Powered by Blogger.

Showing posts with label Jawa Bernam. Show all posts
Showing posts with label Jawa Bernam. Show all posts

Awat Degil Sangat Karpal Singh Ni!!!!

Sunday, 3 February 2013



KEDEGILAN Karpal Singh dalam penggunaan kalimah Allah oleh Kristian belum selesai selagi Hadi Awang tidak menukar keputusan Majlis Syura PAS agar menyokong mereka yang lain dalam pakatan. Katanya, Hadi Awang perlu akur dan mengikut keputusan pakatan yang menyokong penggunaan kalimah Allah itu kerana hanya PAS sahaja yang menentang, sedangkan DAP dan PKR menyokong.

Dalam kenyataan Hadi Awang baru-baru ini, isu kalimah Allah dikatakan telah selesai dengan Majlis Syura tidak akan menukar keputusannya. Tetapi semalam Karpal memberitahu kepada pemberita yang isu kalimah Allah belum lagi selesai selagi PAS tidak mengikuti keputusan yang dicapai oleh dua parti sekutunya dalam pakatan.

Selanjutnya

Read more...

[EKSKLUSIF] PERTELINGKAHAN AZMIN-KHALID PUNCA CEO KSSB DIPECAT!!

Friday, 1 February 2013


Wan Ab. Halim Wan Ismail

KUMPULAN Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor, yang menjadi perhatian ekoran isu perlombongan pasir tiga tahun lalu, kini dilihat berhadapan dengan krisis pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat.

Sinar Harian difahamkan, Wan Ab. Halim Wan Ismail, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi.

Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Julai lalu.

Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan.

Usaha mendapatkan pengesahan beliau dan lembaga pengarah belum berhasil.

Sinar Harian juga difahamkan lembaga pengarah mengadakan mesyuarat sehingga lewat malam tadi membincangkan isu ini.

“Beliau (Wan Ab. Halim) dipecat awal bulan ini, pemecatan berkuat kuasa akhir Januari... difahamkan akan ada CEO bulan depan,” kata sumber yang dekat dengan KSSB kepada Sinar Harian.

Isu pemecatannya juga menjadi perhatian beberapa blog yang mengaitkan dengan percaturan politik komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Blog itu mendakwa hasil siasatan tidak menunjukkan sebarang bukti dan lembaga pengarah tidak memanggil Wan Ab. Halim untuk memberi keterangan dan penjelasan berkenaan isu ditimbulkan.

Difahamkan firma siasatan kes beliau ada memanggilnya untuk mendapatkan keterangan.

“Pemecatan ini juga mengejutkan kerana Semesta tunjuk prestasi baik sejak dua tiga tahun lalu,” katanya.

Sumber memberitahu bahawa Wan Ab. Halim menerima surat bercuti daripada Menteri Besar akhir November lalu sebelum ia disambung sehingga akhir Disember.

Sumber juga berkata, Wan Ab Halim didakwa meluluskan sebuah syarikat mengadakan perlombongan pasir secara haram, yang dikatakan menerima kelulusan pertengahan tahun lalu.

Jawatan Wan Ab. Halim itu adalah jawatan baru diwujudkan kerajaan negeri dalam KSSB susulan isu pasir dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2010 ke atas dua ahli lembaga pengarahnya yang merupakan Adun.

Wan Ab. Halim, 62, yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom berpengalaman luas dalam bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batu, timah, besi dan emas.

Kerajaan negeri Selangor menubuhkan KSSB bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

KSSB melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang dirasmikan oleh Abdul Khalid sendiri.

KSSB yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

KSSB menguruskan aktiviti pengestrakan pasir mengikut tatacara dan peraturan-peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, Pentadbir Tanah dan Pentadbir Negeri, pemegang permit pemindahan pasir sah, membayar royalti sepenuhnya untuk pasir yang dipindahkan, menjalankan dan memantau operasi pemindahan pasir mengikut peaturan, mendokong program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Sumber

Read more...

DR. DZULKIFLI AHMAD HALALKAN RUMAH PELACURAN DI KUALA SELANGOR!!

Thursday, 31 January 2013



MACAM tak percaya pun ada apabila mendapat berita dari sahabat aku sorang ini. Artikel beliau di SINI yang telah berjaya membongkar siapa sebenarnya dalang yang menghalalkan rumah pelacuran berleluasa di Kuala Selangor.

Jarak antara kampung aku di Sabak Bernam dengan Kuala Selangor tidak jauh mana. Jika hendak ke Kuala Lumpur pasti akan melalui kawasan pekan kecil itu. Tapi tidak disangka-sangka, pekan kecil yang berkepadatan penduduk majoriti nya Islam dan Ahli Parlimennya juga Islam PAS, tidak mengetahui akan kewujudan rumah maksiat tersebut.

Bukan hendak menuding jari mencari salah sesiapa namun itulah hakikatnya. Apabila kemaksiatan berlaku di depan mata tiada dicegahnya. Dikatakan UMNO pelopor maksiat di Malaysia. Banyak anak luar nikah salah UMNO, banyak sumbang mahram salah UMNO, rumah pelacuran salah UMNO?

Jadi, ada apa-apa nak komen? Kalau rumah pelacuran kat Kuala Selangor yang berahli parlimenkan Pengarah Strategik PAS, Dzulkifli Ahmad adakah juga salah UMNO?

Sedarlah...

Sumber

Read more...

KHALID JANJI BINA LOJI AIR LANGAT 2 JIKA PAKATAN MENANG PRU13!!

Tuesday, 15 January 2013



ISU air yang terjadi di Selangor semakin meruncing. Semakin hari, semakin banyak kawasan terutama di kawasan bandar dengan kepadatan penduduk yang tinggi mengalami masalah ketiadaan air. Bagai menjadi satu malapetaka yang dapat dijangka tetapi tetap diambil remeh oleh pemimpin negerinya.

Pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang dikatakan dipolitikkan oleh UMNO adalah satu fitnah terancang yang mahukan rakyat Selangor hidup susah dan terpaksa merintih kerajaan Selangor supaya membantu. Benarlah seperti sahabat aku pernah cakap. Kerajaan Selangor mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain. Kini nasi sudah menjadi bubur.

Entah bila krisis air Selangor bakal berakhir. Bukan semakin baik tapi semakin teruk dengan kawasan-kawasan lain yang turut menjadi mangsa. Jika sebelum ini di kawasan pangsapuri murah Pandan, kini krisis air merebak ke Ampang. Keluh kesah dan sesalan memilih kerajaan pakatan dah tak berguna. Perkara dah berlaku.

Dikatakan jika kerajaan BN buat loji rawatan air Langat 2 tersebut maka tarif air akan naik. Fitnah apa yang cuba dirancang oleh puak pakatan ni? Kos air tetap seperti sedia kala tak berubah langsung kerana tidak menggunakan duit rakyat. Yang penting rakyat dapat menikmati hidup dengan tenang tanpa memikirkan masalah air. Air adalah keperluan asas hidup beb. Fikirlah.

Sumber

Read more...

DUIT CUKAI PINTU SELANGOR ADALAH UNTUK DANA PRU PKR!!

Wednesday, 26 December 2012



APA nak kecoh sangat pasal cukai pintu yang dinaikkan oleh puak PKR kendalian Khalid kat Selangor ni. Padanlah muka siapa yang nak sangat tukar kerajaan dulu. Baru memerintah sepenggal dah macam-macam keuntungan dibuat semata-mata nak isi tabung dana PRU.

Serius tak tak pangkah PKR masa 2008. Siapa yang rasa pernah pangkah tu sila muhasabah diri balik. Konon mengharapkan selepas tukar kerajaan semua boleh dapat free, hidup senang. Beb! Kat dunia ni mana ada yang free. Kalau nak kaya kena usaha. Kalau nak senang kena usaha.

Diharapkan PRU akan datang ni pilihlah dengan bijak. Pakai akal sikit. Jangan tertipu lagi dengan janji yang confirm tak pernah ditunaikan. Khalid sendiri yang mengaku MANIFESTO BUKAN JANJI!!


Read more...

KHALID SAMAD PENING LAGI! KELAB MALAM VOYAGE MASIH DALAM PARLIMEN SHAH ALAM!!

Thursday, 20 December 2012



KHALID SAMAD, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga YDP PAS Shah Alam terus menafikan yang Setia Alam tidak termasuk dalam Parlimen yang dimenanginya. Dan penafian sekeras-kerasnya telah dinyatakan dalam laman The Mole baru-baru ini.


Untuk pengetahuan YB Khalid Samad, Setia Alam masih dalam Parlimen Shah Alam dan merupakan sempadan antara parlimen Shah Alam dan parlimen Kapar. Boleh check lokaliti dan kedudukan Setia Alam dalam peta persempadanan SPR.

Khalid mengatakan yang MBSA tak pernah meluluskan sebarang pembukaan kelab malam di Shah Alam. Yang menjadi kemusykilan adalah kelab malam yang dibuka tanggal 12-12-12 baru-baru ini telah mendapat perhatian umum dan bunting telah siap dipasang di tiang TNB dalam kawasan Setia Alam.

Jadi kesimpulan yang JB boleh buat adalah kelab malam tersebut adalah kelab haram dan tidak mendapat lesen dari MBSA. Maka, tidak mustahil jika Khalid benar mahu menjaga parlimennya, tolong tutup kelab malam Voyage tersebut!!

Sumber

Read more...

AKHIRNYA KERAJAAN SELANGOR BAKAL ROBOHKAN KILANG ARAK TERBESAR INI!!

Thursday, 13 December 2012



MASIH teringat dan terngiang-ngiang lagi janji dan manifesto yang dilaungkan oleh pemimpin pakatan yang ingin berkuasa merampas Selangor sebelum PRU12 yang lalu.

"JIKA PAKATAN MENANG DALAM PRU KALI INI, KAMI BERJANJI SELANGOR AKAN MENJADI NEGERI ISLAMIK PERTAMA DI MALAYSIA! KILANG ARAK DI SHAH ALAM BAKAL DITUTUP! RUMAH URUT TAK AKAN DILULUSKAN!"

Kini, janji tinggal janji. Apa yang tinggal hanyalah helaian kertas janji manifesto yang pernah diedarkan dulu untuk menarik undi rakyat Selangor. Sekarang apa pulak kerja yang dibuat?

Ya! Kilang arak dibiarkan beroperasi! Rumah urut semakin bercambah! Pusat hiburan dibuka di Shah Alam, kawasan yang telah digazetkan untuk tidak mempunyai apa-apa hiburan!

Siapa yang harus kita lebih percaya? Bercakap berjanji memang senang, nak laksana haraaammmmm....

Sumber

Read more...

TERIMA KASIH KHALID KERANA CATU AIR PENDUDUK SELANGOR!!

Monday, 10 December 2012


TERIMA KASIH Khalid Ibrahim kerana berjaya menambat hati rakyat Selangor dengan janji manis penuh palsu dari anda. Terima kasih Khalid Ibrahim kerana selepas 4 tahun memerintah segala harta rakyat Selangor berjaya dirampas umpama penyamun tarbus.

Mendapat berita sedih dari salah seorang rakan JB di ibunegeri Selangor, Shah Alam yang mana kawasan rumah pangsapuri yang didiami beliau dan keluarga sudah seminggu tiada air. INI BUKAN SALAH KHALID!!

Akibat dari ketiadaan air dari pili di rumah, maka mereka terpaksa berpindah sebentar ke Kuala Selangor dan berulang-alik ke Shah Alam setiap hari untuk mendapatkan air bersih dan menjalankan aktiviti harian. INI BUKAN SALAH KHALID!! 

JMB juga telah meminta maaf dan menghantar short-notice kepada hampir 100 penghuni rumah memberitahu yang SYABAS telah memotong bekalan air buat sementara waktu atas arahan dari pihak atasan. INI JUGA BUKAN SALAH KHALID!!

Dan yang lagi mendukacitakan, hampir semua penduduk yang tidak menerima air itu adalah MELAYU yang konon hendak dijaga kebajikannya jika pakatan memerintah. INI SERIUS BUKAN SALAH KHALID!!

Jangan disalahkan Khalid Ibrahim kerana yang mengawal semua urustadbir kerajaan negeri Selangor bukanlah beliau. Beliau hanyalah menjadi patung yang duduk diatas kerusi empuk dan mendengar arahan. Siapa yang mengawal Menteri Besar Selangor?? Tepuk dada Faekah, tanya Khalid!!!

Sumber

Read more...

BENCANA SELANGOR BAKAL BERLAKU!! AIR EMPANGAN SELANGOR KIAN SUSUT!!

Wednesday, 5 December 2012



Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik.

Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini. Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas.

Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam. Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.

Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.

Justeru, apakah alasan kerajaan PR Selangor bagi terus berdegil menyatakan yang krisis air yang dibimbangi BN hanya mainan politik?

Krisis air Selangor dijangka berlaku pada 2014 atau lebih awal berdasarkan kajian dan unjuran yang dijalankan oleh pakar.

Masalah kekurangan bekalan air mula timbul selepas kerajaan PR Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) syarikat konsesi yang menyebabkan syarikat tersebut tidak berupaya meneruskan kerja-kerja penggantian paip yang telah lama dan rosak. Sekali gus menyumbang kepada peningkatan bekalan non-revenue water (NRW) di negeri ini.

Secara dasarnya, negara ini mempunyai bekalan air hujan yang cukup tetapi, bekalan air terawat memerlukan loji dan teknologi rawatan yang sistematik yang mana membawa kepada projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan BN Selangor yang terdahulu. Namun, kerajaan PR Selangor telah bertindak membekukan projek ini atas alasan ingin mengstruktur semula industri air di Selangor.

Alasannya ialah agar membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadar tarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat. Dalam ertikata lain, kerajaan PR Selangor mengambil pendirian bahawa mereka lebih rela jika rakyat tidak mendapat bekalan air bersih langsung daripada membayar harga yang tinggi untuknya.

Pendirian kerajaan PR Selangor ini amatlah mencurigakan, apatah lagi dengan terbuktinya bahawa janji mereka untuk memberi 20m padu air percuma kepada rakyat dalam PRU terdahulu hanyalah janji kosong di mana perlaksanaannya adalah tidak menyeluruh dan tidak adil kepada beberapa pihak.

Kini, krisis air yang bakal melanda semakin nyata dengan empangan-empangan yang semakin menyusut dan kering. Apakah kerajaan PR Selangor buta? Politik apakah yang sedang dimainkan oleh kerajaan Selangor? Salahkah jika rakyat terus meragui mereka?

Apakah kerana mereka terlalu angkuh untuk mengaku tersilap memahami dan mencongak fakta dan angka mengenai bekalan air, sehingga sanggup membiarkan rakyat menanggung derita?

Dengan kedegilan kerajaan Selangor, inilah disarankan agar rakyat Selangor yang masih ragu-ragu mengenai isu air mengambil inisiatif sendiri untuk menyelidik perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat dalam PRU nanti. Pastikan kerajaan yang dipilih dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan bukannya angkuh tidak bertempat. Jangan dua kali terhantuk sehingga berdarah baru hendak ditengadah. Ingatlah kata-kata Khalid Ibrahim, iaitu manifesto PR bukannya janji.

Sumber

Read more...

PERKARA GEMPAR BAKAL BERLAKU DI SELANGOR!!



Apakah yang akan berlaku dalam sehari dua ini di Selangor ? Musibah apa pula yang akan melanda ? Jom kita tinjau berita kat bawah ni...

Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut.

Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.

“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor.

Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Kot ya pun nak bantah perlu ke sampai nak menanggalkan kamera tersebut ? rasanya kalau pemimpin tu cerdik dan ada akal cukup sekadar berusaha hentikan operasinya buat sementara waktu bukan dengan melalak serata kampung nak tanggalkan kononnya nak buktikan ketelusan kerajaan negeri.

Sumber

Read more...

PEMBERIAN AIR PERCUMA MELEMAKKAN RAKYAT SELANGOR!!

Tuesday, 4 December 2012



Dasar kerajaan Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lalu adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib, berkata dasar itu menyebabkan hasil kerajaan negeri terus merosot yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya kepada Bernama.

Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu memberi amaran: "Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak,"

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru perlu bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri secara terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu.

"Jika kita perlu membayar bil air sebanyak RM40 sebulan apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bombit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bil air kita," katanya.

Beliau berkata rakyat Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat selangor kena guna air secara berhemat supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya.

Beliau berkata negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah 'kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air'.

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," katanya.

Dr Suhaimi juga menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, kenaikan setiap beberapa tahun perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya, dalam negara ini, apa saja (bayaran bagi) barangan dan perkhidmatan yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Kita biasanya dapat apa sahaja dengan percuma melalui subsidi, jadi bila anda cuba mengambil balik orang ramai akan kata ini hak kami. Jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukannya persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu untuk membayar," katanya.

Sumber

Read more...

MAAFKAN KHALID!! MB SELANGOR BUKAN ORANG ISLAM!!

Thursday, 29 November 2012




INILAH padahnya apabila Exco Agama terdiri dari bukan ahlinya. Kerana duit, MB Selangor sanggup meluluskan billboard besar sebegini konon untuk memberitahu kepada orang ramai yang dia seorang yang beragama Islam dengan meletakkan Rukun Islam Ketiga adalah menunaikan zakat.

Sini aku bagitahu kat Khalid turutan rukun Islam:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat fardhu lima waktu
3) Berpuasa pada bulan Ramadhan
4) Membayar zakat
5) Mengerjakan haji di Mekah bagi yang berkemampuan

Eh! Billboard ni macam ada logo MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) je kan. Tak kan kawasan pentadbiran kerajaan negeri tak perasan pasal billboard sebesar alam ni? Hairan jugak...

Mana orang PAS yang konon memperjuangkan dan telah berdakwah kepada parti komponen dalam pakatan? Tak habis ajar lagi ke rukun Islam? Malu lah macam ni...

Harap je negeri Islam.. Shah Alam punyai penduduk 80% orang Islam.. Tak kan benda besar macam ni pun tak boleh nampak.. Jangan cuba nak remehkan isu ini.. Berat sangat dah ni, rukun Islam yang wajib umat Islam tahu dan hafal pun boleh tersalah...

Sumber

Read more...

KERUSI TERBANG BAKAL SAMBUT ANWAR DI SABAK BERNAM

Thursday, 8 November 2012



ANWAR DATANG LAGI!! Untuk rekod dalam masa seminggu ini, telah dua kali Anwar Juburi datang ke Parlimen Sabak Bernam. Mungkin untuk memenangkan calon lantikannya iaitu Aziz Bari yang dipilih oleh beliau sendiri walaupun tidak mendapat sokongan ahli PKR kawasan.

Badrul Amin yang baru ditahan oleh JAIS atas kes Al-Arqam juga dilihat semakin lemah dengan kes-kes yang tidak mendapat sokongan rakyat. Maka, dilihat Aziz Bari mempunyai aura tersendiri bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam menggantikan Badrul Amin.

Atau adakah Anwar mahu menstabilkan Sabak Bernam untuk mendapat undi di sana setelah pelbagai perkara yang tak diingini terjadi pada parlimen tersebut. Ketua Cabang PKR ditangkap khalwat dengan bini orang jam 3 pagi, Mesyuarat Cabang dengan kerusi terbang dan penolakan PKR di Sabak Bernam oleh anak muda membuatkan Anwar lebih bersemangat untuk kerap ke sana.

Skrip yang sama diulang-ulang membuatkan aku sendiri telah hafal setiap baik ayat yang nak dikeluarkan oleh Anwar. 

Jadi adakah insiden yang buruk dan lebih dahsyat akan dilakukan oleh orang kampung sempena menyambut kedatangan Anwar? Aku akan menunggu dan merakamkan setiap detik tersebut...

Read more...

PANAS!! AMK SABAK BERNAM AKAN BUAT DEMO BANTAH AZIZ BARI CALON PKR!!

Friday, 2 November 2012



SEMALAM di dada akhbar Sinar Harian, sebilangan Angkatan Muda Keadilan Cabang Sabak Bernam menyatakan pendirian mereka untuk membantah pencalonan Dr. Aziz Bari bari mencalon calon bagi Parlimen Sabak Bernam.

Ketua AMK Sabak Bernam berkata, pada Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Sabak Bernam yang berlangsung bulan September yang lepas mereka semua telah sebulat suara untuk tidak menyokong calon pilihan Anwar Ibrahim ini bagi mewakili pakatan untuk Parlimen Sabak Bernam.

Malah Ketua Cabangnya, Dr. Badrul Amin juga menafikan untuk menyokong Aziz Bari kerana beberapa faktor yang menampakkan kekalahan teruk bagi PKR jika calon yang diletakkan tidak memenuhi kriteria pemimpin yang mereka inginkan.

Atas beberapa faktor seperti jarang balik ke kampung sebelum ini nama Aziz Bari ditolak mentah-mentah. Hanya beberapa bulan ini sahaja selepas berhenti dari UIA barulah nampak muka dan mula berkempen di sekitar Sabak Bernam.

Malah, tiada seorang pun ahli PKR Sabak Bernam yang turut bersama Aziz Bari untuk berkempen. Aziz Bari berkempen kini ditemani oleh sebilangan ahli PAS yang bersimpati dengan beliau.

Bagaimana nak menang jadi YB kalau ahli parti sendiri tidak menyokong? Berhentilah bermimpi disiang hari...

Anwar hanya tabur janji kepada Aziz Bari supaya jadi calon walhal Badrol Amin masih menaruh harapan untuk terus bertanding Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR. Aku boleh nampak pasti akan kekecohan besar akan berlaku dalam PKR Sabak Bernam tak lama lagi bila kedua-dua bakal calon ini berentap.

Badrol Amin pilihan ahli parti, Aziz Bari pilihan Anwar Ibrahim...

Sumber Jawa Ber6

Read more...

DOKUMEN PENJUALAN ASET PKNS DIDEDAHKAN.

Wednesday, 31 October 2012




Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli .

Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual. Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ?

Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ? Dari pemerhatian, kami melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka. Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.

PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di Selangor. Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat Selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ? Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ?

Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di Selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh Selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan. Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor. -JawaBer6

Kenyataan Akhbar Isu Penjualan Aset Milik PKNS
Dato’ Sohaimi Shahadan 
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Read more...

RONNIE LIU & MAT SABU BUAT KONSERT SAMBUT KEMAAFAN KHIR TOYO

Wednesday, 24 October 2012



Sukanya hati Ronnie Liu si Komunis bila Khir Toyo meminta maaf pada beliau. Di bawanya sekali Mat Sabu untuk menyambut kemenangan puak DAP yang beranggapan Khir Toyo telah tunduk dengan DAP.

Tapi jangan terlalu suka ye Ronnie Liu... Ada kejutan yang tak akan tertanggung akan didedahkan mengenai kegiatan rumah pelacuran yang kau dalangi tu... Bersedia untuk sakit jantung!!!

-JawaBer6

Read more...

KERAJAAN SELANGOR JANGAN GANGGU KETENANGAN PETANI

Sunday, 14 October 2012


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meminta kerajaan negeri Selangor agar tidak menghalang pelaksanaan projek pengairan di kawasan jelapang padi negeri ini dengan pelbagai kerenah birokrasi.

"Saya dimaklumkan bahawa projek pembinaan kolam takungan air untuk pesawah di Sungai Haji Dorani tidak dapat diteruskan oleh Kementerian Pertanian kerana permit tanah dan batuan belum lagi dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan padi di Kampung Sawah Sempadan yang diserang penyakit.

Beliau berkata permit itu amat penting bagi membolehkan tanah dan batuan dari luar diangkut ke tapak kolam bagi membina ban di kawasan sekeliling seluas 80 hektar, yang boleh menyediakan 1.5 juta meter padu air.

"Projek bernilai RM26 juta itu sepatutnya siap Ogos lepas, namun kini baru

45 peratus siap sejak dimulakan tiga tahun lepas... oleh itu, projek ini disambung setahun lagi," katanya.

Noh berkata jika projek itu siap, ia akan membantu 1,800 pesawah di Sungai Besar dan Sabak Bernam menangani kekurangan air terutama ketika musim kemarau.

Beliau berkata selain itu, projek penyenggaraan terusan pengairan Ban Canal dan Sungai Tengi, yang bernilai RM10 juta, berdepan masalah apabila jengkaut kontraktor disita kerajaan negeri.

Katanya, pihak kementerian dikompaun RM800,000 dan ia sudah dibayar bagi membolehkan projek itu diteruskan.

Noh juga berkata projek pengairan di kawasan jelapang padi itu akan diteruskan walaupun mendapat halangan dariapda kerajaan negeri dalam pelbagai bentuk.

Mengulas penyakit padi, beliau berkata tinjauan beliau hari ini mendapati hanya 20 hingga 30 peratus kawasan padi di Sawah Sempadan diserang penyakit bena perang, bintik perang, ulat batang, lecur daun dan reput tangkai.

Beliau berkata sehubungan itu, pesawah perlu rajin turun ke bendang memeriksa padi mereka sekurang-kurangnya enam kali semusim supaya penyakit berkenaan dapat dicegah lebih awal.

Sumber - Jawa Ber6

Read more...

TAUKE CELENG SEKINCHAN JUAL KANDANG BAYAR SAMAN

Thursday, 4 October 2012

Dimanakah gerangan pemilik raut wajah ini? Adakah sudah terjual semua binatang peliharaannya kerana hendak bayar saman kepada Noh Omar dan Khir Toyo?
Bagaimanakah dengan kes Pangsapuri Damai di Sekinchan yang dikhabarkan telah diberi kepada satu syarikat kroni Celeng ini untuk dijual setiap unit rumah berkenaan? Berapakah untung yang diperolehi oleh Celeng ini?
Pendedahan satu lagi kes salah laku membabitkan Celeng Sekinchan dari DAP ini akan disiarkan di blog ini tidak lama lagi. Masih menunggu persetujuan pihak berkenaan yang ada memegang dokumen penjualan tanah tokong di Sekinchan dan penjualan tanah milik koperasi komuniti Cina di Sekinchan.
Sedikit hint hari ini supaya Celeng ini dapat memberi tumpuan kepada kes yang bakal meletup sedikit masa sahaja lagi. Nantikan pendedahan eksklusif....
 
Sumber - JawaBer6

Read more...

WOO!! KHALID IBRAHIM BELIKAN ANWAR KAPAL TERBANG PULAK!!

Friday, 21 September 2012


Selepas Khalid membelikan bas untuk Anwar berkempen di Semenanjung, baru-baru ini Khalid dikatakan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor untuk berkempen di Sabah dan Sarawak pula.

Banyak rupanya duit Khalid ni.. Tapi kenapa bila rakyat Selangor nak minta air free susah nak bagi??

Sumber : Jawa Ber6

Read more...

KHALID PENIPU, ANWAR PELIWAT, SELANGOR PUNAH

Saturday, 15 September 2012



Sebelum ini riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang yang bernaung di bawah gabungan tidak berdaftar PR memperlekahkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai bacul dan dayus berikutan cabaran debat dari Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tidak dilayan.

Mereka dengan angkuh meremehkan kesibukan Dato' Seri Najib sebagai PM yang jadual tugasannya agak padat dan ketat dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding dengan tugasan Ketua Pembangkang di Parlimen yang agak longgar ruang masanya dan lebih banyak cakap tanpa kerja buat bermanfaat.

Disebabkan terlampau banyak ruang masa itulah yang digunapakai sepenuhnya oleh Anwar untuk membuat ceramah politik kepartian ke pelusuk negara termasuklah sempat lagi menggayakan aksi pedang bengkok di lokasi kegemarannya.

Rupa-rupanya gelaran bacul dan dayus yang mereka palitkan pada PM serta Kerajaan Barisan Nasional itu hanyalah polemik saja untuk menutup kebebalan dan kelemahan pakatan pembangkang.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Selangor dari PKR, Khalid Ibrahim tidak semena-mena terbang ke Bangkok, Thailand pada hari sepatutnya dia berdebat dengan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkenaan isu hutang Talam di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak.

Tiba-tiba sahaja lari ke luar negara konon ada acara sebagai alasan, untuk kurangkan rasa malu maka dihantarnya 3 orang balaci sekadar untuk mengabui mata khalayak.

Lagi tambah menarik perhatian ramai bila Setiausaha Politik MB yang mengiringi mereka dengan selambanya mengaku telah cilok (mencuri) dokumen sulit kerajaan negeri yang sepatutnya tidak boleh di bawa keluar dari pejabat MB. Sengal betul.

Pemimpin dan penyokong pembangkang juga pernah mengatakan yang PM dan BN terlalu dayus dan bacul untuk bubar parlimen serta memanggil segera PRU 13. Bunyinya macamlah geng-geng pemimpin pembangkang sudah tidak sabar untuk mengalahkan BN.

Tapi yang berlaku sekarang ialah, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Seringgit sudah pun mengesahkan bahawa Selangor tidak akan membubar DUN serentak dengan parlimen atas sebab konon daftar pemilih belum bersih.

Sebelum ini beriya-iya mereka menuduh BN takut menghadapi pilihanraya, rupanya yang sebenar-benar takut, bacul dan dayus ialah mereka sendiri. Takut dilihat gelaran bacul dan dayus terpalit atas dahi sendiri, tak pasal-pasal daftar pemilih SPR pula yang dijadikan kambing hitam.

Andai betul daftar SPR tak bersih, yang Anwar dan balacinya yang lain memandai-mandai cabar BN bubar parlimen secepat mungkin apahal? Sangap sungguh.

Kalau alasan daftar pemilih SPR benar tidak bersih, dari mana pula datangnya angan-angan mat jenin untuk tawan tiga lagi negeri lain. Tak ke kontradiks namanya tu?

Jadi, sekarang siapa yang dayus dan bacul sebenarnya? Bukankah ia kembali terpalit pada dahi pemimpin pakatan pembangkang sendiri lebih-lebih lagi Anwar dan Khalid yang sama-sama anak Ibrahim.

Sumber - Jawa Bernam

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP