Powered by Blogger.

Isu Selangor : Rakyat kecewa lapan balai raya terbiar di Sabak Bernam?

Thursday, 3 January 2013

Beberapa penduduk kampung Datuk Hormat menunjukkan balai raya yang persekitarannya ditumbuhi lalang dan rumput di Sabak Bernam, Selangor, semalam.


Sebanyak lapan balai raya yang terletak di sekitar Kampung Sungai Air Tawar di sini didakwa tidak diselenggara dengan baik hingga menyebabkan keadaan persekitarannya semak samun selain mengalami kerosakan harta benda dan bekalan elektrik dipotong.

Lapan balai raya terlibat adalah di Kampung Datuk Hormat; Sungai Air Tawar Barat; Sungai Tengah Utara; Parit Baru Pekan; Kampung Tengah; Tanjong Jawa; Banting Bagan Nakhoda Omar (BNO) dan Sungai Tengar.

Pengerusi Belia 4B Kampung Datuk Hormat, Mohd. Azlan Mohd. Sani, 33, berkata, penduduk mengalami masalah untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan di Kampung Datuk Hormat kerana bekalan elektrik dipotong oleh kerajaan negeri sejak empat tahun lalu.

"Akibat daripada pemotongan bekalan elektrik ini, penduduk tidak dapat menjalankan aktiviti seperti mesyuarat dan sebarang program melibatkan orang ramai.

"Selepas bekalan elektrik dipotong, kawasan sekitar balai raya juga dibiarkan begitu sahaja. Kerajaan negeri tidak melakukan pemantauan sehingga menyebabkan kawasan balai raya ditumbuhi semak samun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Azlan berkata, sejak balai raya tersebut terbiar, apabila terdapat aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan penduduk setempat, mereka akan menyewa beberapa buah khemah dan diletakkan di hadapan kawasan rumahnya.

"Penduduk berasa sedih dengan tindakan kerajaan negeri yang memotong bekalan air dan secara tidak langsung tindakan tersebut seolah-olah cuba menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan oleh kami.

"Saya berharap, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut dan menyelesaikan masalah yang menimpa kami dengan kadar segera," katanya.

Persoalanya adalah adakah kerajaan negeri yang diketuai oleh MB Khalid mahu mengambil berat akan hal-hal yang sebegini sedangkan kawasannya sendiri di Ijok terbiar.

Sumber

Read more...

Pakatan Rakyat Selangor Sudah Elok Masanya Untuk Berundur..Pi Jaga Ladang Ternak Babi



 Baru-baru ini, heboh di media-media Pakatan Rakyat bahawa Sambutan Ambang Tahun Baru sempena Karnival Sayangi Selangor 2012  hambar dengan jumlah kehadiran yang mendukacitakan. Strategi persepsi angka begini bukan propaganda baru pembangkang memandangkan persepsi begini berjaya menimbulkan swing factor terutama kepada golongan atas pagar yang masih tercari-cari arah sokongan dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Namun hakikatnya kehadiran dalam malam Sambutan Ambang Tahun Baru anjuran UMNO Selangor itu mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah ini;

Ternyata fitnah yang ditimbulkan media-media Pakatan Rakyat ini bertujuan untuk membuat sebilangan rakyat goyah dan khuatir terhadap kemungkinan bahawa pembangkang telah berjaya menarik lebih banyak sokongan berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Turut ditimbulkan juga desas-desus bahawa kini lebih ramai artis "berhijrah" dan menyertai pembangkang setelah mendapat "hidayah" untuk mendekati Islam.

Perlu difahami semua ini sekadar permainan persepsi. Angka, jumlah kehadiran, bilangan dan seumpamanya sengaja digunakan untuk menimbulkan persepsi bahawa sokongan rakyat kepada pembangkang semakin bertambah.

Namun dengan menabur fitnah dengan menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan jumlah kehadiran dalam program anjuran pembangkang adalah besar, sementara program anjuran UMNO dan Barisan Nasional tidak mendapat sambutan, pasti bukan pendekatan yang sihat. Sebaliknya bersifat retorik dan berbaur penipuan. Sampai bila media pembangkang perlu menipu rakyat semata-mata untuk meraih sokongan?

Sudah masanya pembangkang berperang secara sihat dan tidak membohongi rakyat dengan menggunakan gambar bersifat manipulatif (diputarbelitkan). Rakyat sudah semakin bijak menilai dan sumber maklumat boleh diakses dari banyak sumbar. Seandainya Pakatan Rakyat terus mempergunakan persepsi sebegini untuk memenangi hati rakyat, Wak rasa rakyat sendiri akhirnya akan menolak Pakatan kerana merasakan diri mereka tertipu. Sudah-sudahlah menipu rakyat. Rakyat sudah jelak!

Selanjutnya klik sini

Read more...

Aliran Keluar Wang Haram : Antara Tersurat dan Tersirat

Wednesday, 2 January 2013




Aliran keluar wang haram boleh didefinisikan sebagai wang yang diperoleh, dipindah atau digunakan melalui aktiviti seperti pengubahsuaian cukai yang diisythiharkan, pengelakkan cukai secara agresif, jenayah dan korupsi.

Aktiviti pengaliran keluar wang haram didorong dengan kewujudan 'tax heavens', iaitu polisi yang diamalkan di negara-negara (territory) dalam negara tertentu yang melindungi syarikat luar yang beroperasi dalam memberikan maklumat percukaian kepada negara asal.

Sebahagian besar dari aliran keluar wang haram berpunca dari aktiviti dagangan antarabangsa yang tidak telus. Ini berlaku apabila pengeksport menggunakan invois yang memaparkan harga yang kurang dari harga yang sebenar. Manakala di pihak pengimport pula mengisytiharkan barang pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar barangan yang diimport.

Contohnya, sebuah syarikat ingin menghantar produk yang dikeluarkan ke sebuah negara lain. Bagi pemindahan wang keluar secara haram, syarikat ini akan mengisytiharkan produk yang dieksport pada harga yang lebih rendah dari harga sebenar, contohnya nilai transaksi sebenar antara pengeksport dan pengimport (proksi) berjumlah RM500,000 namun nilai yang diisytiharkan pada kastam hanyalah RM300,000.

Oleh yang demikian, sejumlah RM 200,000 telah mengalir keluar negara secara haram. Syarikat yang sama juga boleh memindahkan wang keluar negara secara haram melalui peranan yang dimainkan oleh syarikat di negara barangan dieksport (proksi) melalui pengisytiharan nilai barangan pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar dagangan, misalnya nilai dagangan berjumlah RM 500,000 namun nilai yang disytiharkan di negara eksport adalah RM700,000. Oleh yang demikian sebanyak RM 200,000 telah dialir keluar secara haram.

Aktiviti-aktiviti jenayah terancang seperti penjualan dadah dan senjata api, penyeludupan, kegiatan pelacuran dan pemerdagangan manusia juga merupakan antara faktor yang menggalakkan pengaliran keluar wang secara haram.

Selanjutnya klik sini

Read more...

BILA FAEKAH HUSIN BERSUARA SAJA, LALAT DAN LANGAU PUN TAK TAHAN BAU KOHONGNYA!!!



Faekah Husin, orang yang disebut-sebut bakal menjadi calon PKR di DUN Ijok pada PRU13 tidak lama sahaja lagi, kini bersuara lagi. Dan seperti biasa, setiap kali dia bersuara, statusnya sebagai bermulut kohong dan berlidah bangkai, menjadi semakin kejap dan utuh.

Dalam kenyataan media yang kemudian disiarkan oleh akhbar di talian rasmi parti yang disertainya, Faekah menyatakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sangat mengambil berat tentang tanah LTAT yang kononnya telah dipindahmilik dan dijual oleh Ketua Wanita UMNO Selangor. Kononnya lagi, penjualan tanah tersebut telah mengkhianati wang pencen pesara-pesara dan anggota-anggota tentera.

Kemudian, Faekah cuba menipu kononnya 'kontrak' Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO sebagai Senator tidak lagi disambung walaupun hakikatnya, Shahrizat telah tamat tempoh sebagai Senator selepas empat tahun bergelar Senator, bukannya dipecat atau tidak disambung semula.

Faekah sebenarnya sudah tidak tentu arah dan hilang modal untuk terus menipu.

Kalau tanah LTAT dan Awan Megah cuba disentuhnya, untuk menyalahkan UMNO kononnya, mengapa Faekah tidak menyentuh tentang tanah-tanah YBK, Yayasan Selangor, PKNS, KDE dan sebagainya di Selangor yang telah dijual?

Bukankah ketika baru sahaja menjadi Kerajaan Negeri Selangor, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor telah merancang untuk menjual tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Semenyih yang sepatutnya dijadikan sebagai tapak UiTM?

Bukankah Kerajaan Pakatan Rakyat yang menghapuskan asrama-asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan tanah tersebut dijual kepada sebuah syarikat yang kemudian tidak diisytiharkan oleh Kerajaan Khalid Ibrahim?

Ambik beratlah sangat...

Apa benda yang tidak dijual oleh Pakatan Rakyat di Selangor?

Sepatutnya Faekah Husin sebelum bercakap, tengok dulu punggung sendiri. Jangan kerana seronok nak menyalahkan UMNO, dia terlupa bahawa rakyat Selangor semakin muak dengan perangai Pakatan Rakyat Selangor yang tidak pun berusaha membela rakyat, tetapi menjadikan rakyat dan penduduk Selangor sebagai anjing yang boleh disepak terajang sesuka hati!

Sumber

Read more...

Isu Selangor : Kesal PKNS 'berbohong'?



Sekumpulan usahawan bumiputera yang menyewa di lot kilang di Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di sini kesal dengan tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meneruskan penjualan premis berkenaan kepada syarikat bukan bumiputera.

Para pengusaha IKS bumiputera yang telah bertahun-tahun beroperasi di kawasan kilang tersebut termasuk yang sudah mendapat sijil piawaian Amalan Pengilangan Baik (GMP) menganggap langkah tersebut adalah satu 'pembohongan' PKNS.

Dakwaan itu dilakukan kerana sebelum ini pengurusan PKNS memberi penjelasan bahawa lot-lot kilang berkembar satu setengah tingkat itu telah dijual kepada syarikat bumiputera setelah diiklankan penjualannya.

Sebaliknya, melalui pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati sekurang-kurangnya lapan unit bangunan kilang tersebut dijual kepada syarikat yang pemegang sahamnya bukan bumiputera selain melibatkan dua syarikat yang dikategorikan sebagai tidak aktif.

Wakil gabungan usahawan tersebut, Azri Mohamed Yusoff berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan PKNS yang tidak memberikan maklum balas konkrit terhadap perbincangan yang dilakukan pada 25 Januari lalu apabila PKNS berjanji mahu membatalkan penjualan lot kilang tersebut.

"Sebagai penyewa yang sudah bertahun-tahun beroperasi di kawasan tersebut, sepatutnya kami lebih diutamakan bagi ditawarkan membeli kilang tersebut.

"Kami berminat dan mempunyai kemampuan untuk membelinya. Kami kesal kerana langsung tiada perbincangan dilakukan berhubung rancangan penjualan itu," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Azri yang juga Pengarah Urusan MPR Manufacturing Sdn. Bhd berkata, pihaknya mengesyaki terdapat satu pakatan dalam kalangan pegawai PKNS berkaitan isu penjualan tersebut kerana antara syarikat yang menjadi pembeli melibatkan pemaju hartanah, perdagangan dan dua lagi bertaraf tidak aktif.

"Sepatutnya PKNS membantu pengusaha IKS mendapat pemilikan dan bukannya menjual kepada orang lain dengan mudah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Siti & Amreena Holding Sdn. Bhd., Datuk Paduka Siti Aminah Ramli yang juga pengasas Reenas Cosmetics berkata, pemilik baru kilang tersebut mungkin akan menjualnya dengan harga berlipat kali ganda.

Beliau yang menyewa tiga lot di kawasan kilang tersebut berkata, pihaknya akan menghadapi masalah kerana kilangnya sudah mendapat taraf GMP yang mengambil masa dua tahun untuk diluluskan.

"Jika kami berpindah sudah pasti pendaftaran baru GMP terpaksa dilakukan sedangkan kami sudah melabur banyak untuk mendapatkan GMP termasuk melakukan penambahbaikan keadaan fizikal kilang itu yang sebelum ini begitu teruk ketika mula menyewa pada 2003.

"Sepatutnya berbincanglah dengan kami dahulu kalau hendak jual kilang ini, lagipun kami sudah lama beroperasi di sini dan merupakan usahawan bumiputera yang tulen," katanya.

Sumber

Read more...

Muhyiddin Yassin Menyeru Rakyat Selangor Tidak Terpedaya Janji Pembangkang

Tuesday, 1 January 2013


Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin Menyeru Kepada Rakyat Selangor Agar Tidak Lagi Terpedaya Dengan Janji-Janji Pakatan Pembangkang Dan Memilih BN Pada PRU 13 Dan Seterusnya Memerintah Negeri Selangor.

Beliau Berkata Demikian Pada Majlis Penutup Karnival Sayangi Selangor 2012.Di Majlis Yang Sama,Rakan Barisan Nasional (BN Friendly) Telah Dilancarkan dengan penyerahan bendera BN kepada 10 orang penerima termasuk Badan bukan Kerajaan (NGO) sebagi simbolik.

Sebelum ini Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah mengesahkan 5,000 individu yang antara lainya terdiri daripada anggota bekas Penyokong Parti Pembangkang akan menyerahkan borang sebagai anggota rakan BN pada penutupan karnival tersebut.

Sumber

Read more...

Pakatan Pembangkang Menafikan Hak Rakyat Selangor


Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed Berkata Pakatan Pembangkang Menafikan Hak Rakyat Di Selangor.Beliau Juga Memberi Contoh Seperti Menaikkan Cukai Dan Juga Janji Pakatan Rakyat.

Sumber

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP