Powered by Blogger.

Kerajaan Selangor Didesak Utamakan Rakyat, Ketepikan Soal Politik - GPRS

Thursday, 2 August 2012

alt

SERI KEMBANGAN 31 Julai - Gerakan Prihatain Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mendesak kerajaan negeri Selangor mengutamakan kebajikan rakyat berbanding soal politik.
Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri itu sering melaung-laungkan 'pakatan rakyat' untuk rakyat tetapi mereka menipu rakyat dan juga diri mereka sendiri.
"Bagaimana kerajaan negeri boleh mengatakan krisis air tidak berlaku sedangkan ada rakyat yang menderita kerana tidak mendapat bekalan air?
"Jika benar kerajaan Selangor pandai menguruskan air, sudah tentu keadaan ini tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sidang akhbar sempena Program Kami Prihatin hari ini.
Program Kami Prihatin telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Tong Air dan Gotong Royong Mengangangkut Bekalan Air anjuran GPRS kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman di sini.
alt
Menurut Suhaimi, kerajaan Selangor tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri tetapi hanya menuding jari untuk menyalahkan pihak lain.
"Kita tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa kesombongan dan kedegilan kerajaan negeri. oleh itu, rakyat perlu bersatu menuntut kerajaan negeri agar pembangunan Loji Rawatan Langat 2 dapat dilakukan dengan kadar segera," katanya.
Sementara itu, beliau turut berkata rakyat perlu menolak kerajaan negeri yang sedia ada pada pilihan raya umum akan datang kerana jelas kerajaan itu lebih gemar berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Sumber : KLPOS

Read more...

Mereka Mangsa Krisis Air Selangor

Wednesday, 1 August 2012


Sengsara lebih 3,800 penduduk Taman Putra Budiman dan kawasan sekitar yang terputus bekalan air sejak lebih seminggu lalu terbela selepas Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) tampil menghulurkan bantuan segera dengan membekalkan air menerusi lori milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Ia ekoran aduan penduduk yang tidak tahan selepas terpaksa mengangkut air setiap hari untuk kegunaan mereka di pangsapuri berkenaan dan keadaan menjadi lebih teruk terutamanya ketika umat Islam berpuasa.


Azizah Abu Bakar

Seorang penduduk, Azizah Abu Bakar, 34, berkata dia terpaksa mengangkut air ke rumahnya di tingkat tiga untuk kegunaan seharian dan ia menjejaskan kehidupan seharian dengan empat anaknya yang masih bersekolah.


Katanya, bekalan air hanya akan diterima pada waktu tengah malam dan awal pagi menyebabkan ada penduduk yang terpaksa menunggu di bawah pangsapuri semata-mata untuk mengambil air menggunakan baldi.


'Saya sendiri terpaksa bergilir-gilir dengan anak untuk mengangkut air sehingga tengah malam dan pada masa sama perlu menjaga anak kecil yang baru habis pantang. Kalau keadan begini berterusan, tak tahulah bagaimana persiapan hari raya Aidilfitri nanti,' katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan tong air yang disampaikan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan, petang semalam.

Siti Aishah Adnan

Seorang lagi penduduk, Siti Aishah Adnan, 48, berkata sejak bekalan di kawasan itu terganggu, dia menghadapi kesukaran untuk melakukan kerja rumah termasuk menyiapkan dua cucunya yang masih kecil kerana perlu mengangkut air.

'Saya sudah penat kerana ia berlarutan dalam tempoh lama. Kalau sebelum ini pernah berlaku, tapi hanya sementara. Ini tidak, pihak yang berkenaan seolah-olah lepas tangan dengan apa yang berlaku walaupun di dalam bulan puasa,' katanya.

Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

Khalid Gagap Ingin Jadi Hero Menyelamatkan Rafizi Ramli Dengan Sediakan Dana Guaman?


Sebaik sahaja berita penangkapan Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli tersebar dan beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim berlagak hero dengan mengumumkan satu dana khas telah disediakan untuk membantu membiayai kos guaman Rafizi.

Pertamanya CTS ingin membetulkan fakta Menteri Besar Selangor seperti yang dicatatkan di dalam laman Fanpage Facebook beliau. Tuduhan yang dikenakan ke atas Rafizi adalah bersubahat mendedahkan akaun pelanggan Bank yang mana ini adalah sulit dan tertakluk di bawah perlindungan Akta BAFIA. Pertuduhan di Mahkamah yang dilakukan oleh pihak PDRM dan Bank Negara Malaysia ini tidak ada kena mengena dengan isu George Kent, George Kennedy ataupun George Clooney!

Keduanya, dana khas yang Menteri Besar Selangor umumkan ini datang dari mana? Apakah duit Kerajaan Selangor digunakan untuk kos guaman seorang suspek penjenayah? Diharap TS Khalid Ibrahim dapat memperjelaskan sumber kewangan yang digunakan sama ada wang parti PKR atau wang dari Perbendaharaan Kerajaan Negeri. Kami tidak rela wang Kerajaan Negeri digunakan sesuka hati mak dan ayah Menteri Besar!

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

RAFIZI DITAHAN DI BAWAH AKTA BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN..!!


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang menjadi perhatian sejak akhir tahun lalu berhubung isu NFC Corporation, ditahan polis awal pagi tadi.

Beliau dicaj di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang menjadi isu kontroversi sejak awal November lalu.

Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 997 Bafia 1989.

Beliau yang menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, akan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989.

Dalam pada itu, Rafizi yang ditemui di lobi mahkamah berkata, dia ditahan pada jam 6.50 pagi oleh sepasukan anggota terdiri daripada pegawai polis dan Bank Negara.

Menurutnya, dia diberitahu penangkapan dibuat di bawah Bafia kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFCorp.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

Pakatan Selangor Kantoi Putar Belit Isu Talam !


Kerajaan Selangor didakwa cuba memutar belit fakta sebenar berhubung isu hutang Talam Corporation Bhd. (Talam) dengan kerajaan negeri itu apabila membuat beberapa kenyataan tidak tepat mengenai perkara berkenaan.


Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong mendakwa, antara putar belit itu kononnya kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional (BN) tidak berusaha untuk mengutip hutang-hutang daripada Talam.


“Pemimpin kerajaan Selangor sekarang juga cuba memutar belit perkara ini dengan mendakwa kerajaan negeri terdahulu pernah cuba menyelesaikan hutang daripada Talam pada tahun 2005, 2006 dan 2007 menyebabkan kerajaan Selangor kini terikat dengan perjanjian penyelesaian hutang itu,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.


Menerangkan perkara sebenar, Tee Yong berkata, salah satu perjanjian penyelesaian hutang yang bertarikh 8 Mac 2007, tempoh sah lakunya adalah selama setahun iaitu sehingga 8 Mac 2008.


Justeru, katanya, apabila kerajaan PR Selangor menandatangani perjanjian baru dengan Talam pada 12 Mac 2010 membuktikan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini telah tamat tempoh sah laku.


Malah, kata beliau, berdasarkan kepada hansard Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dari tahun 2010 hingga 2011, tiada pendedahan oleh kerajaan Selangor bahawa ia masih terikat dengan perjanjian kutipan hutang Talam yang ditandatangani kerajaan BN terdahulu.


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini dilaporkan mendakwa kerajaan negeri ketika di bawah kepimpinan BN tidak berusaha untuk mengutip hutang-hutang daripada Talam.


Manakala Teresa mendakwa kerajaan negeri terdahulu pernah cuba menyelesaikan hutang-hutang daripada Talam pada tahun 2005, 2006 dan 2007 menyebabkan kerajaan Selangor kini terikat dengan perjanjian penyelesaian hutang itu.

Sumber : Kita Gempur

Read more...

PANAS BERAPI! KERAJAAN SELANGOR SANGGUP PERJUDIKAN KEBAJIKAN RAKYAT!


RAKYAT sepatutnya tahu dan jelas mengenai siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencetuskan krisis air yang berlaku di negeri Selangor sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika hadir di Program Kami Prihatin, memberitahu krisis air yang melanda dan menyusahkan rakyat Selangor bukanlah disebabkan kekurangan sumber bekalan air mentah sebaliknya kerana bahana sikap degil Kerajaan Negeri yang enggan melaksanakan projek Loji Rawatan Langat.

Dalam menyeru slogan keadilan dan kebajikan rakyat diutamakan, kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat ternyata lebih rela menjadikan rakyat sebagai mangsa dan sekaligus mengkambinghitamkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semata-mata kerana kepentingan politik.

“Kepimpinan kerajaan negeri dengan angkuh berkata krisis air tidak berlaku sama sekali di Selangor namun hakikat yang sebenar rakyat menderita setiap hari dek kerana tidak mendapat bekalan air…dalam hal ini di mana relevennya slogan yang mereka laungkan itu.

“Apa yang lebih teruk, Menteri Besar Selangor sendiri yang sibuk bermain politik dengan menyalahkan Syabas dengan mengatakan kononnya agensi itu gagal dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk membekalkan air kepada rakyat Selangor tetapi hakikat sebenar kegagalan itu berpunca daripada beliau sendiri,” katanya.

Sohaimi menambah, berikutan masalah itu menjadi semakin teruk, rakyat terutamanya seharusnya lebih faham bahawa krisis ini adalah disebabkan kerajaan negeri dan bukannya SYABAS.

Sumber : House PK

Read more...

TERKINI!! GABUNGAN NGO NEGERI SELANGOR SERAH MEMORANDUM KEPADA JAIS!!


Sebentar tadi telah berlangsungnya himpunan secara aman penyerahan memorandum kepada JAIS atas ketidakpuasan hati rakyat Selangor mengenai Tazkirah berunsur politik di masjid dan surau dalam bulan Ramadhan.

Himpunan yang dapat mengumpulkan beberapa pertubuhan NGO dari Selangor seperti GAPS, PERKASA, JATI, WARIS MALAYA, IKDDAS, TIBAI dan GMP mendesak supaya tindakan yang sewajarnya patut diambil oleh JAIS atas pelacuran masjid oleh ahli politik yang berceramah di dalam tempat suci itu.

Sdr. Hamidzun, Presiden GAPS, menyatakan JAIS wajar memantau masjid dan surau dengan lebih rapat serta menyiasat setiap aduan dan rungutan ahli kariah dan mengambil tindakan tegas menurut undang-undang.

"Kami menyokong penuh agar masjid adan surau mesti dijadikan rumah untuk beribadat dan bebas dari sebarang unsur politik. Masjid dan surau harus menjadi medium untuk menyatukan umat Islam walaupun mereka berbeda pandangan dan ikutan politik."

Beliau menegaskan lagi yang rakyat Selangor sentiasa mendoakan agar masjid dan surau di Selangor bebas dari pengaruh politik, aman makmur dan sejahtera sebagai rumah Allah paksi penyatuan dan perpaduan ummah.

Sumber : Jawa Bernam

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP