Rampas Tanah Kelantan..Nik Aziz Masuk DAP!!!
Thursday, 11 April 2013
Ngeh dan Nga, dua bersepupu DAP yang cukup berkuasa dan pandai menggunakan kedudukan mereka, telah dianugerahkan tanah Bumiputera-Melayu di Kelantan yang keluasannya lebih 10,000 ekar oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menariknya, inilah orang dan puak yang sibuk bercerita kononnya, UMNO dan Barisan Nasional telah menyeleweng dan menggunakan kedudukan untuk kekayaan. Konon-kononnya setelah mereka berjaya menguasai Putrajaya, segala harta benda pemimpin dan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional akan dirampas dan seterusnya dibahagi-bahagikan sesama mereka.
Dan para penyokong pun, seronok bertepuk tangan dan tidak sabar-sabar menantikan saat itu biarpun pada hakikatnya, mereka hanyalah tukang sorak dan tukang jerit sedangkan segala kekayaan yang disapu oleh para pemimpin Pakatan Rakyat hanya boleh diperhatikan oleh para penyokong.
Sekarang, AKU JANJI Barisan Nasional Kelantan pula memutuskan bahawa tanah-tanah yang telah diberikan kepada Ngeh dan Nga oleh Nik Aziz akan 'dirampas' memandangkan penganugerahan tersebut melibatkan tanah Yayasan Islam Kelantan yang sudah tentu sepatutnya untuk orang Islam tetapi diselewengkan oleh Nik Aziz untuk kepentingan PAS.
0 comments:
Post a Comment