Perbentangan Manifesto BN Sabtu Ini
Thursday, 4 April 2013
Pembentangan Manifesto Barisan Nasional (BN) akan dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
Najib yang sekian lama memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pekan turut menyatakan akan terus bertanding di kerusi tersebut.
Berbeza dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar kata Najib, beliau akan terus kekal di Pekan dan tidak akan meninggalkan penyokongnya yang banyak membantu.
"Saya tidak pernah terfikir langsung untuk meninggalkan Pekan, itulah kawasan hidup dan mati saya, secara politiknya," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau menjelaskan calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan diumum lebih awal berbanding dari kebiasaannya.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata terdapat perubahan dalam senarai calon termasuk pengenalan kepada muka-muka baru untuk mewakili BN pada PRU13 akan datang.
Sumber
0 comments:
Post a Comment