Powered by Blogger.

Bongkar PAS (Part 1) - Parti PAS Direstui Penjajah

Tuesday 16 April 2013



Pada zahirnya, PAS sebenarnya tidak menggambarkan ciri-ciri sebuah jemaah Islam atau parti Islam, tetapi ia lebih bersifat sebagai sebuah parti politik. Lebih-lebih lagi bila is diluluskan pendaftarannya oleh kerajaan British selepas ditubuhkan pada 16 September 1951.

Ertinya, kewujudan parti PAS turut direstui penjajah British atau dengan kata lain PAS turut diredhai penjajah. Kemudiannya PAS telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955, nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang).

PAS satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin. Hizbul Muslimin diharamkan dan PAS diizinkan bergerak?

Jawapannya ialah seperti mana kita faham bahawa penjajah ialah terdiri daripada kaum Yahudi dan Nasrani, mereka tidak akan berpuas hati dengan umat Islam  selagi umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka. Bila dilihat PAS boleh diperalatkan, British pun merestui PAS untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.

Buktinya telah didedahkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran, maksudnya; "Selama-lamanya orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha (senang hati) kepada kamu (umat Islam ) hinggalah kamu mengikuti agama (cara hidup) mereka". (Surah al-Baqarah ayat 120).

Ertinya, orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) selama-lamanya tidak senang hati terhadap mana-mana umat Islam, sama ada secara individu atau kumpulan (parti), selagi tidak mengikuti jejak langkah mereka.

Jadi, mana-mana organisasi yang kononnya hendak memperjuangkan Islam, tetapi mendapat restu Yahudi dan Nasrani dan diberi permit (kebenaran) untuk bergerak tandanya perjuangan mereka tidak boleh membawa cara hidup Islam tulis dan tidak mengancam Yahudi dan Nasrani.

Nantikan lagi pembongkaran PAS ...(Part 2)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP