Powered by Blogger.

Hulu Selangor Catat Sejarah Wujud Rumah Urut – Isa Kassim

Wednesday, 1 August 2012


Tidak pernah dalam sejarah wujudnya rumah urut di Hulu Selangor, khususnya di kawasan Batang Kali ini namun kini, secara kasarnya sudah nampak tiga buah rumah urut di sini, satu sejarah baru yang ditempa sejak kerajaan Pakatan Pembangkang memerintah Selangor, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

Tambahnya, hakikatnya ianya lebih dari itu malah kewujudan hotel-hotel bajet di kawasan Batang Kali juga menyumbang kegiatan-kegiatan tidak bermoral, contohnya baru-baru ini ada budak sekolah yang ditangkap di hotel bajet tersebut kerana melakukan kegiatan maksiat.

”Saya hairan dengan dasar kerajaan negeri yang membenarkan pembukaan rumah-rumah urut dan hotel bajet di kawasan luar bandar contohnya di kawasan Batang Kali ini.

“Dalam masa yang sama, ini juga melambangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan sahaja Menteri Besar tetapi juga EXCO Agama Islam yang jelas menjadi patung kepada DAP, membenarkan apa sahaja kemungkaran yang berlaku tanpa ada batasannya. Dia tak boleh buat apa di negeri Selangor ini melainkan mengikut telunjuk DAP,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan persatuan-persatuan pengguna mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Berikutan itu, mereka mahu kerajaan negeri terbabit menjelaskan rasional tindakan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan operasi pusat urut dan hiburan terutama yang bertumpu di kawasan-kawasan komersial berhampiran kediaman penduduk.

Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

7 NGO SELANGOR SERBU PEJABAT JAIS..!!


Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memintanya menyisat tazkirah Ramadan berunsur politik di masjid dan surau di sekitar negeri ini.

Wakil kumpulan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, menyerahkan memorandum itu kepada Timbalan Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad di pejabat JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Hamidzun memberitahu pemberita bahawa memorandum itu bertujuan memohon pihak JAIS memantau dan mengambil serius perkara itu bagi memastikan masjid dan surau terus bebas dari apa jua unsur politik seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor.

"Kami sangat menyanjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Ketua Agama Islam Selangor. Baginda sudah banyak kali mengingatkan masjid dan surau di negeri ini supaya tidak menjadikannya sebagai tempat penganjuran ucapan politik," katanya.

Beliau diiringi kira-kira 50 orang anggota GAPS, Pertubuhan Pribumi Perkasa

(Perkasa) Selangor, Jati Selangor, Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) dan Gerakan Prihatin Selangor.

Hamidzun berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu daripada orang ramai yang mendakwa terdapat pemimpin politik dan Exco kerajaan Selangor memberi takzirah berunsur politik di masjid dan surau di Selangor.

Antara mereka ialah Dr Halimah Ali, Khalid Samad dan Dr Siti Mariah yang turut tidak mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menyampaikan tazkirah.

Sumber : Gelombang Rakyat

Read more...

Video Mempromosi Negeri Khalid Gagap??!!

Tuesday, 31 July 2012

Read more...

Hadiah Pakatan Rakyat Untuk Selangor...Special Offer

Read more...

MP PKR Halau Isteri : Kisah Benar Yang Memilukan dan Menyayat Hati

Halimah Mohd Sahat 48, telah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Sani Abdul Hamid , dimana suaminya kini merupakan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat Selangor. Mereka dikurniakan enam orang anak. Seorang menantu dan seorang cucu. Sebelum ini Halimah hidup aman bahagia bersama suami dan anak-anaknya.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas suami bergelar YB apabila memenangi pertandingan dalam pilihanraya umum ke 12 untuk kerusi Kuala Langat (Banting) atas tiket PKR.

Pada peringkat awal bergelar YB tidak ada masalah yang timbul. Suasana berubah tidak berapa lama kemudian apabila YB PKR itu berkenalan dengan seorang Wanita PKR Hulu Selangor yang dikenali sebagai Faizah Ariffin, yang juga merupakan seorang mak andam.

Sikap suaminya mula berubah dan berlaku penderaan secara mental terhadap Halimah. Faizah juga sering mengganggu hidup Halimah termasuk mencabar Halimah menerima dirinya sebagai madu.

Halimah hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak dipedulikan suami, ditengking dan dimarahi dalam tempoh yang agak lama. Halimah mengadu kepada kepimpinan PKR peringkat pusat. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin diberi tanggungjawab oleh PKR Pusat untuk menyelesaikan kes rumah tangga Ahli Parlimen mereka. Zuraida pernah berkunjung ke rumah Halimah di Banting pada 2011. Namun sekadar hanya meminta supaya Halimah bersabar.

Faizah Ariffin juga mempunyai hubungan yang baik dengan Zuraidah. Dalam kes ini Zuraidah telah menjadi kapak dua mata. Dengan Halimah dia minta supaya bersabar dan berjanji akan menolong. Dengan Faizah pula dia galakkan supaya bernikah dengan Abdullah Sani atau yang dia panggil Dollah.

Akhirnya Abdullah Sani telah bernikah dengan Faizah Ariffin pada 18.03.2011 di Songhkla Thailand. Pernikahan mereka disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songhkla melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Konsul berkenaan.

Selepas bernikah Faizah dengan penuh lagak dan sombong pergi ke rumah Halimah bersama-sama surat nikah untuk memaklumkan dia telah bernikah dengan suami Halimah.

Halimah hidup dengan penuh sabar kerana mengenangkan anak-anak walaupun suaminya telah melakukan beliau seperti anjing kurap.

Kemuncak kepada krisis Halimah bersama suaminya adalah pada seminggu sebelum Ramadhan 1433H yang kita sedang lalui sekarang. Seminggu sebelum Ramadhan Halimah mendapat perkhabaran dari adik beradiknya tentang kesihatan bapanya di kampung yang agak tidak berapa baik.

Halimah megambil keputusan untuk melawat bapanya memandangkan ibunya telah meninggal dunia. Suami Halimah yang juga ahli parlimen PKR enggan turut sama pulang melawat bapa Halimah. Lalu Halimah mengambil keputusan untuk pulang berseorangan ke kampung dengan menaiki bas ekspress.

Selama seminggu berada di kampung dan pada hari pertama Ramadhan Halimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Banting. Maklumlah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu akan meningkat di bulan puasa dan Halimah memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami dan anak-anak, sebab itu beliau tinggalkan bapanya yang sedang uzur untuk pulang menunaikan tanggungjawabnya.

Dari kampungnya di Changkat Jering Perak, Halimah pulang dengan menaiki bas ekspress menuju ke Klang. Sebaik tiba di Klang Sentral lebih kurang jam 2 petang, Halimah telah menghubungi suaminya untuk meminta mengambilnya di Klang Sentral dan pulang ke rumah mereka di Banting.

Namun jawapan suaminya sungguh mengejutkan dan perkara tersebut tidak patut berlaku di bulan Ramadhan, apatah lagi di hari pertama Ramadhan dan dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin.


Dalam perbualan telefon tersebut, ahli parlimen PKR berkenaan telah menengking Halimah dengan berkata AKU DAH HALAU HANG, PASAI APA HANG NAK BALIK SINI LAGI, EHHH AKU DAH TAK SUKA KAU LA.

Apa yang diungkapkan oleh ahli parlimen PKR itu dinyatakan oleh Halimah dalam laporan polis yang dilakukannya. Halimah melakukan laporan itu bagi melindungi keselamatan dirinya.

Selepas suaminya enggan mengambilnya di Klang Sentral , Halimah menghubungi pula beberapa orang anaknya. Mereka juga enggan mengambil Halimah di Setesen Bas. Akhirnya anak sulung Halimah datang mengambilnya di stesen bas.Namun apa yang memelikkan Halimah apabila anak-anaknya menghubunginya dan mengahalang dia dari pulang ke rumahnya di Banting.

Halimah tetap berkeras untuk pulang juga ke rumahnya di Banting.

Dalam keseluruhan cerita Halimah, disinilah saat yang amat-amat menyedihkan. Satu perkara yang tak terfikir dek akal dilakukan oleh seorang suami yang juga seorang wakil rakyat. Sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti akan meremang bulu roma. Inilah kecelakaan dan haram jadah seorang pemimpin PKR.


Setibanya di rumahnya Halimah terkejut apabila melihat beberapa barang-barangannya berada di luar rumah. Beliau masih mampu bersabar. Beliau melangkah masuk ke dalam rumah dan melihat ada beberapa perubahan dalam rumahnya. Beliau masih mampu bersabar. Namun apabila beliau naik ke tingkat atas dan melangkah masuk ke dalam kamar tidurnya , disinilah bermula peristiwa yang tidak terfikir dek akal.

Halimah terasa bagaikana dipanah halilintar apabila melihat cadar tempat tidurnya telah ditukar dengan cadar milik orang lain. Kemudian apabila dibuka almari pakaiannya lagi mengejutnya Halimah apabila pakaiannya yang disimpan dalam almari berkenaan telah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian betina lain. Apa yang lebih memilukan Halimah apabila melihat pakaiannya yang dikeluarkan dari almari dan diisi dalam plastik sampah.

Kegembiraan yang dirancang untuk berbuka puasa bersama keluarga pada 1 Ramadhan hancur luluh buat Halimah. Beliau turun ke bawah dan kebahagian dapur. Sekali lagi beliau terkejut kerana melihat terdapat seorang orang gaji didapurnya. Sedangkan sepanjang hidupnya berumah tangga bersama Abdullah Sani 27 tahun tidak pernah sesekali pun mereka ada orang gaji.

Di dapur juga Halimah melihat pinggan mangkuknya telah ditukar dan pinggan mangkuk miliknya telah diletakkan di luar rumah.

Dengan hati yang hancur remuk Halimah melangkah keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudaranya.

Tidak terfikir dek akal yang waras bagaimana mungkin seorang suami boleh bawa masuk isteri muda ke dalam rumah dan ke dalam bilik tidur isteri tuanya disaat isteri tuanya masih hidup dan mereka belum bercerai.

Mengikut maklumat yang kami dapat, sikap anak-anak Halimah juga turut dikesali. Kebanyakan mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan waras. Tetapi oleh kerana sikap pentingkan diri dan bernafsukan wang, mereka tinggalkan ibu mereka berjuang terkontang-kanting seorangan. Mereka selalu berpesan kepada ibu mereka jangan lakukan itu atau ini kerana nanti abah tak bagi duit. Kepada anak-anak Halimah, kalian semua tolong ingat, syurga di bawah tapak kaki ibu. Duit bapa kamu tidak akan membawa kamu ke syurga.

Puan Halimah sekarang sedang berjuang di Mahkamah Syariah bagi menuntut haknya. Namun beliau tidak ada wang untuk mendapatkan khidmat peguam. Beliau kini hidup dalam keadaan tertekan. Sudilah sekiranya ada pihak-pihak pertubuhan wanita atau mana-mana NGO boleh membantunya.

Sumber : SEL13

Read more...

Wan Azizah Nak Takluk Selangor Untuk Singkirkan Azmin !


Baru-baru ini, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13.


Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.


Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini.


Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.


Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.


Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu.


Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.


Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan ‘orang-orangnya’.


Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung.


Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.


Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR.


Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri.


Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.


Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus.


Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini.


Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya.


Dipendekkan cerita, Azmin adalah ‘raksaksa’ ciptaan Anwar.


Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.


Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar.


Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.


Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung.


Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.


Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin ‘cuak’ dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk ‘mencabar’ Azmin secara halus.


Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari.


Konflik dalaman PKR adalah serius dan ‘pelik’ kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.


Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.


Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik ???


Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan ???


Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya.


Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran ‘pemimpin’.


PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya.


Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya.


So, renung-renungkan dan fikir-fikirkan...


Sayangi Selangor... Yakini BN...!!!

Sumber : Kita Gempur

Read more...

"MB Jangan Pandai "Buat" Wayang Saja" - GPRS


Konflik isu air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan syarikat pengendali konsesi air, Syabas tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak, tetapi hanya akan memberi kesan kepada rakyat.

Kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu mempolitikkan perkara ini kerana masalah berlaku adalah kesilapan dan kelemahannya tetapi bijak mengalih pandangan rakyat kononnya Syabas yang bersalah, bukan kerajaan negeri.

Inilah permainan kotor kerajaan negeri. Isu sebenar ialah kekurangan bekalan air terawat akibat permintaan yang meningkat, bukan kerana kekeringan air sungai, air lombong atau air empangan. Memang tidak logik jika berlaku krisis air kalau empangan banyak air atau pada musim hujan sekarang ini.

Rakyat perlu faham bahawa pengeluaran air di loji rawatan yang ada tidak cukup untuk menampung penggunaan yang semakin meningkat kerana loji sedia ada hanya mampu merawat air dalam kapasiti tertentu walaupun beroperasi pada tahap maksimum, 24 jam sehari tanpa henti. Kerana itu ada kawasan yang terpaksa menerima catuan kerana bekalan air bersih dari loji rawatan tidak mencukupi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, sebuah loji baru perlu dibina untuk meningkatkan pengeluaran air terawat. Ini bukan satu gurauan, jika air empangan sedia ada disalurkan kepada pengguna seperti mana saranan MB, tidak sampai 7 hari air empangan itu akan kering kontang.

Kita kesal kerana mempunyai Menteri Besar dan barisan exco yang dangkal pemikiran, yang cetek ilmunya tetapi mahu menjuarai isu air semata-mata survival politik dan mahu terus menipu rakyat. Kerajaan negeri gagal dalam menjalankan tanggungjawab tetapi mahu menjadikan Syabas sebagai kambing hitam.

Menteri Besar tidak perlu bersandiwara. Loji adalah di bawah tanggungjawan kerajaan negeri malah ada syarikat loji rawatan milik kerajaan negeri. Untuk pastikan bekalan cukup juga adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Syabas hanya mengagihkan air yang dirawat oleh loji rawatan. Siapa yang perlu dipersalahkan jika air tidak cukup: kerajaan negeri atau Syabas? Ini hanya taktik lapok mereka supaya rakyat terus menyalahkan Syabas.

Meminjam analogi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menggunakan padi dan beras sebagai contoh: rakyat mahukan beras, bukannya padi. Air empangan ibarat padi manakala air terawat ibarat beras. Kecuali Menteri Besar dan barisan exco mahu makan padi, mereka boleh guna air dari lombong atau air empangan sedia ada. Bagaimana mana mahu mendapatkan beras jika kilang memproses padi tidak mencukupi? Itulah senario yang pelru difahami sekarang.

Kita hairan kenapa Exco Ronnie Liu hanya menunjukkan air empangan yang penuh, kenapa tidak minum sahaja air empangan itu? Ini kerana mereka hanya berpolitik dan bersandiwara untuk menipu rakyat kerana mereka juga tahu air tersebut perlu dirawat terlebih dahulu sebelum diminum. Air mentah yang belum dirawat mempunya risiko bakteria dan sebagainya.

Tambah pelik apabila Menteri Besar mahu mengambil alih pengurusan Syabas dan mengumumkan pelantikan kumpulan professional yang tiada pengalaman untuk meneliti operasi harian Syabas sedangkan hakikatnya mereka mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat itu dan Syabas sendiri diaudit oleh Audit Negara. Jadi apa relevan tindakan Menteri Besar ini?

Kerajaan negeri turut menuduh Datuk Seri Noh Omar mempunyai kepentingan dalam syarikat yang akan membina Loji Langat 2. Tuduhan ini sangat lucu kerana tender masih belum dibuka, bagaimana kerajaan negeri tahu Datuk Seri Noh ada kepentingan dalam syarikat yang membina loji. Buktikan tuduhan itu, jangan bersandiwara untuk menipu rakyat.

Kalau Menteri Besar telus, kita cabar beliau buka tender membina Loji Langat 2. Jangan bersandiwara lagi. Kita yakin jika Loji Langat 2 siap dibina kelak, harga air tidak akan naik malah akan menjadi lebih murah kerana bekalan sudah banyak dan lebih daripada mencukupi.

Belum buat loji macam mana Menteri Besar tahu harga air akan naik? Buat dahulu baru tahu. Kerajaan negeri hanya sedia tanah kerana kos pembinaan loji akan dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Malah selepas siap, loji tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri seperti mana loji-loji yang lain.

Kita nasihatkan Menteri Besar dan barisan exco, cukup-cukuplah menipu rakyat. Kalau tidak mampu menjalankan tanggungjawab, Menteri Besar dan exco boleh letak jawatan. Jangan nak berlagak pandai tapi tidak ubah seperti ‘ayam berkokok ekor bergelumang tahi’.

Kita cabar Menteri Besar dan Exco agar tidak lagi menggunakan air terawat, sebaliknya menggunakan air mentah yang disalurkan terus dari lombong atau Sungai Klang. Barulah cakap serupa bikin! Justeru rakyat jangan terus tertipu dengan permainan sandiwara pemimpin kerajaan pakatan pembangkang ini.


DATUK SOHAIMI SHAHADAN

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS)

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP