Powered by Blogger.

MB Khalid panik akan kebangkitan UMNO dan BN Selangor!

Friday, 30 March 2012



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menegaskan tidak wujud kem atau kelompok warlord dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini. 

Sebaliknya kata beliau, kepimpinan BN Selangor bersama ketua-ketua bahagian parti dan anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor sepakat bekerjasama dalam menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. 

''Ada orang kata di Selangor ini banyak warlord, saya kata mana ada. Yang ada saya dengan (Datuk Seri Ir.) Mohd. Zin Mohamed. Kalau kami berdua tidak mendapat sokongan ketua-ketua bahagian, kita pun tidak boleh berjalan.

''Saya memberikan jaminan bahawa di Selangor tidak ada kem, kita bersatu-padu dan saya amat terharu dengan sokongan daripada Mubarak, " katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kesembilan Mubarak Selangor di Ibu Pejabat UMNO Selangor, di sini baru-baru ini. 

Turut hadir Pengerusi Mubarak, Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apa yang wujud di Selangor adalah begitu ramai bekas pemimpin dan tokoh hebat yang berjasa membangunkan negeri ini sehingga menjadi maju seperti sekarang. 

Katanya, gabungan tenaga kesemua tokoh itu membolehkan kepimpinan parti mendapat dokongan pasukan terbaik iaitu syarat bagi membolehkan BN memenangi pilihan raya umum akan datang sekali gus kembali berkuasa di negeri ini. 

Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Politik Mubarak Selangor bagi melaksanakan tanggungjawab mendekati kumpulan profesional dan korporat agar dapat memberikan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. 

''Muhammad dan Mubarak akan bersama-sama Badan Perhubungan UMNO negeri bagi bekerja dalam satu pasukan supaya kita tidak menghampakan harapan rakyat dalam memastikan kemenangan BN,'' katanya. 

Dalam pada itu, Noh berkata, Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik kira-kira 40 orang ahli Mubarak Selangor sebagai fasilitator di 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini. 

''Kita lantik mereka sebagai 'ayah' yang akan memberikan nasihat dan bimbingan serta menyelesaikan masalah yang timbul di sesuatu kawasan," katanya.

Yang penting pastikan tidak ada ‘tempoh lanjutan’ kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk memerintah lagi selepas PRU 13 kali ini...!!! Wallahuallam.



Read more...

SAH!! DAP YANG CONTROL SELANGOR. PKR JADI KUDA, PAS JADI KELDAI.

Thursday, 29 March 2012



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berakhir semalam (27 Mac 2012)tentunya akan terakam dalam sejarah tanahair sebagai persidangan yang paling memalukan kerajaan negeri yang diterajui PR Selangor berikutan kesilapan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim menghantar mesej BBM.

Tujuan Teng menghantar mesej BBM itu asalnya hanya untuk tatapan barisan exco negeri dari DAP, PKR & Pas dalam usahanya untuk memandu arah persidangan bagi manfaat politik PR, tapi sebaliknya yang berlaku apabila mesej itu turut diterima oleh ADUN Bebas Datuk Dr. Hasan Ali yang sebelum ini adalah exco Hal Ehwal Islam negeri.

“This is possibly the last winding up sessions for exco, oppoturnity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like what Yaacob is doing now”. 
“Ini mungkin sesi penggulungan yang terakhir untuk exco, peluang harus digunakan sepenuhnya untuk bercakap tentang tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas seperti yang Yaacon lakukan sekarang”. – Speaker DUN Selangor, Teng Cheng Kim (DAP), 27 mac 2012

Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.

Bila dalam persidangan dewan undangan pun speaker PR dari DAP tidak mampu berlaku adil & bersikap telus, besar kemungkinannya dalam konteks pentadbiran kerajaan negeri juga tentu saja ada berlaku ketirisan & ketidaktelusan.

Misalnya dalam urusan pembahagian tender & kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.

Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.

Read more...

PENDEDAHAN PANAS! SIAPA INDIVIDU YANG BERBELANJA MEWAH DI SELANGOR?


Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas rakyat Selangor didedahkan oleh Datuk Dr Hassan Ali tentang seorang individu penting dalam pentadbiran negeri Selangor menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Datuk Dr Hassan juga mendakwa individu itu pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama. Antara kegiatan utama individu tersebut keluar negara adalah untuk bermain golf.

Mungkin kerana sudah merasa panas dengan pendedahan Hassan Ali, dua hari selepas itu individu tersebut membekalkan maklumat secara terperinci kepada Azmin Ali yang mana maklumat itu digunakan oleh Azmin untuk membelasah Hassan dalam Dewan Undangan Negeri.

Inidividu yang dimaksudkan bukannya seorang ahli politik. Beliau adalah seorang penjawat awam yang dibayar gaji dari Putrajaya. Orang yang dimaksudkan adalah Pegawai Kewangan Negeri Selangor yang pernah bercita-cita untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dato'Mohd Arif Abdul Rahman.

Read more...

Gaya MB Korporat



Akulah Menteri Besar Selangor.

Aku tokoh korporat, aku harus bergaya tidak kira di mana sekalipun

Gajiku berpuluh-puluh ribu…. Aku harus bergaya

Inilah gayaku, adakah gayaku nie salah sebagai Menteri Besar Selangor yang Korporat?

Atau aku keparat sebenarnya……

Read more...

Penduduk Ukay Bistari ... BONGKAR LAGI SKANDAL KRONI KHALID IBRAHIM & TALAM CORPORATION

Wednesday, 28 March 2012


GWM terima kiriman email dari seorang bekas pembeli rumah teres dua tingkat Taman Ukay Bistari, yang mahu membongkar skandal sebuah syarikat pemaju, Platinum 88 Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Talam Corporation Berhad (melalui pegangan saham Intelbest Corporation Sdn Bhd).


Assalamualaikum Bro Melayu Atas Pagar,

Saya selalu mengikuti blog anda yang banyak membongkar kisah penyelewengan kerajaan PKR Selangor. Saya ingin kongsi bersama apa yang bakal dan mungkin telah berlaku kepada pembeli rumah Taman Ukay Bistari (HS(D) 49542 hingga 49809 PT No 1578 hingga 1845 Mukim Bandar Ulu Kelang Daerah Gombak Negeri Selangor projek Taman Ukay Bistari).

Dalam email ini saya serahkan kepada Bro untuk dedahkan dokumen2 dan taktik terbaru pemaju ini melengahkan pembinaan dan penyiapan projek perumahan tersebut. Saya sebagai bekas pembeli turut sedih kerana ramai kenalan dan kawan saya yang masih lagi berjuang mendesak syarikat Platinum 88 Sdn Bhd untuk siapkan projek ini.

Kebanyakan para pembeli ini sudahpun bernaung di bawah VICTIMS (Persatuan Mangsa Rumah Terbengkalai) yang diketuai oleh Dr. Rafick dan En. Ali Karim. Kenalan dan kawan saya ini sudah sepakat bersama VICTIMS mahu melakukan petisyen agar syarikat Platinum 88 Sdn Bhd ditutup bagi membolehkan sebuah syarikat pemaju lain mengambil alih dan siapkan rumah-rumah yang tidak siap dan terbengkalai ini.

Saya sebagai bekas pembeli masih lagi tidak dibayar baki wang tahanan (retention) dari deposit yang telah dikembalikan berjumlah RM XXXX. Baru-baru ini, pemaju ini menelefon saya dan memberitahu wang tahanan ini akan dibayar dan saya diminta untuk datang ke ofis di Menara Maxi Segar di Pandan Indah bagi pengambilan cek.


Seperti yang dipinta dan dikehendaki oleh pengirim email ini, GWM dedahkan Borang Proksi dan satu notis panggilan mesyuarat bersama dengan pembeli rumah Taman Ukay Bistari ini.

Borang Proksi sebagai bersetuju untuk mendapatkan perintah mahkamah, menghalang para pembeli sedia ada tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat Platinum 88 Sdn Bhd selama 18 bulan 

Notis mesyuarat seperti yang diarahkan melalui Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.
Senarai pembeli rumah Taman Ukay Bistari yang masih belum dipulangkan wang tahanan/penalti (LAD) oleh pemaju yang masih gagal menyiapkan projek perumahan ini.


Apa maksud Seksyen 176 Akta Syarikat 1965?



"Section 176 provides that where a proposal for a compromise or arrangement is made between a company and its creditors or its members, the Court has powers to order a meeting of creditors or members. The scheme is binding on all the members and creditors if a majority in number representing three-fourths in value of the creditors or members are present and voting agrees to any compromise or arrangement, if approved by the court. “Arrangement” is broadly defined to include a re-organization of the share capital of the company by the consolidation of shares of different classes or by the division of shares into different classes or by both these methods."

Sekali imbas, GWM faham mengapa pemaju ini mahu 268 bekas pembeli rumah menandatangani Borang Proksi bagi mendapatkan mendapatkan perintah mahkamah, menghalang para pembeli sedia ada tidak boleh mengambil tindakan ke atas syarikat selama 18 bulan berturut-turut.

Pemaju projek ini mahu mendapatkan kuasa undi 3/4 bagi menghalang tindakan selanjutnya oleh pembeli yang sedia ada.

Pembeli sedia ada yang berterusan menanggung hutang bank mahu mengambil tindakan mahkamah untuk menutup syarikat ini daripada meneruskan projek perumahan yang tergendala sejak tahun 2006 dan juga mahu sebuah syarikat pemaju lain untuk mengambil alih projek ini.


“Setiap bulan saya kena bayar RM1,400 sebulan tetapi rumah masih belum siap. Rumah sewa pun kena bayar. Keadaan ini bukan saya seorang yang tanggung tetapi seluruh pembeli mengalami nasib sama.

“Saya harap mana-mana pihak yang mempunyai kuasa atau peranan dalam perkara ini, bantulah kami yang benar-benar dalam keadaan kritikal sekarang,”

“Pemaju juga menipu pembeli apabila arahan oleh tribunal supaya menjelaskan semula wang deposit pembeli berjumlah sekitar RM24,800 tidak ditunaikan sepenuhnya,”

“Saya rasa pemaju turut mempunyai agenda sendiri apabila pernah menyatakan hendak membeli semula rumah daripada pembeli dengan harga asal iaitu sekitar RM240,000 sedangkan harga pasaran kini sudah mencecah RM400,000,”



GWM juga pernah membaca dari sebuah blog mengenai projek terbengkalai Taman Ukay Bistari ini yang menggesa para pembeli tidak terpedaya dengan strategi Talam Corporation melengah-lengahkan projek ini dari disiapkan.

GWM tidak hairan jika para pembeli apartment Ukay Bistari unit A,D dan E yang sudah menerima kunci apartment masing-masing, berterima kasih kepada Dato Seri Noh Omar dan beberapa pemimpin tempatan di Selangor sudi mendengar dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada pemilik-pemilik ini sehinggalah ke hari penyerahan kunci.

Rasanya Khalid Ibrahim dan Azmin Ali pasti gusar melihat banner-banner dibawah ini akibat janji yang tidak pernah ditunaikan oleh kerajaan negeri PKR selama memegang tampuk pemerintahan di Selangor.


Berbalik kepada skandal projek terbengkalai Taman Ukay Bistari. Soalan bonus untuk Khalid Ibrahim ...

Apa rasional kerajaan negeri Selangor membeli hutang Talam Corporation Berhad berjumlah RM 391 juta dan mengapa sehingga kini Talam Corporation Berhad masih lagi gagal menyiapkan projek-projek perumahan yang terbengkalai?

Khalid Ibrahim boleh mendakwa pembelian hutang Talam Corporation Berhad hanya sebagai Debt Recovery Exercise, namun sehingga kini kerajaan negeri tidak pernah membuat 'full disclosure' terma pembayaran hutang Talam Corporation Berhad kepada umum.

Rakyat tidak sebegitu bodoh dan tahu pembelian hutang ini sebenarnya adalah Bail Out Exercise untuk menyelamatkan hutang peribadi kroni beliau, Tan Sri Chan Ah Chye.

Bail Out yang mengakibatkan rakyat dan pembeli rumah ditindas semata-mata mahu menyelamatkan kroni Khlaid Ibrahim ...





Read more...

TEMPE PANAS!! VIDEO SAMSENG PAKATAN MULA TERSEBAR. MADE IN KUALA SELANGOR!!


Ini sikit kronologi tempat kejadian...

Pakatan Haram Jadah ni memang menggunakan method SAMSENG dalam menguruskan konflik politik mereka !

Pada hari Ahad yang lepas, puak-puak Pakatan Haram ni menganjurkan Karnival Terima Kasih Rakyat dan pada malam hari nya berlangsung Rapat Rakyat. 

Antara yang hadir dan memberikan ceramah adalah Khalid, Hadi, Kit Siang, Wan Azizah dan Anwar.

Seperti biasa, intipati ceramah bukanlah untuk rakyat tetapi lebih kepada ceramah politik dan berunsur fitnah.

Dari maklumat yang aku dapat, peniaga yang berniaga di Karnival tersebut menggunakan sistem kupon. 

Bila laris jualan, maka banyak la kupon. Ada seorang peniaga bazar di karnival ni memberitahu bahawa dia tidak dapat menukarkan kupon berkenaan.

Aik... peniaga tapak bazar pun korang nak tipu. Tak cukup ke korang menipu rakyat selama ni. Tamak tul la korang ni.

Perkara agak panas berlaku bila Lim Kit Siang (Ikon 13 May) mula berucap. 

Maklumlah, ucapan dari manusia jahanam yang anti kepada Islam dan Melayu ni membuatkan anak muda dari Kuala Selangor berang dan menyatakan protes !

Hampir 30 orang anak muda dari Kuala Selangor yang berada di luar pagar menyatakan protes dengan menjerit bersama kain rentang dan manila kad.

Oleh kerana Program Rapat Rakyat berkenaan bukan lah bertujuan untuk rakyat tetapi sebenarnya hanyalah untuk penyokong Pakatan Haram Jadah, Agen Yahudi, Zionis dan Komunis.

Maka, suara rakyat tidak diendahkan. 

Hak kebabasan bersuara rakyat dari Belia Wawasan ini dinafikan.

Anak-anak muda Belia Wawasan ini dibaling botol, batu dan objek lain. 

Tengok je la video di atas tu.

Apabila pelbagai objek dibaling dari dalam stadium kearah mereka yang berada diluar pagar Stadium, beberapa anak muda ini lari kerana bimbangkan keselamatan mereka apabila yang mengetuai mereka dikenali sebagai Amirul, menyuruh sahabat belianya untuk berundur kerana melihat ketidakwarasan puak-puak BABI ini.

Mereka meninggalkan tempat berkenaan berperingkat. 

Tetapi Amirul tidak meninggalkan tempat berkenaan walaupun telah ditolak pergi oleh seorang sahabatnya dari puak-puak hilang akal berkenaan.

Anak muda berani dan bertanggungjawab terhadap sahabat yang lain ini telah dibelasah dari luar kawasan Stadium dan diheret masuk hingga kedalam Stadium.

Dia dibelasah teruk oleh puak-puak BABI pakatan haram jadah ini yang seolahnya seperti mabuk todi.

Aku berada di tempat kejadian dari sebelum kumpulan anak muda ini tiba, hinggalah di separuh ucapan Anwar dan kemudian aku turut ke IPD dan juga Hospital Tanjung Karang dan kembali semula ke IPD.

Tunggu video seterusnya...

Jadi, rakyat perlu memikirkan sebaik-baiknya, budaya samseng yang dibawa oleh puak-puak pakatan haram jadah ini !

INIKAH MASA DEPAN ANAK BANGSA (TAK KIRA LAH BANGSA APA PUN) YANG KITA MAHUKAN ?

Jika ini kemahuannya, jangan salahkan polis kalau kadar jenayah di Malaysia meningkat kerana minda masyarakat telah berjaya di "convert" pakatan haram jadah menjadi minda BINATANG !!!


Read more...

SELANGOR BANGKIT : LAWAK BODOH TERBARU PAKATAN.


 sejak 3 hari lepas suasana politik pakatan selangor dah macam lawak slapstik.

pelbagai janji dan kata murahan dilontar demi nak tunjuk akan ketelusan dan integriti.

pada 26 mac 2012 ada satu lawak bodoh  berlaku kat selangor.

dilakonkan oleh KSSB ( syarikat penuh kontroversi ) dan diarahkan oleh kalid gagap.

2 penyangak ni satu hati satu jiwa, macam cerita labu labi.

KSSB keluarkan kenyataan bahawasanya mereka telah menandatangani perjanjian integriti dengan 35 kontraktor pasir di selangor.

kata mereka, ini tanda solidariti dalam merangka usaha nak kekang salahguna kuasa dan apa kejadah yang lain dalam soal pasir.

KSSB ditubuhkan oleh kerajaan selangor selepas pru 2008. alasan penubuhan pasal nak memusatkan operasi dan segala mala proses pengeluaran pasir di selangor.

KSSB memonopoli perniagaan pasir di selangor. KSSB ambil alih tugas pejabat tanah dan galian di selangor.

sepanjang 4 tahun berlalu, KSSB jelas tak membawa sebarang kebaikan dan gagal menambahkan income kepada kerajaan negeri.

kalid pernah berjanji depan sultan untuk mendapatkan hasil pasir di selangor sebanyak RM150 juta setahun. tapi yang dapat sekadar berjumlah RM14 juta setahun.

ada integriti ke menteri besar yang kaki pembohong macam ni untuk cakap bab integriti ?

semalam, selepas 4 tahun baru KSSB terhegeh-hegeh nak buat perjanjian integriti dengan 35 kontraktor pasir.

beb lu buat lawak bodoh apa ni ?
beb lu mau bodohkan siapa ni ?
dekat pilihanraya, lepas rembat duit baru nak buat perjanjian integriti ke ?

berhentilah dengan propaganda membodohkan rakyat selangor. dah tak laku dah ide macamni. tolong kreatif sikit dalam politik la pakatan. opppsss lupa. jom tengok  foto-foto integriti mereka dalam melubangkan negeri selangor.









Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP