Powered by Blogger.

Showing posts with label Husin Lempoyang. Show all posts
Showing posts with label Husin Lempoyang. Show all posts

Kawalan ketat untuk naik bas kempen Anwar

Friday, 24 August 2012



Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membeli bas kempen untuk kegunaan Penasihat Kewangan Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim.




Idea untuk bas ini diambil dari parti AP Turki yang dipimpin Erdogan. Ia satu idea baik yang mempunyai pelbagai peranan.

Ia boleh jadi iklan bergerak, pentas ceramah yang lengkap dengan peralatan dan janakuasa sendiri, dan lain-lain.



Katanya Khalid yang belikan dengan duit dia sendiri. Sanggupkah dia berbelanja sedemikian besar dengan keadaan dia disaman Bank Islam lebih RM60 juta. Ramai menjangka ianya sumbangan dari Erdogan untuk membantu kempen Anwar.



Anwar boleh makan. minum. mandi, tidur dan buat macam rumah sendiri dalam bas itu. Jimat duit hotel boleh diguna sebagai alasan.

Selain kenderaan bergerak, Anwar begitu mobile untuk ke sana kemari berceramah dan menemui semua lapisan rakyat di mana-mana.



Tidak semua orang dibenarkan masuk bas itu sewenang-wenang.

Kawalan ketat untuk masuk. Pengawal hanya lepaskan mereka yang tahu password masuk.

Sumber - Husin Lempoyang

Read more...

Bekalan air rendah sila jimat air

Thursday, 26 July 2012



Bekalan air di Lembah Klang sudah rendah dan kritikal. Loji Sungai Langat 2 perlu dibina sekarang tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu keluarkan development order.

Ianya bukan dibiayai oleh kerajaan negeri dan bukan menelan satu sen pun duit kerajaan negeri. Hanya untuk memastikan bekalan air cukup. Kerajaan negeri pun sudah komplen kata kilang dan pembangunan tidak dapat dijalankan sebab tidak cukup air

SYABAS tidak boleh dipersalahkan bila air tidak cukup kerana mereka hanya mengedarkan air.

Katanya salah seorang Pengarah Besar SPAN, kalau kerajaan negeri nak kendalikan sendiri loji tersebut seperti loji Sungai Labu pun tidak apa. Harga loji jual air pada SYABAS pun kerajaan negeri tentukan sekali supaya murah.

Walaupun ia dapat dibina sekarang, loji hanya boleh beroperasi pada tahun 2016.

Timbalan Menteri Dato Noriah Kasnon memberitahu tahap air dah kritikal masa sekarang ini juga. Dah berapa tahun kerajaan pusat beritahu kerajaan negeri tentang ancaman ini.

Mungkin ramai tidak sedar tapi katanya Dato Noraih, orang lama dalam Kementeriaan sedar asal malam saja air yang keluar dari paip 'meleleh', tak kuat.

Senyum pendengar yang kurang faham maksudnya.

Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadhirin kata, susah untuk beritahu orang ramai bahawa Selangor sedang berhadapan dengan masaalah air.

"Isteri saya pegang dan belek 'batang paip' tak nampak pulak bocor. Dia bukak saja paip, cepat saja air 'terpancut' keluar," tambahnya lagi.

Susah untuk meyakinkan orang ramai untuk minta kerajaan negeri akui masalah air dan benarkan loji Sungai Langat 2 dibina.

Diakhir majlis, Dato Noh pula kata kalau tak diselesaikan msaalah air ini, susah kamu yang muda-muda nak mandi pagi Jumaat.

Terdengar ada yang jerit dari belakang, "Yang tua pun tahu nak mandi juga!"

Dah kesitu semuanya bila bab air.

Apa pun, bersedia kita hadapi masaalah air dan mulalah berjimat-jimat. Husin harap rakan-rakan letakkan logo di atas di blog masing-masing untuk ingatkan pembaca akan masaalah air.

Sumber : Husin Lempoyang

Read more...

Pengemis di luar kampus

Friday, 6 April 2012


Ditepi Unisel, aktivis mahasiswa Adam Adli terjumpa seorang pengemis tua di tepi gate kampus. Dia bertemunya dan ajak berbual-bual.

Adam Adli: Sudah lama mengemis di sini pakcik?

Pengemis: Ya... lebih kurang sudah 8 tahun, nak

Adam Adli: Wah, sudah lama juga ya pakcik... kenapalah kerajaan BN tidak tolong orang macam Pakcik. Sehari biasanya dapat berapa pakcik?"

Pengemis: Paling sedikit RM 50.00 nak ...

Adam Adli: Banyak juga ya pakcik

Pengemis: Bolehlah tahan ... untuk sara kami sekeluarga ...

Adam Adli: Ehhhh ... keluarga ada berapa?

Pengemis: Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di UPM di Selangor, yang kedua ada di sini Unisel dan yang ketiga pun di UiTM Shah Alam

Adam Adli: Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr ...

Pengemis: Alhamdulillah ...

Adam Adli: Dapat bantuan PTPTN, pakcik? Kalau dapat, kami nak buat himpunan untuk tuntut tak payah bayar dan biar percuma. Anwar Ibrahim dah janji

Pengemis: Buat apa PTPTN. Itu kerajaan pusat punya. Kami tolak pasal dari kerajaan negeri Selangor yang Anwar jadi Penasihat dan kerajaan negeri dah janji macam-macam untuk penuntut anak Selangor.

Adam Adli: Itu kalau kami berjaya ambilalih kerajaan pusat. Sementara itu macam mana anak pakcik nak pergi kuliah?

Pengemis: "Tak kuliah pun ...semuanya ikut mengemis tepi Universiti seperti pakcik sementara menunggu janji dikota ... Kau pun kalau tak tahu nak belajar dan asyik berdemo, berpolitik pun akan akhirnya jadi sama macam aku

Adam Adli: (Ternganga)

Sumber : Husin Lempoyang

Read more...

Speaker DUN terjangkit penyakit gagap

Friday, 30 March 2012







Kalau iya pun, takyah tergagap dan tuduh UMNO akrab dengan Hasan Ali. Kata semua akrab walaupun lain parti. Hehehe ...

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP