Powered by Blogger.

GPRS : Penduduk Ampang kini Sedar Masalah Air Kritikal

Thursday, 11 October 2012


alt
 
AMPANG 11 Okt - Majlis Forum Rakyat Isu Air dan Langat 2 anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memberi kesedaran kepada rakyat berdepan krisis air mentah yang semakin kritikal di Negeri ini.

Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi berkata Majlis Forum Rakyat Isu Air dan Langat 2 telah berjaya  memberi penjelasan kepada rakyat negeri Selangor mengenai krisis air yang bakal dihadapi jika rakyat kerap menggunakan bekalan air tidak terawat.

"Ini merupakan penjelajahan forum krisis air yang kedua selepas di Beranang untuk memberi penjelasan kepada rakyat Selangor tentang krisis air, Projek Langat 2 dan isu Skim Air Percuma (SAP) seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Di samping itu, hari ini kita bersama pakar dalam bidang air mahu bersemuka dan bersesi soaljawab bersama penduduk Ampang bagi menafikan segala pembohongan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada Sidang Media forum rakyat di Bangunan UMNO Ampang di sini malam tadi.
 
alt
 
Forum yang disertai lebih dari 500 wakil penduduk Ampang yang berdepan masalah air itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Noh Omar, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som, wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Mustafa Hamzah dan Pakar Kejuruteraan Hidrogeologi Air, Dr. Azuhan Mohamed.

Sohaimi turut menjelaskan banyak kawasan perumahan yang memiliki meter pukal yang mahu bersama GPRS bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Selangor yang tidak melaksakan SAP.

Menurutnya, beliau percaya perkara ini akan berterusan setelah ramai penduduk yang memberi maklum balas positif serta menyokong tindakan GPRS membongkar kerajaan negeri Selangor.

Sohaimi turut mendakwa  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak memberikan sebarang reaksi mengenai SAP sebaliknya membuat kenyataan berbau bongkak yang menyatakan kerajaan negeri Selangor tidak takut dengan kebangkitan rakyat dan beliau sedia disaman.

"Sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sepatutnya jangan mencabar rakyat negeri Selangor sebaliknya cubalah berfikir untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara penyelesaian yang terbaik," jelasnya lagi.

Sebelum ini, seramai 500 orang menghadiri forum dan Penerangan Isu Air Selangor di Beranang dan GPRS akan terus mengadakan forum kesedaran kepada semua kawasan penduduk Selangor supaya tidak termakan janji manis pihak pembangkang.-Klpos

Read more...

Mampukah Khalid Terus Mempertahankan Kekasih Gelapnya Yang Muka Berminyak Itu !

Wednesday, 10 October 2012



Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletak jawatan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham dalam Pakatan Rakyat (PR).

Borhan berkata, desakan itu dibuat kerana Faekah didakwa mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terbuka menerusi sebuah portal berita baru-baru ini.

Menurutnya, beliau berharap Menteri Besar, Khalid Ibrahim dapat mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

“Kami selaku pemimpin-pemimpin PKR Selangor mendesak agar pimpinan pusat mengambil tindakan keras terhadap Faekah.

“Faekah perlu meletakkan jawatannya dengan serta-merta dan kami faham kuasa penuh ada di tangan Menteri Besar untuk membuat sebarang keputusan mengenainya,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Selangor di sini semalam.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Azmin mengeluarkan kenyataan Abduk Khalid akan dilantik sebagai menteri pusat sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.

Dalam pada itu, Azmin menafikan membuat kenyataan seperti itu dan Faekah mempersoalkan niatnya itu.

Tindakan Faekah itu menyebabkan beliau ditegur oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Faekah diingatkan supaya tidak memberi kenyataan secara membuta tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.

Borhan berkata, beliau mempersoalkan tindakan Faekah mengkritik Azmin secara terbuka kerana dia tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti.

Katanya, Faekah perlu ingat bahawa Azmin mengeluarkan kenyataan berdasarkan kapasiti selaku timbalan presiden, pengerusi majlis pimpinan negeri merangkap pengarah pilihan raya.

“Perkara ini dah berlaku berulang kali dan kita harap Faekah lebih teliti pada masa akan datang sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Sebarang komen perlu dirujuk terlebih dahulu kerana kita khuatir perkara seumpama ini boleh menimbulkan pertelingkahan,” katanya.

Dalam pada itu, semalam Sinar Harian Online melaporkan Faekah mengambil pendirian tidak akan mengulas lagi isu melibatkan kedudukan Menteri Besar.

Faekah juga akur dengan teguran kepimpinan PKR supaya tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.

Sumber - Kita Gempur

Read more...

Kerajaan Selangor aniaya rakyat - Kunci diserah, tapi tak boleh pindah?




Perasaan gembira penduduk Kampung Berembang yang diberi kunci unit rumah masing-masing di Pangsapuri Berembang Indah hanya bersifat sementara.

Mereka masih tidak dapat berpindah masuk ke pangsapuri itu kerana masih terdapat banyak masalah di pangsapuri berkenaan.

Penduduk mendakwa, walaupun sebelum ini pemaju dan kerajaan negeri berjanji mengambil masa hanya tiga tahun untuk dipindahkan ke situ, tetapi disebabkan masalah teknikal, mereka terpaksa menunggu lagi sembilan tahun untuk dipindahkan ke pangsapuri berkenaan.


Sudahlah menunggu sejak sekian lama, apabila menerima kunci kediaman mereka daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada Ogos lalu, mereka mendapati pelbagai masalah lain pula yang tidak diselesaikan oleh pihak pemaju.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor diminta memeriksa pangsapuri itu dan memastikan semua masalah telah diselesaikan agar penduduk boleh berpindah masuk dengan senang hati.

Seorang penduduk Kampung Berembang, Shahfarin Razlan, 46, ketika ditemui berkata, pihak pemaju mengeluarkan surat kepada mereka bahawa bangunan tersebut telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki pada bila-bila masa.

"Tetapi apabila tiba di pangsapuri ini, kami mendapati bekalan elektrik dan air masih tiada.

"Pihak pemaju seharusnya memastikan bahawa tiada masalah seumpama itu di pangsapuri ini sebelum mengeluarkan surat itu," ujarnya.


Seorang suri rumah, Laila Osman, 43, yang kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara berkata, dia terpaksa melangsaikan bayaran yang diminta pemaju walaupun ketika itu umat Islam sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.

"Bayangkan, mereka kutip duit sebelum hari raya, tetapi kami langsung tidak membantah kerana mahukan rumah yang selesa untuk keluarga. Tetapi apabila melawat ke pangsapuri ini, kami mendapati masih terdapat beberapa masalah yang tidak selesai.

"Dulu semasa tinggal di Kampung Berembang, kami dipindahkan ke PPR Beringin, tetapi disebabkan PPR tersebut mempunyai masalah kami dipindahkan ke Pangsapuri Berembang Indah pula.

"Tetapi pangsapuri baru pun menghadapi masalah," ujarnya.


Dalam nada sama, Aida Suhaida Shariff, 21 berkata, hampir setiap hari dia dan keluarga menjenguk ke pangsapuri berkenaan untuk melihat sama ada meter air dan elektrik telah dipasang.

"Setiap kali datang, pasti kami akan kecewa kerana ada sahaja masalah yang masih tidak selesai. Tiada bekalan air dan elektrik, dan pelbagai masalah lagi," katanya.

Oleh itu, dia dan penduduk lain pangsapuri itu meminta Syarikat Perspektif Masa Sdn. Bhd. (PMSB) selaku pemaju segera menyelesaikan masalah tersebut dan dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor juga harus menjalankan tanggungjawab memantau dan memastikan pangsapuri berkenaan telah benar-benar sedia untuk diduduki.

Sumber - Oyabun

Read more...

Exco Agama Selangor Restui Konsert Ala Woodstoks Di Stadium Kelana Jaya


Seperkara yang menarik yang bakal berlaku di Selangor pada hujung minggu ini ialah konsert ala woodstocks, bertempat di Stadium Kelana Jaya.

Konsert ini akan bermula dari 4 petang hingga 11.30 malam.

Malang sekali MB Selangor merangkap Exco Agama Islam Selangor TS Khalid Ibrahim bagai merestui konsert ini.

Lebih teruk lagi, Khalid yang duduk sebagai MB PKR dan exco agama melalui PKR, telah bersekongkol dengan konsert berbaur maksiat tersebut.

PKR telah mengedarkan siaran yang menggalakkan ahli-ahlinya hadir ke konsert tersebut yang dibuktikan dari petikan dari portal Media Selangorku, seperti di bawah:-


Adalah kurang manis atas kapasiti exco agama negeri, Khalid berdiam diri dan tidak menegur atas program ini yang bermula dari waktu asar hingga menjelang tengah malam.

Harap-harap, Dewan Pemuda PAS Selangor akan membuat bantahan terhadap konsert ini. Itu pun kalau mereka berani!

Read more...

PAKATAM SELANGOR DALAM KEMELUT SKANDAL KRONISMA TERBURUK.

Tuesday, 9 October 2012

6 Cawangan DAP Dibubarkan Di Sepang Gara-gara Ketidakpuashati Terhadap Hipokrasi Pemimpin DAP dan PAKATAM Di Selangor.
"CAKAP TAK SERUPA BIKIN"
Pembubaran 6 cawangan DAP di Sepang dan siri jelajah ceramah seluruh negara oleh bekas pemimpin DAP serta kemelut polemik di antara Guan End dengan Mansur Othman merupakan pergolakan yang telah berlaku dalam Pakatam.

Pembohongan SUARAM mengenai kes Scorpene didedahkan oleh Yves Charpenel Pendakwaraya Perancis. Di tambah pula [endedahan Dana Soros yang di terima oleh SUARAM serta pendedahan oleh JMM mengenai amalan rasuah yang di dakwa dilakukan oleh SUARAM. Kesemuanya ini membawa kita kepada satu kesimpulan sahaja Pakatam sedang di landa skandal kronisma terburuk. Dan CAKAP TAK SERUPA BIKIN. 
Kini timbul satu pendedahan daripada rakan bloger mengenai isu lori kompektor sampah dengan perkaitan dengan bas mewah serta syarikat Dong Feng syarikat pengeluar lori kompektor dan bas mewah tersebut. Sila baca di sini MEGA BIDAMAN.

Antara lain bloger tersebut mempersoalkan beberapa perkaitan jelas di antara pembelian lori sampah kompektor dengan bas mewah,
Semacam ada satu teka - teki yang perlu dihuraikan disini iaitu kaitan Dong Feng di China, agennya di Puchong, dan Intercoach Sdn Bhd . Syarikat mana yang sebenarnya dapat keuntungan supply 50 buah kompaktor sampah itu ? Namun, walau apa pun penjelasannya pengeluar kompaktor sampah dan bas adalah dari pengilang yang serupa. Kaitan Cih (M) , (agen Don Feng di Malaysia) dengan kerajaan negeri Selangor Pakatan boleh dilihat dari petikan akhbar di bawah (rujukan Selangor Times , 9 March )
 
Kesemua lori kompektor tersebut di bawa masuk sebagai komponen terurai dan di pasang semula di sebuah kilang di Rawang iaitu Intercoach Sdn, Bhd. Kenapa berlaku sedemikian ?

Kenapa Pakatam tak membeli terus daripada CIH sebagai agen kepada Dong Feng ?

Apakah teka-teki nya?

Read more...

PR DESAK PEMBINAAN PETROKIMIA DI BACHOK DAN BANTAH PETROKIMIA DI PENGERANG !!! NAMPAK SANGAT PR PUTAR BELIT !!!

Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh Pembangkang,kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia.Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang,Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam,Selangor.Ironinya,dalam isu petrokimia di Pengerang,para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.Dalam perhimpunan di Shah Alam itu,kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan. 
Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia,mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok,Kelantan.Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003,sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok,Bachok.Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira,terutama dalam soal projek petrokimia RAPID kononnya membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah,timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan ??? 
Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya,ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS,PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar,tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.Logiknya,jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya.- Badut Rakyat

Read more...

Empangan Di Selangor Dah Kering, Catuan Air Akan Di Adakan...


Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik.   Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini.
Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas.
Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam.  Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.
Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.


Justeru, apakah alasan kerajaan PR Selangor bagi terus berdegil menyatakan yang krisis air yang dibimbangi BN hanya mainan politik?  Krisis air Selangor dijangka berlaku pada 2014 atau lebih awal berdasarkan kajian dan unjuran yang dijalankan oleh pakar.
Masalah kekurangan bekalan air mula timbul selepas kerajaan PR Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) syarikat konsesi yang menyebabkan syarikat tersebut tidak berupaya meneruskan kerja-kerja penggantian paip yang telah lama dan rosak.
Sekali gus menyumbang kepada peningkatan bekalan non-revenue water (NRW) di negeri ini.Secara dasarnya, negara ini mempunyai bekalan air hujan yang cukup tetapi, bekalan air terawat memerlukan loji dan teknologi rawatan yang sistematik yang mana membawa kepada projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan BN Selangor yang terdahulu.   
Namun, kerajaan PR Selangor telah bertindak membekukan projek ini atas alasan ingin mengstruktur semula industri air di Selangor.
Alasannya ialah agar membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadar tarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat.   
Dalam ertikata lain, kerajaan PR Selangor mengambil pendirian bahawa mereka lebih rela jika rakyat tidak mendapat bekalan air bersih langsung daripada membayar harga yang tinggi untuknya.
Pendirian kerajaan PR Selangor ini amatlah mencurigakan, apatah lagi dengan terbuktinya bahawa janji mereka untuk memberi 20m padu air percuma kepada rakyat dalam PRU terdahulu hanyalah janji kosong di mana perlaksanaannya adalah tidak menyeluruh dan tidak adil kepada beberapa pihak.  
Kini, krisis air yang bakal melanda semakin nyata dengan empangan-empangan yang semakin menyusut dan kering.  
Apakah kerajaan PR Selangor buta?   Politik apakah yang sedang dimainkan oleh kerajaan Selangor?   Salahkah jika rakyat terus meragui mereka?Apakah kerana mereka terlalu angkuh untuk mengaku tersilap memahami dan mencongak fakta dan angka mengenai bekalan air, sehingga sanggup membiarkan rakyat menanggung derita?  
Dengan kedegilan kerajaan Selangor, inilah disarankan agar rakyat Selangor yang masih ragu-ragu mengenai isu air mengambil inisiatif sendiri untuk menyelidik perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat dalam PRU nanti.  
Pastikan kerajaan yang dipilih dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan bukannya angkuh tidak bertempat.  Jangan dua kali terhantuk sehingga berdarah baru hendak ditengadah.  Ingatlah kata-kata Khalid Ibrahim, iaitu manifesto PR bukannya janji.- DET

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP