Powered by Blogger.

"MB Tak Boleh Diharap" - Penduduk Ijok Berang Dengan Khalid Ibrahim.

Wednesday, 18 April 2012


IJOK 18 April - “Menteri Besar tak boleh harap”, demikian luah seorang penduduk Kampung Ijok ketika ditanya pendapat mengenai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Haji Mohd Afandy bin Dahalan, 49 memberitahu sejak 2008, Khalid seolah-olah bersikap lepas tangan tentang kebajikan penduduk-penduduk Ijok. Menurutnya, Khalid selaku ADUN di kawasan tersebut menyerahkan segala tanggungjawab pentadbiran kepada wakil yang dilantiknya.

“Kita nampak MB memang tidak bertanggungjawab. Dia tak tahu apa-apa. Semua perkara diserahkan bulat-bulat kepada wakilnya,” kata Afandy. Masalah pula timbul bila wakil-wakil yang dilantik pun lepas tangan sekali. Jadi kita lihat MB memang tidak menjaga orang Ijok,” tambah beliau.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat di Ijok langsung tiada sebarang pembangunan yang dibuat oleh Khalid yang boleh memberikan manfaat kepada penduduk-penduduk Ijok.

Tambah beliau, janji-janji yang dibuat ketika pilihanraya umum yang ke 12 lalu juga masih belum dilaksanakan oleh Khalid.

“Sudah empat tahun berlalu, tiada satu sumber ekonomi pun yang dibawa ke Ijok. Inikah pakar ekonomi? Janji nak berikan hak tanah pada masyarakat India, sampai hari ini masyarakat India di Ijok masih tak dapat menikmati apa yang dijanjikan itu,” katanya.

Menurut beliau, situasi ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan sewaktu Barisan Nasional berkuasa di mana katanya ketika itu kebajikan rakyatnya terjaga.

Beliau turut membandingkan pentadbiran Khalid dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar di mana menurut Afandy walaupun hanya menjadi Menteri Besar selama dua tahun, tetapi banyak pembangunan yang dibawanya ke Kuala Selangor.

“Abu Hassan jadi MB hanya dua tahun, tapi pembangunan untuk Kuala Selangor naik. Ada stadium, perpustakaan dan banyak lagi. Tapi Khalid dalam tempoh empat tahun ni, langsung tiada pembangunan. Yang ada hanya rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Kuala Selangor,” katanya.

alt

Seorang lagi penduduk Ijok, Zaini Korman, 61, Pesara, turut bersetuju dengan Afandy. Menurutnya, peruntukan untuk memperbaiki kerosakan pada kemudahan penduduk kampong juga sukar untuk diterima daripada pejabat Khalid.

“Selalunya bila orang kampong minta peruntukan, mesti tak dapat. Saya sendiri sebagai pengerusi surau, minta peruntukan untuk lampu jalan sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada MB ataupun wakilnya.

“Jalan-jalan yang rosak, tidak dibetulkan. Kutipan sampah tidak teratur, tiada tindakan. Kebajikan kami penduduk di sini langsung tidak terjaga. Mujur wakil Barisan Nasional di sini banyak membantu. Tapi tak banyak yang dapat dibuat kerana yang ada kuasa di Selangor adalah Pakatan Rakyat,” kata Zaini.

Tambah beliau, sebagai Menteri Besar yang datang dari DUN Ijok, sepatutnya penduduk Ijok mendapat sedikit kelebihan dari segi kemudahan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka seolah-olah dianak-tirikan.

“Rugi orang kampung pilih Khalid,” tegas Zaini.

Read more...

Masih lagi dengan masalah sampah di Selangor..! Kali ini berdekatan dengan Batu Caves pula?


Beginilah keadaan timbunan sampah sarap sepanjang jalan berhampiran Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves yang mencemarkan pemandangan dan berbau busuk sehingga menggangu keselesaan pengguna dan penduduk setempat.

Bukan sekali dua, tetapi sudah berpuluh kali penduduk di negeri ini meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati berhubung kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan pentadbiran mereka.

Terbaru, penduduk Pangsapuri Permai dan Kampung Melayu Wira Damai di Batu Caves mendakwa kegagalan kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan telah menyebabkan masalah timbunan sampah berlaku di kawasan mereka sejak akhir-akhir ini.

Dakwa penduduk, mereka terpaksa berhadapan dengan bau busuk longgokan sampah yang tidak dipungut sejak seminggu lalu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Keadaan itu memaksa segelintir penduduk bertindak membuang sampah sarap mereka di tong sampah besar di tepi jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan bagi mengelak bau busuk.

Namun, tindakan itu memburukkan lagi keadaan kerana tong sampah tersebut turut mengalami nasib sama apabila kontraktor tetap mengambil masa berminggu-minggu untuk melaksanakan kerja-kerja pengutipan.

Seorang penduduk Pangsapuri Permai, Hasni Man, 49, berkata kontraktor akan lebih cepat memungut sampah apabila didesak oleh penduduk.

“Kadang-kala selepas penduduk menghubungi pihak kontraktor berkali-kali, barulah kerja-kerja kutipan dilakukan,’’ katanya.

Tambah Hasni, sebagai kontraktor yang dilantik adalah menjadi tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengutipan dengan sempurna dan mengutip jadual ditetapkan.

Perasaan sama turut dikongsi Daniel Derani, 56. Katanya, MPS perlu lebih serius mengatasi masalah berkaitan kutipan sampah di kawasan pentabdiran mereka.

“Kami tidak mahu kontraktor mengutip sampah menjalankan kerja seperti ‘mahu melepaskan batuk di tangga’ dan hanya bertindak setelah disiarkan media atau ditegur masyarakat,” katanya.

Ronnie Liu apa cerita! Sudah pening kepala ka..?

Sumber : Belantan

Read more...

SELANGOR BANGKIT : HJ HADI CUAK DENGAN MOMENTUM BN SELANGOR !


Jelas momentum dan sokongan luar biasa rakyat selangor terhadap BN semakin memuncak.

wave ataupun gelombang kebangkitan rakyat selangor mulai dimanifestasikan dalam keputusan prk parlimen hulu selangor pada april 2010.

ini adalah signal protes.

dalam keadaan pakatan cuba menginzalkan angan-angan akan keyakinan mereka dalam mempertahankan selangor lantas merampas putrajaya, jauh di sudut hati mereka terdetik akan kegusaran luar biasa.

kegusaran yang jelas memaksa mereka mengakui hakikat akan kebenaran bahawasanya sokongan politik terhadap pakatan mulai jatuh merudum.

hj hadi mengeluarkan kenyataan, BN akan merampas selangor pada pru ke 13 dengan menggunakan taktik yang sama pernah dilakukan di trengganu pada pru 2004.

inilah masalah pembangkang. mereka enggan mengakui akan kelemahan mereka.

mereka enggan mengakui kesalahan mereka. hj hadi mungkin elok tutup mulut daripada bercerita benda yang tiada.

kredibel hj hadi sewaktu menjadi menteri besar trengganu sekadar berlegar kepada penutupan laluan tol jambatan sultan mahmud..


lepas itu, kemudiannya selepas 4 tahun berkuasa hj hadi sekadar melaksana dan menyambung gaya dan legasi sebagaimana BN pernah lakukan di trengganu.

hj hadi lupa akan masalah yang teruk melanda pas.
perpecahan sudah tidak dapat diselesaikan.

isu parasit yang dibawa oleh hasan ali jelas memberikan pukulan maut kepada pas.

hj hadi cuba nak tutup kesalahan beliau. 50 tahun perjuangkan hudud dan negara islam akhirnya pas terpaksa kow tow tunduk toat kepada titah perintah kafir harbi si dap.

pas tunduk kepada dap.

kesalahan ini harus dibebankan kepada bahu hj hadi dan nik ajis.
mereka merupakan punca kejatuhan pas pada pru ke 13.

jadi untuk menutup kelemahan, maka ide diversi politik dilakukan.
hadi kata selangor boleh tumbang ke tangan BN dek kerana permainan kotor.

hadi merupakan pemain politik taraf dinasor. wajar diletakkan dalam arkib pas di taman melewar.

hadi nak menipu siapa dalam soal selangor bakal tumbang kepada BN ?

hadi dilihat cuba merendahkan kecelikan politik luar biasa pengundi di selangor yang mulai alert mengenai kebejatan dan kelemahan pas dan pakatan di selangor.

aku nak nasihatkan hj hadi. eloklah kiranya dia fokus untuk bagaimana caranya nak terajang keluar parasit dalaman parti pas yang bakal menjadi punca pas ditolak pengundi melayu terutamanya di selangor.

panik luar biasa hj hadi ini ada tersembunyi signal misteri.





Sumber : Gerakan Anti PKR

Read more...

Wanita Dedahkan Pengalaman Bersama MB Selangor Khalid Ibrahim


Wanita di atas ia seorang Cina Muslim.

Kebetulan saya bertemu beliau diruang menunggu di Pejabat Perkhidmatan Pegawai Penyelaras DUN BN Pelabuhan Klang Dato' Mazlynoor Abdul Latif.

Bila melihat beliau membaca surat yang didekatkan pada matanya, lantas saya bertanya samada matanya rabun. Beliau memberitahu bahawa sebelah matanya buta disamping mengidap penyakit buah pinggang.

Beliau turut menunjukkan kad OKU kepada saya.

Bila ditanya apa tujuannya untuk bertemu dengan Pegawai Penyelaras DUN, beliau memberitahu beliau telah ke pejabat MB Menteri Besar untuk memohon bantuan kebajikan kerana tidak mempunyai pendapatan. Suaminya tidak bekerja kerana menjaganya yang mengidap buah pinggang.

Jelasnya lagi, beliau dapat bertemu dengan MB di pejabatnya dan telah ditanya samada dirinya penyokong UMNO atau PKR. Dek kerana lurus, wanita mualaf ini memberitahu yang beliau adalah penyokong UMNO.

Kemudian MB telah berkata sesuatu. Namun, wanita ini tidak memahaminya. Mengulang dialog yang diucapkan oleh MB kepadanya, beliau mendakwa hanya mendengar "berb...berb...berb..". "Kakak tak faham langsung apa yang dia cakap. Yang kakak dengar berb... berb... berb... Telinga kakak ni ada masalah sikit," tambahnya.

Wanita tersebut telah pulang dengan tangan kosong dan akhirnya datang mengadu ke pejabat Penyelaras berkenaan.

Dipendekkan cerita, ada 2 pengalaman yang diperolehi oleh wanita malang berkenaan. Pertama, beliau baru tahu yang MBnya gagap dan yang kedua, Kerajaan ada simpanan RM1.9 bilion tapi tak mampu membantu OKU seperti dirinya.

Sumber : Akar Umbi

Read more...

MB Selangor anggap dakwaan MP pembangkang biadap isu remeh

khalidibrahim513

ambil jalan mudah saja yakni anggap dakwaan beberapa Ahli Parlimen pembangkang biadap semasa majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong isu remeh.
Baginya isu itu sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik.

Tanpa soalsiasat senang-senang saja terus hendak melepas diri.

Apakah dakwaan perbuatan biadap dan kebudak-budakan Yang Berhormat di satu majlis kebesaran negara satu hal remeh.?

Apakah remeh kerana ia melibatkan Ahli Parlimen pembangkang?

Bayangkan jika dakwaan itu melibatkan Ahli Parlimen BN.Pastinya pembangkang akan menjerit dan menjaja isu ini keliling negara.

Itulah kisah Menteri Besar Selangor Selasa yang mengeluarkan satu kenyataan kata beliau bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda Rabu lepas.

Penjelasan apa ? Apakah nak kata itu semua fitnah.

Sedangkan pegawai perubatan,Dr Rahman Kadir yang mendedahkannya tetap mempertahankan dakwaannya.

Apakah Khalid sudah bersemuka dengan Dr Rahman untuk dengar sendiri yang yang disaksi dan didengarnya semasa majlis pertabalan itu.

Tak mungkin hal serius seperti itu mau direka tak tentu pasal.

Kalau setakat dengar sebelah pihak dari YB pembangkang tentulah mereka menafikannya.

Selain anggap isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik,Khalid berkata,"Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

"Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar," katanya.-17/4/2012

Sumber : Agenda Daily

Read more...

Apa sudah jadi Khalid...!!! Kenapa Naib Canselor baru Unisel belum diiktiraf?


Kemelut pertikaian pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya sebelum ini dilihat berjangkit pula kepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) apabila pelantikan Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai Naib Canselor tidak iktiraf oleh kerajaan negeri. Lihat di sini.

Menurut sumber, surat pelantikan Dr. Anuar yang sebelum ini dilantik menjadi pemangku Naib Canselor dikatakan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kira-kira dua minggu lalu.


Namun sehingga kini difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unisel tidak membuat pengesahan atas pelantikan tersebut.


Dr. Anuar ketika dihubungi mengakui bahawa beliau ada menerima surat pelantikan tersebut daripada kementerian namun enggan mengulas mengenai perkara itu.

''Saya tidak mahu ia menjadi isu, biarlah kerajaan negeri mengadakan perbincangan terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, sumber Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut menyatakan, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang kenyataan mengenai pelantikan tersebut.

Bagaimanapun, pentadbiran Unisel dilihat sudah menganggap pelantikan tersebut sebagai sah apabila beberapa iklan kemasukan pelajar ke Unisel yang disiarkan dalam akhbar telah meletakkan nama Dr. Anuar sebagai Naib Canselor universiti tersebut. Difahamkan kerajaan negeri telah meminta agar iklan tersebut tidak lagi menyiarkan nama Naib Canselor baru tersebut.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita di Kuala Selangor menyatakan, pelantikan Naib Canselor Unisel akan dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut. Sumber menyatakan, pentadbiran Abdul Khalid dikatakan mempunyai nama lain yang lebih sesuai dilantik sebagai Naib Canselor Unisel namun sehingga kini tiada sebarang pengumuman dilakukan.

Dr. Anuar sudah memangku jawatan Naib Canselor sejak Ogos tahun lalu iaitu kira-kira lapan bulan sedangkan sepatutnya pelantikan bagi jawatan berkenaan perlu dibuat selepas tempoh tiga bulan berdasarkan peruntukan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Pada 5 Ogos tahun lalu, Dr. Anuar dilantik sebagai pemangku Naib Canselor pusat pengajian tinggi itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkan jawatan dalam 24 jam tiga hari sebelum ini dipercayai akibat tekanan politik daripada pihak tertentu.

Rosti mengambil keputusan drastik meletakkan jawatan kerana tidak sanggup melaksanakan arahan agar melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel dengan alasan ia tidak mengikut tatacara perundangan dan tatatertib universiti itu.

Apa sebenarnya sudah berlaku diantara MB Khalid dan Dr. Anuar sehingga kini perlantikan jawatan Naib Canselor masih tidak dapat dilakukan? Lihat sini dan di sini. Wallahuallam.

Sumber : Belantan

Read more...

Kota Damansara Lubuk Rumah Urut Di Malaysia

Monday, 16 April 2012

Kota Damansara hari ini dilihat sebagai `lubuk’ rumah urut di Malaysia, kerana bilangan rumah urut di sini bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Penyelaras DUN Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, seluruh negara dah tahu, khususnya di peringkat negeri Selangor dah tahu, bilangan rumah urut di Kota Damansara ini telah berlipat tiga empat kali ganda daripada jumlah yang ada dulu.

“Pertambahan ini menyebabkan setiap kawasan perumahan dan perniagaan baru di sini, rumah urut ini berleluasa sehinggakan setiap lorong kedai, ada sehingga 3 hingga 4 rumah urut. Malah ada antaranya dibuat di luar specifikasi kebenaran yang sepatutnya dibuka secara terbuka.

Tapi kebanyakannya rumah urut ini dibuka di tingkat atas dan tertutup. Saya yakin pihak PBT tahu kewujudan rumah urut ini, tetapi dibiarkan. Mengapa boleh jadi begini?,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, masalah sampah turut menghantui bukan sahaja penduduk di Kota Damansara, malah Kg Subang yang dibawah pentadbiran MPSA dan MPPJ.

“Sampah tidak diambil secara berkala yang menimbulkan bau busuk dan pencemarab, khususnya di pekan Subang dan Kota Damansara. Ini membuktikan wujud kelemahan-kelemahan dan sikap tidak ambil peduli pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil peranan pro-aktif unguk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan DUN Kota Damansara," tanbahnya.

Malah di Kota Damansara hari ini, wujud gerai yang menjual burger babi di Damansara dan kawasan sekitar. kawasan yang dinamakan The Strand, yang selama ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya rasa pelik, bagaimana pihak PBT boleh terlepas pandang dengan perkara-perkara yang sensitif sebegini,” tambahnya.

Tambahnya, jika dulu Kota Damansara ini merupakan satu kawasan pembangunan elit yang bersepadu, yang memberi kesejahteraan kepada semua penduduknya tetapi pada hari ini telah bertukar menjadi bandar satelit kancah maksiat yang begitu ketara.

Sumber : Sahabat Gunung

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP