Powered by Blogger.

Adun DAP Tibai Kerajaan Pakatan Selangor...

Friday, 11 May 2012

Terkejut juga bila aku baca kenyataan dari pada seorang adun dap pasal dia tak puas hati cara pentadbiran kerajaan pakatan haram selangor.

Dalam suratnya tu, adun tu kata rasuah dan penyelewengan berlaku malah bertambah parah di saat kerajaan pakatan haram membawa slogan cekap, akauntabiliti dan telus, padanya slogan itu hanyalah untuk memancing pengundi pada pilihan raya dan langsung tidak diamalkan parti itu.

Malah tambahnya lagi, ahli-ahli majlis yang dipilih oleh dap ada yang tak reti berbahasa melayu dengan fasih, ada ahli majlis yang kerap ponteng mesyuarat dan ada ahli parlimen yang berkuasa mutlak keatas majlis perbandaran, segala keputusannya tidak merujuk kepada mesyuarat...

Surat adun itu setebal 12 muka surat telah di hantar ke seluruh pimpinan tertinggi dap, soalannya ialah, mahu ke dap mendengar segala kritikan adunnya itu? takut-takut adun nie akan menimpa nasib yang sama seperti tengku abdul aziz yang tidak si sambung jawatan senatornya...

Sumber : DET

Read more...

Khalid Gagap Semakin GAGAAP...! Sultan Selangor Tak Mahu Isu Bekalan Air Dipolitikkan....

Thursday, 10 May 2012

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Baginda bertitah, baginda tidak mahu kerajaan Selangor berdepan dengan krisis air yang boleh menjejaskan nama baik sebagai negeri maju disebabkan pelabur berpindah ke tempat lain.

"Ada sesetengah pihak beranggapan masalah air adalah remeh, tetapi beta memandang serius kerana kita berdepan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara. "Oleh itu, beta tidak mahu isu air dipolitikkan kerana rakyat memerlukannya dan tiada alternatif lain menggantikannya,"

Sultan Sharafuddin berharap sumber air tanah diambil dengan serius dan dibangunkan sebagai sumber air alternatif di Selangor agar negeri tersebut bertambah maju dalam bekalan air. "Beta memandang serius dengan masalah kekurangan air kerana air amat diperlukan dalam kehidupan manusia dan alam sekitar.

"Jika berlaku kekurangan air bersih, kita akan berhadapan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan serta pembangunan negara," titah baginda.

Sultan Selangor turut berharap masyarakat umum boleh didedahkan kepada fakta bahawa sumber air tanah merupakan sumber air yang boleh diperolehi dan dibangunkan.

"Pada masa kini air negara amat bergantung kepada sumber air permukaan seperti dari sungai-sungai, tasik dan empangan. "Jika terlalu bergantung kepada punca air permukaan untuk kegunaan harian ia memberi kesan kepada pengguna terutama musim kemarau yang panjang seperti yang pernah berlaku di Melaka, Selangor dan Labuan baru-baru ini.

"Kita harus belajar dan melihat bagaimana negara maju seperti Denmark dan Norway membangun dan menggunakan sumber air tanah sebagai satu punca sumber air bagi memenuhi keperluan harian penduduknya," titahnya.

Baginda bagaimanapun mengingatkan supaya penggunaan dan penerokaan sumber air itu perlu dilakukan secara berhati-hati dan belajar daripada kesilapan serta kejayaan negara lain dalam menguruskan air.

Dalam pada itu, baginda turut menyarankan pengurusan air bersepadu perlu diwujudkan supaya bekalan air bersih di negara ini tidak akan menghadapi masalah. Antara lokasi telaga air tanah yang dibangunkan untuk mengambil air tanah bagi bekalan air bersih ialah di Kota Baharu, Kelantan dan di Olak Lempit, Selangor. - Bernama

Sumber : MIK

Read more...

SELANGOR !! WAKIL RAKYAT DAP HANYA MAMPU SEDEKAH 4 NASKAH QURAN SEPENGGAL ?!! PERUNTUKAN UNTUK ISLAM TARAK....?


Dalam majlis yang dihadhiri lebih kurang 60 orang tua-tua yang berumur lebih 50 tahun, Teo memberi ucapan. Kata Teo, kerajaan Selangor ada mengadakan Tabung Tawas untuk bayi yang lahir di Selangor sejak 2008 sebanyak RM100 atau labur dengan kerajaan Selangor yang mana apabila capai umur 18 tahun ada dapat RM 1,500.

Teo mendabik dada mengatakan kerajaan Selangor mahu merakyatkan Selangor. Lucunya, Teo ngaku tidak dapat sumbang kerana perutukan beliau cuma RM100k untuk 3 DUN d Serdang. Maknanya dia malas nak cari sumber membantu atau dia tidak ikhlas nak bantu. Dengan DAP begitu banyak sumber dari sokongan taukeh-taukeh CIna


DETAIL SUMBER :


http://theunspinners.blogspot.com/2012/05/pembantu-teo-nie-ching-hina-quran.html?


Sumber : AAKJ

Read more...

Sungguh Memalukan - Sultan Selangor Terpaksa Campurtangan Krisis Air


Kita tidak lupa bagaimana pada tahun 1998, Lembah Klang telah menghadapi isu air yang serius. Pelbagai langkah yang diambil Kerajaan Barisan Nasional terdahulu untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah mengswastakan perkhidmatan air di Selangor. Bilangan penduduk terutama di Selangor semakin bertambah serta pembangunan yang semakin pesat. Krisis air pastinya akan menyusahkan rakyat dan membantut perkembangan ekonomi.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum tewas di dalam PRU12 telah membuat beberapa persediaan awal untuk mengelak berlakunya krisis air. Antaranya Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) di Hulu Langat. Selepas Kerajaan Pakatan Haram memerintah pasca PRU12, projek itu kini tertangguh akibat dari permainan politik Kerajaan Pakatan Haram dalam memerintah Selangor. Suka atau tidak pada tahun 2014 nanti sekali lagi akan berlaku krisis air di Selangor.

Terlalu banyak sandiwara politik yang dimainkan oleh Pakatan Haram Selangor dalam krisis air, sehinggakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Sungguh memalukan. Nampak sangat MB Khalid Gagap tidak pandai mentadbir dan asyik berpolitik sepanjang masa sehingga memaksa Sultan sendiri terpaksa campur tangan. Baca kenyataan Tuanku Sultan Selangor semalam yang dipetik dari BERNAMA, di bawah. Daulat Tuanku!

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Baginda bertitah, baginda tidak mahu kerajaan Selangor berdepan dengan krisis air yang boleh menjejaskan nama baik sebagai negeri maju disebabkan pelabur berpindah ke tempat lain.

"Ada sesetengah pihak beranggapan masalah air adalah remeh, tetapi beta memandang serius kerana kita berdepan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara. Oleh itu, beta tidak mahu isu air dipolitikkan kerana rakyat memerlukannya dan tiada alternatif lain menggantikannya," titah baginda kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Outreach Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Persidangan Air Tanah dengan tema 'What, Why, Where and How?' di sini, hari ini.


Matlamat utama program tersebut adalah untuk memperkenalkan bukan sahaja apa itu geologi tetapi bagaimana faktor geologi akan mempengaruhi kehidupan, aktiviti, perniagaan, keselamatan dan kedaulatan negara serta kestabilan alam sekitar. Turut hadir Presiden IGM Datuk Yunus Abdul Razak dan jurucakap selebriti bagi program Outreach IGM Maya Karin. Sultan Sharafuddin berharap sumber air tanah diambil dengan serius dan dibangunkan sebagai sumber air alternatif di Selangor agar negeri tersebut bertambah maju dalam bekalan air.


"Beta memandang serius dengan masalah kekurangan air kerana air amat diperlukan dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Jika berlaku kekurangan air bersih, kita akan berhadapan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan serta pembangunan negara," titah baginda. Sultan Selangor turut berharap masyarakat umum boleh didedahkan kepada fakta bahawa sumber air tanah merupakan sumber air yang boleh diperolehi dan dibangunkan.

"Pada masa kini air negara amat bergantung kepada sumber air permukaan seperti dari sungai-sungai, tasik dan empangan. Jika terlalu bergantung kepada punca air permukaan untuk kegunaan harian ia memberi kesan kepada pengguna terutama musim kemarau yang panjang seperti yang pernah berlaku di Melaka, Selangor dan Labuan baru-baru ini. Kita harus belajar dan melihat bagaimana negara maju seperti Denmark dan Norway membangun dan menggunakan sumber air tanah sebagai satu punca sumber air bagi memenuhi keperluan harian penduduknya," titahnya.

Baginda bagaimanapun mengingatkan supaya penggunaan dan penerokaan sumber air itu perlu dilakukan secara berhati-hati dan belajar daripada kesilapan serta kejayaan negara lain dalam menguruskan air.

Dalam pada itu, baginda turut menyarankan pengurusan air bersepadu perlu diwujudkan supaya bekalan air bersih di negara ini tidak akan menghadapi masalah. Antara lokasi telaga air tanah yang dibangunkan untuk mengambil air tanah bagi bekalan air bersih ialah di Kota Baharu, Kelantan dan di Olak Lempit, Selangor. - Bernama.


Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Selangor:Ahli Majlis Yang Dilantik Tidak Tahu Membaca


BN dan Umno sering dituduh mengamalkan kroni , rasuah dan sebagainya. Kononnya mereka suci dan maksum dari sebarang dosa. Sedangkan mereka yang lagi teruk.

Berita dari Petaling Jaya ini sungguh mengejutkan. Didedahkan sendiri oleh Adun mereka. Demi kerana nak mengutamakan kroni untuk dilantik sebagai ahli majlis, orang yang tidak boleh membaca pun dilantik juga. Sehinggakan orang berkenaan tidak boleh mengangkat sumpah sebagai ahli majlis kerana tidak tahu membaca.

Sel13.com ada menulis tentang perkara berkenaan. Selanjutnya ada boleh klik di sini....

Nah ! Sekarang rakyat Selangor boleh nilai sendiri betapa teruknya orang yang menggegarkan pentas ceramah setiap malam kononnya BN dan Umno mengamalkan kroni serta rasuah.

Sumber : RBF Online

Read more...

KHALID G KETEGURAN DEK SULTAN SELANGOR PASAL AIR.

Aku nak Rembat Konsesi Air Pun Tak Boleh Ker????

ISU AIR SELANGOR. Puak PKR masih berdegil mahu menimbal balik dengan tawaran penstrukturan semula konsesi perkihdmatan air. Katalain nak rembat semuanya perkhidmatan konsesi air di Selangor, WPKL dan Lembah Kelang. Kalau kalah dalam PRU 13 nanti masih berpeluang nak buat come back sebab duit banyak jual air.

Sebagai membalas teguran Sultan Selangor semalam yang mahu isu air di Selangor tidak dipolitikkan, Khalid G dengan segera menuduh KeTTHA dan Peter Chin Kah Fui. Khalid kata Chin Fah Kui main dolak dalih pasal isu air.

"justeru, kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil kira teguran Sultan dan melaksanakan dengan segera penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor seperti yang diperuntukkan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan ini."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri.

"Kerajaan negeri juga amat komited untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri air supaya kecekapan perkhidmatan bekalan air dapat ditingkatkan dan mengekalkan tarif air pada kadar munasabah.

"Selain itu, kerajaan juga akan dapat meneruskan pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan kepada penduduk di negeri ini," tambah Khalid.

Khalid turut mendesak agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui agar tidak lagi berdolak dalih dalam memberi persetujuan kepada rancangan untuk penstrukturan semula yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor.

"Kah Fui tidak perlu lagi berdolak dalih dan menggunakan kuasa sebagai menteri di bawah WSIA untuk memastikan syarikat konsesi memberi persetujuan kepada rancangan penstrukturan semula di negeri ini.

"Sebelum ini kerajaan negeri telah menawarkan penyelesaian arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran tersebut," kata Khalid.

Menteri Besar berkata, "kita menghormati titah Sultan Sharafuddin supaya tidak mempolitikkan isu air dan mengambil semua teguran baginda sebagai panduan dalam meningkatkan lagi keberkesanan urusan pentadbiran negeri ini termasuklah memperkasakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan amat menghargai pandangan baginda yang mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku di negeri ini."

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah menawarkan penyelesaian menerusi timbang tara antarabangsa untuk memberikan keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran itu yang beliau anggap amat munasabah. - SINARHARIAN 10 MEI 2012.

PKR Selangor menghormati titah Sultan Selangor? Ha ha ha ha ... Helo Khalid G kalau nak menipu pun ingat-ingatlah apa korang buat masa pertabalan YDP lalu. Dan korang kena ingatlah sapa yang dok menipu Sultan Selangor dalam isu pasir dan isu murtad oleh DUMC? Puak korang jugak lah yang kutuk beriya Sultan Selangor dalam isu perlantikan Khusairin. Korang jugaklah yang dok kutok Sultan Selangor dan memfitnah baginda ada skandal dengan artis. Memang PKR nie muka tak malu kulit tebal macma buaya.

Kerajaan Pusat dah separuh jalan nak selesaikan masaalah air. Tiba-tiba Khalid G menyampuk nak struktur semula konsesi perkhidmatan air macam konsesi pasir dan sampah. Ada patut ka? Itu nasi sudah masuk mulut orang, itu Khalid mahu telan juga. Kalau tak struktur semula tak boleh ker?

Atau pun Khalid G benarkan projek Langat II diteruskan dan seepas itu barulah berbincang pasal penstrukturan semula konsesi air. Ada je alasan tongong puak PKR nie nak menyusahkan rakyat dan menyenangkan kroni mereka.

Lagipun dari mana sumber dana PKR Selangor nak cekau untuk membuat penyelesaian yang memuaskan hati ? IMF punya duit ka Khalid atau duit dari Singapura? Kau buat lawak bodoh la Khalid.

Sumber : Jas Salleh

Read more...

Projek Air Mentah 2014 : Mengapa Selangor masih 'bermain tarik tali' dengan Persekutuan sehinggakan Sultan sendiri yang menegur?

Peter Chin Fah Kui bersama Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie (duduk empat dari kiri) berlatar belakang Tunnel Boring Machine di Hulu Langat.


Kenyataan akhbar pada 10 November 2010:

Penggunaan mesin pengorek terowong khas, Tunnel Boring Machine (TBM) menambah keyakinan kerajaan untuk menyiapkan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor menjelang 2014.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, mesin yang didatangkan dari Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai kelajuan tinggi menyebabkan pasukan projek berkenaan menetapkan sasaran tinggi untuk mengorek sejauh 1,000 meter sebulan.

"Projek ini melibatkan penggunaan tiga TBM yang telah pun tiba di sini. Ia menggunakan teknologi terkini iaitu gerudi dan letup yang menjimatkan penggunaan tenaga serta mampu mengorek lebih pantas berbanding gerudi biasa.

"Ia jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah bekalan air yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa depan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan TBM3 yang dinamakan Tiara Midori di tapak permulaan kerja mesin itu di Adit 4, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Pemilihan nama itu berdasarkan rupa bentuk bahagian hadapan mesin berkenaan yang menyerupai tiara manakala 'midori' diambil daripada perkataan Jepun bermaksud hijau yang sinonim dengan alam sekitar dan kementerian berkenaan.

Dua lagi mesin iaitu TBM1 dan TBM2 dinamakan Kamila yang bermaksud sempurna dalam bahasa Arab dan Selpah yang diambil daripada singkatan Selangor-Pahang.

Mengulas mengenai Tiara Midori, pengarah projek berkenaan, Datuk Ir. Ismail Mat Noor berkata, ia dijadualkan mula menjalankan kerja-kerja mengorek pada 22 November depan.

Jelasnya, Tiara Midori bakal menjalankan kerja mengorek sejauh 11.6 kilometer dari Hulu Langat ke Sungai Congkak dan merupakan yang pertama beroperasi berbanding Kamila dan Selpah.

"Terowong dikorek Tiara Midori mempunyai kedalaman 58 meter dari aras bumi dengan ketinggian 7.9 meter dan 11 meter lebar serta akan bersambung dengan terowong utama sepanjang 44.6 kilometer,'' jelasnya.

Jika mengambil kira jarak yang sepatutnya dikorek adalah sejauh 11.6 kilometer dengan kelajuan TBM 1000 meter sebulan dan kerja-kerja mengorek bermula pada November 2010, ini bermakna kerja mengorek terowong tersebut sudah hampir selesai sekarang?

Adakah kerja-kerja mengorek terowong masih diteruskan atau tergendala begitu sahaja sekarang? Hanya MB Khalid sahaja yang ada jawapannya. Kata putus meneruskan projek disebelah Selangor terletak ditangan beliau.
Kepada kerajaan negeri Selangor?

Sekadar ingin bertanya soalan. Apa agaknya tindakan kerajaan negeri Selangor jika pembekal air di negeri itu adalah milik kerajaan negeri seperti PBAPP dan SADA? Mungkin sahaja tarif air akan dinaikkan dengan alasan 'mendidik rakyat berjimat cermat dan membayar hutang'.

Memang kita semua tidak suka dengan sebarang kenaikan terutama semasa kos hidup yang belum stabil. Tetapi kita juga berdepan dengan realiti untuk membayar kos bagi memastikan kehidupan masa depan yang lebih baik dan berkualiti.

Yang penting, kerajaan negeri harus mengambil inisiatif berkesan untuk mendidik pengguna supaya mengubah tabiat membazir air. Selangor tidak selama-lamanya akan dianugerahkan dengan sumber air yang mewah. Jangan jadi seperti pasir, tersilap unjuran!

Entah berapa kali Lembah Klang diancam kemarau dengan loji serta empangan air hampir kontang. Ramai tak mengambil iktibar apabila air terpaksa dicatu dan beratur panjang bagi mendapatkan bekalan yang dihantar melalui lori tangki. Kesedaran berjimat air tak ubah seperti fenomena El Nino yang datang dan pergi.

Apa yang dilihat sekarang adalah kerajaan negeri berusaha menjadikan air sebagai komoditi politik! Selangor yang kini seperti mengeluh kerana terpaksa membelanjakan lebih RM12 juta sebulan sebagai menunaikan janji pilihan raya membekalkan air percuma, mahu menguasai pula industri air di Lembah Klang.

Air percuma bagi 20 merter padu yang bernilai RM11.40 ini pun dijaja keliling kampung sebagai simbol kerajaan berjiwa rakyat. Memang ia bagus, siapa yang tidak mahu benda percuma. Tetapi anehnya, apabila ada pihak mahu menggunakan wang air percuma itu untuk membantu pengguna yang mengalami bil tertunggak, kerajaan negeri menyifatkannya sebagai merampas hak rakyat pula.

Apa salahnya, jika kakitangan Syabas, syarikat konsesi bekalan air bersih Selangor yang merasakan diri mereka mampu, membantu rakyat miskin yang terbeban dengan bil air. Lagi pun bukan semua rakyat Selangor menikmati air percuma itu yang dimulakan sejak 1 Jun 2008. Terdapat ribuan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal terpaksa berputih mata dengan imbuhan RM11.40 sebulan itu.

Sepatutnya langkah membantu rakyat iaitu golongan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan disokong. Tetapi itulah kerana kepentingan politik yang tidak memihak kepada mereka, usaha membantu rakyat seperti itu dimusuhi.

Kerajaan negeri, dengan segala alasan mengelirukan bukan sahaja memusuhi syarikat konsesi tetapi juga Kerajaan Persekutuan. Kroni, rasuah dan salah guna kuasa yang disimpulkan sebagai merampas hak rakyat dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menguasai industri air Selangor.

Benarkah? Jika bekalan air di bawah penguasaan kerajaan negeri dapat menjamin hak rakyat (dengan tarif yang rendah), mengapa hak itu tidak dipertahankan di Kedah dan Pulau Pinang? Cuba analisis alasan mereka. Yang di Pulau Pinang memperkenalkan surcaj bagi mendidik pengguna berjimat air. Maknanya, tarif dinaikkan supaya pengguna berjimat cermat. Yang di Kedah, untuk membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Tetapi sebaliknya rakan pakatan pembangkang di Selangor enggan berkompromi dengan penstrukturan semula industri air. Mereka tidak peduli hutang yang ditanggung oleh syarikat konsesi. Yang mereka mahu hanyalah untuk menguasai industri air Selangor!

Pemimpin mereka lebih selesa menyalahkan syarikat konsesi dan Kerajaan Pusat. Malah amaran krisis bekalan air pada 2014 yang bakal menjejaskan kehidupan penduduk Lembah Klang diperlekehkan. Kerajaan negeri nampak cukup yakin dengan memberi unjuran krisis itu hanya akan tiba pada 2019 - sembilan tahun lagi. Malah MB Khalid dalam kenyataan terbaru mengatakan akan menggunakan sumber air lombong bagi mengatasi masalah air di Lembah Kelang nanti!


Mengapa kerajaan negeri Selangor masih lagi mahu menangguhkan kelulusan Projek Langat 2! Di lihat industri bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang nampaknya semakin kompleks sekarang. Sinarnya semakin suram bukannya terang benderang. Menteri Besar Selangor masih bertegas mahu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji semula tahap perbekalan air di negeri itu kerana tidak yakin dengan laporan yang dikeluarkan Syabas dan juga laporan menteri yang bertanggungjawab berkaitan air.

Para pengguna air kesemuanya mahukan bekalan air bersih yang berterusan tanpa gangguan. Masalah utama sekarang adalah paip-paip lama yang belum dapat ditukar penyebab banyak paip bocor di sana sini. Lagi lama ia tidak ditukar maka lagi cepat bekalan air habis lebih-lebih lagi jika berlaku kemarau yang berpanjangan.

Penduduk KL dan Selangor yang pernah terbabit dalam kemelut bekalan air kronik 10 tahun dulu seboleh-bolehnya tidak mahu lagi hidup dalam igauan buruk itu sekali lagi. Jadi, janganlah berterusan menjadikan air sebagai alat politik. Cukuplah semasa kempen pilihan raya lalu. Berundinglah dan bertolak-ansur demi kesejahteraan lebih 3 juta penduduk Lembah Klang.

Yang sudah tu sudahlah. Nasihat penulis kepada Tan Sri MB, usahlah terus bertelagah dengan kerajaan Pusat dan anggaplah nasihat TPM, menteri air dan operator bekalan air sebagai peringatan ikhlas yang mahu memastikan kami sebagai pengguna air tidak menjadi mangsa keadaan yang tragis kelak.

Malah Sultan Selangor sendiri sudah menegur kerajaan negeri supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat!

Lebih awal kita mempersiapkan diri lebih baik. Dalam hidup ini semuanya jangkaan sahaja, namun ketentuan Allah swt mengatasi segalanya. Cuma satu sahaja pesanan penulis sebagai pengguna air, 'sediakan payung sebelum hujan' kerana bila dah basah kuyup kena hujan, maka tempoh untuk mengeringkan pakaian akan mengambil masa yang panjang. Itulah kiasan untuk kita renung-renungkan bersama.

Sumber : Belantan

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP