diam tak korek. Khabarnya ada dalam video itu seorang perempuan bersama Khalid dalam opis. Video ditayang depan Khalid dan diminta henti setakat seorang perempuan memegang tie Khalid.

Gambar di atas kelihatan Terasa Kok posing dengan recorder. Adakah apa2 makna tu? Jeng jeng jeng ...

Itu bab simpan perempuan di pejabat. Buat masa ini, keasyikan Tan Sri Khalid Ibrahim pula adalah terhadap seorang jantan.

Ianya belum sampai ketahap dikasi duit bulanan untuk belanja, kereta untuk bergaya dan condo mewah untuk bercengkerama. Itu cara personaliti TV yang condong ke PKR tapi belum lagi Khalid yang sudah dalam PKR dan memegang jawatan kerajaan untuk PKR.

Lelaki yang dimaksudkan itu ada dan boleh dilihat. Tidak disimpan dalam Apartment. Tengok gambar berikut:



Lelaki itu dibawabnya dari Guthrie, kompeni lama Khalid. Hanya lulus STPM, tapi diberi jawatan tinggi. Kompeni yang dikendalikan itu SLC atau GLC negeri yang banyak aset.

Masuk saja, dia dinaikkan dari Jusa C terus ke Jusa A. Tapi Khalid bijak, kontrak hanya ikut bulanan. Apa-apa berlaku, dia terus diberhentikan macam mana Dato Syukor Nagir di Kumpulan Semesta.

Lapioran Audit Negara dah dedahkan kegagalan GLC yang diuruskan. Masih tidak dapat menghapuskan 'orang tengah' yang cekik darah rakyat bawahan.

Rafizi yang disyak jambu baru Anwar diam saja. Tidak didedahkan salahlaku jambu batu Khalid Ibrahim. Padahal dah tersebar salahtadbir urus GLC ini.

Sumber : The Unspinner



Read more...

Pegawai Khalid bergaya hidup mewah?

Saturday, 31 March 2012


Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas rakyat Selangor didedahkan oleh Datuk Dr Hassan Ali tentang seorang individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Datuk Hassan juga mendakwa individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira - kira RM 130,000 pada tahun sama. Antara kegiatan utama individu tersebut ke luar negara adalah untuk bermain golf.

Mungkin sudah berasa panas dengan pendedahan Hassan Ali, dua hari selepas itu individu tersebut membekalkan maklumat tersebut secara terperinci kepada Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin Ali untuk membelasah Hassan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Siapakah individu tersebut?

Baca di SEL13.blogspot.com

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP