Powered by Blogger.

BERGEMBIRALAH BUDAK SELANGOR, UNISEL BOLEH MASUK FREE SELEPAS INI!!!

Tuesday, 3 April 2012


Anwar Ibrahim berjanji, sebaik-baik sahaja Pakatan berjaya merampas Putrajaya dan dia menjadi Perdana Menteri, maka semua hutang PTPTN akan dimansuhkan, malah pendidikan secara percuma akan dilaksanakan di negara ini. Tidak cukup setakat itu, 'malam ini saya menang, pagi esok minyak turun harga'.

Janji-janji Anwar Ibrahim itu tidak ubah seperti JANJI-JANJI DAJJAL AL-MASIH sedangkan dia sedar, dia tidak akan berkemampuan untuk mengotakan janji-janjinya itu.

Umpama menjanjikan makanan kepada si lapar dan air kepada si haus, sedangkan makanan dan air minuman tiada di tangan, itulah yang dilakukan oleh Anwar bin Ibrahim, bapa segala pembohongan di Malaysia.

Mungkin kaum pembebal akan mudah termakan gula-gula beracun Anwar Ibrahim. Namun bagi yang ada mata, ada hati, ada fikiran dan ada iman, pasti mengetahui bahawa Anwar Ibrahim adalah PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR yang belanjawannya sangat besar walaupun kerja-kerjanya untuk Selangor, langsung tidak mendatangkan sebarang hasil selain berpolitik sepanjang masa.

Kalaulah benar bagai yang dikata, seharusnya bermula dari pengambilan baru di UNISEL, para pelajarnya tidak lagi dikenakan yuran walau satu sen pun untuk sebarang perkara. Malah, sara hidup bagi golongan penganggur di Selangor sudah pun mulai diberikan, tanpa perlu menunggu sehingga perlu menawan Putrajaya. Harga petrol di Selangor juga sudah boleh diturunkan tanpa perlu menunggu sehingga menawan Putrajaya.

Sebabnya amat mudah. Selangor merupakan salah satu daripada entiti Malaysia. Selangor mempunyai pentadbiran dan kerajaannya sendiri. Selangor juga mempunyai pendapatan serta perolehannya sendiri. Selangor juga mempunyai peruntukan kewangannya sendiri.

Alasan menawan Putrajaya terlebih dahulu sebelum semua perkara yang dijanjikan boleh dikotakan, merupakan salah satu daripada siri-siri pembohongan yang bukan sahaja membodohkan rakyat Selangor yang sememangnya bodoh, tetapi juga mereka yang celik dan ada pengetahuan, apatah lagi para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah cukup terkenal, gagal menggunakan fungsi otak mereka dengan betul!

Segala retorik Manifesto PRU12 yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dahulu, sehingga sekarang masih tidak ditunaikan. Mana duit untuk bayi-bayi baru lahir? Mana duit untuk warga tua? Mana duit untuk pelajar-pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading? Mana duit untuk pelajar-pelajar cemerlang? Mana dan mana?

Sekarang nak buat janji baru pula?

Apakah rakyat Selangor selama ini kenyang dengan janji-janji semata dan kemudian boleh buat-buat lupa dengan janji-janji yang ditabur?

Bagaimana pula dengan keadaan jalanraya di seluruh Selangor yang sangat teruk di bawah seliaan Kerajaan Negeri Selangor? Mengapa jalan-jalan yang diselia oleh Kerajaan Persekutuan jauh lebih baik walaupun Kerajaan Negeri Selangor mendapat peruntukan MARRIS RM400 juta setahun untuk penyelenggaran dan pembaikian semua jalan negeri dan bandaran?

Kenapa tak jadikan UNISEL sebagai universiti percuma sebagai tanda Anwar Ibrahim benar-benar ingin mengotakan janji-janjinya? Mengapa tidak diturunkan cukai tanah dan cukai pintu di Selangor yang telah dinaikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kalau benar hendak memberikan sara hidup kepada penganggur dan golongan marhein?

Janji... semua orang boleh berjanji. Janji dulu pun tidak tertunai, sekarang nak buat janji baru?

Elok Anwar Ibrahim mula sukat kain kapan pada batang tubuhnya... manalah tahu, nanti kalau dah mati, tak cukup inci pula kain kafan untuk membaluti tubuhnya!!!

Read more...

MESTI BACA: PANASSS.. "Benih" Hasil Hubungan Haram PAS Dgn Ambiga Ada Di Kuala Selangor? YB Dzul Sila Jawab!



Tahniah kepada YB Dzul Ahmad selaku ahli parlimen Kuala Selangor kerana kejayaan terbaru gerakan murtad di Kuala Selangor.  

Gereja berbahasa Melayu di Kuala Selangor? Itulah kenyataan pada hari ini apabila lensa GT mengenalpasti wujudnya gereja ini di parlimen Kuala Selangor.  

Ia terletak di Alam Jaya, bersebelahan dengan Puncak Alam, dengan jarak kira-kira tidak sampai 10 minit dari UiTM Puncak Alam.  Kedudukan yang strategik untuk proses pembaptisan orang-orang Melayu yang beragama Islam samada di Alam Jaya, Puncak Alam malah UiTM di Puncak Alam dan UiTM Puncak Perdana. 

Motif mereka cukup jelas, apabila tertulis perkataan "Pembaktian Dalam Bahasa Malaysia" menerangkan siapakah golongan sasaran doktrin Kristianisasi ini.  


Pembaktian bermaksud ibadah, atau upacara, atau khutbah.  Ia juga berhubung kait dengan upacara pembaptisan.  Bahasa mudahnya, proses kristianisasi.  

Menyelusuri peristiwa "bersejarah" di dalam kawasan yang dikelilingi dengan majoriti Melayu ini, apakah ia dibangunkan berdasarkan kenyataan sokongan ahli Parlimen Kuala Selangor terhadap pluralisme agama?  Tentunya gerakan ini secara strategiknya melihat kebarangkalian penerimaan dari kuasa politik, dan sokongan PAS serta YB Dzul Ahmad terhadap penggunaaan kalimah Allah menyerlahkan lagi kemungkinan ini yang akhirnya menjadi kenyataaan.  

Hubungan haram di antara PAS dan Ambiga semakin menunjukkan perubahan yang "menarik" di perjalanan politik PAS.  Gereja yang menggunakan bahasa Melayu kini sudah ada di Kuala Selangor atau lebih tepat, di kawasan kejiranan orang Melayu beragama Islam.

Ambiga adalah pejuang murtad tersohor, dengan kes murtad Lina Joy sebagai tapak perjuangannya yang kemudian membuat tuntutan melampau terhadap Islam melalui gerakan IFC.  PAS pula bersekongkol dengan Ambiga.  Lebih menarik, rakyat dihidangkan dengan kenyataan bahawa dari YB Dzul Ahmad bahawa PAS sudi menerima bukan Islam untuk mengisi Timbalan Presiden.  Cakap-cakap politik "mencalonkan" Ambiga sebagai sekutu yang paling layak. 

Pendedahan gerakan murtad oleh Hasan Ali dianggap "perkara kecil berbanding banyak lagi perkara besar" oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman.  Maka, tidaklah menjadi satu masalah untuk Gereja ini wujud di kawasan kejiranan 95% Melayu Islam. Kebetulan, lokasi gereja berbahasa Melayu ini berjiran dengan DUN Meru. 

Kuasa Allah Taala, yang menunjukkan apakah untung nasib Agama yang diredhainya, dan juga hambanya yang dipertanggungjawaabkan, seandainya menafikan hakikat bahawa manusia itu diturunkan di muka bumi ini sebagai Khalifah pentadbir bumi.  

GT sabar menunggu peranan JATI, Pekida, PERKASA atau mana-mana pihak berhubung isu ini.  Pendedahan video gerakan murtad oleh Hasan Ali yang mana PAS "tidak galakkan" ahlinya untuk sama menonton seharusnya dijadikan ikhtibar, kerana hanya dengan bukti maka rakyat boleh membuat keputusan yang bijak. 




Kini, penduduk di Alam Jaya, Puncak Alam, mahasiswa UiTM sudah memilik akses kepada pembaktian dalam bahasa Melayu di Gereja!

YB Dzulkefly Ahmad, sila jawab!




Read more...

HANYA DI SELANGOR , TARIAN LUCAH BERHARGA RM10!!!


Nak tunggu apa lagi, marilah ke Selangor... di sini ada TARIAN LUCAH dan kita boleh pilih mana-mana kawasan di seluruh Selangor, kecuali di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh UMNO. Dan harga 'tiket' untuk masuk menonton dan menikmati tarian lucah hanya serendah RM10!!!

Kalau dah susah sangat, pergi sahaja ke Selayang. Di Taman Prima, Selayang. Kalau tak tahu di mana Taman Prima Selayang, dari Kuala Lumpur ke Ipoh ikut jalan lama. Antara jejantas ke Bandar Baru Selayang yang pertama dan kedua, di sebelah kolam air panas Selayang, di situlah letaknya Prima Selayang.

Masa zaman UMNO-BN dahulu, tempat itu dibangunkan untuk industri kecil dan sederhana selain bangunan pejabat dan rumah kedai. Oleh kerana akses ke kawasan tersebut hanyalah Jalan Kuala Lumpur-Ipoh sahaja yang biasanya sesak sehingga ke persimpangan Bandar Baru Selayang-Kepong, kuranglah sedikit daya tarikan untuk pengusaha menjadikan kawasan berkenaan sebagai tumpuan utama.

Disebabkan itulah kumpulan kongsi gelap dan sindiket cuba memajukan kawasan berkenaan dengan mewujudkan hub-hiburan lucah dan maksiat. Sudah tentulah bantuan tersebut dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor yang sekarang ini sedang tergapai-gapai untuk meletakkan nama mereka sebagai penyumbang terpenting dalam akaun negeri setelah semua KEUNTUNGAN DAN PEROLEHAN yang dibangga-banggakan sebelum ini adalah hasil kerja KERAJAAN NEGERI TERDAHULU selain pampasan dari Kerajaan Pusat!

Nak banggakan tentang pelaburan yang dibawa masuk ke Selangor pun, hasil kerja agensi Kerajaan Pusat juga. Nak harapkan Exco Pelaburan si Teresa Kok tu, dia hanya pentingkan gereja besar dan Bahasa Cina sahaja... almaklumkah, Teresa Kok tu Cina-Yahudi.

Jadi, menerusi kegiatan sindiket maksiat dan kongsi gelap, bukan sahaja Kerajaan Negeri Selangor dapat berbangga dengan kewujudan HUB-HIBURAN yang suatu ketika dahulu ditentang keras oleh PAS dan sekarang ini, diangguk-angguk oleh PAS, tetapi juga dapat mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan selain pendapatan yang sangat lumayan.

Disebabkan itulah, harga untuk akses masuk ke pusat hiburan tarian lucah dapat direndahkan sehingga menjadi RM10!

Bukankah itu namanya NEGERI KEBAJIKAN!

Ingat senang ke nak mewujudkan harga serendah itu? Negara-negara yang membenarkan tarian lucah pun, tidak mampu merendahkan harga sebegitu rupa! Hanya Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang mampu!

Ucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan ucapkan tahniah kepada PAS yang merupakan sekutu utama Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan perkara sebegini berlaku dengan sewenang-wenangnya!!!

Read more...

Derita OKU Yang Di Potong Bantuan Oleh Pusat Zakat Selangor...

 Ok brother ni seorang bekas tentera, dia terlibat dalam satu kemalangan motosikal ketika pulang dari bertugas, kecederaan tulang belakangnya amat kronik sehinggakan di lumpuh separuh badan dan sudah tidak boleh berkerja lagi...

Ceritanya korang boleh tengok video tu...

Apa yang peliknya dengan pusat zakat nie, brother tu dan isterinya oku tapi zakat potong bantuan mereka tapi khalid samad yang kaya raya tu boleh pulak zakat bantu anaknya yang nak pi belajar... hemm..kena pakai kroni jugak ke nak dapat bantuan zakat nie...









Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita Barisan Nasional Selangor di Parlimen Hulu Selangor



Read more...

AZMIN MULA BENTUK 'TEAM' DALAMAN PKR !

Monday, 2 April 2012


berita baik kepada sesiapa yang merasakan berita ini baik.
baik dari segi menyokong peranapan PKR.

azmin ali sahkan pembentukan kumpulan menang ' winning team' dalaman pkr.

winning team ini kononnya akan bagi motivasi kepada jentera pkr di seluruh negeri, bermula dengan sabah.

winning team azmin ali ini disertai oleh adun dan ahli parlimen pkr yang setia dengan azmin.

bagus bagus... yang lain tak bagus lah azmin ya ? anwar konpem bersetuju dengan penubuhan team azmin ni.

aku berkeyakinan team ini telah memulakan langkah di sabah (stail anwar yang sama sewaktu berkempen lawan arwah tun ghafar) kemudiannya bergerak ke selangor untuk menumbangkan gang kalid gagap dan barisan exco !

bagus peranapkan PKR asap azmin..

Read more...

TERIMA KASIH KERAJAAN SELANGOR!! UNiSEL BERI PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA ANAK SELANGOR!!


Dok heboh pasal ada segelintir mahasiswa yang buta hati nak mansuhkan PTPTN sebab takut tak mampu nak bersaing dalam dunia sebenar. Takut tak dapat kerja sebab sibuk dengan politik dalam kampus yang memaksa mereka semua repeat banyak subject. Maka atas jasa para pendokong Anwar Israel ini maka mereka telah sebulat suara untuk mendesak kerajaan BN untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Nak tanya kat mahasiswa yang mungkin tak berjaya ni semua, agak-agak korang budak-budak yang belajar kat Unisel ni belajar free ke? Setahu JB la, yuran pengajian Unisel ni lebih kurang dah macam belajar kat kolej atau universiti swasta tau. Ada juga yang melupakan hasrat nak sambung belajar kat Unisel sebab yuran tinggi sangat. Maka mereka pun menunggulah panggilan dari UiTM kerana universiti ini sahajalah satu-satunya pusat pengajian tinggi yang memelihara rakyat khususnya kaum Bumiputra.

So, JB mendesak supaya kerajaan Selangor membiasiswakan segala yuran kepada penuntut-penuntut Universiti Industri Selangor sama ada di Shah Alam atau Batang Berjuntai (Bestari Jaya). Jika kerajaan pakatan Selangor boleh buat begitu, maka ianya haruslah diikuti oleh kerajaan negeri lainnya seperti Kedah, Kelantan juga Penang. Ada Brann ke Khalid Gagap???

Read more...

PAS SELANGOR SUDAH JADI PEMBELA MURTAD ULTRA!!!



Ulasan daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr. Rani Othman amat menarik. Reaksi yang diberikan oleh PAS juga sangat menarik. Dan yang paling tidak disangka-sangka ialah apabila PAS menganggap murtad hanyalah isu remeh yang tidak membantu Pakatan Rakyat untuk terus memegang Selangor selepas PRU13 nanti.

Atau sebenarnya Rani Othman takut dengan gertakan DAP dan PKR yang akan memotong semua peruntukan dan bantuan Zionis kepada PAS?

NDI dan KAF merupakan penyumbang utama kewangan PKR dan DAP terutama menerusi pengliberalan Islam di Malaysia. Kedua-dua entiti tersebut juga merupakan pembiaya utama LGBT dan BERSIH sepertimana yang diakui oleh Ambiga Sreevanasan, bekas Presiden Majlis Peguam.

Semenjak PAS bergabung dengan PKR dan DAP, perangai pemimpin-pemimpin PAS sememangnya sudah di luar jangkaan. Kalau dahulu, sebarang perkara yang bersangkutan dengan akidah dan agama Islam, merekalah yang terlebih lompat. Kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia pun, dianggap boleh menyebabkan Malaysia ditimpa bala bencana.

Namun sekarang, keadaan sudah berubah. Walaupun sesekali kedengaran juga suara-suara songsang PAS yang cuba membela Islam sekalipun dengan cara yang tidak mematuhi garis panduan Islam, ia tidak ubah seperti suara sengkenit di tengah-tengah suara keridik... perlahan dan sangat halus serta tidak dipedulikan!

Kata Dr. Rani, perkara penting yang perlu diperlakukan oleh umat Islam ialah isu Rasuah dan Penyelewengan.

Nampaknya RASUAH dan PENYELEWENGAN menjadi lebih besar berbanding AKIDAH. Bagus betul Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS. Takrif RASUAH dan PENYELEWENGAN itu sendiri bersifat subjektif dan seringkali ditahkik dan ditakrifkan mengikut rentak parti politik serta kepentingan peribadi.

Tak sangka sungguh... dahulunya PAS meletakkan al Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangan. Sekarang yang dijunjung oleh PAS adalah Anwar Ibrahim dan DAP... apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim dan DAP, bersungguh-sungguh pula PAS mengimani dan menyolatinya!!!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP