Powered by Blogger.

Showing posts with label Wak Jengkol. Show all posts
Showing posts with label Wak Jengkol. Show all posts

BN Jamin Beri Khidmat Terbaik Untuk Rakyat Selangor Jika Diberi Mandat

Saturday, 19 January 2013



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih semula pemerintahan di Selangor pada pilihan raya umum akan datang kerana ingin memberikan khidmat bakti yang jauh lebih baik daripada pentadbiran sekarang.

"BN jika diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor nanti, kita akan melakukan usaha-usaha yang lebih baik, bersungguh-sungguh untuk kita mewujudkan pentadbiran yang dapat memenuhi aspirasi, kehendak dan jangkaan rakyat Selangor," katanya ketika ke udara secara langsung di SelangorBN.FM semasa melancarkan siaran radio itu di Bangunan Umno Selangor di sini, Rabu.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor dan Badan Perhubungan Umno negeri berkata sejak kebelakangan ini timbul banyak masalah di Selangor terutamanya berkaitan dengan janji-janji pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan.

"Maknanya mereka mungkir janji, saya pantang orang mungkir janji. Saya percaya rakyat Selangor pun bersikap demikian sebab kita rasa macam kita ni kena tipu.

"Saya tak suka kalau orang tipu saya...saya tak tahulah orang lain tapi saya percaya kita semua bersikap bahawa kalau dengan manusia ni kita kena pegang pada janji," katanya ketika diwawancara juruhebah Kavimani Muthayam.

Najib berkata pengenalan pendekatan atau medium baharu seperti radio internet SelangorBN.FM itu memberi mesej bahawa BN bersedia untuk berkhidmat jauh lebih baik daripada kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat).

"Melalui siaran radio ini juga BN Selangor akan dapat maklumat timbal balas dari rakyat Selangor dan medium ini akan dijadikan landasan bagi parti memberi khidmat bakti yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," katanya.

"Kita merayu pada pengundi untuk memberi peluang kepada kita, saya akan menentukan bahawa Selangor tidak akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang begitu pesat sebab Selangor terlalu penting terlalu strategik bagi sebuah negeri," katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi Selangor dan Kerajaan Pusat selaras dan selari dalam dasar-dasarnya agar tidak menyusahkan rakyat seperti masalah air umpamanya.

"Kalau tidak ada kerajaan yang sama, akan bangkit begitu banyak masalah yang pastinya akan menyusahkan rakyat dan merugikan negara," katanya.

Najib berkata penggunaan radio internet merupakan satu pendekatan baharu bagi BN dan selaku sebuah parti ia mesti ada kesediaan untuk berubah dan melakukan perubahan.

"Jika kita menyarankan kepada rakyat bahawa mereka mesti berubah kita sendiri juga mesti mendahului kelok pembaharuan itu dengan menunjukkan bahawa sebagai sebuah parti politik kita sanggup menerima idea-idea baharu sama ada daripada segi dasar, program atau pendekatan," katanya.

Najib berkata zaman lepas merdeka dahulu, kerajaan menggunakan tayangan wayang gambar untuk berhubung dengan rakyat tetapi pada zaman ini kerajaan menggunakan media sosial seperti radio internet dan beliau sendiri aktif menggunakan twitter.

Turut hadir pada majlis perasmian radio itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Ketua Penerangan BN Selangor Datuk Yap Pian Hon, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas dan Naib Presiden Gerakan Senator A. Kohilan Pillay.

Radio SelangorBN.FM boleh didengar menerusi laman web www.selangorbn.fm atau muat turun applikasi Tune In Radio bagi pengguna iPhone atau Google Play bagi pengguna telefon android.

Terdahulu Najib mendengar taklimat daripada Umno bahagian Selayang, Gombak, Subang, Kelana Jaya dan Petaling Jaya Selatan selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti-parti komponen BN.

Sumber

Read more...

Arah Pulang Gelaran Datuk Bukti DAP Tidak Hormat Raja Melayu Sebagai Ketua Negara

Wednesday, 26 December 2012



Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.

Sumber

Read more...

Wow! Kerajaan Pusat Peruntuk RM5.7 Bilion Bagi Pembangunan Negeri Selangor

Wednesday, 12 December 2012



Macam tak percaya pula apabila membaca berita di bawah ini. Hampir setiap hari kita didendangkan oleh penyokong Pakatan di Selangor bahawa Kerajaan Pusat telah menganak tirikan kerajaan negeri.

Memang terkejut bila mendapat tahu peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri untuk pembangunan negeri Selangor sebanyak ini dalam jangka masa satu tahun. Adakah peruntukan sabanya RM5.7 bilion ini bukti Kerajaan Persekutuan zalim? Rasanya tak lah sezalim kerajaan Pakatan Selangor yang merobohkan tempat ibadat agama lain baru-baru ini.

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.7 bilion bagi pembangunan di negeri Selangor sepanjang tahun ini yang merangkumi pelbagai bidang.

Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata peruntukan cukup besar itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri yang ditadbir pembangkang. "Dalam usaha kerajaan persekutuan ingin bangunkan negara dan beri pembelaan kepada rakyat kita tidak memilih sama ada negeri pembangkang atau (ditadbir)Barisan Nasional (BN).

"Kalau ada dakwaan kita anaktirikan mana-mana negeri ditadbir pembangkang khususnya Selangor ia tidak benar, malah peruntukan diberikan kerajaan persekutuan lebih banyak berbanding peruntukan diberikan kerajaan negeri," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Timbalan Pengerusi BN Selangor itu berkata peruntukan itu melibatkan sebanyak 439 projek pembangunan iaitu 280 projek baru membabitkan peruntukan RM2.8 bilion dan 159 projek sambungan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.85 bilion.

Beliau berkata antara projek yang terlibat ialah program bandar selamat di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan peruntukan RM18.05 juta, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan peruntukan RM9.74 juta dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas Selangor membabitkan peruntukan RM19.75 juta.

Noh berkata kerajaan persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM32.85 juta untuk pembangunan agama Islam di negeri Selangor melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti peruntukan untuk elaun imam, guru takmir dan guru Kafa.

"Apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Selangor, mereka juga meluluskan sebanyak 398 projek membabitkan peruntukan berjumlah RM64 juta dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM40.3 juta untuk surau dan masjid," katanya.

Selain itu, beliau berkata melalui data e-Kasih, seramai 5,083 orang miskin tegar dan miskin di negeri itu menerima bantuan RM10,000 setiap seorang dan sebanyak RM5.04 juta diperuntukkan untuk program bantuan rumah di bawah program pembasmian kemiskinan.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mempersoalkan sikap 'double standard' kerajaan negeri Selangor dalam penganjuran program membabitkan kementeriannya di negeri itu.

Beliau berkata seperti contoh, Selangor Agro Fest 2012 anjuran kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung esok hingga 16 Disember ini turut memuatkan program hiburan sedangkan kerajaan negeri tidak membenarkan program hiburan ketika penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2012 oleh kementeriannya di Dataran Banting pada November lepas.

"Kita hanya ingin adakan persembahan kugiran oleh Tekun tetapi tidak dibenarkan dan dihalang oleh hampir 20 buah lori penguatkuasa sedangkan di Selangor Agro Fest ada konsert dan pesta.

"Saya difahamkan pada malam sepatutnya diadakan persembahan kugiran itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengadakan taklimat mengenai isu Talam. Mungkin mereka takut orang tidak datang dengar taklimat. Ini jelas sikap double standard kerajaan PKR yang takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya. - BERNAMA

Read more...

Belanjawan Negeri Alami Defisit, Tiada Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan Selangor

Tuesday, 27 November 2012



Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.

Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.

Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.

Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.

Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?

Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?

Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati.

Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat, kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam?

Sementelah lagi selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air, jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan, tak begitu?

Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.

Sebulan RM24 juta, setahun RM288 juta, dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat.

Selain persoalan bonus sebulan gaji, kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan. Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas.

Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.

Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat.

Malang betul ber MB kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

Sumber

Read more...

Isu Selangor: MB Sibuk Kejar Untung, Nasib Rakyat Selangor Pula Yang Tergadai

Friday, 2 November 2012



Tindakan Kerajaan Pakatan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim terus diselar pelbagai pihak termasuk rakyat Selangor sendiri ekoran timbulnya dakwaan penjualan aset berharaga milik PKNS seperti bagunan komersil yang menjadi mercu tanda negeri bagi tujuan tertentu atau lebih tepat lagi untuk menampung dana pilihanraya.

Sehingga sekarang, Khalid Ibrahim terus berdolak dalik dari menyatakan hal sebenar yang berlaku apabila ditanya mengenai setatus terkini berkenaan dakwaan penjualan aset bernilai milik PKNS. Pelbagai istilah koprat direka Khalid Ibrahim untuk menutup pekung busuk kerajaan Pakatan Selangor yang sudah berbau berkenaan isu penjualan bagunan milik PKNS yang kini dalam peringkat akhir perjanjian jual beli.

Sebelum ini, Khalid Ibrahim dalam satu kenyataanya memberi tahu, PKNS mungkin menjual segala aset miliknya bagi menampung perluasan operasinya. Langkah ini dilakukan kononya untuk menjadikan PKNS sebagai syarikat hartanah terbesar di negara ini.

Sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Apa yang lebih membimbangkan, selepas kesemua aset itu beralih tangan, PKNS akan menjual pemilikannya di dalam syarikat tersebut pula dan sekiranya ini berlaku, perbadanan tidak akan lagi mempunyai kuasa terhadap asetnya, sekali gus menggagalkan matlamat asal penubuhannya.

Untuk rekod, PKNS telah diasaskan oleh Dato Harun Idiris yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor. Tujuan PKNS ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan ekonomi orang Melayu yang menceburi bidang perniagaan selain bertanggungjawab menyediakan keperluan perumahan mampu milik khusunya untuk golongan miskin bandar di Selangor. Namun hari ini, setalah ia diambil alih pengurusannya oleh Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya, lain pula yang terjadi. Habis segala eset atau harta milik PKNS hendak dijualnya.

Masih belum terlambat untuk rakyat Selangor bertindak menghalang kerakusan pemimpin Pakatan dari terus mengaut keuntungan segera hasil dari penjualan segala aset milik negeri Selangor. Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor.

Sumber Wak Jengkol

Read more...

Isu Selangor: Khalid Ibrahim, MB Paling Cemerlang Dalam Bab Gadai Harta Negeri

Friday, 26 October 2012



Sejak pengurusan PKNS diambil alih oleh seorang bekas tokoh koprat yang juga merupakan Menteri Besar Selangor sekarang, matlamat asal penubuhan organisasi ini iaitu untuk meningkatkan sosio ekonomi orang Melayu dan Bumiputera di negeri Selangor nampaknya sudah menyimpang jauh dari tujuan asal ia diwujudkan.

Ingatkan Anwar Ibrahim sahaja manusia rakus yang gemar membalun apa sahaja termasuk lubang berak jantan. Rupa-rupanya Khalid Ibrahim juga tidak mahu kalah menunjukkan kerakusanya dalam menggadai segala aset dan juga harta milik negeri Selangor.

Terbaru, dalam laporan Bernama yang memetik kenyataan Dato Sri Noh Omar memberitahu lima eset milik PKNS yang bernilai jutaan ringgit bakal dijual dan kini hanya menunggu kelulusan dari Menteri Besar Selangor.

Jika begini caranya Khalid Ibrahim menambah rizab negeri sambil memenuhkan poket sendiri berserta kroni, alamatnya negeri Selangor yang kaya raya ini boleh jatuh papa kedana kerana setiap eset yang ada bukan lagi milik kerajaan negeri sekiranya benar-benar terjadi.

Setelah empat tahun mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dari Barisan Nasional, sudah terlalu banyak eset milik negeri Selangor digadai Khalid Ibrahim demi mendapatkan keuntungan segera sambil membangga diri kononya cekap mentadbir negeri.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim digesa memberi penjelasan dengan segera berhubung persetujuan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terhadap cadangan untuk menjual lima harta miliknya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjual lima aset tersebut dan kini hanya menunggu kelulusan Menteri Besar Selangor.

"Lima aset milik PKNS yang terbabit ialah Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) yang dicadangkan dijual pada harga RM97 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta), bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata difahamkan, sehingga kini, masih tiada dokumen hitam putih terhadap cadangan penjualan aset PKNS itu.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata jumlah keseluruhan cadangan penjualan aset tersebut ialah RM321 juta.

Beliau berkata sekiranya maklumat itu (penjualan aset PKNS) terbukti benar maka ia tidak selari dengan pujian diterima Khalid sebagai Menteri Besar yang cemerlang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini kerana mampu menjana rizab simpanan negeri Selangor sehingga RM2 bilion.

Sehubungan itu, Noh mempersoalkan cara pentadbiran Menteri Besar Selangor itu kerana tidak bersikap telus dan terbuka dalam urusan berkaitan aset milik PKNS tersebut.

Sumber Wak Jengkol

Read more...

Exco Agama Islam Selangor Guna Taktik Keji Rampas Hak Orang Miskin Dan Anak Yatim

Saturday, 13 October 2012

Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan (PYBK) telah tidak berjaya.  Tanah seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.

PYBK telah memenangi kes ini di mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara kotor.

PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin.  Syarikat ini boleh dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi menampung program-program kebajikan yang diadakan.
 
Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana universiti itu merupakan antara universiti yang mengenakan yuran paling murah tertakluk kepada pendapatan ibubapa pelajar.
 
Berdasarkan hakikat ini, tindakan kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba mencampuri urusan dan merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan kemusykilan di kalangan rakyat. 
Namun, kemusykilan ini kini terjawab dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di bawah:
 
Antara kandunganya:
Dimaklumkan bahawa saya memohon kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan Selangor iaitu HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Diharap pihak YAB Tan Sri Dato’ Seri maklum akan perkara ini.  Perhatian dan kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sungguh mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin lebih tepat mengarahkan Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat Kebudayaan Cina.  Dan dari apa yang dicatatkan dengan tulisan tangan di surat tersebut, iaitu ‘sudah dibincang, sila uruskan’, menunjukkan yang ianya tidak mendapat bantahan di pihak Khalid.
 
Persoalannya, apakah alasan bagi Khalid mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang menjadi hak rakyat miskin melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan Cina?  Atau apakah signifikannya Pusat Kebudayaan Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat miskin?

Tidak mustahil yang sebenarnya digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan pembinaan UiTM di tanah itu kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum Cina terhadap universiti yang sinonim dengan bangsa Melayu ini.  Sebolehnya, mereka mahu universiti itu dihapuskan atau dibuka luas kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial tanpa mengambilkira tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.
   
Atau mungkin juga ini adalah sekadar salah satu dari ‘ujian’ terhadap Khalid bagi mengukur tahap ‘kesetiaannya’ kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia berkorban segala hak dan harta benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum Cina tanpa banyak soal?   Jika ya, nampaknya walaupun Khalid telah mendapat markah penuh dari segi kesetiaan, beliau telah gagal dari segi perlaksanaan.
 
PR selama ini begitu bangga mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan korporat mengambil pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat juga.  Melalui pendekatan ini, matlamat utama ialah keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah kepada rakyat keseluruhan.
 
Dengan itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu luas, mampu membawa keuntungan kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan pusat komersial.   Bagi Khalid, visi dan misi YBK untuk menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat miskin dilihat sebagai tidak produktif dan merugikan.  Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor yang semakin hari semakin mahal berbanding di era pemerintahan Barisan Nasional.
 
Dalam hal ini, mungkin ada yang merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah ‘semulajadi’ berdasarkan pasaran.
  
Namun, hakikatnya, tanah sebelum ini tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN sebelum ini menjual tanah kepada pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi membolehkan pemaju membina rumah yang lebih murah.  Tetapi, kerajaan PR hari ini meletakkan harga tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri mengaut keuntungan.  Dari situ, pemaju kemudiannya terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi memastikan keuntungan di pihak mereka pula.  Akibatnya, rakyat dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak lagi mampu memiliki rumah walaupun sekadar teres biasa.
 
Oleh itu, rakyat Selangor wajar melihat isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas dan mendalam.  Ia bukan sekadar isu tanah orang miskin yang ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran agenda dan taktik DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan di bumi Malaysia ini.  
 
Sumber - Wak Jengkol

Read more...

UiTM Bakal Dibina Di Serendah, Rahmat Besar Buat Rakyat Selangor

Saturday, 6 October 2012


TANJONG KARANG: Mesyuarat kabinet pada Jumaat bersetuju meneruskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, yang sebelum ini dirampas kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Noh, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Selangor, berkata perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil lawatan beliau ke Selangor pada Khamis.
"Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam semalam, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.
"Susulan dialog itu, Timbalan Perdana Menteri telah bangkitkan perkara inidalam kabinet, dan ia dipersetujui oleh jemaah menteri termasuk Perdana Menteri. "Persetujuan ini secara prinsipal sahaja. Maklumat terperinci akan diumum oleh kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita selepas bertemu peniaga ikan di Jeti Sungai Yu di sini.
Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.
Ekoran rampasan tanah itu, projek pembangunan kampus UiTM berkenaandipindah ke Melaka. Noh berkata kerajaan Persekutuan bagaimanapun perlu menyediakan peruntukan baru untuk pembinaan kampus itu memandangkan peruntukan sebelum ini disalur untuk pembinaan kampus universiti tersebut di Melaka. Mengulas kemungkinan kerajaan negeri memfailkan rayuan terhadap keputusanmahkamah itu, beliau berkata ia hak mereka untuk berbuat demikian, namun pihakberkenaan sepatutnya mengutamakan pendidikan untuk generasi muda berbanding kepentingan politik.
"Pembinaan kampus UiTM ini tidak seharusnya menjadi isu dan dipolitikkan. Saya berharap kerajaan negeri akan memberi kerjasama apabila pembinaan kampus ini dilaksanakan kelak," katanya.
Isu melibatkan tanah YBK bermula dengan keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek kampus UiTM di Serendah sehingga projek itu terpaksa dipinda ke Semujuk, Melaka.
Ini diikuti tindakan memulangkan bayaran cukai tanah YBK berjumlah RM5.7 juta, yang sebahagiannya dilunas dengan bantuan Yayasan Melaka, dan merampas tanah berkenaan atas alasan pihak luar tidak boleh membuat bayaran bagi pihakYBK.

Sumber - Wak Jengkol

Read more...

Kerajaan Selangor Gembira Lihat Rakyat Hidup Menderita Tanpa Bekalan Air Bersih

Tuesday, 25 September 2012

Asal boleh tidur..apa aku peduli rakyat Selangor ada air ke tak



Kemelut isu air yang melanda negeri Selangor nampaknya akan terus berpanjangan jika dilihat dari situasi yang berlaku hari ini. Rakyat melihat pekembangan terbaru berhubung isu pembekalan air antara Pahang dan Selangor sebagai satu perkembangan yang tidak baik dan amat membimbangkan.

Pada asasnya, isu air Selangor yang menjadi pertikaian antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ini mudah diselesaikan melalui meja rundingan. Oleh kerana terlalu banyak politiking dan dolak-dalik yang berlaku terutama dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang, perkara yang mudah tadi bertukar menjadi rumit dan payah diselesaikan sehingga rakyat pula terpaksa menanggung akibatnya.

Sampai bila kemelut isu air Selangor akan terus berlarutan tanpa sebarang penyelesaian yang tuntas agar semua pihak yang terlibat termasuk rakyat jelata dapat keluar dari masalah ini.

Masa terus berlalu, tahun berganti tahun. Permintaan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semakin meningkat serta pengeluaran air terawat sudah melebihi had kapasiti sebenar. Jika perkara ini terus dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk meningkatkan jumlah pengeluran air terawat dilakukan, dikhuatiri rakyat Selangor bakal berdepan krisis air paling dahsyat dalam sejarahnya.

Baru-baru ini, kenyataan Menteri Besar Pahang, Adenan Yakob yang menyuarakan hasratnya untuk membatalkan perjanjian pembekalan air kepada Selangor telah menambahkan lagi perasaan bimbang di kalangan pengguna air di Selangor.

Belum pun, kembimbangan yang sedang dialami oleh pengguna air di Selangor berkenaan hasrat Menteri Besar Pahang itu hilang, menyusul pula kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menyambut baik dan sangat berbesar hati jika hasrat untuk membatalkan perjanjian yang telah dimetrai itu menjadi kenyataan.

Hal sedemikian sepatutnya tidak berlaku jika kepentingan rakyat lebih diutamakan dari kepentingan politik. Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat tidak kira di peringkat pusat atau atau negeri, penyediaan kerperluan asas seperti kemudahan untuk mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi perlu diberi keutamaan biarpun ia melibatkan kos yang besar.

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang kononya ingin berjimat termasuk dalam hal penyediaan keperluan asas rakyat dilihat sebagai satu tindakan yang kurang bijak memandangkan kerajaan negeri sekarang ini masih belum lagi menyediakan plan masa depan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih jika ia berlaku lebih awal dari jangkaan.

Jika Pahang benar-benar membatalkan perjanjianya, jangan pula selepas itu keluar kenyataan bodoh dari mulut Menteri Besar atau barisan Exconya, menyuruh rakyat Selangor menggunakan air hujan, air laut, air sungai dan  air kumbahan untuk kegunaan seharian.  Baru ada akaiii

Sumber - Wak Jengkol

Read more...

Krisis Air Selangor: Auta Khalid Gagap Terhadap Rakyat Selangor Akhirnya Terbongkar

Friday, 10 August 2012


Sudah tiba masanya rakyat Selangor bangkit dari lamunan mimpi indah yang kononya berkalan air bersih setiasa mencukupi sampai bila-bila seperti mana yang digambarkan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Berpijak lah di bumi yang nyata dan sedarlah wahai rakyat Selangor, setiap tutur kata manis yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim itu hanyalah AUTA semata-mata.

Di bawah ini disenaraikan 10 fakta penting yang dinukil khas bagi menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh Kerajaan Pakatan Selangor berkenaan isu air Selangor yang sedang hangat diperkatakan hari ini.

1. Auta: Mendakwa krisis air tidak akan berlaku pada 2014.

Fakta: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menjalankan 5 projek mitigasi bernilai RM301 juta untuk mengelakkan masalah air.

Persetujuan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan mereka mengakui krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tida sebarang langkang diambil untuk menaganinya.

2. Auta: Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor.

Fakta: Kerajaan Negeri Selangor, sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkihdmatan Air 2006 (Akta 6550) bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syabas telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 665) sebagai operator pengagihan air di Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukanya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

3. Auta: Tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air , sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Lojo Rawatan Air Langat 2

Fakta: Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-proejk mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor.

4. Auta: Kalau tidak ada catuan air maka tidak ada masalah air

Fakta: SPAN menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.

5. Auta: Tidakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan.

Fakta: Tender belum dikeluarkan dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan mengalu-alukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender.

6. Auta: Kerajaan Selangor mahu ambil alih operasi Syabas kerana Syabas tidak mampu urus bekalan air.

Fakta: Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerana:

i) Kes mahkamah yang masih belum selesai. Kes tersebut difailkan oleh Syabas untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009.

ii) Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

7. Auta: Tahap takungan air di tujuh empangan berada di tahap maksimum.

Fakta: Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh masa empat bulan sahaja kalau digunakan secara berterusan.

8. Auta: Tarif air akan naik ada Projek Langat 2 dijalankan.

Fakta: Projek masih belum dimulakan jadi bagaimana Menteri Besar Selangor boleh mengatakan tarif air akan naik. Tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tarif air bukanya Kerajaan Persekutuan.

9. Auta: Keupayaan pengeluaran semua 34 loji rawatan air di Selangor ialah 4.807 juta liter sehari (JLH) berbanding dengan keupayaan agihan Syabas 4.371 juta liter sehari iaitu terdapat lebihan sebanyak 436 JLH.

Fakta: Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4.807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh lima buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk.

10. Auta: Kos projek Loji Rawatan Air Langat 2 ialah RM8.65 bilion.

Fakta: Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor daripada 2 komponen iaitu:

i) Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor. Kos 3.936 bilion. Sumber 75% Japan International Cooperation Agency (JICA) dan 25% Kerajaan Persekutuan.

ii) Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2). Kos sebanyak RM4 bilion.

Diharap dengan adanya fakta-fakta di atas dapat membuka mata ramai pihak terutama sekali rakyat Selangor tentang kedudukan sebenar yang berlaku berhubung krisis air yang bakal melanda jika tidak ada tindakan segera diambil untuk mengatasinya.

Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan sejumlah peruntukan yang sangat besar untuk memastikan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya sentiasa mencukupi.

Oleh itu terpulang kepada rakyat Selangor kerana pilihan di tangan masing-masing samada ingin terus menikmati kemudahan air yang bersih lagi terawat atau mendengar auta Kerajaan Pakatan Selangor yang mendakwa kononya sumber bekalan air di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019.


Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Lepas UNISEL, KUIS Pula Bakal Dihancurkan Oleh Pakatan Haram

Wednesday, 8 August 2012


Belum pun kerajaan PR Selangor sempat memikirkan penyelesaian bagi masalah UNISEL, kini masalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula timbul.

Seperti juga UNISEL, KUIS sedang mengalami masalah kewangan yang semakin hari semakin meruncing dengan tiada jalan penyelesaian yang tuntas mahupun bantuan dari pihak kerajaan negeri. Tidak dapat dipastikan sama ada masalah ini timbul sejak pertukaran Rektor yang baru pada 2010, tetapi apa yang pasti KUIS tidak pernah mengalami masalah besar ketika pemerintahan BN di Selangor.

Mungkin untuk menangani masalah kewangan ini, maka akhir-akhir ini, KUIS mewajibkan pelajar-pelajarnya tinggal di asrama. Dan sejak beberapa tahun kebelakangan, KUIS telah menaikkan kadar yuran asrama dengan kenaikan yang terlalu tinggi. Contohnya, asrama jenis D dengan 4 orang bagi 1 bilik yang sebelum ini berharga RM550 setiap seorang, kini meningkat menjadi RM700 seorang. Ada di antara asrama lain yang mana kenaikannya mencecah lebih RM1,000.
Yuran pengajian KUIS juga meningkat saban tahun dan pernah mengalami peningkatan sebanyak 100%. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak kepada media pada penghujung tahun 2011 bagi menarik perhatian kerajaan Selangor agar menanganinya segera. Namun, sehingga kini, kerajaan Selangor terus menutup mata dan memekakkan telinga.

Akibatnya, keadaan semakin buruk sehingga menyebabkan ramai pelajar terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos yuran yang mahal serta sara hidup yang semakin tinggi. Ramai mahasiswa terpaksa menangguhkan pengajian atau berhenti akibat masalah kewangan yang melanda mereka.

Justeru, ramai yang tertanya-tanya, inikah sikap kerajaan PR Selangor yang kononnya meletakkan pendidikan di tahap yang paling tinggi?

Inikah rupa kerajaan PR Selangor yang memperjuangkan pendidikan percuma kepada semua?

Inikah kerajaan yang kononnya bijak mentadbir kewangan negeri?

Apabila ramai pelajar yang berhenti, pastinya pendapatan KUIS juga terjejas. Lebih buruk lagi, apabila pengambilan baru juga semakin berkurangan kerana ramai yang tidak sanggup dan tidak mampu untuk menanggung kos pembelajaran, sara hidup dan penginapan di Universiti tersebut.

Oleh itu, bagi menampung kos operasi dan utiliti, KUIS cuba membebankan segala kos ke atas pelajar dengan menaikkan lagi yuran asrama dan sebagainya. Tindakan ini menyebabkan pengambilan pelajar berlipat ganda berkurangan sekali gus pendapatan KUIS juga berlipat ganda merosot.

Ini menjurus kepada masalah yang berganda di mana kakitangan KUIS juga berada dalam risiko menghadapi masalah tidak menerima gaji dan sebagainya sepertimana yang telah berlaku di UNISEL dan tidak lupa juga KUIN, di Kedah.

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR langsung tidak prihatin dengan Kolej-kolej Universiti di bawah seliaan mereka?

Dengan wang yang begitu banyak seperti yang sering diwar-warkan mereka kepada rakyat, kenapakah mereka tidak dapat membantu KUIS, UNISEL atau KUIN di Kedah bagi memastikan pendidikan anak-anak muda kita tidak terjejas?

Apakah kerajaan PR sebenarnya tiada wang? Atau tidak cukup bijak untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini? Atau sememangnya tidak peduli dengan isu pendidikan dan pelajaran untuk rakyat?

Kita merasa pelik apabila kerajaan PR Selangor boleh pula mengeluarkan wang untuk membayar kos guaman pemimpin PR yang didakwa di mahkamah. Pelik lagi apabila kerajaan PR Selangor sanggup bermewah dan berhabis untuk mengadakan program-program politik. Dan semua ini dibelanjakan mereka sebelum waktu kempen pilihanraya. Bayangkan, berapa banyak agaknya wang negeri yang mereka ‘sediakan’ untuk kempen pilihanraya nanti?

Jika beginilah caranya PR ingin menarik undi, iaitu dengan menumpukan semua strategi, idea dan sumber kewangan untuk berpolitik dan bukan untuk rakyat, maka PR wajar lupakan saja Putrajaya. Hentikanlah berjanji mengenai pendidikan percuma atau apa saja, kerana ia bukan sahaja tidak pernah dipercayai, tetapi juga sudah tidak kelakar lagi.

Pendidikan bukan perkara kecil, ia merupakan soal masa depan. Jika ini pun tidak dapat difahami, maka apa lagi yang boleh diharapkan dari kerajaan PR?

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Kerajaan Pakatan Selangor Melindungi Penjenayah Rafizi Ramli


Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.

Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.

Niat Khalid mungkin baik apabila sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi menghargai 'jasa' Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin wanita yang popular.

Namun, dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana kerap didakwa oleh pembangkang, ia membabitkan soal integriti dan amanah yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.

Di masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA. Hampir setiap negara memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama - melindungi integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.

Gagal mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun pihak luar, bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.

Lagipun Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.

Ringkasnya, apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.

Jika jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor terhadap Rafizi, bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi perbankan kelak.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi. Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

PRU13: Khalid Gagap Bersama Pakatan Haram Bakal Diselam Rakyat Selangor Dalam Loji Air

Saturday, 4 August 2012


Polemik isu air di Selangor kelihatan reda sedikit selepas Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) mengemukakan data dan fakta penting bagi menjawab satu demi satu auta yang di gembar gemburkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Apabila data dan fakta dibentangkan di depan mata, semakin jelaslah rupanya selama ini Khalid langsung tidak pernah ambil tahu kedudukan sebenar bekalan air bersih di Lembah Klang yang turut membabitkan Selangor.

Mungkin disebabkan itulah, bila pasukan pemantauan Kerajaan Selangor membentangkan laporan yang meragukan berkaitan kapasiti maksimum loji-loji rawatan air bersih, terus sahaja Khalid menerima bulat-bulat tanpa memeriksanya secara terperinci.

Dalam laporan jawatankuasa pemantau tersebut, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dikatakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab menyalurkan air bersih yang mencukupi sedangkan semua 34 buah loji rawatan air di seluruh Selangor berupaya mengagihkan sehingga 4,807 juta liter air sehari (JLH).

Serentak dengan itu, Khalid memanfaatkan laporan tersebut untuk menjustifikasikan dan menghalalkan tindakannya untuk cuba campurtangan dalam pengurusan SYABAS.

Hakikatnya, angka 4,807 JLH yang disebut oleh pasukan pemantau yang dilantik oleh Khalid itu, adalah merupakan kapasiti air terawat yang dikira bersekali dengan bebanan lebihan yang terpaksa ditampung oleh 5 loji rawatan air (Loji Sungai Selangor, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Sungai Batu dan Bukit Tampoi).

Sedangkan kapasiti maksimum sebenar yang mampu diagihkan oleh keseluruhan loji rawatan air ialah cuma 4,371 JLH sahaja.

Dalam menguruskan bekalan air terawat, walaupun keseluruhan rekabentuk loji mampu menampung jumlah kapasiti yang tinggi sedikit, lazimnya had maksimum pengagihan air ditetapkan pada aras tertentu supaya dapat diketahui dengan tepat jumlah air bersih yang diagihkan dan digunakan setiap hari oleh pengguna.

Untuk memudahkan pemahaman, seandainya sebuah kenderaan memiliki tangki petrol yang mampu menampung 20 liter petrol, lazimnya kita tidak akan guna pakai kaedah memanfaatkan sepenuhnya 20 liter tersebut sehingga habis kemudian barulah mengisinya semula.

Sekali sekali semasa kecemasan di perjalanan bolehlah manfaatkan reserve petrol yang berbaki sambil mengharapkan stesyen minyak berada tidak terlampau jauh di hadapan.

Jika tidak, alamatnya terpaksa menghayun kaki sambil membawa tong minyak kecil mencari stesyen petrol berdekatan untuk diisi semula ke dalam tangki kenderaan yang tersadai di tepi jalan.

Demikianlah dengan loji rawatan air bersih, kita tidak perlu tunggu keseluruhan kapasiti digunapakai sepenuhnya untuk pengagihan bekalan air bersih kepada pengguna.

Sekiranya amalan guna habis dijadikan amalan, kita sukar untuk mengetahui sama ada bekalan air bersih sedia ada benar-benar mencukupi untuk semua pihak.

Di sinilah nampak kebodohan dan tidak caknanya Khalid serta kerajaan negeri pimpinannya, gagal memahami isu tapi memandai-mandai semacam tikus diberikan sebiji labu.

Sudah elok perancangan jangka masa pendek dan panjang disediakan oleh pemimpin BN, datang saja pemimpin PKR dan rakan sepakatannya, habis dikacaunya sehingga menyebabkan kehidupan rakyat bakal terjejas sekiranya masih tiada usaha disegerakan untuk melaksanakan Langat 2.

Punyalah terdesak untuk membuktikan keputusan kerajaan negeri pimpinannya bertindak betul menangguhkan kelulusan tanah untuk projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sampai tergamak pula Khalid menyembunyikan kenyataan sebenar.

Eloklah kiranya Khalid didaftarkan sekali bersama kelab MB yang serba tidak tahu biar sama setaraf dengan MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun tapi masih tidak tahu kaedah sebenar untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Jangan Guna Duit Rakyat Selangor Untuk Bela Nasib Penjenayah Seperti Rafizi

Friday, 3 August 2012


MB Selangor, Khalid Gagap tanpa berselindung telah menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk menggunakan wang rakyat bagi tujuan membiayai segala kos guaman yang bakal ditanggung oleh Rafizi Ramli yang kini berhadapan dengan tindakan mahkamah atas pertuduahan pecah amanah dan melanggar akta perbankan (BAFIA).

Tindakan Khalid itu, boleh di ibarat sebagai tindakan kerajaan Pakatan Selangor menandatangani cek untuk kroni mereka iaitu peguam Rafizi yang juga merupakan pemimpin Pakatan.

Kes Rafizi ini adalah peluang keemasan bagi pemimpin Pakatan mengaut duit rakyat dengan menjadi peguambela kepada Rafizi yang mana mereka sendiri tahu bahawa peluang untuk menang terhadap kes yang bakal dibicarakan ini kelak adalah amat tipis sekali.

Sebab itulah Khalid Gagap menjadi orang pertama sekali menawarkan bantuan kepada Rafizi dengan menggunakan wang rakyat tanpa perlu berfikir panjang akan kesanya kerana wang yang digunakan itu nanti bukan diambil dari poketnya sendiri.

Sebagai rakyat, sebagai pembayar cukai di Selangor, menganggap tindakan kerajaan negeri yang berhasrat ingin menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman seorang pelaku jenayah pecah amanah seperti Rafizi adalah tidak masuk akal kerana ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat.

Cukup-cukuplah duit rakyat dibazirkan oleh kerajaan negeri setelah empat tahun Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahaan. Selaku Menteri Besar, Khalid Gagap perlu memberi keutamaan pada tanggungjawabnya untuk membela nasib rakyat dan bukanya membela nasib seorang penjenayah seperti Rafizi.

Rakyat tak akan berkudis sedikit pun sekiranya Rafizi meringkuk dalam penjara kerana semua masalah yang menimpa batang tubuhnya itu berpuca dari sikap angkuh serta kebodohan sendiri dan tidak ada kaitan dengan rakyat Selangor. Itu jelas.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Senjata Makan Tuan, Rafizi Bakal Ke Penjara Tidak Lama Lagi

Thursday, 2 August 2012

Perinsip matlamat menghalalkan cara yang sering kali menjadi amalan Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan pihak lawan, akhirnya mula memakan diri.

Penangkapan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR atas dakwaan melanggar akta BAFIA kerana membocorkan maklumat sulit pelanggan bank kepada umum, menjadi bukti bahawa perbuatan pecah amanah yang dilakukanya itu tidak boleh diterima sama sekali.

Tidak kira apa tujuan atau niatnya suci macam mana sekalipun, perbuatan Rafizi membocorkan maklumat yang dilindungi di bawah akta BAFIA itu tanpa kebenaran pihak mahkamah, tetap menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan dengan hukuman yang sangat berat sekiranya didapati bersalah.

Sebagai seorang akauntan, sudah tentu Rafizi amat arif dan faham lebih dari orang biasa berkenaan akta BAFIA ini. Yang menjadi persoalan di sini, atas dorongan siapa atau berapa ganjaran yang diterima Rafizi, sehinggakan dia sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti pecah amanah ini.

Segala bukti seperti laporan penyata bank yang sering dijaja Rafizi dalam usahanya untuk membongkar penyelewangan yang didakwa oleh PKR berlaku dalam NFC Corp akhirnya menjadi senjata makan tuan apabila bahan bukti tersebut akan digunakan kembali sebagai bukti utama untuk mendakwa Rafizi bersama seorang lagi pengawai bank kerana terlibat dalam kes jenayah pecah amanah.

Diminta juga agar pihak SPRM dapat menjalankan siasatan terhadap kes ini kerana ia melibatkan 2 pihak iaitu bank dan Rafizi. Tidak mustahil terdapat unsur-unsur rasuah semasa maklumat sulit ini berpindah tangan. Tidak logik sekiranya pegawai bank itu hanya menurut perintah Rafizi ketika mencetak maklumat sulit akaun bank seperti orang kena pukau tanpa sebarang 'jaminan' untuk masa depan keluarga dan anak-anak apabila tertangkap dan meringkuk dalam penjara kelak.

Macam mana PKR boleh melantik Rafizi menjadi pengarah strategik parti keluarga itu sedangkan setiap kali pendedahan yang dibuat kononya untuk membongkar penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan setiasa menemui kegagalan dan akhirnya diri sendiri tersepit dan tidak dipedulikan.

Tidak dinafikan bahawa PKR memang hebat mencipta isu, mereka fitnah serta bijak memabangkitkan sentimen rakyat. Oleh kerana kurangnya pengalaman, kegelojohan sikap serta kebodohan setiap pemimpin yang berada dalam PKR, menyebabkan segala 'master plan' yang telah dirancang untuk menumbangkan BN menemui kegagalan apabila sampai di pertengahan jalan.

Peluang Rafizi untuk bertanding menjadi calon dalm PRU13 nanti nampaknya semakin kelam. Sekiranya didapati bersalah (mudah-mudahan) kerana terbabit dalam jenayah kes pecah amanah, maka gelap dan hancur masa depan dan karier politiknya pada usia yang sangat muda.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Tukar Menteri Besar Jika Rakyat Mahu Kemelut Isu Air Selangor Selesai

Friday, 27 July 2012


Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, bukan sahaja manusia yang akan berdepan dengan masalah malah kegiatan ekonomi juga terencat dan kesannya bila berlarutan amat memeritkan.

Tapi di Selangor, kerajaan negeri memandang remeh isu air dan lebih selesa bermain politik berbanding mencari penyelesaian jangka masa panjang demi kebaikan lebih 7 juta pengguna termasuk Kuala Lumpur & Putrajaya.

Laporan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) secara terperinci menyebut Selangor bakal berdepan dengan krisis air menjelang tahun 2014, sepatutnya tidak dipandang enteng begitu sahaja.

Malah laporan itu turut disokong pula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mengesahkan simpanan bekalan air bersih kini berada di tahap kritikal yakni hanya pada tahap 6 peratus sahaja..

Melihat pada sikap acuh tak acuh Kerajaan Selangor yang masih berdolak dalik dalam isu perlaksanaan projek Loji Rawatan Air langat 2 (Langat 2), jelas memperlihatkan kegagalan urus tadbirnya untuk memandang jauh ke hadapan.

Sedangkan tujuan pembinaan loji baru (Langat 2) tersebut bersama dengan terowong air melalui Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi sekaligus mengelakkan krisis air 1998 berulang.

Namun bila Kerajaan Selangor mengganggu kelancaran projek tersebut, akibatnya hingga kini beberapa kawasan Lembah Klang termasuk Selangor ada yang terpaksa menghadapi catuan air memandangkan rezab simpanan air di seluruh loji rawatan air bersih semakin berkurangan.

Andaian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kononnya bekalan air bersih mampu bertahan hingga tahun 2019 bukan sahaja tidak disokong oleh fakta, sebaliknya sengaja mahu meredakan kegusaran orang ramai saling tidak ubah seperti tindakan dangkal menyapu sampah ke bawah karpet.

Hakikatnya daripada 33 loji rawatan di seluruh Selangor yang membekalkan air bagi seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, hanya beberapa loji rawatan air sahaja yang masih beroperasi di bawah paras pengeluaran maksima.

Salah satu darinya ialah loji rawatan air di Sungai Rasa yang beroperasi pada tahap pengeluaran 138.71 JLH sedangkan tahap pengeluaran maksimanya ialah 250 JLH (Juta Liter Sehari).

Bagaimanapun disebabkan beberapa loji rawatan air yang sedang beroperasi bawah tahap sebenar ini tidak memiliki paip penghubung yang membolehkannya membekalkan air ke kawasan lain.

Sebahagian besar loji rawatan air yang lain pula terpaksa beroperasi melebihi tahap maksima antaranya loji rawatan air Sungai Langat yang mengeluarkan sejumlah 447.42 JLH berbanding 386 JLH kemampuan sebenarnya.

Loji rawatan air Sungai Semenyih pula membekalkan 665.92 JLH air bersih sedangkan kemampuan rekabentuk hanyalah untuk 546 JLH sahaja.

Loji-loji yang beroperasi melebihi kemampuannya lama-lamaan akan menghadapi masalah yang sekiranya berlaku serentak misalnya, beban kesusahan bukan sahaja dihadapi oleh rakyat malah kesannya menjejaskan operasi kilang-kilang yang menjana ekonomi negeri.

Secara keseluruhan, pengguna di Lembaha Klang menggunakan sejumlah 4,219 JLH manakala jumlah air bersih yang mampu dibekalkan oleh semua 33 loji rawatan air tersebut cuma 4,326 JLH.

Saban hari permintaan akan terus meningkat dan selagi tiada loji baru segera disiapkan, bermakna bila-bila masa sahaja para pengguna dan aktiviti ekonomi perkilangan akan menghadapi krisis yang lebih teruk.

Bukankah jelas di sini tindakan dolak dalik Kerajaan Selangor menangguhkan perlaksanaan projek langat 2 bukan sahaja bakal meningkatkan kos pembinaannya malah seumpama menjemput bala kepada rakyatnya.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Konflik Air Selangor: MB Atau Rakyat. Siapa Yang Tak Faham Dan Tak Cerdik Sebenarnya?

Sunday, 22 July 2012


Pada 04 Ogos 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendakwa bekalan air untuk kegunaan rakyat Selangor mencukupi sehingga tahun 2019 tanpa menerangkan sebarang perancangan selanjutnya bagi menghadapi situasi selepas tahun 2019.

Dua bulan kemudian yakni pada 06 Oktober 2010, kenyataan hampir sama diulangi sekali lagi oleh Khalid bagi menepis keperluan segera menyiapkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) & Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS).

17 Julai 2012 yang lepas pula, Exco kanan Selangor, Ronnie Liu mengulangi untuk sekian kalinya bahawa bekalan air untuk seluruh negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mencukupi dan tiada masalah untuk dirisaukan kerana kesemua tujuh empangan dan sungai masih dipenuhi air dan berada di paras yang tertinggi.

Sementara itu, dalam beberapa kenyataan lain oleh kerajaan negeri turut mempersoalkan apa perlunya catuan air dilaksanakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana sumber air di empangan dan sungai-sungai di seluruh Selangor masih berada di tahap yang stabil sekaligus cuba menggambarkan cadangan catuan air yang dikemukakan oleh SYABAS mempunyai niat jahat.

Dengan kata lain, pada fahaman mereka selagi air dalam sungai dan empangan yang statusnya masih mentah dan belum dirawat itu masih belum surut, maka dengan itu tiada sebab untuk berasa runsing atau bimbang akan berlakunya krisis bekalan air pada masa depan.

Ternampak jelas sejak dari mula isu air diperdebatkan, wujud ketidak fahaman isu dikalangan pemimpin pakatan pembangkang yang sedang memerintah Selangor. Apa yang mereka nampak tika ini ialah sungai penuh dan paras air di empangan stabil.

Hakikatnya, isu sekarang bukannya soal air empangan penuh atau sungai belum surut, tapi persoalan utama ialah selama mana loji-loji rawatan air sedia ada mampu menampung beban permintaan air bersih yang saban hari makin meningkat.

Jumlah loji rawatan air di Selangor ialah 34 buah termasuklah sebuah loji baru di Sungai Labu yang siap dibina oleh Kerajaan BN dan telah mula beroperasi sejak 20 Mac 2012 lepas.

Secara keseluruhan kapasiti air yang mampu dirawat dan disimpan oleh semua loji terbabit ialah 4,371 juta liter sehari.

Setiap hari pula lebih 4000 juta liter air bersih dibekalkan kepada berjuta-juta pengguna termasuk pihak industri.

Dengan rizab air bersih yang hanya tinggal lebih kurang 100 juta liter sehari sahaja, berapa lama lagi loji-loji tersebut mampu menampung keperluan harian kita semua?

Apatah lagi tika ini sebahagian besar loji rawatan air yang sedia ada terpaksa beroperasi melebih kapasiti sebenarnya. Terlalu kerap beroperasi melebihi kemampuannya bermakna proses selenggara loji perlu dilakukan lebih kerap dari biasa.

Setiap kali loji-loji tersebut diselenggara atau dinaiktaraf, sebahagian besar bekalan air bersih pula terpaksa dihentikan seketika. Lebih kerap selenggara dilakukan lebih kerap penyaluran bekalan air bersih kepada pengguna akan menghadapi masalah.

Di sinilah letaknya keperluan yang cukup mendesak yang menuntut kerajaan negeri di bawah PKR, DAP dan PAS segera meluluskan projek Langat 2 untuk kebaikan rakyat bawahan. Lebih lama Khalid Ibarhim berdolak dolik mempolemikkan isu ini, kesan buruknya mungkin lebih teruk dari krisis air 1998.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Kerajaan Selangor Sarankan Rakyat Supaya Minum Air Empangan & Sungai Yang Belum Dirawat

Thursday, 19 July 2012


Apabila EXCO kanan Selangor, Ronnie Liu mengatakan air di tujuh empangan termasuk sungai-sungai utama masih penuh dan mendakwa ia sebagai bukti kukuh yang Selangor tidak mungkin menghadapi masalah bekalan air, ia adalah satu kenyataan dangkal dari seorang pemimpin negeri yang tidak faham hujung pangkal isu sebenar.

Kenyataan Ronnie Liu itu hampir sama dengan kenyataan oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim hampir dua tahun lepas (04 Ogos & 6 Oktober 2010) yang turut menjadikan alasan bekalan air empangan dan sungai mencukupi sehingga tahun 2019 untuk menampung keperluan rakyat dan industri.

Eloklah, kedua-dua MB dan EXCO satu kepala berfikiran mendatar dan gagal memahami isu sebenar. Semacam MB Selangor dan EXCOnya menggalakkan pula rakyat Selangor membiasakan diri minum air mentah dari empangan dan sungai yang belum dirawat.

Entah bala apa yang sedang menimpa Selangor tika ini hingga terpaksa menanggung bebanan membayar gaji pemimpin-pemimpin negeri yang akal pendek cuma sejengkal, bebalnya pula tak boleh diajar.

Rakyat sedang berkecamuk memikirkan masalah bekalan air bersih yang dirawat di loji-loji rawatan air, MB dan EXCO yang pekak badak masih bercerita pasal air mentah dari empangan dan sungai-sungai. Dah jadi macam itik bercakap dengan ayam pula.

Walhal, air empangan dan sungai masih penuh pun tiada gunanya bila kemampuan loji rawatan air sedia ada yang berjumlah 33 buah itu gagal untuk memproses bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 7 juta pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semua 33 loji rawatan air sedia ada sekarang hanya dapat menampung sejumlah 4,326 JLH (Juta Liter Harian) air bersih sahaja manakala jumlah pengeluaran air bersih sekitar 4,000 JLH hingga 4,219 JLH sehari, mahu tidak mahu loji baru tetap diperlukan.

Jumlah penduduk akan kian meningkat, kilang-kilang dan pejabat akan bertambah dan semuanya ini memerlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian kecualilah kalau Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu boleh membuktikan air empangan dan sungai yang masih mentah boleh diminum begitu sahaja barangkali bolehlah ditangguhkan dulu loji rawatan air Langat 2.

Zaman sekarang mana ada lagi orang basuh pinggan mangkuk, mandi seharian atau basuh kereta guna air sungai, rata-ratanya guna air paip yang telah dirawat di loji-loji rawatan. Masing-masing tahu air yang belum dirawat risikonya boleh memudaratkan kesihatan dan tak sesuai untuk kegunaan harian.

Tak tahulah kalau Khalid dan Ronnie sudah terbiasa mandi pagi petang guna air lombong, minum siang malam pula dari sumber air mentah dari empangan, maka mungkin sebab itu wajah kelihatan kusut masai dan akal cuma sejengkal.

Sementelah 33 buah loji rawatan air sekarang masih berkemampuan menampung bebanan keperluan air bersih untuk kegunaan harian, semolek-moleknya kita sediakan payung sebelum hujan dengan bertindak segera menyiapkan satu lagi loji rawatan air Langat 2.

Dengan demikian, tidaklah nanti bila loji-loji sedia ada terpaksa diselenggara dek kerana kerap beroperasi melebihi kemampuan kapasitinya, maka tidaklah kerap sangat bekalan terputus atau terpaksa dicatu selalu.

Jikapun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang gagal menjangka apa yang bakal berlaku beberapa tahun mendatang dek kerana akal sejengkal, janganlah pula digadaikan keperluan air bersih untuk kegunaan harian para hamba rakyat jelata.

Cukuplah sekadar Khalid Ibrahim dan Ronnie Liu sahaja yang kekal bebal tapi kami rasa jelata masih belum bangang untuk minum air mentah dari sungai dan empangan.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Gagal Urus Negeri, Gagal Kawal Nafsu Faekah, Nyawa Politik Khalid Kini Di Hujung Tanduk

Friday, 29 June 2012


Kata orang kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita. Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya?

Khalid nampaknya tersepit antara sayang dengan tanggungjawab. Kita tahu Khalid sayang pada Faekah kerana itu beliau telah cuba sedaya upaya untuk membela Faekah dengan berkata, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. Dalam kes ini, Faekah didapati telah merekomenkan syarikat anak saudaranya sendiri sebagai panel peguam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Nasib baiklah, Khalid tidak perlu membuat keputusan sendirian, tetapi perlu diambil secara kolektif melalui mesyuarat Exco. Apa yang berlaku ialah para Exco telah mengambil keputusan bahawa Faekah perlu meletakkan jawatannya esok.

Ramai yang berkata bahawa Faekah adalah sumber kekuatan Khalid dan apa yang berlaku ini amatlah melukakan hati Khalid. Di saat Khalid terpaksa berhadapan dengan begitu banyak ancaman dalaman, kehilangan walaupun seorang dari pengikutnya pasti akan menjejaskan moral dan semangatnya.

Faekah bukan sekadar setiausaha, tetapi juga penghubung peribadi antara Khalid dengan Presiden parti, Wan Azizah. Melalui Faekah, masalah-masalah parti dapat dibincangkan secara peribadi dengan Presiden tanpa perlu terikat pada protokol sepertimana di dalam mesyuarat parti. Apatah lagi apabila ramai di dalam parti yang tidak menunjukkan penghormatan yang sepatutnya terhadap Khalid walaupun beliau adalah Menteri Besar hubungan peribadi seperti ini amatlah penting baginya.

Kurangnya rasa hormat terhadap beliau, menyukarkan beliau mengawal dan memantau keadaan. Malah, sebahagian besar dari masanya, perlu dihabiskan untuk melihat sekeliling bagi memastikan dirinya tidak ditikam dari belakang.

Dengan ketiadaan Faekah, semakin sukarlah bagi Khalid untuk menjaga diri.

Kes Faekah itu sendiri memberi peluang kepada musuh-musuhnya untuk menembaknya dari dalam. Dengan timbulnya kes ini, kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin terserlah dan tidak boleh dinafikan lagi.

Faekah tidak mungkin berani menandatangani apa-apa surat sokongan jika Khalid adalah seorang ketua yang tegas dan tahu bagaimana untuk mendidik orang-orang sekelilingnya. Sikap Khalid yang terlalu bergantung kepada Faekah membuatkan Faekah tidak berfikir panjang apabila menandatangai surat sokongan yang menjadi isu ini.

Tidak guna Khalid menyalahkan Azmin atau sesiapa sahaja di kalangan Exco atas apa yang berlaku kepada Faekah. Walaupun pahit, beliau perlu terima bahawa apa yang berlaku adalah berpunca dari kepimpinannya yang lemah.

Apapun, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan ke atas Khalid seratus peratus kerana sesungguhnya, memimpin sebuah negeri di bawah payung parti PKR bukanlah mudah. PKR adalah parti yang tergolong di dalamnya manusia-manusia yang berbagai jenis termasuk yang tidak normal atau songsang. Mereka-mereka ini berpegang kepada kebebasan mutlak. Orang yang berpegang kepada kebebasan mutlak, pastinya sukar dikawal. Kerana itu, kita menyaksikan pemilihan parti PKR yang lepas adalah pemilihan yang paling kotor dalam sejarah.

Khalid Ibrahim tentu menyedari bahawa perletakan jawatan Faekah juga menandakan yang nyawa politiknya sendiri sudah tidak panjang lagi. Tidak mustahil ia akan berakhir sebelum PRU ke-13. Keputusan Exco yang tidak menyebelahi pendapat peribadinya menunjukkan yang beliau tidak punya sokongan lagi di kalangan Exco sendiri. Bagaimana seorang Menteri Besar mampu bertahan tanpa sokongan Exco? Lebih dari itu, kita pasti, sasaran musuh-musuh Khalid adalah lebih jauh dari sekadar Faekah iaitu Khalid sendiri. Pada bila-bila masa, peluru baru akan dilancarkan untuk menghapuskan Khalid pula dan kali ini, tanpa Faekah di belakang untuk menahannya.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

Baru Empat Tahun, Sudah Banyak Tanah & Eset Milik Kerajaan Selangor Digadai Khalid Gagap

Tuesday, 19 June 2012


Melihat gerak kerja Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, pasti kita akan mengingati semula cerita-cerita lama tentang kegemaran orang Melayu menjual tanah hatta untuk berkenduri kahwin. Kegemaran Khalid Ibrahim adalah menjual tanah. Datanglah sebanyak mana pun masalah, penyelesaian Khalid Ibrahim adalah JUAL TANAH.

Tanah mana yang tidak lagi dijual oleh Khalid Ibrahim. Habis segala tanah Yayasan Selangor telah dijual oleh Khalid Ibrahim. Habis juga tanah YBK digadai oleh Khalid Ibrahim. Sehinggakan ramai yang memperkatakan kegemaran dan pendekatan Khalid Ibrahim dalam tempoh empat tahun ini ialah MENJUAL TANAH.

Secara jujur, Khalid Ibrahim kelihatan sangat GEMARKAN MASALAH melanda Selangor. Datang masalah air, Khalid Ibrahim jual tanah. Datang masalah PTPTN, Khalid Ibrahim cepat-cepat umumkan yang dia dah jual tanah UNISEL. Datang masalah Teoh Beng Hock yang mati terjun bangunan untuk selamatkan punggung Exco Selangor, Khalid Ibrahim juga jual tanah dan pasir. Muncul masalah tentang bonus untuk kakitangan kerajaan negeri, Khalid Ibrahim dah pun jual tanah.

Apa-apa masalah, jual tanah adalah jawapannya.

Justeru apabila Faekah Hussin ‘membelasah’ Khir Toyo kerana bekas Menteri Besar Selangor itu bercakap tentang Khalid Ibrahim yang menggunakan kuasanya untuk meluluskan kontrak menggunakan dana Geran Selangorku untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya, sebenarnya ia tidak lebih daripada upaya Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu untuk menggapai awan dengan sembang-sembang kosong serta cubaannya untuk melarikan tajuk dan persoalan yang dibangkitkan.

Dan yang paling menariknya ialah apabila Faekah Hussin mempersoalkan ketidakcekapan Khir Toyo yang tidak dapat mengutip ‘hutang rakyat’ yang sebenarnya dimaksudkan oleh Faekah Hussin ialah, menaikkan cukai tanah dan cukai pintu, memberikan air percuma, tetapi pada masa yang sama, berhutang dengan SYABAS lebih RM1 bilion yang akhirnya akan terpaksa dibayar oleh rakyat Selangor dengan apa cara sekalipun.

Paling kelakar ialah apabila Faekah Hussin dengan mulutnya yang termoncong-moncong dan hidungnya yang tersorong-sorong menyatakan kononnya Geran Selangorku itu adalah kecekapan Khalid Ibrahim mengutip hutang yang tidak dibuat oleh Khir Toyo pada zamannya!

Sama ada peguam seperti Faekah Hussin cuba membohongi atau membodoh-bodohkan rakyat Selangor, telatahnya acapkali menimbulkan jenaka yang maha hebat. Satu dunia tahu, penyelesaian yang dilakukan dan kecenderungan Khalid Ibrahim adalah MENJUAL TANAH. Dari tanah kubur, sehinggalah tanah pasir dan tanah selut, semuanya dijual oleh Khalid Ibrahim. Dan yang paling besar sekali jualan tanahnya ialah melibatkan tanah-tanah milik entiti atau agensi kerajaan negeri.

Sehinggakan bangunan-bangunan Yayasan Selangor dan bangunan-bangunan milik PKNS juga dijual oleh Khalid Ibrahim.

Kalau itulah yang dikatakan dan dibangga-banggakan oleh Faekah Hussin kononnya itu adalah kecekapan Khalid Ibrahim mengutip hutang, sememangnya, wajarlah kita semua menghempuk kepala masing-masing kerana MANUSIA SEBODOH FAEKAH telah dilantik ke jawatan SETPOL dan dia pula cuba menyebarkan kebodohannya ke serata alam.

Klik imej di bawah untuk bacaan seterusnya

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP