Powered by Blogger.

Banjir Di Klang - Sekolah Dr Hasan Ali & Zahid Hamidi Terjejas Teruk

Saturday, 31 March 2012

SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang dilanda banjir besar 2 kali dalam tempoh seminggu. Gambar atas yang dipetik dari Berita Harian adalah pada banjir yang pertama, berlaku pada Rabu lepas.

Menurut sebaran SMS Pengerusi Alumni sekolah berkenaan, banjir yang berlaku pagi tadi, telah merosakkan 21 cpu, pelbagai buku, perabut dan peralatan pejabat.

SMK Tengku Ampuan Rahimah merupakan tempat Dato' Dr Hasan Ali mendapat pendidikan awal menengah dan adalah sekolah yang harian No. 1 di Klang. Selain Hasan, antara tokoh-tokoh yang pernah mendapat pendidikan di sekolah ini ialah Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi, SUK Selangor Dato' Khusrin Munawi, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil dan beberapa orang YDP (samada yang masih memegang jawatan atau bekas YDP serta bekas Dato' Bandar) PBT di Selangor.

Antara selebriti yang turut pernah belajar di sekolah ini ialah Ratu Rock Ella dan Saiful Apek.

Sementara itu, kawasan Telok Gadong merupakan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.



Meskipun bencana banjir ini merupakan ketentuan Illahi, namun persoalannya mengapa ia hanya melibatkan kawasan-kawasan DUN milik Pakatan Rakyat? Kawasan-kawasan yang diwakili oleh Ronnie Liu dan orang kuat Hindraf M. Manoharan terjejas teruk.

Ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada wakil-wakil rakyat DAP di kawasan-kawasan yang terlibat dalam mengurus pembangunan dan penyelenggaraan di kawasan masing-masing. Apatah lagi pengurusan PBT (Majlis Perbandiran Klang) adalah dibawah ahli-ahli majlis secara keseluruhan dikuasai oleh DAP serta rakan sekutu mereka PKR dan PAS.

Read more...

BANJIR KILAT DI SELANGOR, SALIRAN ATAU SEMEMANGNYA BALA ALLAH TAALA!!!


Semakin lama, semakin menyakitkan hati. Berselang bulan, Selangor kembali dilanda banjir kilat. Hendak dikatakan parit dan sungai tertimbus, rasa-rasanya semua parit dan sungai masih ada. Malah kalau tak cukup parit dan sungai untuk menampung aliran air, lombong-lombong pasir di seluruh Selangor.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim ketika memberi alasan tentang lombong-lombong pasir tersebut berkata, lombong-lombong berkenaan turut berfungsi sebagai kawasan takungan banjir selain untuk membekalkan air bersih kepada penduduk seluruh Selangor.

Namun, semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, kekerapan banjir besar yang memusnahkan harta benda, semakin menjadi-jadi. Berbanding negeri-negeri lain, banjir di Selangor kerapkali menimbulkan pertanyaan, apakah ianya disebabkan masalah saliran, atau sebenarnya ia merupakan MALAPETAKA dari Allah Taala.

Apatah lagi, BANJIR sendiri merupakan salah satu malapetaka yang pernah diturunkan oleh Allah Taala untuk menghukum umat-umat yang zalim pada zaman dahulu sepertimana yang berlaku di Mesir sewaktu pemerintahan Firaun Ramses II.

Sudah ada cakap-cakap yang mula membandingkan pentadbiran Barisan Nasional di Selangor dengan Pakatan Rakyat. Kata mereka, seburuk-buruk pentadbiran Barisan Nasional, kawasan banijr yang teruk terjejas hanyalah di Sri Muda, Shah Alam. Itu pun lama-lama sekali. Tetapi apabila Pakatan Rakyat memerintah Selangor, banjir besar berlaku sebulan sekali.

Bulan lepas, banjir besar telah membuatkan penduduk di Lembah Jaya Utara dan kawasan sekitarnya sengsara. Malah Kerajaan Pakatan Rakyat sekadar berlepas tangan dan kemudian mengambil nama atas kerja-kerja yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional di kawasan berkenaan.



Sahabat Blogger, Medan Info Kita - MIK melaporkan tentang banjir yang telah melanda kawasan Taman Sri Andalas sehingga memaksa jemaah Jumaat Masjid Ar-Rahimiah berpindah ke tingkat atas masjid.

"Berpuluh tahun UMNO perintah Selangor, Masjid Ar-Rahimiah tak pernah banjir teruk," katanya dalam BBM.

Masjid berkenaan cukup terkenal dengan nama Cikgu Jaafar dan AJK Masjid yang dikuasai sepenuhnya oleh orang PAS. Aktiviti masjid itu sepenuhnya mengikut KURIKULUM pemimpin PAS dan masjid inilah juga yang membenarkan Xavier memberi tazkirah bulan Ramadhan kepada jemaah tahun lepas.

Suatu ketika dahulu, Mursyidul Am PAS ketika mengulas banjir besar di selatan Semenanjung atau lebih tepat lagi di negeri-negeri UMNO berkata, banjir tersebut adalah malapetaka dari Allah Taala kerana penduduk dan rakyatnya tidak memilih Islam. Dan Islam yang dimaksudkannya adalah PAS.

Berselang tidak lama kemudian, Kelantan dan Kedah dilanda banjir besar sehingga memerlukan bantuan dari negeri-negeri lain dan Kerajaan Persekutuan. Mursyidul Am PAS senyap tidak lagi mengeluarkan fatwa Malapetakanya seolah-olah dia tertelan air ludahnya sendiri!!!

Fikir-fikirkanlah!!!

Read more...

Kerajaan Selangor menekan Persatuan Belia

Friday, 30 March 2012

Venue : Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 29/3/2012

Kerajaan Negeri Selngor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dikatakan bertindak kejam kerana membiarkan pihak anak syarikat MBI menaikkan kadar sewa keatas pejabat yang mereka telah duduki sejak 2001. Kadar baru yang berlipat ganda tersebut tidak termampu Majlis Belia Selangor yang tiada pendapatan tetap. Ikuti rakaman kenyataan media yang dibacakan oleh Sdr Badrul Hisham, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor


1. Surat dari Kompleks Belia Negeri Selangor kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011


2. Surat dari MSNS Holdings Sdn Bhd kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 3/1/2012



5.



Read more...

Speaker DUN terjangkit penyakit gagap







Kalau iya pun, takyah tergagap dan tuduh UMNO akrab dengan Hasan Ali. Kata semua akrab walaupun lain parti. Hehehe ...

Read more...

Peneroka Felda Bandar Baru Bangi Terkejut Beruk Bila Dengar Yusuf Qardawi Bantah Penyenaraian FGVH



Malam tadi, bertempat di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi telah berlangsung satu program mengencing rakyat bersama penduduk setempat anjuran Pakatan Pembangkang.

Hujan tidak, ribut petir pun tidak tetapi keadaan penyokong tegar Pakatan Pembangkang habis basah lencun akibat dikencing oleh pemimpin mereka ketika berucap di astaka yang berada di dalam stadium.

Matlamat utama mereka berhimpun malam tadi bertujuan untuk menyuarakan bantahan terhadap penyenaraian FGVH di bursa saham Malaysia. Dengarnya mereka akan berhimpun petang ini di dataran  Masjid Putrajaya bagi tujuan yang sama.

Beberapa orang pemimpin Pakatan Pembangkang turut dilihat hadir malam tadi menyampaikan ceramah, antaranya 'Parasit' Pas, Khalid Samad, Tony Pua, Sam Ketot dan  pemimpin agung yang menjadi kesayangan penyokong Pakatan merangkap anugerah tuhan, kaki zina, bakal PM ke 7 iaitu Anwar Berahim.

Turut tak ketinggalan juga Tok Uban atau A Samad Said, penentang PPSMI turut diberi peranan sebagai tukang baca puisi untuk menarik minat golongan seusianya hadir menganga mulut menadah air kencing Anwar Berahim

Lebih banyak merapu dari memberi tahu fakta sebenar berkenaan isu penyenarai FGVH. Semuanya perkara biasa yang kita selalu dengar bila setiap kali pemimpin Pakatan Pembangkang berucap di khalayak ramai seperti rasuah, kroni dan sebagainya. Isu FGVH yang sepatutnya menjadi isu utama hanya disentuh sedikit sahaja oleh mereka, itu pun pada permulaan.

Program penerangan isu FGVH malam tadi juga turut dijadikan medan untuk melepaskan geram terhadap bekas exco Agama Islam Selangor, Hasan Ali. Marah benar Khalid Gereja bila bercerita pasal Hasan Ali. Ungkapan 'Parasit' yang dilabelkan pada dirinya memang cukup memberi bekas, sehinggakan Khalid terlupa bahawa kawasan Bandar Baru Bangi merupakan kubu kuat Hasan Ali.

Paling nyata, setelah mengikuti secara dekat program penerangan berkenaan isu penyenaraian FGVH yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang, terbukti mereka gagal. Agenda yang dibawa tak lebih hanya bertujuan untuk meraih simpati politik dan mengambil kesempatan atas kesusahan peneroka.

Jika benar niat Pakatan mengambil berat tentang nasib peneroka sepatutnya program seperti ini dibuat di kawasan Felda seluruh negara bagi membuktikan bernahkah sokongan Peneroka kini bersama mereka. Tak perlulah susah payah berbohong di depan penduduk bandar yang rata-rata bukan warga Felda, kononya seleuruh Peneroka tanah rancangan sekarang ini dibebani hutang hingga mencecah ratusan ribu ringgit setiap orang kerana membenarkan ladang mereka diusahakan oleh Felda

Read more...

Presiden GB4B Kesal Dengan Tindakan Kerajaan Selangor Menaikkan Sewa


Berikut adalah kenyataan daripada Presiden, Gerakan Belia 4B Malaysia yang kesal dengan tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang menaikkan sewa bangunan yang diduduki oleh mereka. Apakah Kerajaan Selangor tidak prihatin dengan golongan belia? Katanya banyak kecairan tunai dengan berbillion di tangan, kadar sewaan dengan majlis belia pun nak berkira ke TS Khalid Ibrahim?

"Tindakan menaikkan sewa keatas pejabat Majlis Belia Selangor amat mengecewakan para belia negeri khususnya Belia 4B Selangor yang juga bernaung di bawah Majlis Belia Selangor (MBS).

Saya selaku Presiden Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia merasakan bahawa tindakan ini amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan negeri, ini kerana Majlis Belia bukanlah sebuah badan yang mempunyai keuntungan seperti sebuah syarikat perniagaan.

Majlis Belia juga menjadi tempat bernaung kepada persatuan-persatuan belia yang mana ianya secara tidak langsung membabitkan kebajikan belia di semua peringkat.

Saya mewakili seluruh ahli-ahli belia khas nya 4B melahirkan rasa kekecewaan dalam hal sebegini, Saya juga berpendapat bahawa, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negeri yang paling kaya didalam negara ini, adalah mustahil untuk kerajaan mengalami kerugian jika tidak menaikkan sewa bangunan tersebut.

Akhir kata dari saya, saya menyeru semua belia2 di Selangor membuka mata dan melihat apakah sebenarnya yg dimahukan oleh kerajaan Selangor skrg ini dgn tindakan mereka ini, ternyata mereka tak perlukan sokongan Belia secara keseluruhannya. Wallahualam."

Read more...

Khalid Ibrahim HALAU Dan BUNUH 25 PELADANG Taman Agroteknologi MACAM ANJING KURAP



Tidak cukup dengan 32 dosa kerajaan negeri pimpinan PKR, Khalid Ibrahim berjaya menambah satu lagi dosa kering dengan menghalau 25 orang peladang terlibat dalam menjayakan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi.



Alasan yang diberikan cukup mudah ... tanah yang diduduki diterokai secara tidak sah.

Walhal tanah seluas 142 hektar telah diberikan oleh Kerajaan Selangor pada tahun 1998 di Bistari Jaya, Kuala Selangor untuk dijadikan sebagai Taman Agroteknologi.

Dan pada tahun 2000, selepas Kementerian Pertanian memperkenalkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Taman Agroteknogi tersebut bertukar menjadi TKPM.

Kerajaan negeri Selangor ketika itu dibawah pimpinan Barisan Nasional telah bersetuju dan telah menandatangan MOU dengan Kementerian Pertanian bagi menjayakan TKPM di Bistari Jaya.


Zalimnya Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat menghalau 25 orang peladang bagai anjing kurap


Antara projek pertanian yang dijalan dalam TKPM tersebut adalah :

Penternakan ikan(keli dan talapia)
Kebun sayur dan buah-buahan
Pemprosesan ikan kering
Kilang memproses makanan ikan
Ladang ternakan ayam
Pusat semaian pokok dan bunga
Penternakan ikan(keli dan talapia)
Ikan hiasan





Hasil usaha keras Kementerian Pertanian dan Jabatan Pertanian Selangor selaku pembimbing,serta usaha keras para peladang juga projek ini berjalan dengan lancar.

Sejak diwujudkan sehingga kini hasil pertanian berjumlah RM 25.3 juta telah berjaya dikeluarkan dari TKPM tersebut. Peladang-peladang dari kawasan terbabit juga antara pembekal bahan pertanian utama di Lembah Klang.






Dendam kesumat politik PKR dan DAP sanggup menjadikan para petani sebagai mangsa. Marahkan Barisan Nasional, 25 orang peladang dihalau macam anjing kurap yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Segala apa yang diusahakan oleh petani-petani selama ini yang semuanya orang Selangor akan jahanam dalam sekelip mata tidak lama lagi kerana kerakusan politik Pakatan Rakyat.


sumber : portal Selangor Daily


Yup ... Betul tu bang. PR = Penyamun Hasil Rakyat!

















Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP