Powered by Blogger.

Home » Politik » Muhyiddin : Cubaan Pembangkang Pecah Belah BN Tidak Berhasil A+RA- Muhyiddin : Cubaan Pembangkang Pecah Belah BN Tidak Berhasil

Wednesday 20 February 2013


alt

Tindakan Pakatan Pembangkang cuba untuk memecahbelahkan komponen Barisan Nasional dengan melemparkan pelbagai tomahan tidak berhasil berikutan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kini berada di puncak tertinggi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kononnya terdapat perebutan jawatan Menteri Besar antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

“Itu hanya bayangan mereka sahaja, padahal tiada pun masalah begitu timbul, pembangkang sebenarnya sudah tergugat, mereka berasa takut melihat gelombang sokongan (BN) yang naik mendadak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, dakwaan terhadap tiga Menteri Kabinet itu tidak benar sebaliknya ketiga-tiga menteri tersebut berkerjasama dengan baik.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berpuas hati dengan pencapaian pentadbiran Perak di bawah pemerintahan BN.

Ujarnya, Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kini berada dalam keadaan stabil dengan tumpuan terhadap usaha membangunkan negeri walaupun pada 2009 terdapat pergolakan politik antara Pakatan Rakyat dan BN.

“Situasi kerajaan negeri kini semakin stabil dan jauh lebih baik untuk meneruskan proses pembangunan, ini nyata dan bukan dibuat-buat kerana rakyat dapat melihatnya dengan jelas,” katanya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP