Powered by Blogger.

UMNO Selangor Komited Tawan Semula Semua Kerusi DUN & Parlimen di Gombak

Wednesday, 9 May 2012

UMNO Selangor yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali negeri itu terutama kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Gombak ekoran kebangkitan rakyat menolak kerajaan negeri yang ada sekarang.


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau yakin selepas melihat rakyat tidak lagi mahu memilih pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti dan juga dibebani dengan masalah peribadi yang serius.

Malah, kerajaan negeri sekarang juga dilihat melakukan banyak pembohongan besar dan kezaliman terhadap rakyat negeri itu selain janji pilihan raya yang masih belum ditunaikan.

"Macam ahli Parlimen Gombak, Saudara Azmin Ali. Saya tak mahu ulas dia derhaka atau tidak kepada ibunya. Saya rasa, dia nak lalu di Batu Caves pun tak berani nak angkat muka. Mungkin teringatkan kisah Si Tanggang.

"Tapi apa yang nak saya katakan ialah Azmin ni hipokrit. Ingat masa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mencadangkan agar elaun Ahli-Ahli Parlimen dinaikkan dalam sesi pembentangan Belanjawan yang lepas. Itupun kata Datuk Najib kalau pembangkang setuju.

"Bila elaun Ahli Parlimen naik semua dapat, tak kira PKR ke Pas ke, semua dapat. Tapi Azmin nak jadi jaguh menolak cadangan Datuk Najib.

"Dia cakap: 'Kami tidak setuju elaun Ahli Parlimen dinaikkan. Ahli Parlimen mesti berjuang untuk rakyat. Mesti berkorban untuk rakyat." Wah! Semangat dia cakap.

"Tapi di DUN (Selangor), tak sampai tiga tahun memerintah, diam-diam, elaun ADUN-ADUN Selangor dinaikkan. Sidang DUN luluskan bulan April siap 'backdated' ke bulan satu (Januari)," kata Noh dalam ceramah Pentas Rakyat, Sayangi Selangor di Kampung Wira Damai, Batu Caves di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menambah, kerajaan Selangor turut menipu rakyat Selangor dengan melaungkan kecekapan pimpinan pakatan pembangkang di negeri itu, yang berjaya membawa hasil kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Dakwa Noh, melalui lidah rasmi kerajaan negeri, SelangorKini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan simpanan tetap PKPS telah meningkat ke RM114 juta pada 2011 berbanding RM8.3 juta pada 2008 semasa pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor.

"Tapi, saya nak beritahu, ini pembohongan yang dibuat. Keuntungan yang diperoleh RM114 juta bukan didapati melalui aktiviti pertanian PKPS. Saya nak jugak tahu apa kepakaran yang mereka pakai sehingga boleh dapat keuntungan RM90 juta lebih dalam tempoh tiga tahun.

"Apa pun, selepas diselidiki, mereka jual tanah di Miri, Sarawak. Kita ada butir, duit yang dibayar RM92.15 juta melalui Bank Muamalat pada 8 September 2010.

"Ini dia tak cerita. Bayaran kedua RM2 juta pada 10 Oktober 2011. Susah apa nak untung kalau jual tanah. Tapi dia bohong kata keuntungan atas aktiviti pertanian PKPS, Inilah kerja kerajaan PKR.

“Tu tak cerita lagi jual tanah Yayasan Selangor, jual tanah PKNS, tak cukup... jual tanah loji najis dekat Serdang," tegas Noh.

Dalam pada itu, Noh turut membidas Khalid kerana mengamalkan kezaliman dengan menghalau 25 pengusaha pertanian di Bestari Jaya yang berjaya menghasilkan RM25 juta hasil-hasil pertanian.

"Kementerian saya dah belanja berpuluh-puluh juta memberi modal membangunkan kawasan tersebut, tiba-tiba dua bulan lepas, keluar notis suruh halau usahawan-usahawan ini kalau tidak tindakan mahkamah akan diambil dan suruh usahawan-usahawan ini tanggung sendiri kos yang dikeluarkan.

“Kenapa? Ini kerana dia nak rampas tanah rakyat.

"Dahlah bila dia (PKR) memerintah tak ada buat apa-apa projek pertanian, yang kita dah usahakan pula dia nak rampas, nak jual," tambahnya.

Sumber : Wak Jengkol

Read more...

"Khalid Samad dan Mahfuz Omar berniat jahat dan celupar, patut diajar" - Dr Hasan Ali

Tuesday, 8 May 2012

Dr Hassan Ali dalam sidang medianya menyifatkan Khalid Samad dan Mahfuz Omar sebagai berniat jahat dan bermulut celupar kerana memfitnahnya.

Lantaran itu, beliau membuat keputusan untuk mengajar Khalid dan Mahfuz melalui tindakan saman diatas keceluparan mereka.



Sumber : Azlan Taib

Read more...

MB Selangor Ahli UMNO

Ahli UMNO rupanya MB Selangor ni.


Boleh jadi perwakilanlah tahun depan

IC: 461214-10-5273
No Ahli UMNO: 01791393
Cawangan: Pasir Tuntong
Bahagian: Kuala Selangor.


Mungkin dalam masa terdekat ini, puak-puak PKR akan mengadakan Sidang Media Khas untuk menyalahkan UMNO lagi dengan mengatakan ini kerja UMNO mendaftarkan Khalid Ibrahim nie sebagai ahli UMNO.





Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

Selangor Maju dibawah PR, 50%Free!! Bukan Pendidikan Tapi Tiger Beer!!


Tahniah Selangor kerana menjadi Negeri Berkebajikan dengan memberi 50% diskaun kepada pelajar-pelajar untuk menikmati beer tanpa batasan. Dengan hanya 50% kadar sewaaan bilik, sewaan selama 3 jam membolehkan pelajar-pelajar menikmati 1 jug beer percuma. Tahniah MB TS Khalid Gagap dan kesemua EXCO yang menjadi contoh dan teladan di dalam Pakatan Haram mengamalkan Negeri Berkebajikan. Ingat Selangor, Ingat Pakatan Haram. Ingat Pakatan Haram, Ingat beer percuma. Takebeer!!

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Khalid Tersenyum Girang.... Hambik Kau Azmin Oiii..!!!

Seperti yang penulis congak melalui senario politik dalaman PKR, memang telah wujud usaha untuk menjatuhkan Azmin Ali sejak sekian lama. Cuma, rakyat dihidangkang dengan pelbagai skandal dalaman PKR, sehingga isu kamera di bilik menteri besar menjadi bualan hangat.

“Trend” atau “pattern” nya, kepada yang mungkin tidak sedar, menjurus kepada sesiapa yang cukup rapat, atau boleh dipanggil kroni kepada Khalid Ibrahim. Dan isu kamera cukup untuk kita sedar, terdapat usaha untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dari dalam parti itu sendiri.

Senyuman penuh bermakna dari Khalid Ibrahim apabila diajukan soalan tentang foto yang sedang tersebar luas menceritakan segala-galanya. Secara tidak sedar, itu adalah bahasa tubuh, yang sama sekali menggambarkan betapa kepuasan hakiki politik tercapai atas usaha tanpa jemu, semenjak 2008 sering menjadikan Khalid & Co mangsa sindiket dalaman.

Baca seterusnya DISINI

Sumber : Gerakan Timur

Read more...

Bukti MB Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor Kepada Pusat Kebudayaan Cina

Monday, 7 May 2012




Baca pendedahan RPK dalam Malaysia Today, di sini. Antara yang bakal mengemparkan di dalam artikel beliau:

"So, Malaysia Chronicle a.k.a. Suara Tian Chua, do we continue? What more shall we talk about? Shall we talk about how Desi YL Chong was rejected by Malaysiakini and Free Malaysia Today before he joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team? Shall we talk about how Wong Choon Mei was sacked from Malaysiakini for misconduct before she joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team?

Yes, what more shall be talk about?

Shall we talk about that Malay girl, the daughter of an opposition leader, who Tian Chua made pregnant and later had to have an abortion to get rid of the unwanted baby? I do not want to mention her name so as not to shame the girl or her father. Dr Syed Husin Ali knows about this matter so he is aware of what I am talking about. So let’s leave it at that, at least for the meantime, unless Tian Chua or Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua wants to take this to the next level."

Sumber : Cucu Tok Selampit

Read more...

Makcik Makcik Malu Gambar Jijik YB Jamban Azmin Ali Dalam Tandas

"Dia ADUN kami, jadi kami malu dengan penyebaran yang meluas gambar tersebut." . "Adakah orang macam ini yang kita mahukan jadi pemimpin, kami orang di sini tidak mahu Azmin Ali jadi pemimpin kami, cukup lah. Saya harap orang-orang disini sedarlah jangan lagi nak orang yang macam ini."

- Puan Rosnina Mat Suan, 55, pengundi Dun Bukit Antarabangsa





YB Jamban



"Sebagai seorang pemimpin yang di hormati sepatutnya Azmin Ali tidak melakukan pekara yang sejijik itu. "Pada saya eloklah dia bertaubat dan insafkan diri. Azmin sebagai seorang islam patut tidaklah bertindak sebagaimana yang lihat dalam gambar.Walupun Azmin menafikan, tetapi adik dia sendiri mengatakan itu adalah wajah dia,"

- Puan Safarindan Shaari atau Kak Endan Pengundi Dun Bukit Antarabangsa
Artikel penuh layari KL POS.COM

Sumber : Papa Gomo

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP