Powered by Blogger.

Isu Air : Ayuh Rakyat Selangor Kita Halau Khalid Gagap !!!!!!

Sunday 9 September 2012

Kamarudin Ahmad

683 pengguna air di Selangor akan memfailkan tuntutan terhadap janji kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Janji Pakatan Rakyat ini adalah di dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU 12 yang lalu.

"tuntutan oleh 683 pengguna air itu merupakan kumpulan pertama dari kawasan Shah Alam dan akan diikuti oleh pengguna lain di negeri ini"- Kamarudin Ahmad

Beliau berkata, beberapa siri jelajah akan diadakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diseluruh negeri Selangor bagi mendaftarkan pengguna air yang berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri Selangor.

Rakyat Selangor yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan kerajaan negeri dlam isu pemberian air percuma kepada pengguna air di Selangor.


Ini menunjukkan kerajaan yang ditadbir oleh Khalid Gagap hanya omong kosong kerana sudah 4 tahun kerajaan memerintah Selangor kenapa ianya tidak boleh selesai, jelas menunjukkan bahawa negeri yang ditadbir pembangkang menyusahkan rakyat. Seperti di kelantan apabila jenazah lambat dikebumikan kerana tidak dapat memandikannya kerana masalah air yang terjadi di Kelantan yang ditadbir seorang alim iaitu Nik Aziz.

Para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di Selangor dikesan belum menerima kemudahan air percuma seperti yang dijanjikan oleh PAKATAM HARAM ini sejak ogos 2008.


Inilah yang terjadi kerana berceramah sahaja banyak, berjanji macam - macam tetapi hakikatnya...MASUK ANGIN KELUAR ASAP

Perangkaan tersebut melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Peting Jaya, Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman itu. Jumlah keseluruhan penghuni boleh mencecah sehingga 659,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

Mengikut manifesto pembangkang, setiap rakyat negeri yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan dan kalau dihitung sejak 2008, mereka mempunyai tunggakan sebanyak RM570 setiap seorang.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri Selangor menikmati skim air percuma tersebut.

Woiii khalid, ko tak kesian ke kat rakyat selangor??? 4 tahun beb..bukan 4 hari...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP