Powered by Blogger.

Showing posts with label AAKJ. Show all posts
Showing posts with label AAKJ. Show all posts

Isu Selangor - RM 2 Juta Duit Rakyat Di Songlap..Hatoiiii

Saturday, 29 December 2012


Semalam aakj dedahkan hal sampah yang tak pernah di ambil peduli oleh adun Dap yang kononnya perihatin kepada warga kota Subang Jaya...inilah sebahagian janji beliau..kononnya nak pastikan jalan raya di Subang Jaya Selangor kekal selesa sepanjang beliau jadi Wakil Rakyat...akhirnya ni laa jadinya..dah boleh pancing ikan..ni bukan lopak lagi..ni dah jadi telaga..sepanjang sepenggal mangkok taik ni jadi wakil rakyat..apa yang dia buat ?!!

Sebagaimana yang kita tahu, Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat banyak menipu rakyat Selangor misalnya. Dimana beberapa janji yang dijanjikan untuk rakyat jika Pakatan Menang di Selangor pada PRU 12 yang lalu tidak ditunaikan lagi sehingga sekarang. Mereka sengaja mengatakan bahawa manifesto bukan janji pula..

Apa CERITA ni!!! Hancur PAKATAN HARAM sebelum PRU 13!!!!

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut, pendedahan oleh Blogger AAKJ

Read more...

SELANGOR !! FOTO & LOKASI KEDAI JUAL ARAK BERCAMBAH D BANGI !! KAWASAN ISLAM !!

Wednesday, 19 December 2012



Setelah kecoh isu penjualan arak di Seksyen 8, Shah Alam kira-kira 4 tahun lalu yang menjadi salah satu punca pemecatan Dato Dr Hasan Ali dari PAS dan jawatan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam, kerajaan Negeri Selangor berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

“Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu,” begitulah laporan Harakahdaily yang meninjau di kedai 7-Eleven di Seksyen 8 Shah Alam pada Mei 2011.

Namun, janji kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ditepati kerana tinjauan kami di DUN Bangi pada dua hari lepas, Ahad, 16 Disember mendapati minuman keras masih lagi dijual di kedai 7 Eleven, malah lebih menyeluruh dijual di kedai serbaneka, 99 Speedmart.

DUN Bangi majoriti penduduknya berbangsa Melayu yang dianggarkan kira-kira 80 hingga 90 peratus beragama Islam.

Daripada 3 kedai serbaneka 99 Speedmart yang kami kunjungi, semuanya menjual secara terbuka minuman keras sama ada yang mengandungi paras alkohol kurang atau lebih 10 peratus.

Jenis arak itu termasuklah Tiger, Carlsberg, Guiness, Anchor, Heineken dan sebagainya yang diletakkan sebaris dengan minuman-minuman lain.

Daripada 5 kedai 7 Eleven,kebanyakannya menjual minuman jenis ‘Barbican’, selain di sesetengah tempat turut menjual Guiness, Special Brew, Carlsberg, Tiger, Heineken, Royal dan sebagainya.

Kebanyakan kedai meletakkan minuman keras itu bersebelahan dengan minuman-minuman biasa dalam peti ais yang sama.

Majoriti penjual di kedai 7 Eleven dan kedai serbaneka 99 Speedmart adalah remaja berbangsa Melayu.

Read more...

SELANGOR !! KERAJAAN SELANGOR TETAP AKAN JAHANAMKAN KAMERA AES !! LAGI 2 HARI !!

Monday, 3 December 2012


Kerajaan Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut.

Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya. 

“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di Selangor.


Read more...

SELANGOR MAKIN GILA !! ADUN SEKINCHAN HARAMJADAH SONGLAP DUIT ?!!

Wednesday, 8 August 2012


Penyelewengan Pangsapuri Damai, Sekinchan telah hampir sampai ke kemuncaknya apabila sedikit demi sedikit rahsia besar kroni ADUN Sekinchan mula terbongkar. Penduduk Sekinchan terutama golongan belia berbangsa Cina begitu marah dengan Celeng Sekinchan ini kerana tidak mengutamakan hak mereka terlebih dahulu sebelum menyerahkan rumah pangsapuri terbabit kepada syarikat kroninya.




Pengerusi SERANG, Budiman Zohdi, akan membongkar sedikit demi sedikit penyelewengan yang dibuat oleh ADUN Sekinchan terbabit yang mengaitkan dirinya dengan PBT Majlis Daerah Sabak Bernam yang turut terlibat dalam kelulusan penyerahan tender pangsapuri kepada sebuah syarikat yang baru diwujudkan untuk pengambil alihan pangsapuri ini secara total.


Budiman menegaskan YB Sekinchan perlu menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh penduduk tempatan berhubung kes ini. Laporan polis juga telah dibuat oleh NGO SERANG minggu lepas untuk mendesak Celeng Sekinchan ini menjelaskan apa kaitan beliau dengan NKK Enterprise yang membeli kesemua unit rumah pangsapuri terbabit.

Sumber : AAKJ

Read more...

SELANGOR !! KALID GAGAP BIAYA GEREJA ?!! FOTO !

Sunday, 8 July 2012

Gereja City Harvest Induk Yang Terletak Di Jurong Park, Singapura


Semakin banyak yang cuba disorokkan, semakin banyak pula yang terlondeh!!!

Percubaan Khalid Ibrahim untuk menutup pendedahan yang dilakukan oleh MCA Selangor berhubung penyelewengan hampir RM1 bilion dengan berselindung di sebalik pembelian hutang dan aset Talam Corporation Bhd. (Talam), dua tahun lalu.

Terkini, kontroversi terbaru yang dapat dihidu adalah pengagihan duit kerajaan Selangor yang disalur secara terus kepada Gereja City Harvest secara rahsia.

Sumber : AAKJ

Read more...

SELANGOR !! AHLI PARLIMEN DAP TERIMA RASUAH ?!! FOTO !

Saturday, 30 June 2012



Sebelum ini PM pernah membongkarkan penipuan hebat (KLIK SINI) yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching.

Sungguhpun begitu, semalam satu lagi pendedahan penyelewengan lebih besar yang didedahkan oleh bekas rakan pakatan mereka, Tan Tee Beng.

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini menyerahkan bukti penyelewengan pembantu politik Ahli Parlimen DAP-Serdang Teo Ni Ching yang menerima wang sogokan sebanyak RM18,000.
Bukti itu meliputi surat aduan kepada Menteri Besar Selangor, Jawatankuasa Lembaga Disiplin DAP, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), laporan polis, termasuk dokumen transaksi wang daripada pemilik premis, Yap Kon Ming kepada pejabat Teo.
Bukti yang melibatkan pembantu Teo, Chan Huan Guan itu diserahkan Tan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang tadi.
Tan ketika ditemui menafikan beliau sengaja memfitnah Teo dan Chan kerana mempunyai bukti kukuh atas dakwaan itu.
Katanya, walaupun ada kemungkinan Teo tidak terlibat secara langsung, namun Teo dan DAP perlu menyiasat sendiri secara keseluruhan kerana ini membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa pegawainya sendiri.
“Isu ini bukan kerana membabitkan jumlah wang yang besar atau kecil tetapi ia membabitkan prinsip korupsi.
“Pengadu juga menerima tekanan beberapa pihak sehingga dipecat DAP kerana mengemukakan masalah tersebut…ini tak adil,” katanya.
Sementara itu, Tan turut mendakwa dirinya menjadi sasaran sekumpulan samseng apabila cuba membuat laporan polis di Seri Kembangan di sini tengahari tadi.
Katanya, beliau yang hadir ke Balai Polis Seri Kembangan kira-kira 1.30 tengahari tadi kemudian membatalkan niatnya untuk membuat laporan polis berhubung isu ini apabila melihat kira-kira 10 orang samseng sedia menunggunya dihadapan balai.
Tan sebelum ini mendakawa Chan menerima wang sogokan sebanyak RM18,000 daripada Yap yang menyewakan premisnya di Cheras kepada Teo sejak 2009.
Tan mendakwa separuh daripada kadar sewaan RM1000 sebulan yang dibayar Kerajaan Selangor kepada Yap itu diambil oleh Chan.
Yap yang sudah tidak tahan dengan kes itu sudah membuat laporan kepada kerajaan Selangor tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.-FMT

Sumber : AAKJ

Read more...

CCTV SX !! SUSU KANGKANG...ELLI WONG ADA YG BARU?!!

Saturday, 9 June 2012


KISAH RM 5 JUTA D CELAH KANGKANG ELLI WONG SELANGOR ? MEHH BACA



RM300 juta untuk ‘Geran Selangorku’

SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM300 juta di bawah ‘Geran Selangorku’ bagi melaksanakan program-program yang berfaedah untuk rakyat.
Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu berasaskan dana sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor dan keuntungan yang diperolehi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berjaya mengutip hutang lapuk dari Talam Corporation Sdn Bhd.

Daripada jumlah tersebut, RM5juta disediakan untuk alam sekitar di bawah seliaan Elizabeth Wong.

Read more...

SELANGOR !! ISU AIR..KALID GAGAP KETAWA TERBAHAK !! MENGHINA ?!!

Monday, 28 May 2012

Kenyataan terbaru MB Selangor.
Air Mentah Isu Pokok Selesai Masalah Air Selangor - MB

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad bertegas mempertahankan pendirian kerajaan negeri bahawa bekalan air mentah adalah lebih penting daripada bekalan air terawat sebagai persiapan Selangor menghadapi masalah kekurangan air pada masa hadapan.

Abdul Khalid turut mencadangkan agar air mentah yang disalurkan di Selangor diambil dari Tasik Kenyir di Terengganu yang mempunyai kedalaman melebihi 100 meter dan mempunyai kapasiti menyimpan air terbanyak di seluruh Semenanjung.

Katanya penyaluran air mentah dari Tasik Kenyir adalah lebih rendah kosnya daripada menyalurkan air dari Sungai Pahang yang memerlukan pemasangan paip melalui Banjaran Titiwangsa dengan kos dianggarkan mencecah RM5 bilion.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan Surat Lanjutan Pajakan Tanah untuk 183 penduduk Shah Alam dan Surat Hak Milik Tanah untuk 27 peneroka tanah dari Bukit Cherakah, dekat sini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada Jumaat yang mendakwa masalah kekurangan rizab air terawat di Selangor tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus serta bukannya kapasiti air mentah di semua empangan di Selangor.

Abdul Khalid berkata kos memasang paip daripada Tasik Kenyir dianggarkan sekitar RM700 juta dengan memasang paip air bersebelahan dengan rangkaian paip saluran gas dari Terengganu ke Selangor, Pahang dan Johor yang sedia ada.

Tasik Kenyir seluas 369 km persegi mampu menakung 13.6 bilion meter padu air dibina bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik menerusi tenaga hidro. Stesen Janakuasa di Empangan Tasik Kenyir mampu menjana 400 megawatt tenaga untuk keperluan negara. BERNAMA

Rumusan yang MyMassa boleh buat dari kenyataan terlebih 'pandai' daripada MB Selangor adalah:

1. Pada permulaan isu ini, Kerajaan Selangor memberikan alasan untuk menggunakan air lombong di sekitar negeri ini untuk menghentikan projek penyaluran air dari Pahang. Kini, MB Selangor mengemukakan cadangan untuk menggunakan air dari Tasik Kenyir pula. Satu pendirian yang FLIP FLOP oleh menteri besar penggal pertama ini.

Selangor guna air lombong

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.
Selain itu, katanya, jika dilaksanakan, dakwaan pihak tertentu akan berlaku krisis air di Lembah Klang krisis air 2014 tidak tepat.

Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih tergendala selepas isu penyusunan semula industri air negeri itu melalui perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan masih gagal mencapai penyelesaian.
http://www.bharian.com.my/articles/Selangorgunaairlombong/Article/

2. Isu utama dalam kemelut air Selangor bukannya air mentah tetapi AIR TERAWAT. Walaupun tinggi rizab air mentah di Selangor tetapi loji rawatan air tidak cukup, maka masalah ini tidak selesai. Bukan sahaja keperluan penduduk sahaja memerlukan air terawat, malah keperluan industri juga memerlukan air yang telah diproses melalui loji rawatan air.
Kurang Air Bersih, 129 Projek Perkilangan Di Selangor Tidak Dapat Dilaksana

TANJONG KARANG: Sebanyak 129 projek perkilangan yang menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Selangor tidak dapat dilaksanakan berikutan bekalan air bersih yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan operasi pihak industri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada kilang berkenaan ekoran kekurangan air bersih di negeri ini.

"Meskipun 129 projek perkilangan dengan jumlah pelaburan RM3.8 bilion diluluskan, Syabas tidak dapat memberikan komitmen untuk menyalurkan bekalan kerana kekurangan simpanan air bersih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, Jumaat.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/4/14/mstar_berita/20120413201842&sec=mstar_berita

3. Walaupun Kerajaan Selangor mengemukakan cadangan baru iaitu mengambil sumber air mentah dari Tasik Kenyir, air tersebut juga turut perlu dirawat terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada pengguna. Oleh yang demikian, loji rawatan air yang baru seperti Loji Rawatan Air Langat 2 (untuk projek PPAMPS) perlu dibina secepat mungkin sekiranya ramalan bahawa Selangor akan mengalami krisis air pada tahun 2014 menjadi kenyataan.

4. Sikap berlengah-lengah Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja menyebabkan negeri Selangor sahaja diancam krisis air, tetapi ianya juga melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Tambahan, sikap berlengah-lengah ini juga akan menyebabkan kos projek tersebut meningkat dari tahun ke tahun (kira-kira 5% setahun).

5. Untuk memahami beza antara air mentah dan air terawat, MyMassa telah ubah suai rajah dari Puncak Niaga. Bulatan merah dalam rajah tersebut adalah proses yang akan dilakukan dalam loji rawatan air. Sekiranya Kerajaan Selangor berdegil untuk tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 atau seumpama dengannya, maka pengguna akan menikmati 'air mentah' berkebajikan dari Kerajaan Selangor.


6. Kepada rakyat Selangor, nilaikan sendiri tindakan Kerajaan Selangor ketika ini. Adakah cakap berpusing-pusing dan tindakan 'pi mai pi mai tang tu' akan menyelamatkan negeri ini dari dilanda krisis air pada tahun 2014? Kalau krisis air berlaku, mungkin Khalid Ibrahim pun kena angkat air macam ni.




TQMYMASSA

Sumber : AAKJ

Read more...

SELANGOR !! AHLI PARLIMEN PKR MINTA RM 10 JUTA DARI KHIR TOYO HARGA DVD JAMBAN ?!!

Thursday, 24 May 2012



Ahli Parlimen Kapar , S Manikawasagam adalah antara pemimpin PKR yang sering dikaitkan dengan tindakan untuk keluar PKR sejak tahun pertama beliau dinobatkan sebagai MP.

Baru-baru ini semasa kunjungan Anwar Ibrahim ke Kapar, Manikawasagam dalam ceramahnya yang berkobar-kobar depan Anwar menyatakan taat setia beliau kepada PKR dan tidak akan keluar parti seperti rakannya N Gobalakrishnan. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh beliu untuk membelasah Gobala.

Banyak pihak tidak mengetahui kisah sebenar disebalik dakwaaan atau khabar angin yang tersebar sebelum-sebelum ini yang mengatakan MP Kapar akan keluar parti. Dakwaan tersebut adalah benar, cuma ianya tidak menjadi kenyataan kerana habuan tidak dapat dipenuhi. Ada kalanya cerita tersebut disebarkan sendiri oleh MP Kapar dan orang-orangnya untuk menarik perhatian pemimpin-pemimpin PKR.

Hujung 2008 Manikawasagam bermasalah dengan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu Klang Sentral dan isu pasir. Masa itu beliau tekad untuk keluar dari PKR. Pada satu hari di bulan Disember selepas selesai ceramah di Kuala Selangor, lebih kurang jam 1.30, Manikawasagam telah menuju ke Hotel Holiday Inn Glenmarie di Shah Alam untuk bertemu DR Khir Toyo, mantan MB Selangor. Terdapat beberapa individu lain turut serta dalam pertemuan itu. Antara 7-8 orang.

Sumber : AAKJ

Read more...

MASALAH AIR SELANGOR !! JANJI PAKATAN HARAM JANJI MUNAFIK !!

Monday, 21 May 2012

hiase

Kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh mereka memerintah. Itu kenyataan wakil NGO yang mewakili rakyat Selangor di kawasan Kota Raja.
RM11.50 sebulan adalah subsidi air yang dibanggakan oleh rejim Khalid Gagap yang kononnya diberikan kepada semua rakyat Selangor. Keseluruhan kos untuk tempoh 50 bulan adalah sebanyak RM575 untuk satu keluarga.
Andai subsidi air percuma diberikan kepada seluruh rakyat Selangor mengapa masih ada lagi tuntutan seperti ini dikalangan rakyat Selangor.
Harian Metro hari ini melaporkan tentang tuntutan rakyat Selangor di kawasan Kota Raja.

KLANG: Tidak berpuas hati dengan janji kerajaan negeri berhubung pengagihan air percuma, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Klang, semalam, menuntut kerajaan negeri mengembalikan bayaran 50 bulan subsidi air kepada penduduk dalam tempoh 10 hari.
NGO berkenaan mewakili 4,000 penduduk flat dan pangsapuri di Kota Raja, di sini, yang tidak menerima subsidi air seperti dijanjikan kerajaan negeri selepas mengambil alih pentadbiran.
Difahamkan, walaupun sudah empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri masih gagal memberikan 20 meter padu air kepada penduduk seperti dijanjikan.
Presiden Badan Prihatin Rakyat Selangor (BPRS), Saarah Ali Bashah yang mewakili penduduk terbabit berkata, kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh itu hingga kini.
Menurutnya, janji yang ditabur pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008 perlu ditunaikan memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Selangor sudah menjangkau empat tahun.
“Sudah 50 bulan kerajaan negeri mengambil alih pentadbiran dan setiap isi rumah perlu dibayar RM570 gara-gara tidak mendapat manfaat skim air percuma.
“Sekiranya janji tidak ditunaikan, NGO dan penduduk akan terus membuat demonstrasi bagi menuntut janji berkenaan ditunaikan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam, berkata, kerajaan negeri tidak akan membayar sebarang tuntutan yang dikemukakan penduduk berhubung isu air.
Menurutnya, kerajaan negeri akan menukar meter pukal kepada meter individu bagi mengatasi masalah air percuma yang dihadapi penduduk.
“Kerajaan negeri tidak akan membayar tuntutan yang dikemukakan penduduk kerana harga yang mereka (penduduk) bayar air melebihi daripada apa yang sepatutnya,” katanya.

Sumber : AAKJ

Read more...

DEDAH KHAS !! ADUN DAP SUBANG JAYA MELOMPAT D TUDUH ADUN PALING MALAS D SELANGOR !! part 1

Thursday, 17 May 2012


Kita boleh memeriksa rekod kehadiran Adun di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor melalui penelitian Hansard.
Capaian Hansard untuk laman sesawang rasmi kerajaan negeri ada di http://dun.selangor.gov.my/v2/hansard
Namun penyata dewan untuk sesi-sesi DUN Selangor tahun 2012 belum lagi dimuat-turunkan sementara yang bagi tahun 2011 tidak lengkap.
Maka dengan itu saya terpaksa merujuk sahaja kepada Hansard tahun 2010 untuk menyemak tahap ketekunan seseorang Adun Selangor itu dalam menjaga kepentingan kawasannya serta menyalurkan suara dan kehendak para pemilih yang diwakilinya.


Dewan Negeri Selangor ke-12

2010


Di bawah ialah senarai Adun yang TIDAK HADIR mesyuarat:

Penggal ke-3 Mesyuarat ke-3
Isnin: 8 Nov 2010 (Hari 13)

* Dr Rani Osman (Meru)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)

Selasa: 9 Nov 2010 (Hari 12)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)

Rabu: 10 Nov 2010 (Hari 11)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Khamis: 11 Nov 2010 (Hari 10)

* Azmin Ali (Bukit Antarabangsa)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Hasiman Sidom (Morib)
* Subahan Kamal (Taman Templer)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)

Jumaat: 12 Nov 2010 (Hari 9)

* Dr Rani Osman (Meru)
* Yap Lum Chin (Balakong)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Jenice Lee (Teratai)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Abd. Rahman Palil (Sementa)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Hasiman Sidom (Morib)
* Subahan Kamal (Taman Templer)
* Abdul Shukur Idrus (Kuang)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)

Isnin: 15 Nov 2010 (Hari 8)

* Amiruddin Shari (Batu Caves)
* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* M. Manoharan (Kota Alam Shah)
* Jenice Lee (Teratai)
* Hannah Yeoh (Subang Jaya)
* Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia)
* Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Hasiman Sidom (Morib)
* Marsum Paing (Dengkil)
* Subahan Kamal (Taman Templer)
* Abdul Shukur Idrus (Kuang)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)

Mengikut Hansard, dewan bersidang sebanyak 13 hari dalam tahun 2010.
Yang Berhormat Hannah Yeoh Adun Subang Jaya hadir 7 hari daripada jumlah 13 itu. Maka rekod kedatangan YB Hannah hanya 53.85%.
Gambar DUN Selangor bersidang 2012 (bawah)
Hannah Yeoh – kalaulah dia berkenan menunjuk muka – dalam keasyikannya bermain Facebook tatkala mesyuarat DUN berjalan tidak menyedari bahawa kamera litar sedang merakam.



Penggal ke-3 Mesyuarat ke-2

Isnin: 12 Julai 2010 (Hari 7)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
Selasa: 13 Julai 2010 (Hari 6)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Abdul Shukur Idrus (Kuang)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)
Rabu: 14 Julai 2010 (Hari 5)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang)

Khamis: 15 Julai 2010 (Hari 4)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Amiruddin Shari (Batu Caves)
* Gan Pei Nei (Rawang)
* Dr Satim Diman (Seri Serdang)
* Abd. Rahman Palil (Sementa)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Ir. Muhammad Bushro Mat Johor (Paya Jaras)



Apabila ditanya kenapa dia menatap Facebook, Hannah menjawab bahawa Facebook mempunyai pautan kepada akaun ‘Twitter’nya yang wajib selalu dikemaskini.
Nak tahu kenapa kerja mentweet itu dianggap terlalu mustahak serta diberi keutamaan oleh YB kesayangan DAPster ini? Scroll bawah untuk mengetahui jawapannya.

Penggal ke-3 Mesyuarat ke-1

Isnin: 12 April 2010 (Hari 3)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)

Selasa 13 April 2010 (Hari 2)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)
* Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam)
* Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali)

Rabu 14 April 2010 (Hari 1)

* Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama)
* Raja Ideris Raja Ahmad (Sungai Air Tawar)
* Abd Rahman Palil (Sementa)
* Wong Koon Mun (Kuala Kubu Baharu)

Hairan juga DAPster boleh menstereotaip ‘Melayu malas’

Sekiranya dilihat pada nama-nama dalam senarai di atas, lagi ramai Adun Pakatan yang tidak menghadiri persidangan dewan. Yang tidak hadir tetapi bersebab ada dicatat alasan mereka, misalnya Rodziah Ismail (YB Batu Tiga) kerana menunaikan fardu haji.
Apapun, jelas nampak Hannah Yeoh kaki ponteng.
Pelik juga bagaimana Haris Ibrahim, pelopor gerakan ABU, boleh begitu menyakini kewibawaan Hannah serta beriya-iya memangkahnya mencapai prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai seorang wakil rakyat.
Apa agaknya kriteria yang dipakaiguna oleh Haris untuk mengukur seorang Yang Berkhidmat?
Setahu saya, Haris memberikan Hannah ‘endorsement’ dan puji-pujian melangit kerana Haris menilainya seperti berikut.
Kata Haris, Hannah Yeoh mempunyai:

* “strong academic qualification” [dari Tasmania]

* “strong religious convictions that guide her actions”

* ”principled position on important national issues” [menyokong kuat Anwar dan Sept 16 ]

* and “ability to articulate them well, was soon noticed by party leadership as excellent candidate material.”

Ya le … Asal Bukan Umno …
*** **** ***
Jawapan kepada soalan kenapa Hannah Yeoh sibuk mentweet sewaktu dewan bersidang:
Ratu Twitter ini perasan dirinya seorang ‘newsmaker’.

Bersambung: Gambar lucah, ugutan rogol dan perkakas MCA yang begitu lembik dan dayus




Sumber : AAKJ

Read more...

FOTO-FOTO SEKITAR HIMPUNAN DUDUK & JILAT 1.0 !! FOTO SX !!

Tuesday, 15 May 2012

SHAH ALAM: “Duduk, makan dan agih aiskrim percuma,” itulah gimik kempen yang diadakan di Dataran Shah Alam petang tadi dengan lebih 200 batang aiskrim pelbagai perisa dan jenama diedar kepada para pengunjung yang melalui kawasan berkenaan.


Dengan kira-kira 20 petugas yang turun untuk mengagihkan aiskrim tersebut, Pengerusi Kempen Aiskrim 1Malaysia, Rafi Awang Kecil berkata, tujuan ia diadakan bukan untuk menyindir Ahli Dewan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali.



Bagaimanapun, ia sekadar untuk memberi aiskrim percuma dan mahu ia dimakan di tempat terbuka dan bukannya di tandas. Sambil berseloroh beliau berkata, “lepas makan jangan tak balik rumah”.

Katanya, kempen ini akan diteruskan di kawasan Dewan Negeri (Dun) Bukit Antarabangsa dan gimik ‘aiskrim percuma’ akan diadakan.

“Kita bagi aiskrim percuma, duduk dan agih sampai bersih. Tujuan nak beritahu agar makan aiskrim di tempat terbuka dan bukannya di tandas.

“Ini kempen 1.0, lepas ni 2.0 yang kita adakan di Dun Bukit Antarabangsa. Hari ini permulaannya. Tak kata ia simbolik kepada Azmin, tapi kalau makan aiskrim jangan sampai tak balik rumah,” katanya sambil berseloroh.

Azmin sebelum ini dikaitkan dengan video dan foto lucah yang menghias muka depan akhbar Utusan Malaysia pada minggu lalu.

Namun dakwaan tersebut dinafikan Azmin dan mendapat sokongan daripada rakan-rakannya dalam PKR.

Pemberian aiskrim percuma itu turut mendapat sambutan baik para pengunjung, namun berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga dibantu seorang polis trafik.

Turut kelihatan kelibat Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin.

Tidak ketinggalan, rakan-rakan media yang membuat liputan juga menerima aiskrim pelbagai perisa secara percuma.

Dan berikut adalah petikan dari media KLPOS yang mengulas tentang kempen ini :

SHAH ALAM 14 Mei - Kempen 1Hari Makan Aiskrim Duduk dan Jilat yang berlangsung petang tadi turut mendapat perhatian apabila kelihatan sebuah kereta rasmi Ahli Parlimen Ampang turut memberhentikan kereta menerima aiskrim yang diberikan beberapa individu yang menyertai kempen tersebut.

Orang ramai yang turut serta dalam kempen ini menyambut baik sokongan yang diberikan 2 pegawai Ahli Parlimen Ampang itu malah pihak penganjur turut merancang untuk meneruskan kempen ini di kawasan yang diwakili YB. Zuraida Kamaruddin.

Kempen 1Hari Makan Aiskrim Duduk dan Jilat yang dianjurkan beberapa Aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) diketuai Rafi Awang Kechik turut dihadiri beberapa masyarakat setempat.

Menurut Rafi, Kempen ini tiada kaitan dengan mana-mana unsur berkepentingan politik dan terpulang kepada hak masing-masing untuk mentafsir penganjuran tersebut.

Turut hadir memberi sokongan termasuklah Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin.

Sumber : AAKJ

Read more...

SELANGOR !! WAKIL RAKYAT DAP HANYA MAMPU SEDEKAH 4 NASKAH QURAN SEPENGGAL ?!! PERUNTUKAN UNTUK ISLAM TARAK....?

Thursday, 10 May 2012


Dalam majlis yang dihadhiri lebih kurang 60 orang tua-tua yang berumur lebih 50 tahun, Teo memberi ucapan. Kata Teo, kerajaan Selangor ada mengadakan Tabung Tawas untuk bayi yang lahir di Selangor sejak 2008 sebanyak RM100 atau labur dengan kerajaan Selangor yang mana apabila capai umur 18 tahun ada dapat RM 1,500.

Teo mendabik dada mengatakan kerajaan Selangor mahu merakyatkan Selangor. Lucunya, Teo ngaku tidak dapat sumbang kerana perutukan beliau cuma RM100k untuk 3 DUN d Serdang. Maknanya dia malas nak cari sumber membantu atau dia tidak ikhlas nak bantu. Dengan DAP begitu banyak sumber dari sokongan taukeh-taukeh CIna


DETAIL SUMBER :


http://theunspinners.blogspot.com/2012/05/pembantu-teo-nie-ching-hina-quran.html?


Sumber : AAKJ

Read more...

SELANGOR !! NIK NAZMI MARAHKAN DATO HALIM SAMAD...PENYELARAS BN DUN SERI SETIA !!

Monday, 7 May 2012


Dengarnya Nik Nazmi pun dah merajuk dan beri kata dua pada Anwar. "You pilih I atau Azmin."

Nik Nazmi yang merupakan Ketua Komunikasi kini cemburu dengan Rafizi yang sudah membayanginya sebagai Ketua Komunikasi. Padahal Rafizi dibawa masuk dan disokong Nik Nazmi untuk lawan Sam Ketot yang anwar tak berkenan.

Katanya sudah dua bukan Nik Nazmi tidak datang ke mesyuarat. Mesyuarat bukan March dan April.

Talipon tak dapat, Mesej tak layan. Pejabat pun dia tak tinggalkan pesan.

Ramau mengannggap Nik Nazmi yang selama ini toleran terhadap kerenah Azmin sudah tidak boleh tahan apabila Rafizi mendapat banyak perhatian.

Mungkin sekali dia rasa ponggongnya yang leper dan tidak berisi diminati anwar. Selama ini dia jual mahal, baru padan muka menyesal kenapa tak tonggeng dulu???


DETAIL STORY D SINI ;
http://theunspinners.blogspot.com/2012/05/azmin-mula-makan-pil-anti-depresion-nik.html

MARAHKAN DATO HALIM SEBAB NI KE :


ATAU YANG NI :


Tarikh 31 March, bertempat d Dewan Komuniti UMNO Kelana Jaya, seramai 474 penerima netbook 1Malaysia menerima sumbangan netbook.


ATAU NI :

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/03/kelana-jaya-puteri-pemuda-gegarkan.html

Nik nazmi takkan bertanding lagi d dun seri setia...takut...tak pernah turun padang...

Sumber : AAKJ

Read more...

X'KLUSIF !! DATO NOH D UGUT BUNUH !! LANUN SAMPAH &LANUN PASIR ISTIHAR PERANG ?!!

Saturday, 21 April 2012


Sejak kebelakangan ni, aku banyak memerhatikan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang terutamanya yang sedang bermaharajalela di Selangor.
Seperti yang kita semua tahu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar antara yang paling lantang dalam membongkar kejahatan dan kezaliman Pakatan di Selangor.
Isu-isu yang Noh timbulkan membuatkan Pakatan di Selangor tercirit birit dan senggugut. Pakatan merasa mental dan tergugat dengan setiap pendedahan dari Noh Omar yang telah banyak membuka mata dan minda rakyat Selangor.
Pendedahan Noh Omar juga telah menjerut Pakatan dengan wayang tinggi production SELCAT.

SELCAT yang kononya mahu dipertontonkan Pakatan kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik akhirnya terdedah sebagai hanya sandiwara semasa demi untuk membersihkan pemimpin mereka yang tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.
Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan macam-macam lagilah yang telah berjaya menjerut kepala tengkorak mereka.
Pakatan Selangor yang banyak bermain wayang kononnya... konon la mereka ni sangat-sangat berkeras ingin menjuarai demokrasi, hak asasi manusia dan pelopor kepada hak kebebasan bersuara sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan apa yang mereka laung-laungkan selama ini.
Malangnya, mereka lebih berusaha untuk menjadi juara spin, fitnah dan provokasi. Mereka yang paling laju untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan.
Jawapan yang dinantikan rakyat tidak juga diberikan, sebaliknya sibuk jaga spender orang lain.
Yang paling ketara mereka ni memang pakar, putarbelit bukan setakat menutup malu dan aib mereka tetapi juga untuk melancarkan aktiviti dan karier mereka menjadi penyamun tarbus dan dracula.
Kes skandal perlombongan haram pasir masih berleluasa hingga unjuran pendapatan yang dijangka, jauh dari pencapaian.

Tidak cukup dengan itu, operasi penangkapan SPRM terhdap Kastam yang membantu penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar.
Pakatan mendakwa bahawa dibawah pentadbiran BN di Selangor pendapatan pasir sikit. Eh, betul la tu..
Tetapi kenapa Pakatan tak terangkan kepada rakyat adalah, BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.
BN juga tidak pernah BUNUH orang demi ketamakan hasil pasir dan BN juga tak ada la korek pasir ikut nafsu sampai membiarkan satu Pekan Kajang banjir kilat teruk hinggakan buaya pun lepas masuk Pekan Kajang tu.
Dek kerana kelantangan dan keberanian Noh Omar, nampaknya Pakatan Selangor simpan dendam. Ada cubaan untuk bunuh Noh Omar.
Bunuh ?? Maksud aku, karektor Noh Omar yang cuba dibunuh oleh Khalid And Co..
Habis diorang selak celah spender Noh Omar !

Fitnah terhadap Noh Omar turut dipalitkan kepada keluarga, isteri dan anak-anak. Ingat lagi macam mana pembangkang sebar gambar Noh Omar sedang menari bersama isteri di majlis sambutan harijadinya.

Kononnya nak fitnah Noh bersama ntah mana-mana punya doll la tu bagi mengalih tumpuan kes Anwar dan Chinadoll.

Tapi, itu lah gaya pembangkang kat Malaysia ni. Tak kaji dan selidik terus buat fitnah. Macam mana nak jadi pembangkang, isteri Noh pun diorang boleh fitnah, jadi aku tak yakin diorang ni boleh jadi contoh Islamik yang patut dicontohi.

Fitnah jadi makanan harian mereka, dosa pahala pun diorang dah tak kenal.

Ok, berbalik kepada isu..

Baru-baru ini, usaha Noh untuk membina jeti dan rumah nelayan di atas tanah LKIM disabotaj dan PBT diarah oleh Pakatan untuk kacau projek tersebut. 70 orang Gangster dihantar untuk mengugut Cina-Cina nelayan supaya akur dengan kehendak mereka, jika tidak kuil mereka akan dirobohkan.

Propaganda dan fitnah terbaru ni pula memang tak boleh blah la, kononnya UMNO Tg Karanag jual tanah hakmilik kerajaan negeri dan tersebar di media mereka.

Persoalan aku nak bangkitkan sini, apa masalahnya kalau orang perseorangan atau NGO atau pun parti politik menjual atau membeli aset dalam urusan kegiatan atau pelaburan mereka?

Sakit celah mana pulak Pakatan ni ???

Sama seperti individu dan pertubuhan lain, UMNO Tg Karang mendapat tanah mengikut prosedur yang betul sepertimana yang lain. Apabila perlu, mereka membayar premium tanah.

Menurut Nasa Khan, AJK Lajnah Guaman PAS Pusat, sebahagian tanah kepunyaan UMNO Bahagian dan bukan kepunyaan kerajaan seperti yang didakwa dan dituduh akan dijual dan wang itu akan diguna untuk bina bangunan untuk UMNO Tg Karang.

Jadi, dimanakah proceeding yang telah dilanggar ??? Dimana kesalahan mengikut undang-undang ???

Di Kota Baru pun, Nik Aziz tidak ada beri halangan, malah memberi tanah untuk UMNO Kota Baru bina bangunan sebelum dilelong oleh Dato Zaid Ibrahim.

Apa yang aku nampak, ni cuma permainan politik kotor dan sempit puak Pakatan di Selangor. Maklum lah, diorang dah tak ada kerja dan tak ada isu memandangkan PRU-13 just around the corner.

Yang pelik pula terutama di Selangor, puak lebai kera PAS ni sibuk-sibuk memBODOHkan diri mereka demi melunaskan dendam Khalid Jamban, Teng Chiam Kim, Anwar Chinadoll, Ronnie Liu dan lain-lain pencacai Pakatan Selangor.

Bukankah lebih baik PAS berusaha membela nasib rakyat Selangor yang ditindas oleh rakan sepakatan mereka. Sekurang-kurangnya, PAS akan dilihat seperti juara antara Pakatan. Senang sikit nak kuburkan PKR dan DAP dan bolehlah PAS berpeluang ambil jawatan MB atau PM kalau nak takluk Putrajaya !

Maklum je la, PAS pun dah diketepikan rakan politik mereka dalam Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Di Selangor pun PAS cuma layak untuk jaga Adat dan Sukan je pun. Nak pegang portfolio Agama Islam pun tak layak der...!

Kalau benar-benar PAS nak perjuangkan Negara Berkebajikan, sila siasat apa yang jadi terhadap tanah rakyat dan GLC negeri di TKPM, YBK, Yayasan Selangor, padang PKNS, dan lain-lain lagi yang menunggu masa untuk muncul.

Tunjukkan yang PAS benar-benar membela rakyat dan perjuangkan Negara Berkebajikan memandangkan Negara Islam dah tak ada dalam perjuangan PAS.

Jangan sekadar jadi barua dan balaci melunaskan dendam rakan Pakatan yang nak membunuh Noh Omar !

Sumber : AAKJ

Read more...

VIDEO SELANGOR SAMPAH !! RAKYAT MULA EDARKAN VIDEO INI !!

Monday, 9 April 2012


Video yang disediakan oleh rakyat untuk rakyat. Inilah yang dibuat oleh PKR selama 4 tahun memerintah Selangor.

Saksikan.




*Bukan sahaja Kerajaan, pemimpin PKR Selangor pun sampah jugak!

TQMymassa

Sumber : AAKJ

Read more...

SELANGOR HAPAK !! HASSAN ALI DEDAHKAN SI TOLOL YANG BERBELANJA MEWAH D LUAR NEGARA !!

Sunday, 25 March 2012


Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas–Gombak Setia) mempersoalkan tindakan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor menerima elaun dan berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

Bekas Exco Kerajaan Negeri mendedahkan, individu itu didakwa pergi ke China, Thailand dan Australia membabitkan kos kira-kira RM130,000 pada tahun sama.

“Saya bukan iri hati, hanya fikirkan rakyat. Saya hairan sebab dia asyik ke luar negara saja, seolah-olah tiada kerja di negeri ini.

“Saya cadangkan supaya hadkan bilangan untuk seseorang itu pegang jawatan seperti yang pernah dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang sebelum ini. Jika dia mahu pegang banyak jawatan, kena hadkan elaun diterimanya,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, semalam.

Sebelum itu, Hasan menyelar Dr Abdul Rani Osman (Pas–Meru) mempunyai masalah psikologi kerana mempersoalkan ketidakhadiran beliau pada Majlis Santapan Diraja, malam Isnin lalu dan sesi petang sidang kelmarin.

“Dia ganggu peribadi saya dan tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang Adun.

“Saya juga pernah jadi ahli Parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?” katanya.

Dalam sidang sama, Hasan berkali-kali diberi peringatan oleh Timbalan Speaker Dewan, Haniza Mohamed Talha supaya tidak membincangkan perkara peribadi.

Beliau mendakwa, pemecatannya daripada Pas adalah kerana berjuang untuk Islam, Melayu dan institusi diraja (IMR).

Dr Shafiee Abu Bakar (PAS-Bangi) kemudian bangun dan mempersoalkan Hasan sumbangan sebagai Exco Selangor sebelum ini dan mendakwa kemungkinan beliau kecewa akibat dipecat.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) turut bertanya masa yang diperuntukkan Hasan melibatkan diri dengan orang bukan Islam mengenai dakwaan murtad yang dibuat mereka.

“Saya seorang pakar motivasi, tiada istilah kecewa dalam hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, Hasan turut mendakwa Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar diangkat sebagai pemimpin dalam membantu pembangunan di negeri itu kerana berdepan dengan pelbagai masalah moral.

“Saya tidak tuju kepada sesiapa pun, cabaran pembangunan bukan bersifat fizikal semata-mata, tetapi moral dan akhlak. Kita perlukan pemimpin yang lengkap seperti itu,” katanya. 

Read more...

SKANDAL RASUAH MELIBATKAN TIAN CHUA & PADERI ?!! RM 30 JUTA ?!! woOO !!

Sunday, 18 March 2012


PKR kini berhadapan dengan tuduhan rasuah yang melibatkan Tian CHua meminta wang pilihanraya sebanyak RM30 juta (US10 million).

Menurut blogger Raja Petra Kamarudin (RPK), Tian CHua meminta wang tersebut ketika di temui oleh syarikat Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB).

AASB merapati Tian Chua kerana dia rapat dengan Tan Sri Khalid tetapi agak terkejut dengan permintaan Tian CHua sebanyak RM30 million (US$10m).

Tian Chua memberitahu AASB bahawa mereka boleh tuntut RM70 juta gantirugi dari kerajaan negeri di atas kerugian dari projek yang sudah siap di Selayang dan fasa 2 dan 3 yang diterbengkalaikan.

Projek tidak akan diteruskan kerana ianya telah diberi kepada seorang pemimpin PKR yang lain untuk ambilalih.

AASB diminta setuju terima RM40 juta sebagai perbezaan dari tuntutan RM70 juta dan RM30 juta sebagai bahagian yang akan didermakan kepada Tian Chua.

Isu ini melibatkan pastor Baru Bian, bendahari PKR William Leong dan TIan Chua serta Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dokumen dan perjanjian serta kisah sepenuhnya boleh dibaca di Malaysia Today sini.

The Choice ada memberi rumusan sini

tq www.theunspinner.blogspot.com

Read more...

SELANGOR SAMPAH !! FOTO KLINIK KESIHATAN D SERANG ULAT TONG SAMPAH !! JIJIK !!

Thursday, 15 March 2012

PUCHONG – “Ingatkan pesakit sahaja datang mengunjungi klinik ini setiap hari rupa-rupanya ulat sampah juga turut ‘berkunjung’ sehingga petugas perubatan terpaksa membersihkan tetamu tidak diundang itu,” kata Pembantu Kesihatan Klinik 1Malaysia Puchong Permai, Abdul Hadi Che Awang berikutan lokasi klinik yang terletak kurang dua meter dari jarak rumah sampah.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih teruk ketika cuaca hujan kerana limpahan air busuk memasuki klinik dan mencemarkan ruang institusi perubatan yang terletak di blok F5, pangsapuri Puchong Permai di sini.

“Ramai pesakit dan pengunjung klinik mengadu bagaimana tempat yang memberikan rawatan kesihatan terletak sangat rapat dengan tong sampah. Setiap pagi apabila hendak memulakan operasi, kami dapati longgokan sampah melambak di depan klinik. Keadaan jadi lebih memualkan apabila hujan kerana orang ramai yang lalu lalang dan memasuki klinik akan membawa bersama air sampah sehingga menyebabkan ruang klinik berbau busuk,” katanya.

Wakil penduduk, Saiful Bahari Shahuddin, 31, berkata, penghuni pangsapuri dan dari kawasan sekitar mengalu-alukan kewujudan klinik berkenaan.

Namun dia mendakwa yang menjadi tidak cantik apabila kedudukan klinik berdepan dengan rumah sampah yang dipenuhi longgokan sampah setiap hari.

“Saya ada dengar ura-ura mengatakan rumah sampah ini akan dialihkan namun selepas sebulan klinik beroperasi masih tidak nampak apa-apa perubahan. Orang luar yang datang ke klinik juga mengadu terpaksa menghidu bau busuk setiap kali berkunjung ke situ,” katanya.

Pengunjung klinik, Siti Fatimah Abdul Rahim, 37, berkata, longgokan sampah dan pemandangan yang menjijikkan menyebabkan orang sakit yang datang ke klinik menjadi bertambah sakit.

“Apabila datang klinik harapan sakit akan menjadi lebih baik punah jika keadaan terus seperti ini,” katanya yang turut menggesa lokasi klinik berkenaan dialihkan.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP