Powered by Blogger.

Lagi Desak Guan Eng Minta Maaf!!

Saturday 9 February 2013



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus diasak supaya memohon maaf berikutan sikap biadabnya dalam berpolitik sejak kebelakangan ini.

Dengan nada tegas, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, sikap tidak profesional Setiausaha Agung DAP berkenaan terutama berhubung isu melibatkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu amat dikesali.

"Guan Eng gemar membuat provokasi terutama terhadap program melibatkan BN di Pulau Pinang. Kebiadapan seorang pemimpin ini tidak sepatutnya dijadikan contoh oleh golongan muda," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan itu yang mahu orang ramai ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN negeri memakai baju dengan warna tertentu sebagai simbolik menyokong pembangkang.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turut menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Azwanddin, seseorang pemimpin perlu mempunyai sifat berbesar hati meskipun terhadap musuh politiknya agar langkah tersebut menjadi contoh kepada masyarakat.

Menurut beliau, Guan Eng yang diangkat sebagai Khalifah Umar Al-Aziz oleh Pas seharusnya mencerminkan ciri kepimpinan yang mulia, bukan seperti ditunjukkan beliau kini.

"Seorang pemimpin perlu arif dalam memastikan tidak berlaku sebarang ketegangan antara satu sama lain, terutama apabila melibatkan perbezaan politik dan fahaman," katanya-Utusan Malaysia


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP