Powered by Blogger.

Khalid Gagap..Orang Suruh Makan Taik Dia Ikut Je ..Bangang

Saturday, 22 September 2012


Ogos lalu, sebuah memoir MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah dilancarkan. Menurutnya, buku ini terhasil ekoran desakan rakan-rakannya supaya menceritakan pengalamannya dalam dunia korporat.

Kejujuran Khalid dalam menceritakan pengalamannya begitu terserlah. Khalid tanpa sedar mengakui bahawa ia membesar dalam suatu sistem pentadbiran yang adil, yang seterusnya memberi ruang kepadanya dapat menaiki tangga korporat secara saksama, meskipun berasal dari kampung.

Jodol memoir Khalid sudah cukup untuk memperakukan, keadilan sosial yang terjamin di negara yang ditadbir oleh BN sejak tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957. Memoir Khalid berjodol "Fearless : From Kampung Boy To CEO".

Dari segi politik pula, meskipun Khalid adalah MB pertama dari PKR, namun beliau telah meletakkan dirinya sebaris dengan bekas-bekas MB BN yang berasal dari kampung seperti Dato' Hormat Rafie, TS Muhammad Mohd Taib, TS Abu Hasan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.

Keadilan yang terbuka luas, membolehkan Khalid dan MB-MB terdahulu boleh duduk sebaris dengan anak-anak bangsawan seperti DS Najib dan DS Hishamuddin Hussein.

Dimana kepincangan sistem di Malaysia dibawah pentadbiran BN?

Sumber - Akar Umbi

Read more...

Khalid Ibrahim Berdolak-Dalik Tangani Isu Tuntutan Air Percuma - GPRS

Friday, 21 September 2012


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor melihat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya berdolak-dalik dalam menangani isu tuntutan air percuma ini.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, apa yang dituntut oleh penduduk dan rakyat Selangor ini sangat jelas, air percuma diberikan serta merta dan dibayar tunggakan bermula dari tahun 2008 hingga ke hari ini kepada mereka yang belum menerima air percuma ini.

“Jadi Menteri Besar tak perlu berdolak dalik, kalau inilah kerja MB, sedia disaman dan kerajaan negeri sedia untuk berhadapan dengan saman penduduk, ini sebenarnya bukan penyelesaian. Kita nampak ini bukanlah satu tindakan yang tidak bijak dan Exco-exconya pun berdolak dalik serta tidak ada satu langkah atau usaha yang dibuat oleh Menteri Besar sebagai respon terhadap apa yang dibuat dan disuarakan oleh penduduk.

Selepas ini, dengan respon dan maklum balas yang diterima, saya yakin lebih banyak penduduk yang akan menfailkan saman-saman terhadap MB dan kerajaan negeri Selangor kerana mereka (MB dan kerajaan negeri) yang memulakan provokasi kepada penduduk-penduduk yang tidak mendapat air percuma. Kita bercabap hanya untuk mereka yang belum dapat air percuma, yang menuntut ini ialah mereka yang bukan sahaja tidak mendapat malah belum merasa air percuma, dalam nilai duit ataupun air itu sendiri,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dengan sebahagian penduduk yang menfailkan saman di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 2,020 pengguna air dari kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap kerajaan negeri Selangor atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma.

Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif, Kamarulazman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Sumber : Hasrat-Selangor

Read more...

WOO!! KHALID IBRAHIM BELIKAN ANWAR KAPAL TERBANG PULAK!!


Selepas Khalid membelikan bas untuk Anwar berkempen di Semenanjung, baru-baru ini Khalid dikatakan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor untuk berkempen di Sabah dan Sarawak pula.

Banyak rupanya duit Khalid ni.. Tapi kenapa bila rakyat Selangor nak minta air free susah nak bagi??

Sumber : Jawa Ber6

Read more...

`Manifesto Bukan Perjanjian’ - Pendekatan Pembangkang Perdaya Rakyat


Kenyataan bahawa manifesto bukan janji memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap , bawa  fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakana atau mereka janjikan, ujar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya berkeyakinan bahawa rakyat akan sedar dan apabila rakyat mula ambil tindakan, tiap-tiap apa yang berlaku kepada mereka (pembangkang), mereka akan menuding jari menyalahkan UMNO, BN.

Macam mereka ambil juga kawan-kawan dari UMNO dulu, yang barangkali kecewa berpihak kepada mereka, ketika mereka dalam UMNO dulu, mereka ini jahat, busuk dan macam-macamlah tetapi apabila dah berpihak kepada mereka, mereka (pembangkang) akan kata mereka (bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyokong pembangkang sekarang) baik, harum, wangi dan sebagainya,” ujarnya mengulas kemelut politik Selangor dan kenyataan Khalid Ibrahim baru-baru ini bahawa manifesto PRU12 bukanlah satu perjanjian.

Tambahnya, inilah kerja pembangkang dan beliau berkeyakinan bahawa rakyat mula sedar dan kerana itulah rakyat mengambil tindakan malah di pihak BN sendiri, rasa gembira kerana setiap negeri yang pembangkang jadi kerajaan, rakyat dah mula kembali dan datang untuk bertemu dengan kepimpinan BN untuk mendapatkan bantuan walaupun mereka tahu BN bukan kerajaan negeri.

“Ini menunjukkan rakyat sudah mula bosan dengan apa yang mereka sebutkan dan UMNO serta Bn tidak langsung terlibat dalam apa yang dilakukan oleh rakyat untuk menghukum mereka,” ujarnya lagi mengulas tindakan segelintir rakyat Selangor khususnya tindakan penghuni-penghuni apartmen dan flat di Selangor mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri dalam mendapatkan semula hak air percuma seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang pada PRU12 yang lalu.





Sumber - Sahabat Gunung

Read more...

Panasss..Khalid Dihentam 0leh 2,020 Orang Akibat Ganti Rugi RM1.1 Juta

Thursday, 20 September 2012



Seramai 2,020 pengguna air dari kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap kerajaan negeri Selangor atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma.

Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif, Kamarulazman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.45 pagi ini melalui Tetuan Kamarudin & Partners.

Dalam masa yang sama, peguam, Kamarudin Ahmad berkata, saman tuntutan tersebut merupakan yang kumpulan kedua yang dilakukan selepas kumpulan pertama yang terdiri 711 pengguna air di negeri ini membuat tuntutan berhubung subsidi air percuma pada 11 September lalu.

Katanya, pihak plaintif yang terdiri daripada penduduk pangsapuri di kawasan Seksyen 7, Seksyen 18 serta Bukit Subang masing-masing di Shah Alam serta Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya.

"Pihak plaintif yang menghuni pangsapuri kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang didakwa diamalkan oleh kerajaan negeri dalam isu pemberian air percuma. Kerajaan negeri telah mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dari golongan kelas memengah dan atasan dalam Skim air Percuma ini.

"Pihak plaintif adalah pengguna meter pukal. Manifesto pakatan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 telah menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu," katanya.

Berdasarkan writ saman yang dikemukakan, plaintif membuat enam tuntutan yang antaranya meminta satu deklarasi bahawa Skim Air Percuma yang dijanjikan defendan pertama merangkumi semua pengguna air di Selangor tidak mengira sama ada mereka terdiri dari pengguna meter pukal mahupun individu.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu perintah injunksi mandatori supaya defendan ketiga mengeluarkan bil-bil air dengan rebat atau potongan yang dijanjikan kepada plaintif-plaintif.

Pada masa yang sama, saman tuntutan tersebut turut melibatkan gantirugi membabitkan jumlah sebanyak RM1.1 juta daripada defendan pertama atau defendan ketiga termasuk faedah pada kadar 4 peratus setahun dari tarikh saman tuntutan difailkan sehingga penyelesaian penuh.

Jelasnya lagi, pihaknya menjangkakan lebih 2,000 pengguna air dari kawasan Kinrara, Puchong dan Sungai Long, Hulu Langat akan memfailkan saman tuntutan yang sama pada Rabu depan.

SUmber : GPRSSeramai 2,020 pengguna air dari kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM1.1 juta terhadap kerajaan negeri Selangor atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma.

Selain kerajaan negeri sebagai defendan pertama, plaintif, Kamarulazman Kamarudin yang mewakili 2,019 pengguna air lain turut menamakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) masing-masing sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.45 pagi ini melalui Tetuan Kamarudin & Partners.

Dalam masa yang sama, peguam, Kamarudin Ahmad berkata, saman tuntutan tersebut merupakan yang kumpulan kedua yang dilakukan selepas kumpulan pertama yang terdiri 711 pengguna air di negeri ini membuat tuntutan berhubung subsidi air percuma pada 11 September lalu.

Katanya, pihak plaintif yang terdiri daripada penduduk pangsapuri di kawasan Seksyen 7, Seksyen 18 serta Bukit Subang masing-masing di Shah Alam serta Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya.

"Pihak plaintif yang menghuni pangsapuri kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang didakwa diamalkan oleh kerajaan negeri dalam isu pemberian air percuma. Kerajaan negeri telah mengutamakan penduduk rumah teres dan banglo dari golongan kelas memengah dan atasan dalam Skim air Percuma ini.

"Pihak plaintif adalah pengguna meter pukal. Manifesto pakatan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 telah menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu," katanya.

Berdasarkan writ saman yang dikemukakan, plaintif membuat enam tuntutan yang antaranya meminta satu deklarasi bahawa Skim Air Percuma yang dijanjikan defendan pertama merangkumi semua pengguna air di Selangor tidak mengira sama ada mereka terdiri dari pengguna meter pukal mahupun individu.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu perintah injunksi mandatori supaya defendan ketiga mengeluarkan bil-bil air dengan rebat atau potongan yang dijanjikan kepada plaintif-plaintif.

Pada masa yang sama, saman tuntutan tersebut turut melibatkan gantirugi membabitkan jumlah sebanyak RM1.1 juta daripada defendan pertama atau defendan ketiga termasuk faedah pada kadar 4 peratus setahun dari tarikh saman tuntutan difailkan sehingga penyelesaian penuh.

Jelasnya lagi, pihaknya menjangkakan lebih 2,000 pengguna air dari kawasan Kinrara, Puchong dan Sungai Long, Hulu Langat akan memfailkan saman tuntutan yang sama pada Rabu depan.

Sumber : GPRS

Read more...

Syarikat Khalid Ibrahim Curi Air Syarikat Rozali



Permusuhan antara Khalid Ibrahim dengan Rozali Ismail (Syabas) bukan perkara baru. Sejak berada dalam dunia korporat lagi Khalid tidak berpuashati dengan Rozali berpunca daripada saingan perniagaan.

Apabila dilantik sebagai MB Selangor Khalid menggunakan kedudukkannya untuk menekan , memalukan serta mengaibkan Rozali dengan menggunakan isu air di Selangor.

Khalid cuba berpura-pura untuk menjadi hero rakyat kononnya untuk menurunkan tarif air di Selangor dan Rozali dijadikan bahan kutukan dan cacian melampau di kalangan orang-orang Pakatan Rakyat.

Khalid boleh berlagak hero rakyat di mata orang ramai, tetapi ramai pegawai-pegawai kerajaan di pejabat MB, pejabat tanah dan PBT semasa pemerintahan BN tahu belang Khalid yang sebenar.

Semasa berada di Guthrie Khalid pernah datang berjumpa dengan MB Selangor ketika itu, Dr Khir Toyo , untuk Guthrie dikecualikan dari membina rumah rakyat berpendapatan rendah di tanah-tanah yang dimajukan Guthrie di sekitar Subang (sekitar Lebuh Raya Guthrie).

Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan BN yang memerintah Selangor ketika itu untuk pemaju yang memajukan tanah melebihi 10 ekar, pemaju perlu menyediakan 30 peratus tanah tersebut untuk pembangunan rumah kos rendah. Khalid datang jumpa Dr Khir Toyo untuk meminta pengecualian daripada membina rumah kos rendah kerana tidak menguntungkan Guthrie.

Hari ini Khalid cuba nak jadi hero rakyat kononnya untuk menurunkan tarif air di Selangor, sedangkan hakikat yang sebenar untuk membalas dendam kesumat terhadap Rozali yang dipendam sekian lama.

Setelah bertahun-tahun Khalid memalukan Rozali, hari ini satu berita yang mengejukan dilaporkan di akhbar yang sungguh memalukan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim.

 
NST 18.September.2012

NST hari melaporkan berita tentang bagaimana sebuah anak syarikat Kerajaan Selangor, PKNS Infra akan diheret ke mahkamah kerana terlibat mencuri air sejak bulan Marchdengan jumlah yang telah dicuri mereka RM 211,300.00.

Syarikat kerajaan negeri itu mencuri air untuk pembangunan Bukit Botak

Jika sebuah kerajaan negeri gagal mendidik anak syarikat mereka untuk mengamalkan budaya-budaya murni, bagaimana mereka hendak mendidik rakyat untuk menjadi baik ?

Setiap kali penjenayah ditembak polis, maka PKR akan muncul ke depan untuk mempertahankan penjenayah. Lama kelamaan orang tidak takut lagi dengan jenayah kerana ada pihak yang akan membela mereka. Hari ini sebuah anak syarikat kerajaan negeri PKR mencuri. Mereka tidak takut ditangkap atau didakwa kerana mereka tahu tindakan mereka akan direstui oleh kerajaan PKR.

Apa yang terjadi ini semuanya berpunca daripada budaya-budaya yang tidak baik yang ditunjuk dan diajar oleh PKR selama ini. Selama ini rakyat telah diajar oleh PKR untuk berlawan dengan Sultan, berlawan dengan Raja, berentap dengan polis, benci-membenci sesama bangsa dan sebagainya. Lama kelamaan perkara-perkara yang tidak baik akan menjadi amalan dan merebak. Jangan sampai satu hari nanti anak-anak naik kaki ke kepala ibu bapa hasil dari budaya biadab yang diajar oleh PKR.

Sumber : Selangor Daily

Read more...

Tuduhan Asrama Unisel Tidak Mempunyai CF – Khalid Membohong Rakyat Lagi


Tuduhan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa asrama Unisel yang diselenggara Jana Niaga Sdn Bhd tidak mempunyai permit menduduki (CF) sehingga menyebabkan Unisel tidak membayar hutang kira-kira RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, inilah sikap menuding jari kesalahan diri sendiri kepada pihak lain sudah menjadi lumrah pemimpin kerajaan negeri, khususnya Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

“Tidak ada CF punca Unisel tidak mahu bayar hutang, alasannya. Masih tak mahu mengaku, Unisel dah nak bangkrup, dah tidak ada duit, nak cari alasan lain pula. Dia kata asrama tu tidak ada CF.

Saya ada bukti bahawa CF telah pun dikeluarkan 3 September 2007. Dia kata tidak ada CF tapi saya ada bukti CF ini. MB ini cakap apa sebenarnya, nak menipu tak habis-habis,” ujarnya mengulas perkembangan kemelut yang berlaki di Universiti Selangor (Unisel).

Dalam masa yang sama, beliau difahamkan bahawa selepas pihak Jana Niaga menghalang pelajar mendaftarkan diri masuk asrama baru-baru ini, pihak pengurusan Unisel memujuk dan cuba berunding dengan pihak Jana Niaga, sehingga pelajar dibenarkan masuk ke asrama.

“Saya difahamkan, sekarang ini pihak Unisel masih belum membayar Jana Niaga. Katanya janji nak bayar tapi difahamkan masih belum bayar lagi. Hutang banyak, kita pun ada bukti juga. Hutangnya (Unisel) banyak, dah dekat RM15juta dia tak bayar sejak bulan Jun 2009, tak bayar.

Ini menunjukkan pentadbiran mereka kucar kacir. Sekarang inilah mereka kata nak ambil aset dan sebagainya, itupun sebab saya dah bangkitkan. Sebabnya dia dah tak boleh menipu rakyat, saya nak juga tanya Menteri Besar, kalau dah tahu Unisel rugi, mengapa beli bangunan.

Beli satu bangunan kepunyaan PKNS, pembelian unit rumah di Kota Puteri bernilai RM23juta. Pembelian 113 unit rumah dan 4 unit rumah kedai di Kota Puteri dari PKNS,” tambahnya

Pembelian tersebut menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan Unisel dalam menambah hutang dan sebagainya.

“Untuk apa pembelian ini, kononnnya untuk dijadikan asrama. Asrama yang ada pun kosong, dulu 5000, sekarang ini dengarnya dah tinggal 3000, apa tujuan dia beli.

Apa tujuan dan motif beli bangunan PKNS di Kota Puteri ini? Sebab nak selamatkan PKNS? Nak lakukan harta PKNS? Yang akhirnya budak-budak yang menjadi mangsa,” tambahnya.

Menurutnya, inilah corak kepimpinan dan pentadbiran PKR yang boleh diibaratkan seperti ‘tikus membaiki labu’. Zaman BN dulu dah elok membina dan memajukan Yayasan Selangor, dah bina Unisel, mereka masuk nak tunjuk pandai akhirnya kegemilangan Yayasan Selangor dan Unisel berkubur di bawah pentadbiran kerajaan pakatan Selangor.

Sumber : Gprs-Online

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP