Powered by Blogger.

Showing posts with label Cucu Tok Selampit. Show all posts
Showing posts with label Cucu Tok Selampit. Show all posts

Ceramah Perdana Pra PRU13 Menuju Ke Putrajaya Mendapat Sambutan Hangat Penduduk Selangor

Wednesday, 12 December 2012


Acara - Ceramah Perdana Pra PRU 13 Menuju Ke Putrajaya.
Tarikh - 9/12/2012 Ahad 9.00 p.m.
Tempat - Taman Bukit Kuda Klang.
Penceramah Utama - Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Joseph Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad.
Kedatangan penonton - Kurang dari 200 orang.
Komen CTS - huahahahahahaha ada hati hendak ke Putrajaya!!!











Sumber

Read more...

Isu Selangor - Roboh Gerai Penjaja Melayu Di Klang - Zalimnya Kerajaan PR Selangor

Thursday, 6 December 2012






Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.

Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.


Read more...

Sambutan Deepavali P"Gay"R DUN Batu Tiga, Shah Alam Hambar!!

Tuesday, 27 November 2012








Tidak seperti Rumah Terbuka yang diadakan oleh Barisan Nasional yang mendapat sambutan hangat dari penduduk sekitar mahupun yang jauh, samputan Rumah Terbuka Deepavali P"Gay"R kelihatan hambar. Rumah Terbuka Deepavali P"Gay"R hari ini diadakan di Seksyen 19, Shah Alam, di bawah seliaan DUN Batu Tiga. Dari tengah hari membawa ke petang, jumlah pengunjung yang tiba boleh dikira dengan jari. Kuarng dari 500 jumlah kehadiran. Hampir keseluruhan yang hadir adalah dari kaum India. Tiada kaum Melayu kelihatan kecuali petugas-petugas. Kaum Cina DAPig hari ini pula sibuk membuat demo haram Anti Lynas di Dataran Merdeka.

Gambar-gambar di atas diambil pada pukul 5.00 petang tadi di mana terdapat "crowd" yang paling ramai. Selepas kegagalan siri Ceramah Merdeka Rakyat yang diadakan baru-baru ini di Seksyen 24, Shah Alam yang tidak berjaya mengumpul puluhan ribu Rakyat Shah Alam, sehinggakan Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan kedatangannya atas sebab "kesihatan", sessi kali ini juga dilihat mengalami kegagalan untuk menarik tumpuan umum. ADUN P"Gay"R Batu Tiga, Puan Rodziah Ismail, menghadapi risiko untuk digugurkan oleh Ketua Umum P"Gay"R, di dalam PRU13 sekiranya kegagalan kedua-dua sessi majlis ini diambil kira.

Sumber

Read more...

MB Selangor Gila Beri Sokongan Kempen Jalan Kaki 300km Himpunan Hijau dari Kuantan ke Parlimen

Thursday, 22 November 2012



Kumpulan Hijau buat kerja gila lagi. Kali ini dengan sokongan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300 km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).

Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012. Sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas. Mengikut laporan terkini pula, perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Bagi CTS tindakan NGO Hijau Anti Lynas yang pro Pakatan Haram ini dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of court), apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300 km sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah, yang memberi kebenaran ke atas Lynas untuk beroperasi. Sayangnya, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, pejuang utama anti-Lynas, tidak turut sama berjalan kaki sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Kalau tidak pastinya kita akan melihat YB Fuziah Salleh "slim" seperti Anzalna ataupun Neelofa!

Sumber

Read more...

Baru Sepenggal Menjadi Wakil Rakyat, YB Puchong Sudah Menempah Porche 911 Turbo

Sunday, 14 October 2012


Gambar di atas adalah gambar kereta Porche 911 Turbo Tiptronic Coupe, yang bakal menjadi hak milik YB Puchong. Tidak sampai sepenggal menjadi Wakil Rakyat di Selangor YB Puchong sudah menempah sebuah kereta "sport" mewah. Hebat Wakil Rakyat DAP dan Pakatan Haram. CTS tidak mengatakan YB Puchong tidak mampu membeli kereta mewah sedemikian. Dengan gaji dan elaun Wakil Rakyat Selangor berjumlah RM17 ribu lebih ditambah dengan tugasan dan perniagaan beliau di dalam syarikat guaman bapanya, beliau jauh lebih dari mampu untuk memilikinya.
Kereta berkenaan baru selesai dibuat "booking" dengan harga sebanyak RM400,000. Semua urusan tanda tangan "booking" pembelian telah selesai minggu lepas. Dikhabarkan pengeluaran kereta "recond" tahun 2006 berwarna hitam berkenaan hanya menantikan pinjaman bank diluluskan. Nanti bolehlah YB Puchong membawa kereta berkenaan untuk melawat kawasan. YB-YB Pakatan Haram yang lain tidak berminatkah dengan kereta Porche. Bolehlah menurut jejak langkah YB Puchong dan YB Gombak.

Sumber - Cucu Tok Selampit

Read more...

Pakatan Haram Sibuk Menghasut Pelajar SAR Berdemo Di Parlimen Sedangkan Pelajar KAFA Di Ijok, Selangor Merempat!

Saturday, 13 October 2012

Semalam, tangan-tangan ghaib daripada Kerajaan Negeri Selangor cuba untuk menggunakan pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat(SAR) untuk mengaibkan dan menghina Kerajaan Barisan Nasional kononnya Kerajaan Pusat tidak peka dan prihatin dengan permasalahan SAR. Pembalasan Allah SWT di akhir zaman ini dibayar tunai dan segera. Dalam masa 24 jam, Allah telah menunjukkan kepincangan Kerajaan Pakatan Haram Selangor.
Semalam, orang ramai mula mempersoalkan terdapat banyak Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang terbiar di Selangor tanpa mendapat membelaan. Antaranya adalah di kawasan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim sendiri. Seramai 25 murid di sebuah Kafa Integrasi Al-Falah di Kota Puteri, di kawasan DUN Ijok, terpaksa menggunakan surau yang diubahsuai untuk tujuan pembelajaran sejak awal tahun lalu. Pihak sekolah bercadang mengumpul dana RM150,000 untuk membina sebuah sekolah enam kelas bagi menggantikan kelas sedia ada.
Bila menyedari pekung mereka mula terdedah, EXCO Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali barulah mengadakan sidang media dan berkata, pihak sekolah berkenaan boleh memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri pada bila-bila masa sahaja. Katanya, permohonan boleh dibuat di bawah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berjumlah RM9 juta pada tahun ini. CTS ada dua soalan buat YB Dr Halimah:
1. Selama hampir dua tahun sekolah KAFA berkenaan beroperasi, Kerajaan Negeri tidak peka kah? Kenapa setelah didesak oleh banyak pihak, barulah Kerajaan Negeri sedar? Selama ini buat apa? Sibuk dengan ceramah? Kalau kawasan Menteri Besar sendiri boleh terlepas pandang sebegini, bagaimana dengan kawasan-kawasan lain di Selangor?
2. YB Dr Halimah sendiri mengatakan sebanyak RM9 juta telah diperuntukan kepada SAR di Selangor. Kenapa juak-juak Pakatan Haram terpaksa mengheret pelajar-pelajar SAR di sekitar Selangor untuk berdemonstrasi di Parlimen semalam? Kenapa memperkudakan dan menggunakan pelajar-pelajar SAR untuk kepentingan politik Pakatan Haram?

Sumber - Cucu Tok Selampit

Read more...

Skandal Talam: Khalid Gagap Terus Bermain Silap Mata Untuk Mengelirukan Rakyat

Friday, 7 September 2012


Kenyataan Menteri Besar, Khalid Ibrahim berhubung isu TALAM sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Hakikatnya, siasatan oleh pihak audit bebas hanya menyemak transaksi urusniaga dan dokumen yang berkaitan sahaja.

Apa yang lebih penting, pihak auditor sendiri mengakui, penelitian dan pemeriksaan oleh mereka langsung tidak melibatkan pendedahan dan persoalan yang didedahkan oleh pihak Barisan Nasional Selangor sebelum ini.

Sebagai Pembangkang di Negeri Selangor dan atas prinsip demokrasi, kami masih lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan ringkas yang disampaikan oleh pihak MB Selangor tersebut. Malah, ugutan untuk mengambil tindakan mahkamah jika perkara ini terus dibangkitkan menunjukkan bahawa masih ada perkara yang cuba disembunyikan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin bertanya kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, jika benar pihak auditor telah menjalankan tugas mereka, kenapa Menteri Besar masih belum mengeluarkan sebarang laporan audit seperti yang dijanjikan sebelum ini? Saya juga masih menuntut untuk pihak Kerajaan Negeri mengeluarkan Kertas Putih seperti yang beliau sendiri janjikan sebelum ini.

Menteri Besar juga mengakui bahawa ianya bukanlah satu proses ‘bailout’ tetapi proses pemulihan hutang, namun begitu pihak kami telah mendedahkan sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri melalui anak syarikat mereka telah membelanjakan wang yang besar untuk membeli aset-aset TALAM bagi tujuan penghapusan hutang. Adakah pembelian aset terhadap TALAM ini bukan satu proses bailout? Kenapa pihak Kerajaan Negeri langsung tidak melantik auditor untuk menyiasat perkara ini sebaliknya hanya untuk menyemak transaksi sahaja?

Menteri Besar juga sepatutnya bersetuju untuk menerima cadangan Barisan Nasional supaya ditubuhkan Jawatan Kuasa bagi melaksanakan siasatan secara terbuka kerana banyak persoalan yang masih memerlukan jawapan.

Dalam FAQ yang disediakan juga, pihak Kerajaan Negeri langsung tidak menyentuh mengenai tanah bawah air (underwater land) yang dibeli dari pihak TALAM di beberapa tempat seperti di Bestari Jaya dan Danau Putra yang dikatakan lebih tinggi dari nilai sebenar. Persoalannya, kenapa pihak Kerajaan Negeri tidak melantik penilai (evaluator) untuk menilai tanah tersebut? Dalam pendedahan terbaru oleh MCA, dua kes berbeza di Bukit Beruntung 2 dan Ulu Yam, Kerajaan Negeri juga didakwa membeli tanah tersebut dengan nilai yang lebih tinggi dari harga yang ditaksirkan. Adakah ini bukan bailout? Bolehkah pihak auditor mengesahkan perkara ini juga sebenarnya merupakan satu urusniaga yang bersih dan tidak meragukan?

Kenyataan Menteri Besar sebenarnya masih belum menutup isu ini sepenuhnya. Memandangkan pihak auditor sendiri mengakui bahawa tiada sebarang audit atau semakan dibuat terhadap pendedahan yang kami buat, maka hakikatnya isu ini masih belum selesai.

Sehingga laporan penuh dikeluarkan, kami tetap akan memberi penjelasan dan penerangan berhubung pendedahan sebelum ini supaya rakyat Selangor tidak terpedaya dengan ‘silap mata’ yang cuba dimainkan oleh pihak Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Ribuan Hadir Di Majlis Iftar Bersama MB Selangor Dan Ketua Umum P"Gay"R

Wednesday, 15 August 2012

Pernah 4 - 5 kali menghadirkan diri atas jemputan untuk berbuka puasa atau panggilan glamour tahun ini "Iftar" bersama-sama Menteri atau tokoh-tokoh politik daripada UMNO, untuk Ramadhan tahun ini. Namun, majlis yang CTS hadiri hanya bersifat sederhana. Tidaklah sampai ribuan seperti mana Rakyat Selangor yang turun untuk berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dan Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim. Keadaan rumah Menteri Besar menjadi penuh sesak. Keadaan surau di rumah Menteri Besar juga tidak dapat menampung hadirin yang datang.

Majlis yang diadakan semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam adalah anjuran ABIM. Banner-banner telah diletakkan di beberapa tempat strategik di Shah Alam beberapa hari sebelum itu menjemput Rakyat Shah Alam untuk hadir beramai-ramai. Di dalam majlis berkenaan juga Anwar Ibrahim turut melancarkan (Anwar Ibrahim memanggil "meluncurkan", bunyi macam pelacur saja) buku karangan idola beliau Syed Yusuf Al Qaradawi. Di bawah disertakan gambar-gambar kemeriahan majlis berkenaan yang dihadiri ribuan Rakyat Shah Alam.





Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Bukti Bergambar Pakatan Haram Selangor Tidak Pernah Menggunakan Masjid Dan Surau Untuk Tujuan Politik






Kalau sudah titah Sultan sendiripun yang mengkehendaki Masjid dan Surau tidak digunakan untuk ceramah politik kepartian, tidak mahu didengari, sememangnya MB Khalid Gagap ini jenis yang tidak makan saman dan keras kepala. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Kemungkinan besar ini adalah penggal terakhirnya sebagai Menteri Besar, dengan izin Allah. Allah maha kaya. Persoalannya, kenapa hendak mencemarkan Rumah Allah dengan tazkirah kepartian? Mungkin golongan-golongan ini sedang membayar zakat fitnah!

Walaupun dengan kehadiran seorang Menteri Besar, seorang Ketua Umum Parti dan EXCO Kerajaan Negeri, masih tidak dapat menarik hadirin yang hadir. Haprakdaily dan Keldaiandaily pasti akan melaporkan ribuan bersesak membajiri rumah Allah. Tuan-tuan kira sendiri sajalah. Kalau yang memberi tazkirah Al Hafiz Datuk Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul PAS, tidaklah terasa panas sangat. Ini yang memberi ceramah memang seorang yang terkenal dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi, dihormati oleh kaum sejenis maupun golongan China Dolls. Haish! Apa hendak jadi Selangor ni!

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Khalid Gagap Ingin Jadi Hero Menyelamatkan Rafizi Ramli Dengan Sediakan Dana Guaman?

Wednesday, 1 August 2012


Sebaik sahaja berita penangkapan Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli tersebar dan beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim berlagak hero dengan mengumumkan satu dana khas telah disediakan untuk membantu membiayai kos guaman Rafizi.

Pertamanya CTS ingin membetulkan fakta Menteri Besar Selangor seperti yang dicatatkan di dalam laman Fanpage Facebook beliau. Tuduhan yang dikenakan ke atas Rafizi adalah bersubahat mendedahkan akaun pelanggan Bank yang mana ini adalah sulit dan tertakluk di bawah perlindungan Akta BAFIA. Pertuduhan di Mahkamah yang dilakukan oleh pihak PDRM dan Bank Negara Malaysia ini tidak ada kena mengena dengan isu George Kent, George Kennedy ataupun George Clooney!

Keduanya, dana khas yang Menteri Besar Selangor umumkan ini datang dari mana? Apakah duit Kerajaan Selangor digunakan untuk kos guaman seorang suspek penjenayah? Diharap TS Khalid Ibrahim dapat memperjelaskan sumber kewangan yang digunakan sama ada wang parti PKR atau wang dari Perbendaharaan Kerajaan Negeri. Kami tidak rela wang Kerajaan Negeri digunakan sesuka hati mak dan ayah Menteri Besar!

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Isu Campurtangan Masjid Oleh Kerajaan PR Selangor - Memorandum Diserah Pada Sultan

Thursday, 19 July 2012



Sebentar tadi telah berlangsungnya bantahan campurtangan politik dalam pemilihan AJK Masjid di beberapa Masjid di Selangor. Dalam pada masa yang sama, wakil kariah Masjid serta beberapa NGO telah menyampaikan memorandum rayuan kepada Tuanku Sultan Selangor memohon campurtangan Baginda dalam isu berkenaan.

Memorandum rayuan ini telah disampaikan kepada setiausaha sulit DYMM Sultan Selangor, petang tadi di Istana Kayangan, Shah Alam. Memorandum berkenaan disampaikan oleh Presiden GAPS, Wakil YDP Perkasa Selangor, serta dua orang wakil dari Masjid Sunway dan Masjid Batu 3.

Sumber Cucu Tok Selampit

Read more...

Mesti Baca - Khalid Samad Mula Edarkan "Flayers" Janji-Janji PAS Shah Alam Menjelang PRU13

Saturday, 14 July 2012




PAS Shah Alam mengorak langkah menjelang PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa dengan menghantar "flayers" atau risalah-risalah dari rumah ke rumah. "Flayers" ini dihantar kepada semua pengundi muda yang baru sekitar kawasan terpilih di Selangor. Setelah janji-janji bulan dan bintang yang diberikan kepada penduduk yang sebahagian besarnya tidak tertunai sehingga ke hari ini, PAS mengorak langkah dengan mengemukakan 12 janji baru yang dikenali sebagai "12 Jaminan PAS Terhadap Keupayaan Bangsa".

Bagi sesiapa yang masih mengantuk kesan dari makan malam yang berlebihan sebentar tadi, CTS ulang kembali manifesto PRU13 PAS, "12 Jaminan PAS Terhadap Keupayaan Bangsa". Huh! Sejak bila pula PAS mementingkan bangsa? Sejak bila bangsa Melayu mendapat tempat di dalam manifesto PAS sebelum-sebelum ini? Bukankah di dalam PRU12 dahulu, PAS pernah mengkufurkan UMNO kerana memperjuangkan BANGSA MELAYU? Apa PAS sudah bertebiat nak mampus? Jika kita lihat jaminan nombor 1, 2, 4, 8, 9,10 dan 12 di dalam manifesto di atas, kesemuanya menekankan peri pentingnya BANGSA MELAYU.

Di mana hilangnya "PAS For All", slogan yang selalu mereka laungkan di kalangan bukan Melayu? Kenapakah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS telah menandatangani manifesto PAS Shah Alam yang separuh daripadanya berpaksikan kepada BANGSA MELAYU? Bukankah selama ini beliau bencikan UMNO kerana memperjuangkan BANGSA MELAYU??? Inilah wajah sebenar PAS. Mereka boleh menjadi biawak, ular sawa dan siamang dengan sekelip mata. Mereka boleh berubah warna kulit dan asas perjuangan semata-mata untuk berkuasa.

Wahai YB Khalid Samad, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya akan berusaha sehabis upaya saya dengan kudrat yang sedikit yang Allah berikan untuk berusaha bagi memastikan anda tidak lagi menjadi Ahli Parlimen kami di Shah Alam, sekiranya anda masih berani bertanding di sini. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang benar.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Khalid's Political Career Is On The Line

Sunday, 1 July 2012

Some say that behind every successful men, lies a women, but the fall of a man would also be because of a woman. Perhaps Selangor's Chief Minister, DS Khalid Ibrahim would wall because of a woman that goes by the name of Faekah, his political secretary. He seemed to be stuck in between love and responsibility. We do know that Khalid cares for Faekah, that is why he tries his best to defend her by saying,"Faekah only signed the support letter without any power to provide project to the company involved." In this case, was found to have recommended her own niece's company as a legal panel to the state's subsidiary companies.

It is lucky that Khalid did not need to make his own decisions, but he needed to make decisions collectively through Exco meetings. What happened was that the Exco had taken the decision that Faekah should resign tomorrow. Many are saying that Faekah is the backbone behind Khalid's power and what is happening now saddens Khalid. As he face various internal threats, losing even one of his followers would definitely deteriorate his moral and spirit.

Faekah is not just just secretary, she is also his personal connection between Khalid and the party President, Wan Azizah. Through Faekah, issues within the party can be discussed personally with the President without having to go through protocols during party meetings. Especially the fact that no one really respects him even though he is a Chief Minister. That is why such relationship is vital for him. Less respect towards him makes it harder for him to control and observe his surroundings. Even most of the times, he would spend his time observing around to ensure that he would not be stabbed from behind.

With Faekah gone, it would be harder for Khalid to secure himself. Faekah's case would provide more opportunity for Khalid's enemies to shoot him. With this case, him being vulnerable is no longer a secret. Faekah would never have the guts to sign any reccomendation letter if Khalid is strict and knew how to control the people around him. His attitude of being too dependent to Faekah had caused her to not think too much and simply sign the letter.

There is no use for Khalid to point his finger to Azmin or any Excos to what had happened to Faekah. Even if it is too hard for him to swallow, he has to admit that this happened due to his weak leadership. Whatever it is, it is not wise for us to blame this a hundred percent on Khalid because leading a state under P"Gay"R is not easy. P"Gay"R is a party that is surrounded by people from various backgrounds including those who loves total freedom. These are the kinds of people who are hard to control. That is why we are able to witness the dirtiest election in history (P"Gay"R election).

Khalid Ibrahim obviously realize that Faekah's resignation shows that his political career is about get to the end. It is not impossible that it would be over even before GE13. Exco's result not going for his opinion show that he do not even get any support from his own Excos. How could a Chief Minister last without even getting any support from his Excos? Moreover, we are certain that Khalid's enemies have been targeting Khalid for a very long time and this time, Faekah is not going to be there to protect him.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Khalid's Political Career Is On The Line

Saturday, 30 June 2012

Some say that behind every successful men, lies a women, but the fall of a man would also be because of a woman. Perhaps Selangor's Chief Minister, DS Khalid Ibrahim would wall because of a woman that goes by the name of Faekah, his political secretary. He seemed to be stuck in between love and responsibility. We do know that Khalid cares for Faekah, that is why he tries his best to defend her by saying,"Faekah only signed the support letter without any power to provide project to the company involved." In this case, was found to have recommended her own niece's company as a legal panel to the state's subsidiary companies.

It is lucky that Khalid did not need to make his own decisions, but he needed to make decisions collectively through Exco meetings. What happened was that the Exco had taken the decision that Faekah should resign tomorrow. Many are saying that Faekah is the backbone behind Khalid's power and what is happening now saddens Khalid. As he face various internal threats, losing even one of his followers would definitely deteriorate his moral and spirit.

Faekah is not just just secretary, she is also his personal connection between Khalid and the party President, Wan Azizah. Through Faekah, issues within the party can be discussed personally with the President without having to go through protocols during party meetings. Especially the fact that no one really respects him even though he is a Chief Minister. That is why such relationship is vital for him. Less respect towards him makes it harder for him to control and observe his surroundings. Even most of the times, he would spend his time observing around to ensure that he would not be stabbed from behind.

With Faekah gone, it would be harder for Khalid to secure himself. Faekah's case would provide more opportunity for Khalid's enemies to shoot him. With this case, him being vulnerable is no longer a secret. Faekah would never have the guts to sign any reccomendation letter if Khalid is strict and knew how to control the people around him. His attitude of being too dependent to Faekah had caused her to not think too much and simply sign the letter.

There is no use for Khalid to point his finger to Azmin or any Excos to what had happened to Faekah. Even if it is too hard for him to swallow, he has to admit that this happened due to his weak leadership. Whatever it is, it is not wise for us to blame this a hundred percent on Khalid because leading a state under P"Gay"R is not easy. P"Gay"R is a party that is surrounded by people from various backgrounds including those who loves total freedom. These are the kinds of people who are hard to control. That is why we are able to witness the dirtiest election in history (P"Gay"R election).

Khalid Ibrahim obviously realize that Faekah's resignation shows that his political career is about get to the end. It is not impossible that it would be over even before GE13. Exco's result not going for his opinion show that he do not even get any support from his own Excos. How could a Chief Minister last without even getting any support from his Excos? Moreover, we are certain that Khalid's enemies have been targeting Khalid for a very long time and this time, Faekah is not going to be there to protect him.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Anwar Ibrahim Semakin Ditolak Di Selangor! Ceramah Merdeka Rakyat Gagal Tarik Penonton

Wednesday, 20 June 2012

"Pictures Speak A Thousand Words". Itu pepatah Inggeris bagi mengambarkan ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Haram di Stadium Mini Sabak Bernam, malam tadi. Kehadiran hanya sekitar 100-300 orang! Antara penceramah yang hadir bagi menjadi pelawak di pentas stadium adalah Badrul "Khalwat Isteri Orang" Amin, Kesavan, Manickavasagam, Zuraidah, Chua Jui Mei, Aziz Bari, Mahfus Omar dan tetamu yang dinantikan, bekas banduan dan raja biseksual, Anwar Ibrahim.

Isu basi yang sama dimainkan di pentas lawak berkenaan. Antaranya isu PTPTN, gaji minimum, harga barang, RM50 untuk golongan wanita dan beberapa janji Pakatan Haram pada PRU-12 yang lepas. Agak-agak Selangor negeri yang selamat untuk Pakatan Haram PRU13 akan datang?








Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Isu Padang MPPJ - Apakah Kerajaan Pakatan Haram Selangor Bermain Wayang?

Monday, 4 June 2012





Sesi bantahan penduduk terhadap pembangunan kompleks komersil dan pangsapuri di padang PKNS Kelana Jaya yang diadakan pada jam 10 pagi semalam disertai oleh wakil NGO, parti politik dan penduduk Kelana Jaya. Bantahan dilakukan di tepi Lebuhraya LDP bersebelahan dengan padang PKNS Kelana Jaya. Sedikit kesesakan jalanraya berlaku dalam tempoh 15 minit demonstrasi berlangsung. Isu terbabit dibangkitkan apabila padang PKNS di SS7 Kelana Jaya berhampiran dengan Lebuhraya Damansara Puchong itu ingin dimajukan oleh PKNS dengan projek komersial.

Hal itu menyebabkan penduduk membantah pembangunan itu kerana kawasan itu diwartakan sebagai kawasan hijau. Bagaimanapun, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohamad Roslan mengakui terdapat kesilapan cetak oleh MBPJ dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ2). Oleh itu, Roslan memaklumkan pihaknya akan mengikut buku yang dicetak oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD). Malah, Roslan memutuskan kawasan itu kekal sebagai kawasan rekreasi.


Hari ini, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad di dalam Kenyataan Medianya berkata, sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat. Katanya lagi, projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera.

Persoalannya di sini, kenapa ada kecelaruan di dalam pentadbiran Pakatan Haram Selangor? Apakah pendapat ADUN dan segala bukti yang dikemukakan tidak boleh menamatkan pembangunan projek berkenaan? Mengapakah perlu Kerajaan Pakatan Haram Selangor menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyelesaikan isu padang kompleks Sukan PKNS, seperti yang diumukan oleh Menteri Besar Selangor, di sini? Dimanakah fungsi Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor?

Bagi CTS, Kerajaan Selangor perlu menamatkan kontroversi isu berkenaan dengan membatalkan projek berkenaan. Tidak perlu satu jawatankuasa baru yang membuang duit Rakyat ditubuhkan untuk menyiasat isu ini kerana ianya "redundant" atau bertindih dengan fungsi SELCAT. Lagipun, penduduk SS7 membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya berikutan penemuan dua buah buku RTPJ2 yang mempunyai fakta berbeza tetang status tanah kompleks berkenaan. Biarlah SPRM yang menyiasat apakah berlakunya salah guna kuasa atau rasuah.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Pemimpin DAP Selangor Bergaduh Untuk Rasuah Sekecil RM5,000!

Thursday, 31 May 2012


Bukanlah suatu perkara yang mengejutkan apabila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kampung Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang. Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM5,000. Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit. Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat. Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu. Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti. Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi ‘jasa’ Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor. Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din. Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa. Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbukti di Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP. Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah. Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak? Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut. Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut. Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Exco Kesihatan Selangor Kaki Tidur, Nyamuk Aedes Bermaharajalela, Demam Denggi Meningkat 50%

Monday, 21 May 2012

Selangor semakin nazak dan membimbangkan apabila terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lepas, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman. Katanya sebanyak 2,770 kes dengan tiga kematian dicatatkan di negeri itu pada 2011.

"Jumlah terkumpul kes denggi dalam tempoh itu dilaporkan adalah 9,202, meningkat sebanyak 21 peratus berbanding 7,579 kes tahun lepas, dengan 20 kematian direkodkan berbanding 12 kematian pada 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekitar 2005 sehingga 2008, pembangkang (PR) cukup lantang mengasak kerajaan terdahulu berkenaan isu kebersihan, dan dikaitkan dengan jumlah kes denggi pada waktu itu. Tuduhan seperti kerajaan (waktu itu) tidak pandai mentadbir, wang disalahgunakan dsb menyebabkan kes denggi meningkat ibarat "tumbuh seperti cendawan selepas hujan".

Rupanya mereka hanya pandai mencari isu, tanpa berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Setelah diberi mandat mentadbir Selangor, PR gagal dalam memastikan penurunan kes denggi. Apa yang melucukan, mereka masih memainkan alasan lapuk, iaitu kes denggi meningkat baru-baru ini disebabkan oleh kerajaan terdahulu (BN).

4 tahun berlalu, nampaknya Pakatan Haram tidak mentadbir Selangor dengan baik. Mungkin ada yang terlupa, bahawa Exco Kesihatan negeri Selangor adalah Xavier Jayakumar, Exco yang terkenal dengan ketiduran di dalam mimpi sewaktu sidang DUN berlangsung. Sebagai ADUN Andalas yang terletak sangat hampir dengan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Exco Kesihatan Selangor ini TIDAK PERNAH walau sekali melawat HTAR seperti dakwaan M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah seperti video dibawah.

video

Jadi, bagaimana kes denggi tidak melonjak tinggi, apabila Exco yang dilantik berupaya tidur di dalam Sidang DUN? Permasalahan HTAR juga tidak pernah diambil peduli, walhal dia adalah EXCO Kesihatan negeri. Mujur di dalam Sidang DUN yang dapat sekelian rakyat melihat sendiri apa yang berlaku. Kalau di Sidang DUN sekalipun, Xavier tidak teragak-agak menunjukkan keangkuhannya dengan tidur, apatah lagi di luar Sidang DUN, yang rakyat tidak nampak?

Dan sesungguhnya, antara tempat pembiakan nyamuk aedes adalah pada himpunan sampah di mana air bertakung sering boleh dilihat. Dan di Selangor, masalah kutipan sampah sangat mendukacitakan. Ia sangat hampir dengan tempat kediaman, yang didiami oleh mangsa si Aedes. Exco tidur, sampah bermaharajalela, aedes bersukaria, rakyat pula menjadi mangsa. Sudah sampai masanya rakyat Selangor menyingkirkan "sampah-sampah" di dalam pentadbiran kerajaan negeri. - Gerakan Timur.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Cafe Rocket Bukti Penyalahgunaan Kuasa Kerajaan Selangor

Friday, 18 May 2012

Selama ini DAP dan pakatan pembangkang PR sering mendabik dada dan kerap bercakap besar seolah-olah merekalah juaranya dalam isu kredibiliti (kebolehpercayaan) dan integriti (kejujuran dan ketulusan). Dan, tidak sedikit penyokong DAP dan PR khususnya dari kalangan keturunan Cina yang menelan bulat-bulat retorik tersebut. Malah ada juga segelintir orang India dan orang Melayu yang menyokong pembangkang turut sama menaruh kepercayaan serta terpengaruh dengan propaganda bombastik itu seolah-olah bagi mereka PR adalah paling telus, jujur, teguh amanah dan penuh kredibiliti.

Hakikatnya, realiti dengan fantasi jauh berbeza apatah lagi bila tiap bait kata dan janji mulus itu dilaungkan oleh golongan politikus yang resam kerja hariannya memburu kuasa dan harta berselindung disebalik retorik dan propaganda. Pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berkaitan cabang perniagaan DAP, Cafe Rocket yang beroperasi tanpa kelulusan majlis bandaran hanyalah satu daripada pelbagai isu yang sudah sekian lama sengaja dipendam begitu saja oleh kerajaan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

Satu pendedahan yang menarik kerana ianya menambah lagi koleksi kepincangan urus tadbir negeri oleh kerajaan Selangor yang turut dianggotai DAP sebagai rakan sepakatan dalam memerintah negeri Selangor. Sebelum ini dalam kes Teon Beng Hock, isu rasuah dan penyalahgunaan tender kontraktor Bumiputera oleh penyokong Cina DAP pernah didedahkan dalam inkues terbuka beberapa tahun lepas namun telah dipolitikkan pemimpin negeri kononnya ia permainan politik oleh BN.

Menurut Tunku Aziz, Cafe Rocket tersebut yang terletak di Petaling Jaya dimiliki oleh ahli kanan DAP hingga kini bebas beroperasi tanpa permit sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak hampir tiga tahun lalu. Menurut Tunku Aziz lagi, apabila isu tersebut dibangkitkan oleh ahli-ahli DAP yang lain tiada tindakan konkrit diambil untuk menjawabnya melainkan seperti sengaja di sapu ke bawah karpet.

Mengikut rekod, perlancaran rasmi Cafe Rocket telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua menteri Pulau Pinang pada 4 Oktober 2009. Timbul pertanyaan besar di sini, apakah punca utama yang mengecualikan Cafe Rocket daripada tertakluk pada undang-undang hingga dibenarkan beroperasi secara haram tanpa tindakan dari majlis bandaran?

Apakah disebabkan DAP sebagai komponen pendukung utama kerajaan negeri Selangor maka ia mendapatkan keistimewaan untuk melanggar aturan undang-undang tatkala banyak penjaja di tepi jalan terpaksa berdepan dengan langkah penguatkuasaan oleh MBPJ? Mengapakah sehingga kini Menteri Besar Selangor, khalid Ibrahim terus berdiam diri sedangkan isu ini bukan sahaja berkait rapat dengan soal ketelusan dan kejujuran malah turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya tiada mana-mana pihak pun terkecuali.

Adakah kerana pemimpin utama DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkuasa penuh sebagai EXCO ataupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan maka kerana itu Cafe Rocket diberi kelebihan untuk beroperasi secara haram? Adalah agak jelik dan memalukan bila selama ini DAP gah berkokok mendabik dada sebagai juara demokrasi yang memperjuangkan kredibiliti dan integriti namun bila saat memiliki secebis kuasa pemerintahan sampai masanya tidak berupaya merealisasikannya.

Selama hampir tiga tahun cafe Rocket beroperasi tanpa permit seperti mana kata Tunku Aziz bermakna selama tiga tahun ini kerajaan Selangor membenarkan berlakunya perlanggaran undang-undang dan penyalahgunaan kuasa. Baru diberi nikmat menguasai kerajaan di peringkat negeri pun dah terpampang ketidaktelusannya mentadbir, bagaimana mungkin untuk mengurus tadbir sebuah negara yang tentunya menuntut lebih ketegasan dan integriti yang tinggi.

Jika beginilah realiti dan hakikatnya, tiada guna untuk DAP mahupun kerajaan PR Selangor untuk terus mendabik dada sebagai pejuang demokrasi yang berintegriti apatah lagi untuk terus beretorik mendakwa diri sebagai anti rasuah dan anti penyalahgunaan kuasa.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Lagi Kekejaman dan Kezaliman Kerajaan Berkebajikan Selangor

Wednesday, 16 May 2012


Klinik Desa Batu 10 Kebun Baru yang terletak dalam Daerah Kuala Langat Selangor telah mula beroperasi sejak tahun 60an. Lebih 50 tahun klinik tersebut telah berbakti kepada peduduk sekitar untuk bermacam-macam jenis rawatan, termasuklah bagi pemeriksaan ibu-ibu mengandung. Kementerian Kesihatan mengambil keputusan untuk meningkatkan segala kemudahan di klinik tersebut termasuklah bahagian bangunan bagi kemudahan rakyat serta kakitangan yang bertugas.

Untuk memberi laluan kepada projek menaik taraf bangunan tersebut, maka perkhidmatan klinik kepada orang ramai di bangunan itu terpaksa dihentikan selama empat bulan. Kementerian Kesihatan boleh membuat keputusan untuk menutup terus klinik di kampung berkenaan sementara kerja-kerja naik taraf siap dilakukan, dan penduduk kampung boleh diminta ke klinik-klinik lain, ke Banting atau ke Klang untuk dapatkan rawatan. Tetapi Kementerian Kesihatan tidak lakukan semua itu sejajar dengan slogan kerajaan, 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Kerajaan BERKEBAJIKAN Selangor untuk menggunakan balai raya di kampung berkenaan sebagai klinik sementara. Namun ianya tidak dipedulikan dan tidak berjaya. Kawasan berkenaan adalah kawasan kampung dan bukannya senang untuk mendapatkan premis yang bersesuaian bagi dijadikan klinik sementara. Lalu muncul seorang penduduk kampung menawarkan sebuah kedainya yang uzur untuk dijadikan klinik sementara.

Oleh kerana tiada pilihan lain, Pejabat Kesihatan Daerah telah menerima tawaran tersebut dan mereka terpaksa keluarkan bajet terlebih dahulu untuk kerja-kerja ubahsuai kedai tersebut yang uzur sebelum boleh dijadikan klinik sementara. Kedai uzur yang dijadikan klinik sementara.

Persoalannya sekarang, dimanakah laungan PKR, PAS dan DAP selama ini yang mengatakan mereka kerajaan berkebajikan, utamakan rakyat, perjuangan rakyat, rakyat, rakyat, rakyat dan rakyat? Tiada guna bercakap berdegar-degar jika nak pinjamkan balai raya untuk kepentingan rakyat pun tak boleh. Mereka sering menuduh kerajaan BN zionis, zalim , kejam dan sebagainya. Sekarang siapa yang zalim? - Selangordaily.

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP