Pastikan Anda Ada Perjanjian Hitam Putih Sebelum Menukar Kerajaan
Monday 3 September 2012
Semua orang tahu dalam kempen pilihanraya umum 2008 PKR dan PAS Selangor dalam manifesto mereka menjanjikan pelbagai bulan dan bintang sekiranya mereka diberi peluang mentadbir Selangor.
Salah satu janji mereka adalah memberi bekalan air percuma untuk kegunaan domestik sebanyak 20 meter padu setiap bulan.
Janji dalam pilihanraya adalah janji kepada semua rakyat di negeri Selangor, tidak kira samada mereka menetap di rumah teres atau pangsapuri.
Namun selepas memenangi pilihanraya lain pula jadinya. Penduduk-penduduk yang tinggal di pangsapuri tidak dapat menikmati air percuma 20 meter padu yang dijanjikan mereka.
Alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim, penghuni pangsapuri tiada meter individu....
Jika Khalid ikhlas kepada janji yang ditaburkan, Kerajaan Selangor boleh berikan kupon yang bernilai RM 11.00 yang bersamaan dengan 20 meter padu air kepada semua penghuni pangsapuri. Atau bermacam-macam kaedah lain lagi yang boleh digunakan. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.....
Orang-orang kaya yang tinggal di kawasan-kawasan mewah dapat air percuma. Manakala orang-orang yang berpendapatan rendah yang tinggal di pangsapuri dinafikan hak mereka. Itukah yang dinama keadilan kepada semua ?
Beberapa hari lepas penduduk di beberapa pangsapuri di Selangor bangkit menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma sepertimana yang dijanjikan oleh Khalid dalam manisfesto PRU 12.
Apabila ditanya oleh wartawan tentang tuntutan penduduk pangsapuri, jawapan Khalid Ibrahim sungguh kurang ajar.
Jawapan Khalid Ibrahim itu menunjukkan kepada kita semua tentang sikap atau wajah sebenar puak-puak PKR .
Untuk menawan Selangor mereka tabur 1001 janji manis. Apabila dah menang dan rakyat menuntut hak mereka kata itu bukan satu perjanjian.
Sekarang pula untuk menawan Malaysia mereka sekali lagi taburkan 1001 satu janji manis melalui buku jingga. Tidak cukup apa yang dijanjikan dalam buku jingga mereka tambah lagi di luar buku pula. Antaranya adalah penghapusan PTPTN , penurunan harga kereta dan beberapa janji lain lagi. Dan janji-janji manis itu akan bertambah dari ke hari sehinggalah ke hari pembuangan undi PRU 13 kelak.
Percayalah cakap saya, ditakdirkan menang kelak, sebagaimana yang Khalid Ibrahim kata beberapa hari lepas akan sekali lagi keluar dari mulut pemimpin-pemimpin mereka apabila rakyat menuntut hak. Itu bukan satu perjanjian.....
Saya tak minta anda semua undi BN, tapi kalau anda nak tukar kerajaan dan nak pilih mereka, sila pastikan anda semua menandatangani satu perjanjian yang sah dari sudut undang-undang untuk memastikan kerajaan yang baru yang anda pilih nanti menunaikan segala janji yang telah ditandatangan dan anda boleh menuntut hak. Tak tunai janji anda boleh bawa kes ke mahkamah. Jika tidak dilakukan begitu, maka mereka sekali lagi akan jawab itu bukan satu perjanjian atau tidak ada perjanjian.
Seperti yang saya kata diatas, saya tak minta anda semua undi BN. Saya hanya berpesan atau ingat-mengingati sesama kita untuk memastikan rakyat tidak terus-menerus ditipu hidup-hidup oleh pemimpin munafik. Untuk lebih selamat tuntut satu perjanjian hitam putih dari mereka sebelum anda gunakan kuasa anda untuk tukar kerajaan.
Sumber- Rbf Online
1 comments:
Setakat nie, brp janji yg dah tertunai? Kena ada checklist nih.
Post a Comment